Setiap kali harijadi saya, umi akan menuntut hadiah yang sama yang suami saya bagi untuk saya, termasuklah kek. Alasannya, saya ada kerana dia. Jadi kalau bajet hadiah suami dua ribu, kena bagi dua, seribu untuk Umi, seribu untuk saya. Yang saya benci tu bila dia suruh anak siasat betul ke itu je hadiah saya dapat.
#Foto sekadar hiasaan. Hi semua. Saya betul – betul nak meluah rasa ni. Hajat hati nak tulis guna bahasa persuratan tapi saya dah malas nak fikir kerja mengarang. Ni pasal suami dan ibu saya. Dua manusia yang saya sayang sangat.
Dua – dua pun syurga saya walaupun keutamaan taat adalah pada suami sendiri. Umi saya merupakan seorang ibu tunggal. Saya anak bongsu dari dua orang adik beradik. Kami semua tinggal di tanah warisan yang sama, jadi kiranya rumah kitaorang ni jaraknya cuma sepelaung saja.
Rumah umi diapit oleh rumah saya dan kakak. Untuk pengetahuan, Umi tinggal sorang. Jadi cucu – cucu Umi sama ada dari anak saya atau anak kakak akan tinggal bergilir untuk jaga Umi. Makanan pun kami hantarkan.
Umi tak perlu susah – susah masak. Kitorang adik – beradik ni anak yang baik tau. Kami tak pernah berkira dengan Umi. Rumah kami adalah rumah Umi juga. Umi bebas keluar masuk bila – bila masa dan Umi boleh ambil apa benda yang Umi nak dari rumah kami.
Kami juga selalu pastikan apa saja benda kami ada contohnya baju, perabot, barang letrik atau emas yang kami beli, Umi pun mesti ada juga dengan harga yang lebih. Tapi Umi ni per4ngainya pelik sikit.
Dia macam tak pandai puas dan suka berprasangka yang bukan – bukan. Contoh macam saya belikan gelang yang sama untuk dia, dia akan fikir yang gelang saya jauh lebih mahal dari dia.
Dia akan ajak tukar atau bawa kedua – dua gelang dan timbang dekat kedai. Kalau didapati sama, maka dia akan mencipta prasangka lain yang kononnya saya ada beli gelang lebih untuk saya tapi saya sembunyikan.
Umi ni juga jenis kuat merungut dan berleter. Setiap hari ada saja alasannya nak berleter. Dia akan ke rumah kami dan akan berleter pada anak – anak saya pasal apa saja. Kadang – kadang dia sengaja cari salah kami termasuklah cara anak saya sidai kain yang tak sekata pun boleh jadi isu.
Kalau dia tak merungut atau berleter, dia akan merengek kes4kitan. Umi memang ada diab3tes jadi kakinya selalu s4kit. So dia akan ke rumah kami dan mengadu – ngadu s4kitnya diselangi dengan leteran. Umi ni dia ada 0bses dengan hospitaI.
Jadi dia akan cari apa saja alasan untuk pergi hospitaI. Kalau kami bawa bercuti di luar negara mana sekali pun, dia tetap akan cari alasan nak merasa hospitaI di tempat tu. Tapi itu bukan masalah saya sebab saya dah terbiasa melayan karenah pelik Umi sejak kecil lagi.
Dulu masa arw4h abah ada, lagi pelik per4ngai dia. Yang jadi masalah sekarang ialah suami saya. Mula – mula dulu suami saya ambil masa juga nak faham umi saya tu. Kami selalu bertengk4r pasal umi.
Tapi sekarang ni, suami saya dah jadi macam per4ngai umi saya! Paling meny4kitkan ialah dia orang dua ni macam ada berIawan pula nak perhatian dari saya dan saling membatu api. Ok saya bagi contoh,
Saya pulang kerja jam 5.30. Belum pun sempat tutup pintu kereta, Umi saya akan mengadu pada saya yang suami saya pulang lambat (dia cikgu kerja setengah hari) dan mula menghasut saya tentang cerita suami orang yang curang.
Bila saya masuk rumah, suami saya pula akan mengadu yang umi tadi ada ambil rempah kari atau umpat saya pasal saya selalu balik lambat dari ofis. Selalunya dua – dua cerita ni saya tak layan. Tapi malangnya, bila saya tak layan, dua – dua m4kin menjadi pula batu apinya.
Saya dah cuba slow talk dengan dua – dua tapi finally saya pula dipersalahkan. Umi tuduh saya lebihkan suami. Suami pula tuduh saya lebihkan Umi. Memang saya tahu dalam Islam perlu diutamakan suami tapi nampaknya hukvm itu tidak masuk dalam kamus hidup umi.
Umi akan buat benda – benda yang tak munasabah termasuk menyiksa dirinya sendiri untuk membuktikan dia lebih layak diutamakan. Contohnya dia akan mogok makan sampai g4strik, atau sengaja Iukakan kakinya.
Hal yang sama berlaku juga pada kakak. Cuma bezanya, kakak ni peIawan sikit. Husband dia pula terang – terang dah tunjukkan sikap bermusvh dengan Umi. Beza dengan suami saya, dia tak tunjukkan sikap permusvhan terang – terangan.
Tapi dia copy habis semua per4ngai Umi sebagai tanda member0ntak. Menghadap diorang berdua ni, saya rasa macam nak merajuk, pergi jauh saja dari sini. Atau biarlah saya m4ti saja. Kalau boleh dibeIah badan, kan bagus.
SebeIah tinggal di rumah, sebeIah lagi tinggal di rumah Umi. Paling saya str3ss bila anak dan suami saya s4kit, Umi pun buat hal juga tiba – tiba s4kit. Lepas tu, dia tak mahu dibawa ke kIinik yang sama.
Kalau saya pula yang s4kit, masing – masinglah pula tunjukkan ilmu penjagaan yang paling betul. Dalam ertik4ta lain, selama 24 tahun ini, keduanya bersaing siapa yamg lebih baik. Untuk apa? Saya penatlah hadap.
Umi pula m4kin hari m4kin teruk per4ngainya. Setiap kali hari ulang tahun kelahitan saya, dia akan menuntut hadiah yang sama yang suami saya bagi untuk saya, termasuklah kek. Alasannya, saya ada kerana dia.
Jadi kalau bajet hadiah suami dua ribu, kena bagi dua, seribu untuk Umi, seribu untuk saya. Itu ok lagiIah. Yang saya benci tu bila dia suruh anak siasat betul ke itu je hadiah saya dapat. Atau ada yang lain lagi.
Saya pun tak tahu nak buat apa supaya semuanya dapat hidup harmoni dan bersatu. Dah macam silent w4r mentua vs menantu pun ada. Kalau tinggal serumah, bolehlah pindah. Saya rasa saya dah cukup bersabar dengan per4ngai dia orang dua ni.
Mungkin sebab saya sabarlah Allah bagi saya macam – macam rezeki dan kenaikan pangkat. Itu pun jadi isu juga akhirnya. Umi claim sebab doa dia dan suami saya pula claim itu sebab dia redha pada saya.
Pasal itupun dia orang boleh berbaIah. Sama juga halnya kalau saya ditimpa musibah. Masing – masing claim sebab saya banyak d0sa s4kitkan hati dia orang. Eh dahlah. Mengarutlah semua ni. S4kit kepala saya. Maaf kalau korang tak faham situasi saya.
Memanglah ramai lagi mend3rita dari saya. Allah bagi ujian ni dekat saya mungkin sebab ini je ujian yang saya boleh hadap. Dia tak uji saya dengan kemiskinan, suami curang atau pengabaian ibu bapa.
Saya tak tau mana lagi yang lebih s4kit sebab saya hanya bercakap dan melihat atas kapasiti ujian untuk saya. Terima kasih yang sudi baca. Feel better now walaupun bila baca balik, macam tak sampai apa yang saya nak sampaikan. Selamat berpuasa semua. – Zurin (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nina Nuar : Sayang diri sendiri je dulu. Tak kisah la mak atau suami ke. Baik awak ada masa untuk diri sendiri. Saya berani cakap sebab saya buat bende tu. Benda yang serabut saya, saya berprinsip.
Per4ngai saya macam kakak awak tu ha. Saya meIawan benda yang bukan saya mula buat hal dulu. Tak kira la sesiapa pun. Tak ada maknanya lesen syurga tu mutlak bawah ibu dan suami. Sebab mereka pun manusia. Nak claim diri tu syurga, buat la akhlak macam ahli syurga, bukan sebaliknya.
Arianti Alias : Sorry TT saya tergelak baca, saya dapat bayangkan mesti awak serabut dan haru biru bila dua – dua buat per4ngai kan hihihi. Kesiannya la awak jadi orang tengah. Tak ade nasihat atau kata – kata saya boleh bagi sebab saya tak hadap apa yang awak rasa cuma saya boleh bayangkan macam mana la keadaan awak tu. Banyak – banyak doa, semoga semua dipermudahkan untuk awak.
Fatimah Lee Abdullah : Memang ada ibu yang narc1ssist macam ni, maIang pula dapat suami pun per4ngai sama. Kawan saya sama macam puan. Dua – dua suka guna kuasa vet0 untuk perhatian. Kawan saya merajuk bagi kata dua pada suami iaitu cerai atau berubah.
Tapi dalam moment merajuk tu kawan saya lari ke oversea. Anak dia biar mak dengan suami dia jaga. Dalam 3 kali juga la dia lari ke negara yang berbeza and it took almost one decade! now she is happy with the same marriage and same mom but better mom.
Kadang – kadang manusia ni kalau dilayan sangat naik lemak tapi bila dah tahu si anak atau isteri yang berharga tu akan lari dan hilang, mereka mula belajar sedar diri. Akhirnya pandai bawak diri! Saya doakan moga puan zurin dibukakan jalan untuk masalah ini. Semoga Allah permudahkan urusan puan..
Sherri Hazmi : Mengadap mak dan laki yang mentaI. Ini kita dah tak boleh buat apa, tuan – tuan dan puan – puan. So tak ada nasihat yang sesuai diberi kepada puan Zurin. Maka hadap je lah sampai ke kubvr nanti puan.
Nasihat yang ada ialah untuk makcik – makcik yang dah bermenantu di luar sana. Dah la, anak tu dah kahwin, tak payah lah asyik ulang – ulang, anak lelaki anak mak, anak perempuan wajib jaga mak.
Selagi makcik sihat, jaga je diri sendiri, jangan menyusahkan anak – anak. Banyak orang tua tak sedar diri ni, bila anak dah kahwin pun masih mintak layanan yang sama atas kapasiti syurga bawah tapak kaki mak.
Karang anak tu bercerai, tekanan perasaan, berg4duh berebut anak, ko jugak yang susah.
Dayana Anna : Mak puan narc1ssistic, semua agenda untuk kepentingan dia dan perhatian semua kepada dia. Kalau tidak dapat control puan, dia akan buat hal. Saya nasihatkan supaya puan banyak membaca tentang ibu bapa narc1ssistic sebab kesan jangka panjang bah4ya.
Kemungkinan tanpa sedar juga mungkin akan berkahwin dengan pasangan yang per4ngai sama. Puan perlu tegas supaya ibu dan suami puan tidak ambil kesempatan. “B0undaries” penting. Nasihat saya, langkah pertama, pindah rumah jauh dari ibu puan. Bertegas dengan suami. Banyakkan membaca berkaitan isu narc1ssistic parent.