Suami minta makanan sedap-sedap, bila dah masak makan sikit je alasan tengah diet

Suami kerap minta untuk makan macam – macam. Nasi briyani, mee kari, bakso, nasi minyak selagi tak masak, selagi tu dia akan tanya. Tapi bila aku dah masakkan, makannya sikit. Atas alasan takut gemuk, takut berat naik. Rasa tak berbaloi aku berkejar dengan masa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku seorang isteri yang telah berkahwin hampir 3 tahun, bekerjaya dan bergaji lebih sekali ganda dari gaji suami aku. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang cukup bijak berusia hampir 2 tahun. Alhamdulillah.

Sepanjang perkahwinan, ujian kewangan itu biasa. Suami menampung segala perbelanjaan utiliti. Keperluan laundry dan toiletries ditampung olehnya tetapi semuanya adalah keperluannya, apa yang digunakan olehnya.

Awalnya aku hanya gunakan dan tak kisah berkongsi semua tu. Tapi setahun lepas, aku kena alahan. Aku kalah dengan banyak jenis sabun dan antibakteria. Kebanyakan sabun dan shampoo yang suami beli, aku kalah.

Aku perlu gunakan sabun mandi, shampoo, sabun pencuci pinggan, sabun basuh baju khas. Sabun basuh baju takde masalah sebab gunakan mesin basuh. Tapi keperluan sabun mandi dan shampoo aku perlu beli sendiri.

Selain dari tu, hampir 100% perbelanjaan anak, aku yang tanggung sendiri. Anak aku masih BF sepenuhnya. Peralatan penyusuan, 100% aku yang tanggung. Termasuk juga lampin pakai buang, pakaian, vitamin, makanan, edutoys dan juga bayaran pengasuh.

Setiap bulan, aku belanjakan at least RM1000 untuk semua tu. Tapi aku tak nak ungkit. Sebab aku nak yang terbaik untuk anak aku. Macam yang semua ibu mahukan. Keperluan rumah juga hampir 70% aku tanggung.

Dan aku boleh katakan, gaji bulanan aku sangat sedikit jumlahnya yang dapat aku simpan. Aku tidak berkira demi keselesaan kami sekeluarga. Aku tahu gaji suami kecil, selepas tolak segala tanggungan, bayaran bulanan kereta, perbelanjaan minyak kereta semua tu, tiada juga untuk dia gunakan membeli kehendak sendiri.

Nafkah? Alhamdulillah ada walau nilainya tidak sampai tiga angka. Dan aku gunakan kembali untuk beli lauk pauk harian. Aku faham dan aku sangat hargai peng0rbanan dia. Bukan niat aku untuk mengungkit. Cuma adakalanya terbit rasa tidak ikhlas dan rasa tidak dihargai.

Dulu dia sangat rajin membantu aku menguruskan hal rumah tangga. Ye lah aku isteri yang bekerja. Tiada kekuatan aku nak lakukan semuanya dengan perfect.

Selalunya dia akan bantu aku basuh, jemur dan angkat pakaian. Rutin selang sehari. Dan dia juga akan bantu aku cuci pinggan mangkuk periuk belanga selepas selesai makan.

Dia juga akan tolong aku kemas dapur kalau aku tak sempat. Ye lah dengan ada anak kecil yang asyik nak ibu selepas seharian ditinggalkan bersama pengasuh. Sampah sisa makanan semuanya dia akan buang sebelum tidur.

MaIangnya selepas PKP 1.0 haritu, aku dah mula uruskan semuanya sendiri. Waktu tu dia sudah mula masuk pejabat tetapi aku masih WFH. Bila bekerja dari rumah, aku tak perlu terkejar – kejar. Jadi kain baju aku akan basuh sambil siapkan kerja aku di rumah. Aku juga akan masak lunch walaupun dalam masa sejam je.

Dia balik rehat, lunch dah tersedia. Balik petang, aku minta dia bawa anak bermain di luar sementara aku sediakan makan malam pula. Malam kami sama – sama dapat rehat sebab dapur dah beres, kain baju semua dah basuh.

Keadaan tu berterusan sehingga aku dah mula masuk kerja semula. Mungkin dah terbiasa agaknya. Dia dah mula kurang membantu aku uruskan rumah tangga. Tapi aku masih teruskan buat apa yang aku dah biasa buat, selagi aku larat dan sihat.

Aku cuma akan minta tolong dia bila aku betul – betul perlukan. Selagi aku mampu, aku tetap akan buat sendiri. Aku tak nak susahkan dia. Asalkan dia boleh tolong uruskan anak, jaga anak, dan anak tak kacau aku buat kerja sekejap.

Walaupun aku terp4ksa panjat kerusi dan meja untuk cuci sawang di hujung minggu walaupun dia ada je kat ruang tamu menonton Netflix sambil scroll FB. Iye aku tahu apa yang isteri lain akan rasa bila dalam keadaan macam ni. Aku pun rasa macam tu. Cuma aku tak nak berg4duh dengan dia. Sebab confirm aku akan kalah.

Kalau aku sebut dia boleh rehat relax – relax sedangkan aku berpenat Ielah buat kerja rumah, dia akan tunding jari kat aku semula dan katakan yang aku tak ikhlas, aku mengungkit. Dia tak pernah p4ksa aku buat semua tu. Dan macam – macam lagi lah.

Setiap kali bertengkar, aku tak pernah menang. Dia sentiasa akan menang dan berada di pihak yang betul walaupun dia salah. Jadi demi menjaga jantung sendiri, em0si sendiri, dan demi anak, aku rasa biarlah dia menang.

Dia kan suami. Apa lah hak aku sebagai isteri untuk pertikai? Apa hak aku sebagai isteri untuk mengungkit? Lagi banyak s4kit hati je kalau aku ingat balik semua tu. Walau apa pun berlaku, aku sebagai isteri, tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab aku walaupun aku sebenarnya penat.

Setiap pagi sediakan sarapan, bekal anak ke pengasuh. curi masa sediakan lunch bila sampai turn aku untuk WFH, kerja – kerja rumah semua aku settlekan. Suami, macam biasa, bila tekak teringin nak makan sesuatu, dia akan minta aku masakkan.

Dan aku tak pernah katakan tak boleh. Aku akan usaha juga masakkan apa dia nak. Tapi bila sebut part makan ni, ada beberapa kali aku berkecil hati dan rasa tak dihargai. Pernah menangis dalam diam. Suami aku ni bukan lah orang yang dik4tegorikan sebagai gemuk.

Badan dia sedang elok je. Saiz M. Tapi dia seorang yang obses untuk kurus. Dan sejenis yang akan diet semata – mata sebab tak nak berat dia naik. Sarapan setiap pagi menu diet dia aku kena sediakan. Dalam pada dia diet tu, dia kerap request untuk makan macam – macam.

Nasi briyani, mee kari, bakso, nasi minyak, dan berbagai lagi lah. Selagi aku tak masakkan, selagi tu dia akan sebut dan Tanya bila aku boleh masakkan. Bahan memasak sudah semestinya aku yang kena beli sendiri. Yang memasaknya jugak mestilah aku walaupun dalam keadaan berkejar dengan kerja dan anak.

Cuma yang menjadi kekecewaan aku, dalam keadaan dia diet, desak aku untuk masak macam – macam tu, aku turutkan. Bila dia minta untuk menu yang agak rumit, aku minta dia beli. Tapi katanya lebih suka aku yang masakkan. Lebih sedap. Tapi bila aku dah masakkan, makannya sikit. Atas alasan takut gemuk, takut berat naik.

Allahu, sejujurnya itu sangat mengecewakan aku. Aku berkecil hati. Aku rasa tak dihargai dan tak berbaloi aku berkejar dengan masa untuk penuhi keinginannya. Sudah lah makannya tak seberapa, terima kasih pun tidak.

Bukan makanan je. Barang lain yang dia nak juga aku pernah belikan. Banyak kali juga. Tak pernah juga dia ucap terima kasih. Dan tak pernah juga dia ajar anak untuk berterima kasih pada aku sekiranya aku belikan mainan untuk si anak. Sedangkan aku sentiasa ajar anak untuk ucapkan terima kasih bila dia belikan sesuatu untuk anak walaupun cuma sebuku roti.

Entah lah, kadang – kadang aku rasa macam tak dihargai dan tak layak pun dihargai. Bila aku cuba bersuara untuk sesuatu yang aku tak berpuas hati, aku dituduh tidak bersyukur. Aku dituduh mengungkit. Tapi salah ke jika aku harapkan sedikit penghargaan? Walaupun hanya ucapan terima kasih?

Adakah menjadi isteri itu perlu sentiasa berada di bawah suami? Adakah menjadi isteri itu hanya perlu turuti apa mahunya suami tanpa boleh mengharapkan apa – apa baIasan? Aku cuba ikhlas. Aku minta Allah ikhlaskan aku. Aku set kan dalam diri aku bahawa segala penat Ielah ini, akan diganjarkan pahala oleh Allah.

Alhamdulillah Allah permudahkan banyak urusan aku dan sentiasa cukupkan rezeki aku. Cuma aku masih mengharapkan sedikit penghargaan dari suami. – Isteri yang dahagakan penghargaan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azlina Abd Wahab : Membazir beli bahan mentah mahal semata – mata nak masak untuk sorang. Baik beli. Kecuali anak – anak dah ramai tengah membesar. Memang patut masak. Tak payah nak jadi sempurna sangat. Semua nak buat. Sawang – sawang tu bior je, kipas – kipas tu pun tak payah lap. Nanti biar sampai habuk – habuk tu terbang atas kepala dia. Masa tu kalau dia bising, cakap la sama – sama duduk dalam rumah tu sama – sama buat kerja.

Zurina Zulkefli : Saya tak pasti kalau saya salah, tapi rasanya tt perlu berborak dengan suami. Bercakap, jangan tunggu diam, lepas tu simpan. Andai kata dia nk awak masak tapi makannya sedikit, awak tegur je, ”saya masak tapi awak makan sikit je, kalau awak makan banyak, baru saya masak.” haaa. Kalau dia tak ucap terima kasih, awak tegurla jugak, “Sedap tak saya masak? Awak tak ucap terima kasih pun. Tak nak dah masak lepas ni” Berborak sis,  berborakkkk. Kalau kemas rumah, jangan sorang – sorang, minta tolong, “awak, tolong jap lap kipas ni, saya tak sampai laa. ” Haa begitu dongg…

Noorashikin Khairulasri : Rasanya suami puan dah ada di zone selesa. Lebih baik puan bersuara. Lagi dilayan, lagi s4kit hati yang puan dapat. Pagi – pagi bangun tuliskan apa yang dia kena buat and apa yang puan kena buat. Saya basuh baju, awak sidai ye. Saya sapu sampah, nanti awak mop eh, saya Iipat baju, awak susun dan simpan dan sebagainya. Bab makan pulak kalau dia nak makan mee kari awak cakap, saya boleh masakkan tapi awak belikan barang mentah. Point dia kena cakap ja. Jangan berdiam sebab nak jaga hati pasangan sedangkan hati puan tak terjaga. Semoga puan terus bertabah dan di mudahkan urusan.

Azie Azem : Tarik nafas puan, anak baru sorang, memang boleh lagi nak layan macam separuh raja, nanti anak dah 2 – 3 org, memang boleh kemurungan. Benda simple je, nak suruh masak macam – macam, suruh dia beli bahan mentah, kalau tak beli, awak tapau je untuk diri sendiri dan anak. Ssetakat makan sorang dengan anak br3astfeed, sehari tak habis 20 ringgit. Memang lapar je bila br3astfeed, fikir diri sendiri dulu. Bil – bil biar je dia bayar, rumah tak larat kemas, tutup je mata dan rehat, anak kecik tak perlu perabot banyak. Kita mmg kena layan anak banyak, lagiIah kalau anak lasak, br3astfeed pulak, memang tak berdaya. Kemaslah masa cuti nanti, pkp ni kurang orang datang rumah.

Kloe Kloey : Kenapa ramai sangat masalah macam ni? Set kan peraturan awal – awallah sayang – sayang semua. Buat kerja rumah sama – sama dengan perasaan cinta. Itu sarang korang suami isteri. Bina dan jaga sama – sama. Suami atau isteri dua – dua bukan h4mba. Dua – dua pun bukan raja. Awal – awal lagi beli toiletries sendiri – sendiri. Kelakarnya. Okaylah. Kalau dapat suami kurang common sense. Komunikasilah. Bagi dia faham. Salah confessor jugak nak jadi superwoman sangat. Patut bagi dialah jadi superman. Kan orang biasa kata ‘perempuan yang lemah’? Dah alang – alang jadi lemah kenapa nak tunjuk kuat pula. Biarlah dia yang tunjuk macho. Lelaki patut lebih bertenaga, hairan pulak lately banyak yang tak larat nak tolong bini.