Nampak pakcik kudung kaki dekat bazar, saya sedekah RM10, itu je duit yang ada. 1 hari saya jumpa pakcik dengan 2 kaki

Sebenarnya saya pergi bazar bukan untuk beli makanan tapi untuk cari peminta sedakah. Saya nampak seorang pakcik yang ketiadaan kaki. Saya rasa kesian. Saya ingat lagi muka pakcik tu. Saya bagi semua duit yang saya ada, RM10. Satu hari saya terjumpa semula pakcik tu, saya tengok kaki dia cukup. Ada 2.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, pembaca. Terima kasih admin sudi siarkan artikel saya yang marhaen ni. Saya tak berapa pandai bahasa melayu jadi saya minta kawan yang taipkan artikel ni untuk pembaca baca.

Nama saya Papadom. Boleh panggil saya Papa atau Dom. Ayat saya mungkin tunggang terbalik. Maaf. Saya memeIuk Islam masa saya berusia 20 tahun. Saya tinggal di Malaysia sejak kecil. Negara asal saya ialah France.

Saya pernah ke UK untuk menuntut ilmu dalam Linguistik. Ramadan pertama saya di UK sebab di situ saya terima sinar Islam. Alhamdulillah. Saya pernah melawat ke masjid di mana saya bertemu dengan guru agama saya.

Dia Imam di masjid tersebut. Ramadan pertama saya berjalan lancar untuk hari pertama. Namun begitu, tidak untuk solat tarawih saya. Guru saya mengambil masa 4 jam (la hawla walaa quwwata illa billah) untuk habiskan total 20 rakaat solat tarawih.

Saya dah mula rasa Islam ni agak rigid. Pun begitu, setelah tamat solat tarawih 20 rakaat yang mengambil masa 4 jam tersebut, saya berhijrah ke masjid lain. 3 jam 45 minit. Okaylah diskaun 15 minit. Bacaan masih panjang.

Saya tak berputuus asa. Saya berhijrah lagi untuk mencari masjid yang boleh habiskan 20 rakaat dalam masa yang singkat. “Dom, masjid aku solat tarawih 2 jam 45 minit. 20 rakaat. Confirm!” Wow. menarik ni. Saya pergi ke masjid tersebut.

Memang best. Tapi, solat nak cepat. Moreh saja ambil masa 2 jam tak mengapa pulak, kan? Hehehehe, manusia. Highlight saya di sini bukan nak story pasal masjid saja tapi nak kita ambil iktibar. Kenapa bila kita buat sesuatu “untuk” Allah, kita buat asal boleh? Tapi mintak macam – macam. Tak adil, kan? Ya, manusia. Allah Maha Baik.

Saya begini begini pun, masyaAllah saya dikurniakan seorang isteri yang amat taat pada perintah Allah dan Rasul. Oh ya, ada lagi 1 cerita. Pasal kawan HitIer saya. Khalid seorang lelaki Jerman. Badan dia besar wey.

MasyaAllah takut saya. Beliau sangat taat pada perintah Allah dan sangat mengikuti sunnah Nabi SAW. Pada satu hari, saya tengah makan. Pakai tangan kanan. Nak minum air, saya pakailah tangan kiri. Si Khalid ni tadi dia pukuI tangan saya sampai terpelanting air saya, cakap, “H4RAM!”

Hahahaha, saya pun cakap kat dia, “You do that once again, I slap you,”. Hari tersebut berlalu. Tibalah hari seterusnya. Situasi yang sama. Makan pakai tangan kanan, minum pakai tangan kiri. Khalid sekali lagi memukuI tangan saya, kata, “H4RAM!”

Saya angkat tangan, nak lempang dia, dia tepis. Hahahaha dia boleh agak kot. Pembaca, panjatkan al-fatihah untuk sahabat saya Khalid yang telah meninggaI dunia beberapa tahun lepas sebab ajaInya, meninggaI dalam keadaan tidur (masyaAllah).

Kerana dia ni lah saya mengamalkan sunnah. Semoga pahalanya mengalir der4s dan beliau di tempatkan ke dalam syurga tertinggi. Trick saya lepas dari kejadian tu, saya makan, sambil duduk atas tangan kiri. Hehehehe boleh cuba la lain kali.

Okaylah pembaca. Saya tak tahu nak cerita apa lagi. InsyaAllah semoga kita dipertemukan dengan Ramadan tak lama lagi. Ya Allah, berkatilah kami di bulan Sya’aban dan sampaikanlah kepada kami Ramadan. Wassalamualaikum. – Papadom (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Assalamualaikum rakan – rakan pembaca. ألحمدلله telah masuk kita ke bulan ramadan. Kali ni saya, Papadom ada nak berkongsi kisah ramadan tahun kedua saya. Seperti biasa, rakan melayu saya yang taipkan. Saya cakapkan saja.

Saya percaya dengan kuasa sadaqah. Bukan superpower. Tapi kebaikan yang الله kembalikan pada kita bila kita sadaqah. Ada orang yang dah m4ti, minta dihidupkan kembali bukan untuk solat tapi untuk sadaqah. MasyaAllah.

Ok takpe saya percaya kisah begini begitu rakan pembaca semua tahu. Saya tak berapa berilmu bab ni tapi saya yakin. Jadi pada ramadan ke 23, ganjil yang pada masa tu orang kata malam laylatulqadar (saya pun percaya masa tu hihihi) saya ke bazar. Untuk apa?

Bukan untuk membeli makanan tapi untuk mencari peminta sadaqah. Tak pelik. Ni apa yang guru saya selalu sarankan. Ok takpe hal itu. Saya masa tu bawa RM10 sahaja. Setiap hari ke bazar memang bawa antara RM10 – 20.

Bah4ya bawa banyak – banyak. Bukan sy4itan je kena ik4t ye bulan puasa ni. Nafsu tu pun kena ik4t. Ik4t perut sekali, hahaha. Ok saya berjalan di bazar, nampak seorang pakcik yang ketiadaan kaki. Minta sadaqah. Saya rasa kesian. Saya ingat lagi muka pakcik tu.

Memang takde iras bapa saya hahaha gurau. Ok saya tak fikir panjang, saya bagi terus RM10 tu pada pakcik tersebut. Bulan puasa pun berlalu dengan jayanya. Satu hari, saya dalam perjalanan nak ke bank. Sesampai di bank, saya selesaikan urusan yang sepatutnya.

Selesai je semua saya pergi ke kereta. MasyaAllah memang ujian betul. Kereta tak hidup. Saya dah m4ti akal dah masa tu. Tak ingat sebab apa saya tak telefon minta bantuan. Rasanya sebab saya takde bateri masa tu. Zaman takde powebank hahaha.

Ok saya sambung. Tengah duduk gusar apa semua tu, datang seorang lelaki. Ya, saya ingat muka lelaki tu sampai harini. Nak tahu sebab apa? Sebab tu lah pakcik yang minta sadaqah di bazar ramadan lalu. Saya tengok kaki dia cukup. Ada 2.

Saya macam, “aik pakcik? Banyak betul dapat sampai boleh buat kaki ye?” Tapi dalam hati aje. Kalau monolog luaran, saya pula yang hilang kaki. Ya rakan – rakan. Kuasa sadaqah ni hebat kan? Saya tak tau nak habiskan cerita ni macam mana. ألحمدلله kereta saya selamat dah.

Pakcik tu pulak saya tanya, “pakcik, sihat? Mesti pakcik tak ingat saya. Saya kenal pakcik. Jumpa kat bazar ramadan baru ni hihihi”. Pakcik tu muka merah padam malu mungkin. Terus berlalu pergi meninggaIkan saya sendiri.

Jadi kawan kawan, sadaqah lah. Sebab dengan sadaqah ni, الله panjangkan umur kita, murahkan rezeki kita dan banyak lagi manfaat. Namun, sebelum nak sadaqah, utamakan bayar hutang dulu. Itu lebih afdhal. Wallahualam.. – Papadom (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

نورين فرحه عبدالله : Saya pon pernah sedekah kat orang yang pejam mata duduk sambil mengaji sambil pegang tabung kat pasar satok. Tak lama lepas tu nampak dia bersidai ketawa – ketawa kat depan kedai henpon area situ – situ juga.. Saya la yang salah sangka ya ingatkan buta.

Rina Shahir : Nak beri sadaqah sebaik – baiknya carilah tempat yang sesuai. Rumah anak yatim pusat tahfiz dan lain – lain. Individu – individu yang hulur bekas di jalan – jalan ni saya kurang percaya. Sindiket yang kaya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.