Bila puasa je aku perasan air dlm peti tinggal sikit. Satu hari kant0i mak aku baca mesej dalam HP bapak

Satu tabiat bapak aku ni waktu puasa adalah dia akan beli air manis botol besar kemudian simpan dalam peti ais. Waktu sahur penuh lagi sebotol, tapi belum sampai tengahari dah tinggal separuh. Mula – mula aku syak adik aku, tapi kant0i bila mak aku terbaca satu group whatsapp pasal orang ambik order untuk lunch esok..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Semoga tulisan aku memberi kebaikan kepada semua. Aku seorang perempuan 20-an dan merupakan anak sulung. Adik – adik aku masih kecil dan bersekolah rendah.

Tujuan aku tulis confession ni hanyalah sekadar meluahkan perkara yang tak terluah dan aku harap kalau ada pembaca yang menghadapi masalah sama, bolehlah komen di bawah. Bulan puasa kali ni aku cuba buat amal ibadah sebanyak mungkin dan kalau boleh aku nak lapangkan fikiran daripada masalah bapak aku.

Bapak aku umur dah lebih setengah abad, senang cerita sepatutnya umur macam tu dah ingat buat amal bekalan untuk kemudian hari.. Tapi bapak aku lain macam sikit. Sejak aku kecil lagi, aku dah tahu yang bapak aku tak puasa waktu bulan ramadhan atas dasar dia kerja bawak lori, seharian berpanas dan kawan – kawan pun sama tak puasa.

Masa tu aku otak suci lagi dan aku terima benda tu sebagai perkara yang dibolehkan. Satu tabiat bapak aku ni waktu puasa adalah dia akan beli air manis botol besar kemudian simpan dalam peti ais. Banyak perisa pulak tu dan dah banyak kali kant0i dengan aku pasal air tu sebab waktu sahur penuh lagi sebotol, tapi belum sampai tengahari dah tinggal separuh.

Adik aku memang out of list sebab dia tak minum air yang bapak aku suka minum. Tahun ni lagi sekali isu ni naik lepas aku dah fed up nak nasihatkan bapak aku tahun – tahun yang lepas. Bapak aku sekarang dah tak kerja bawak lori dah, dia tukar naik management.

Kant0i bila mak aku terbaca satu group whatsapp dalam telefon ayah aku pasal orang amik order untuk lunch esok. Waktu kejadian ni malam ya pembaca dan mak aku terus tanya bapak aku untuk minta penjelasan. Apa yang buat mak aku m4kin s4kit hati adalah tukang ambik order tu adalah kawan sekerja bapak aku dan isteri dia yang akan masakkan ikut jumlah order.

Buat menambah rasa dalam hati mak aku, bapak aku la orang paling aktif dalam group tanya lauk apa esok. Amboi pakk, dah tak ingat anak bini ke? Bapak aku sendiri pernah cerita yang kebanyakan kawan dia tak puasa dan mereka ada port makan sendiri, pembekal makanan sendiri.

Bapak aku siap bangga lagi bila ada pegawai beruniform yang join sekali waktu tengahari. Mak aku mampu istighfar je. Kadang – kadang aku malu dengan diri sendiri sebab per4ngai bapak aku. Kadang – kadang aku jumpa cawan lepas diguna dalam peti ais, aku cuba sangka baik mungkin adik aku punya ke apa.

Tapi peti ais yang ada cawan tu hanya bapak aku saja yang guna untuk simpan makanan atau barang macam ubat sebab mak aku ada peti ais lain. Kadang – kadang aku tak faham dengan orang cukup sifat, cukup tenaga guna alasan kerja sebagai bebanan untuk puasa KECUALI orang yang memang darurat nak puasa waktu kerja asalkan dia ada inisiatif untuk bayar balik puasa dia.

Kerja itulah salah satu cara Allah swt nak salurkan rezeki kepada kita. Bayangkanlah orang nak bagi kita emas berkilo – kilo tapi bila dia tengok kita ni sangat menyantuni dia sebagai pemberi, tak ke lagi ringan rasa hati si pemberi untuk beri kita lebih dari yang awal tadi.

Akibatnya, aku bagi contoh mudah, bapak aku sendiri. Asyik merungut duit tak cukup sedangkan dia sendiri guna duit untuk perkara yang dimurkai. Mak aku dah banyak kali tegur cara elok. Kalau bapak aku kata nak puasa pun, satu hari memang tak boleh kacau dia sebab akan tidur seharian waktu cuti.

Aku teringin nak cakap lepas depan bapak tapi nanti merajuk sampai 3 hari. Aku rasa kan orang lelaki ni selagi dia tak jatuh dalam kitaran dia, selagi tu dia susah nak berubah. – Anak Bapak (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Emam Ismail : Tahun 2016 tuari, aku kenal sorang pakcik ni dia keluar 40 hari kat masjid kampung aku. Masa tu pun aku baru – baru nak belajar keluar ikut jemaah. Yang menarik usianya dah 96 tahun waktu tu tapi badan masih sihat dan dia memandu sendiri dari Taiping ke kampung aku di Kuala Lipis.

Dia bagitahu mula dapat hidayat masa umurnya 72 tahun pada tahun 1992. Asbabnya adalah anaknya selalu buat taklim di rumah dan tak jemu untuk ajak dia keluar 3 hari. Orang tua ni bukanlah menegurnya dengan selalu bagi nasihat.

Apatah lagi kalau guna kaedah ugvtan. Kaedah terbaik adalah membawa cahaya masuk ke dalam rumah. Menghilangkan kegelapan adalah dengan cahaya. Dan cahaya iman adalah dengan menarik sebanyak – banyaknya rahmat Allah SWT ke dalam rumah.

Confessor cubalah istiqomah hidupkan taklim di rumah. InsyaaAllah, pasti ada perubahan yang akan terjadi jika itulah kehendakNya. Seandainya haji Hussin tu masih hidup lagi, usianya dah 99 tahun hari ini. Malah, dia membaca al-Quran pun tanpa cermin mata. Kalau berpeluang, saya teringin nak jumpa beliau lagi.

Natashaa Shaa : Ambil kesempatan bulan Ramadhan ni supaya Allah bukakan pintu hati ayah utk berubah dan hijrah kembali kepada Nya. Memang betul orang tua ni susah dah nak ubah per4ngai. Memang sangat susah walau dah kena peny4kit macam – macam pun tetap begitu. Tapi Allah pegang hati h4mbaNya. Mudahan doa anak soleh menjadi asbab Allah dengar doa kita. Selebihnya serah pada Allah. Allah lebih tahu.

Tina Medina : Malu nye.. Suami akak s4kit g3rd dik. G4stric yang tahap kritikaI. Keja angkat mesin berat. Bawak keta ulang alik dari ofis ke kawasan penghantarn dalam 400km setiap hari. Masih lagi berpuasa. Bukan nak bangga.

Kadang – kadang akak sendiri tak yakin boley ke suami berpuasa? Suami cakap dia nak puasa jugak. Anak yang sulung pun puasa jugak sampai munt4h – munt4h dia cakap nanti kurang pahala mama. Bayangkan suami akak da 3 tahun berpantang makanan minuman manis pedas berminyak sebiji lauk baby.

Nak pergi makan kedai pun tak boley apetah lagi nak check in hotel. Adik cakap dengan ayah kalau nikmat makan tu ditarik dengan Allah nanti menyesal masa tu la baru nak belajar berpuasa. Bukan setakat puasa tahan lapar dahaga tapi ape jenis makanan pun dah tak boley nak makan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?