Adik beradik hanya balik kampung untuk selfie dan upload gambar di FB, mention doa “harap abah sihat kembali.”

Kenapa h1na sangat sangat jadi orang tak bekerja? Aku berjaya dalam permohonan diploma tapi pada hari yang sama, emak aku mengaIami keceIakaan dan mengaIami keced3raan. Bila buka purse tengok muka emak dan abah, aku menangis sendiri, tak tergamak aku nak tinggalkan mak abah sendiri di rumah…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan, aku seorang perempuan, berusia 25 tahun dan seorang penganggur. Ya, itu aku, penganggur di mata dan mulut orang yang mengatakan hidup aku hanya goyang kaki, makan dan tidur sahaja.

Tapi siapa mereka yang sewenangnya menghukvm aku hanya kerana aku penganggur ?. Acap kali, dengan usia sebegini aku di ajukan soalan ” kerja apa sekarang”. Aku tak menipu dengan mengatakan aku hanya seorang yang tidak bekerja, masih belum rezeki mungkin tapi dengan mudah orang berkata – kata, tanpa mempeduli hati perasaan aku, h1nakah aku kerana tidak mempunyai pekerjaan?

Aku juga punya cita – cita, punya impian dan keinginan tapi aku k0rbankan segalanya demi orang yang aku sayang. Aku pernah menyambung pelajaran selepas SPM dulu, dua tahun aku berjaya dapatkan sekeping sijil.

Keinginan untuk terus belajar masih membuak – buak ketika itu, jadi aku mohon untuk mengambil diploma. Hari di mana keputvsan permohonan diploma akan diketahui, emak aku mengaIami keceIakaan dan mengaIami keced3raan yang membuatkan emak harus lakukan pembedahan dan tidak boleh berjalan untuk jangka masa yang lama.

Dalam satu hari aku terima satu berita baik dan buruk. Dengan sukacitanya aku berjaya dalam permohonan diploma aku tapi dalam masa yang sama emak lebih penting buat aku. Emak mahukan aku untuk pergi sambung diploma tapi hati aku lebih berat untuk meninggaIkan emak dalam keadaan yang sebegitu rupa.

Memang berkobar – kobar semangat aku bila dapat tawaran untuk sambung belajar diperingkat seterusnya. Senyum sampai telinga aku dapat tawaran pagi tu. Tapi bila buka purse tengok muka emak dan abah, aku menangis sendiri, tak tergamak aku nak tinggalkan mak abah sendiri di rumah.

Aku akur ini jalan hidup aku. Emak dan abah jalan pilihan aku. Aku perlu bahagiakan mereka, aku perlu k0rban masa dan tenaga aku untuk mereka. Sebab apa? Sebab mereka syurga aku.

Akhirnya pada hari yang sama aku putvskan untuk menolak tawaran diploma aku dan jaga emak. Ilmu bila – bila boleh aku cari tapi emak tak kan ada penggantinya.

Lagi pula abah juga tak sihat mana untuk menjaga emak, sebagai anak, takkan aku tak boleh jaga emak sedangkan kecil – kecil emak yang jaga aku dulu. Jangan tanya kalau pasal adik beradik lain. Sebab mereka sudah pilih jalan masing – masing, mereka hanya akan balik sebulan sekali.

Tu pun kalau mereka ingatlah nak balik. Duit kadang – kadang on/off bagi kat emak dan abah. Aku paham kehidupan mereka di bandar tak seindah yang kita fikir. Segala makan pakai mandi ber4k mak semua aku uruskan, mak tak boleh berjalan, hanya berkerusi roda sahaja kalau ke mana – mana.

Tapi berkat kesungguhan mak untuk sihat, berkat fisoterapi, mak dah boleh berjalan sedikit demi sedikit, dah boleh ke dapur untuk masak dan sekarang mak dah boleh berlari dah, cuma jalannya tak sesempurna seperti dulu.

Walaupun mak jalan senget benget aku bangga, itu hasil aku bahagiakan mak. Aku pimpin mak, tak pernah putvs asa untuk mak dapat kembali nikmat kakinya jalan seperti dulu. Kalau free, selalunya hari minggu aku akan bawa mak jalan – jalan pusing taman.

Aku sarungkan mak track suit, kasut sukan baru, supaya mak dapat semangat baru. Mak mesti kuat. Iawan keced3raan, lemah semangat mak. Bila adik beradik balik jenguk mak dah boleh berjalan, mereka tersenyum.

Alhamdullilah mak kembali normal. Bila emak dah kembali okey, aku ada mencari kerja. Macam – macam kerja aku cuba nasib tapi kebanyakannya tak di terima sebab tiada pengalaman. Ada yang kata akan hubungi tapi sampai kesudah senyap sunyi.

Aku tak memilih. Aku juga pernah cuba jadi stokis jualan secara online, tapi balik – balik aku kena tipu, sehabuk duit pun aku tak dapat seperti yang dijanji. Tapi kadang – kadang Allah bagi aku rezeki dengan cara tolong orang, kadang – kadang aku tumpangkan orang sekampung aku untuk ke pekan atau ke kIinik, aku tolong dengan ikhlas tapi ada yang beri aku duit.

Aku juga selalu ditakdirkan terjumpa duit, aku tahu Allah sedang menguji aku, duit tu selalunya aku sedekahkan dekat pakcik – pakcik jual tisu dekat pasar malam. Setahun kebelakangan ni pula, aku diuji dengan abah aku keluar masuk wad. Abah kerap jadi penat sebab air penuh dalam perut.

Tak kira waktu, kadang – kadang malam pon aku usung abah ke hospitaI. Bila abah masuk hospitaI, aku tidor malam kadang tak lena, asyik terpikir abah dekat hospitaI. Adik beradik yang lain??? Hmmm… Jangan harap nak jaga abah. Hanya balik selfie dan upload gambar di FB, mention doa “harap abah sihat kembali.”

Itulah setiap kali mereka balik akan lakukan. Aku tak kecewa dengan kelakuan mereka, aku bangga dapat jadi anak yang banyak tabur bakti kepada mak dan abah. Pernah abah jadi macam nyanyuk lupa dia dekat mana, buat per4ngai macam budak – budak. Lampin pakai buang abah aku yang gantikan, aku yang mandikan abah.

Kalau abah nak solat, aku akan teman dia berwuduk hingga dia selesai solat. Hati ni memang tak tenteram. Nak jugak dok dekat hospitaI tu tapi emak suruh balik. Yelah , dekat rumah kena fikirkan adik – adik (kucing) jugak, mesti nak di beri makan.

Pagi – pagi sebelum subuh tu kalut rebuskan ikan, bagi adik – adik makan dulu sebelum pergi hospitaI. Macam tu lah rutin hari – hari kalau abah dekat hospitaI. Berulang alik. Sekarang ni kebanyakan kalau ke mana aku yang akan pandu kereta, abah dah tak larat.

Emak nak ke mana pon aku bawa, ke pasar, ke kedai malahan ke langit pon aku sanggup. Hidup aku hanya untuk emak dan abah aku sahaja. Alahai, aku teringin sangat nak cakap dekat emak abah aku, “mak abah nak apa, ambil la, adik bayar”.

InsyaaAllah, mungkin satu hari nanti. Pengajaran apa yang aku nak cuba sampaikan, berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka hidup di dunia ini. Mereka syurga kita dunia dan akhir4t. Buatlah macam mana pun, kalau tiada keberkatan ibu bapa, tak ke mana juga.

Aku nampak kewangan adik beradik aku sem4kin merosot, even abah dan mak tidak sihat, mereka balik sepatutnya hulurkan wang, ringankan beban mak dan abah. Tapi tidak, siap nak pinjam duit mak abah lagi ada la.

Sebagai mak dan abah, ibu bapa mana yang sanggup tengok anak dalam kesusahan, bila mereka minta, pasti mak dan abah akan k0rek juga cari dan tolong mereka, tapi ada mereka ingat mak abah tengah s4kit sekarang?

Tanggungjawab anak kepada mak jangan diabaikan, mereka yang lahir dan besarkan kita. Aku bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan pada aku bila aku sanggup berk0rban untuk jaga mak dan abah.

Bukan nak bangga, cuma aku harap pada pembaca di luar sana, jika ada mak abah di kampung, senang – senangkan lah mereka, kalau ada adik beradik yang sanggup jaga mak dan abah di kampung, ringan – ringankanlah bantu mereka.

Jadi kenapa orang suka kata penganggur ni tak berguna? Kenapa h1na sangat – sangat jadi orang tak bekerja? Hey makcik, pakcik, kakak, abang bawang sekalian, tak semua yang tanam anggur tu jenis goyang kaki, makan, tidur lena je.

Tak bekerja tak semestinya sampah. Yang sampah tu bila hakimi orang sebelum kenal orang tu sebetulnya.

Komen Warganet :

Putri Rahman : Allahu, semoga Allah permudahkan urusan ko nak. Bersusah dulu ganjarannya tak ternilai ko akan dapat nanti.

Rohana Mansor : Assalamualaikum, sabar lah adik. Ya akak faham apa yang adik lalui sekrang ni. Yang  akak dapat cakap, akak tabik kat adik bab berk0rban demi mak ayah tercinta. Akak doakan agar adik tabah melalui ujian ni dan insyaallah dik syurga tempat adik nanti kerana menjaga kedua org tua adik, amin.. amin.. amin yarobal allamin.

Ain Shamila : Itulah antara peng0rbanan dari seorang anak yang ramai tak nampak. Kalau kita sedar, setiap keluarga mesti ada seorang anak yang mungkin tak bekerja, duduk kampung dengan ibu ayah yang dah tua.

Orang lain, atau adik beradik mungkin pandang rendah. Tetapi anak inilah anugerah supaya dapat menjaga ibu dan ayah di hari tua. Tak semua anak – anak mampu kerana mempunyai komitmen masing – masing. Tahniah awak!