Bila saya balik kampung mengadu kena cerai, mak marahkan saya sebab tak tahu jaga suami sebaik itu

Suami suruh saya berhenti kerja untuk jaga anak. Tapi setiap kali minta duit belanja, dia suruh guna duit simpanan saya dulu. Bila duit saya habis, dia suruh pula gadai barang kemas. Sampai masa barang kemas pun habis, terp4ksa pula saya pinjam dengan adik.

#Foto sekadar hiasan. Semua orang tahu jod0h pertemuan Allah yang menentukan. Kahwin atau tidak, kekal atau tidak jod0h kita, semuanya telah tertulis, semua orang faham selagi kita bergeIar manusia lebih – lebih lagi kita beragama Islam. Tetapi sayangnya masih ada yang tak mahu faham dan menyalahkan sebeIah pihak sahaja bila berlaku perceraian.

Sebagai contoh diri saya sendiri. Keluarga salahkan saya punca diceraikan. Ini bukan kali pertama saya bercerai, sudah dua kali. Semoga luahan hati saya ini dapat dijadikan iktibar kepada ibu – ibu semua, jangan salahkan anak jika mereka bercerai. Percayakan apa yang berlaku ada sebabnya dan yakinlah Allah lebih tahu.

Saya ada 3 orang anak, bertaraf ibu tunggal sudah tiga tahun lebih, dan terp4ksa h4rung susah senang hidup sendirian, setelah keluarga sendiri salahkan saya kerana bercerai. Malah tuduh saya engkar kerana lebih pentingkan kerjaya dengan gaji tak seberapa daripada suami.

Sebelum pembaca buat keputvsan melulu. Biar saya ceritakan keadaan sebenar. Saya kahwin lebih kurang 15 tahun lepas, memang gaji saya kecil sebagai kerani, kerana masalah tak ada orang jaga anak, maka suami, Ed cadangkan saya berhenti kerja. Katanya tempat kerja jauh dan gaji tak seberapa. Kerana fikirkan terbaik, saya berhenti kerja. Harapan saya suami uruskan segalanya dalam urusan rumah tangga dengan baik.

Awal lagi saya sudah nampak Ed tidak berikan kerjasama dalam perbelanjaan makan minum keluarga. Setiap kali saya minta duit untuk beli susu anak dan lauk pauk, dia suruh saya guna duit simpanan saya dulu. Alasannya dia `kering’ bila ada duit dia akan uruskan. Saya patuh!

Minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, duit simpanan habis, saya minta Ed bagi duit, alasannya tetap sama, masih kering. Kali ini dia suruh saya gadaikan barang kemas untuk buat belanja. Nanti dia akan t3bus bila dapat bonus.

Banyak mana sangat barang kemas saya, bila habis saya minta lagi, dia bising, katanya saya menyusahkan hidupnya. Habis tu saya ini isterinya jadi tanggungjawab dia beri saya makan minum. Tapi dia membebeI, hidupnya susah sejak kahwin. Habis tu buat apa kahwin? Kerana selalu sangat bertengk4r pasal duit, maka saya tak mampu sediakan makan minumnya lagi, sebaliknya saya hanya beli susu dan makan minum anak kami.

Rupanya bila saya tak masak dia lagi hangat hati. Katanya buat apa kahwin? Ada isteri tak mahu masak. Nak masak apa kalau benda hendak masak tak ada? Untuk kurangkan tekanan saya pinjam duit adik. Tetapi berapa banyak dia boleh beri. Rupanya sem4kin saya berusaha sediakan makan minum, Ed tak percaya bila saya kata duit simpanan saya dah habis. Dia masih kata saya ada simpanan, yang saya sorok daripada pengetahuannya.

Kerana nak jaga hati suami dan hendakkan rumah tangga aman saya sanggup makan nasi berlaukkan telor dan kicap setiap hari asalkan Ed ada lauk untuk makan. Biasanya saya beli lauk siap masak di gerai cukup untuk dia seorang. Nasi saya masak sendiri. Saya mengaku memang saya tak masak, sebab bahan masakan tak ada. Lebih murah beli lauk dah siap.

Peliknya dia tahu siapkan lauk pauk dan sayur bila keluarganya nak datang makan di rumah. Mertua saya pernah kata dia pelik tengok rumah saya ada peti sejuk, tapi kosong, ada dapur tapi tak pernah masak. Saya cuma tersenyum. Walaupun saya tahu saya disindir.

Tiga tahun lamanya saya bersabar, tetapi bila perut selalu berkeroncong dan hati selalu susah tak berduit akhirnya saya cari kerja. Kerja kerani bukan susah nak dapat asalkan sabar dengan gaji murah. Yang penting tempat kerja tak jauh, ada bas, dan ada orang nak jaga anak. Tetapi bila saya bekerja Ed tuduh saya engkar. Sapa boleh tahan kalau nak makan pun susah. Kerana sering berg4duh akhirnya Ed lafazkan cerai

Saya balik kampung bercerita dengan emak maIangnya saya kena marah. Kata emak bukan senang nak dapat suami sebaik Ed, hormat orang tua, tak somb0ng, tak kaki perempuan, tak jvdi dan tak kaki t0di. Mulalah emak salahkan saya kerana tak tahu jaga suami. Memang saya tak ceritakan keadaan sebenar, sebab saya tak mahu jatuhkan maruah Ed sebagai suami.

MaIangnya inilah kesilapan saya. Lepas bercerai dengan pertolongan kawan saya menumpang di rumah bujangnya. Hasrat nak tumpangkan anak untuk emak jaga sementara tak kesampaian bila saya lihat emak terlalu marah dan salahkan saya kerana berceria.

Menumpang rumah orang dengan anak kecil bukan senang. Tapi nak duduk rumah sewa dan hantar anak ke rumah pengasuh perlu banyak belanja, sedangkan gaji tak sebanyak mana. Dalam pada itu Ed sering datang rumah emak nak rujuk saya semula. Emak mulalah pasang rekod bila telefon saya. Dia suruh saya balik segera supaya boleh rujuk.

Hampir 3 bulan saya menumpang rumah kawan, akhirnya setelah berfikir beberapa kali, maka saya setuju rujuk. Ed janji akan uruskan keluarga sebaik mungkin. Emak percaya sangat janji Ed, kecuali adik bongsu saya. Dia suruh saya fikir masak – masak sebelum buat keputvsan.

Mulanya memang Ed baik, dia beri duit setiap bulan, nampak gayanya Ed dah berubah. Dengan izin Allah saya hamil, selepas melahirkan maka bertambahlah perbelanjaan keluarga. Dan Allah berjanji sesiapa yang ikhlas kepada keluarganya akan diberikan lebih ganjaran. Dengan izinNya, gaji saya bertambah. Tetapi sedihnya Ed buat ragam lagi.

Oleh kerana pengasuh anak saya baik, saya tak kisah kalau bayar upah lebih kerana saya pun sering balik lewat. Tetapi kerana kesibukan saya kurang masak untuk makan malam Ed. Biasanya saya beli. MaIangnya itu jadi kemarahan Ed.

Saya beritahu Ed untuk mencari kedamaian kita kena bekerjasama, timbang rasa dan saling faham memahami. Kalau saya tak bekerja dia jugak susah. Bila saya bekerja dia kenalah faham dan bertimbang rasa. Tetapi Ed mahukan layanan 100 peratus, dia seperti marah dan tak puas hati dengan kemajuan saya. Malah salahkan saya kerana kurang pedulikan keluarga.

Walaupun sering bertengk4r, saya hamil lagi anak ketika ketika anak kedua baru berusia 2 tahun dan anak pertama sudah 6 tahun. Ketika hamil anak ketiga masalah rumahtangga saya bertambah berat, kerana sikap Ed. Dia marah kerana tidak beri perhatian melayan makan minumnya. Dia mahu saya berhenti kerja dan tumpukan kepada keluarga.

Tetapi sikap dan perbuatannya langsung tidak menggambarkan apa yang dik4takannya. Dia masih terlalu berkira bab keluar duit belanja untuk makan minum kami. Kalau saya minta dia ke kedai walau pun untuk beli setin susu anak dia masih minta duit saya.

Bukan itu sahaja, kalau dulu dia janji akan urus makan minum keluarga jika saya setuju rujuk semula, tetapi sekarang tidak lagi, kelakuannya kembali kepada sebelum kami bercerai dahulu. Alasanya jika saya minta dia duit belanja rumah, saya mesti berhenti kerja.

Tetapi saya tidak yakin dengan janjinya, sudah dua kali saya terpedaya, rasanya Ed memang susah tepati janji, kerana sikapnya terlalu berkira untuk makan minum anak isteri, dia kedekut. Kalau boleh dia hendak control duit gaji saya. Tetapi saya tak setuju.

Lama saya bersabar dengan kerenahnya, malah saya banyak diam jika dia mula bangkitkan isu saya bekerja punca rumahtangga kami tak aman. Tetapi saya sering nasihatkan Ed resepi rumah tangga bahagia, perlu ada sikap tolak ansur, percaya mempercayai, faham memahami dan bekerjasama, jika tidak sukar mencari kedamaian. Tapi Ed salahkan kerana engkar.

Per4ng antara kami sering berlarutan, tanpa pengetahuan saya Ed memburukkan saya pada emak di kampung. Apalagi emak suruh saya berhenti kerja, katanya jangan engkar, syurga bawah tapak kaki suami. Saya tak mahu berbaIah dengan emak, saya cuma diamkan diri. Saya kecewa kerana Ed memburuk – burukkan saya pada emak, sedangkan dialah masalahnya.

Ed mahu tutup kesalahannya. Perbuatannya buat saya jadi lebih keras semangat, saya terp4ksa engkar cakap emak, kerana emak tidak faham keadaan sebenar. Kalau sesiapa pun berdiri atas kasut saya dia pasti buat apa yang saya putvskan.

Akhirnya sekali lagi Ed ceraikan saya, alasannya saya engkar. Kata emak kalau saya susah jangan datang minta tolong dengannya. Saya dik4ta bod0h kerana lepaskan suami yang baik dan bertaraf pegawai. Saya maafkan emak kerana tidak tahu keadaan sebenar.

Kini saya bersyukur, walaupun hidup bersendirian tanpa nafkah anak – anak dari suami, tetapi saya berazam akan besarkan anak – anak sebaik mungkin, kepada Allah saya berserah kerana Dia lebih memahami. Dan Dialah penentu jodh pertemuan saya, Dia tahu apa yang terbaik untuk saya, mungkin bukan sekarang.