Waktu abang tengah naz4k, dia tak bagi saya balik kampung. Dengan alasan saya dah janji nak makan dengan dia

Saya telan 16 biji piI tidur sambil lelapkan mata saya mengucap kalimah shahadah. Tiba – tiba saya terjaga, badan terasa panas. Tekak bagaikan nak pecah. Terasa nak munt4h tapi tidak keluar. Saya cuba bangun tapi terjatuh. Teringatkan tangisan ibu yang kehilangan abang. Saya bertaubat. Saya tak boleh m4ti.

#Foto sekadar hiasan. Suatu ketika dahulu saya hampir bunvh diri kerana gagal bercinta, semuanya gara – gara dari kehidupannya yang tidak pernah aman terutama bila kecewa dengan hubungan ibubapanya yang tidak sehaluan. Oleh kerana inginkan kedamaian, saya nekad ingin segera keluar rumah. Tindakan saya bercinta dengan seorang lelaki dengan niat bila dah kahwin nanti saya akan tinggalkan rumah yang tidak pernah aman ini.

Memang itulah niatnya setelah kahwin nanti kedukaannya akan segera padam. Dia akan bina keluarga bahagia. Demikian cerita Dewina dalam e-mel yang dikirimkan kepada penulis dan ketika kami berhubung melalui telefon.

Kehidupan zaman remaja saya tidak seindah remaja lain. Keluarga kami tidak bahagia. Mak dan ayah selalu bertik4m lidah. Sejak umur saya 13 tahun, tak pernah saya nampak mak dan ayah tidur sebilik. Mak dan ayah mempunyai per4ngai yang sukar dimengertikan.

Mereka selalu g4duh, bila g4duh menakutkan, pinggan mangkuk pis4u parang semua terbang. Kami lari tunggang langgang selamatkan diri beritahu nenek. Neneklah jadi pendamai. Dalam keluarga kami mak jadi ketua keluarga bekerja cari duit untuk makan minum kami. Ayah lepas tangan dia lebih suka jadi pak turut aje.

Memang tak patut mak nak jadi ketua, tetapi sebenarnya memang tak layak. Ayah 24 jam duduk `mesyuarat’ kedai kopi. Mesyuarat PIBG tak pergi. Ayah memang jenis katak bawah tempurung. Mak jenis tahu agama, dia ajar kami mengaji sampai khatam Quraan. Ayah usah kata nak ke masjid, sembahyang di rumah pun liat.

Kakak sulung duduk asrama, selamatlah dia jadi m4ngsa `per4ng’, abang pula lari duduk rumah saud4ra. Tinggal saya dengan adik. Apa – apa hal kami jadi m4ngsa mereka melepaskan marah. Mak sibuk dengan berniaga itu ini, dan jualan langsung, ayah sibuk dengan dam haji pagi petang siang malam. Kami main kat rumah jiran, kami selalu makan kat rumah nenek. Kami tak pernah rasa dibeIai kasih sayang emak dan ayah.

Kakak memang pandai, dapat masuk U. Ayah selalu bandingkan kami dengan anak – anak jiran yang rajin ke bendang. Sebenarnya kami pun ke bendang tapi ayah tak peduli pun. Kerja sekolah saya siapkan di sekolah sebelum balik, sebab kat rumah tak ada masa nak buat. Abang kerana bosan dengan sikap ayah dia tak mahu belajar dan pergi kerja kilang.

Setiap kali peperiksaan keputvsan saya terbaik. Result SPM, pun baik tapi saya tak tahu di mana silapnya saya tak dapat masuk U pada awalnya. Apa lagi ayah kutuk saya habis – habisan sebab dia malu dengan anak – anak saud4ranya semua masuk U. Lepas tu setahun ayah tak cakap dengan saya sebab dia malu dengan adik – beradiknya kerana anak – anak mereka pandai – pandai.

Ayah puji kakak kerana masuk U, tapi dengan saya sem4kin sakan dia m4ki, anak set4nlah anak anjinglah, terutama bila emak cuba beIa saya. Mak jarang marah, tapi moodnya tak boleh baca. Kalau mak marah, apa saja di tangannya terbang melayang. Sebab itu saya tak boleh berkongsi masalah dengannya. Mak pernah kejar kami dengan par4ng kalau kami bertengk4r.

Tapi mak jenis rajin bekerja, tak kedekut minta duit beli buku. Tapi kalau ayah dengar kami minta duit, mulalah berIeter berjela – jela kalah orang perempuan. Tension betul. Kerana itulah juga dulu abang jadi pen4gih dad4h. Berkawan dengan budak – budak bermasalah. Bila mak ayah tak ada dia bawa balik kawan – kawan men4gih kat rumah. Pernah rumah kami kena serbu polis.

Sebiji macam polis serbu rumah orang dalam televisyen. Habis digeledah. Bilik saya pun kena. Mak dan ayah apa lagi meng4muk sakanlah. Bila abang pergi surau, tok iman perIi – perIi. Ya lah, bimbang kut tabung masjid hilang. Ayah anggap abang seteru nombor satunya. Langsung tak bertegur sapa. Bila abang berubah, ayah kata abang buat – buat baik.

Saya kasihan juga kat abang. Sejahat – jahat dia, dia tak mencuri hak orang lain. Abang cukup tertekan jika ada kecurian dalam kampung orang tuduh dia. Sebelum saya masuk U abang cakap dia mungkin tak hidup lama. Dapat HlV. Kesian abang.

Saya seronok dapat masuk U, jauh dari emak dan ayah. Seronok dapat berdikari tak perlu tengok mak ayah g4duh – g4duh lagi. Beberapa semester kemudian saya mengenali Azman. Kawan – kawan saya ramai dah berpunya. Saya pun teringin mengenali cinta. Maklumlah orang hod0h macam saya siapa yang nak. Pendekkan cerita, Azman tidak kisah kehod0han saya. Yang penting hati budi katanya. Dia bukan pelajar, cuma pekerja biasa aja. Saya pula tak memilih, sebab nak keluar dari rumah emak. Beberapa kali Azman bawa saya balik ke rumahnya. Keluarganya nampak bahagia. Ayahnya selalu jenguk saya di kolej.

Azman nampak mat4ng. Tetapi per4ngai macam budak – budak. Selalu merajuk, cemburu. Saya sering dimarahi sekiranya ada study group dengan pelajar lelaki. Depan orang pun dia m4ki saya. Tapi saya sabar sebab sayang kat dia. Dia mahu siang malam berkepit dengan dia.

Saya pulak jenis tak suka macam tu. Saya tak akan berdua – duaan dengan dia. Setiap kali berjumpa saya bawa teman. R0mantik dalam telefon ajalah. Tapi per4ngai buruknya jenis ringan tangan. Beberapa kali dia tamp4r saya jika engkar. Dia tuduh saya kaki jantan pada hal group assignment mestilah ada lelaki.

Akibatnya ramai kawan mengelak dekati saya sebab takutkan Azman. Dia bergayut setiap malam. Sedangkan saya sibuk, kalau tak angkat telefon masa dia call saya dalam kelas akibatnya dia takkan datang jumpa saya. Merajuk. Memang saya bod0h menyintai lelaki macam tu. Tapi sebenarnya saya buta dengan cinta palsunya. Dia nak tumpang PTPTN saya aje.

Hubungan kami macam retak tunggu beIah, dia tak benarkan saya balik kampung melihat abang yang sedang naz4k. Alasannya saya dah janji nak makan dengan dia. Saya tak peduli tetap balik kampung. Abang meninggaI sebaik saya sampai, membawa bersama duka Iara.

Bila balik ke U beberapa kali saya hubunginya, dia tak jawab. Namun Allah maha besar, saya nampak dia berkepit dengan perempuan lain di pasar malam. Kerana marah saya tak sedar redah jalanraya hampir diIanggar kereta. Waktu itu saya memang tak sedar apa yang saya buat. M4ti pun m4tilah. Saya tak sangka dia Iukai hati saya, setelah duit saya habis dikikisnya.

Fikiran saya bercelaru. Result semester jatuh teruk. Maklumlah putvs cinta tak ada mood nak study. Saya mengadu pada kawan – kawan. Tapi tidak semua boleh dipercayai. Mereka tik4m belakang. Saya sedar saya tak cantik, berjerawat. Tapi saya juga ingin merasai nikmat bercinta. Reaksi mereka mempamerkan insan seperti saya tak layak bercinta.

Dua bulan berlalu. Ketika dalam semester akhir yang bakal menentukan nasib saya. Saya jadi lebih tertekan, must4hil semester akhir saya dapat semua A. Saya memang nak m4ti. Nak jadi cerita ketika itulah Hazrul telefon saya kerana tersalah nombor. Kerana ketika itu fikiran tak betul saya ceritakan masalah saya padanya, dia nasihatkan saya bersabar.

Masa itu hidup saya bercelaru. Kekasih Azman selalu telefon saya bertanya hubungan saya dengan orang lain. Bila saya ceritakan yang sebenar Azman m4ki saya. Dia ugvt saya nak pukuI saya. Kerana takut saya jarang – jarang ke kuliah.

Satu malam dia telefon saya jam 1.00 pagi. Dia bukan setakat m4ki hamun malah mengugvt kalau hubungannya dengan kekasihnya putvs dia akan h4ncurkan hidup saya. Saya ketakutan akhirnya saya telan 16 biji pil tidur sambil lelapkan mata saya mengucap kalimah shahadah.

Tiba – tiba saya terjaga. Badan terasa panas. Tekak bagaikan nak pecah. Terasa nak muntah tapi tidak keluar. Dahaga, panas. Saya cuba bangun tapi terjatuh. Terasa siksaan yang amat. Pandangan menjadi kabur. Saya gagahkan diri ke bilik air. 7 kali saya jatuh. Saya tadahkan mulut di paip air untuk membasahkan kerongkong.

Segala – galanya terpampang di depan mata. Teringatkan air mata ibu mengalir hari pertama saya di U. Teringatkan tangisan ibu yang kehilangan abang. Saya bertaubat. Saya tak boleh m4ti. Kenapa saya mesti m4ti kerana lelaki tak berguna tu. Dia tak akan menyesal kalau saya m4ti. Saya gagahkan ambil air sembahyang dan sembahyang sunat taubat sambil berbaring.

Kawan rapat saya datang ke bilik sebab dua hari saya tak ke kuliah. Saya ceritakan segalanya. Mereka belikan air buah – buahan segar untuk kurangkan s4kit. Pandangan saya tetap kabur, kepala berat, saya terbaring di katil. Ketika itu Hazrul telefon. Dia sedih dengar cerita saya.

Dia nak bantu saya. Hazrul ajak saya kahwin. Dia boleh bagi kebahagiaan yang saya cari. Saya terdiam, terdesak dan kesunyian. Namun berkat perkahwinan kami, kehidupan saya kini berubah. Hazrul banyak memberi semangat dan dorongan. Sebulan kemudian saya mengandung. Tapi semangat untuk meneruskan pelajaran tetap tinggi. Saya berjaya dengan cemerlang pada semester tersebut dan dapat grad dengan kelas kedua atas.

Dulu em0si saya selalu terganggu. Saya berdend4m dengan Azman. Tapi Hazrul kata saya tidak akan bahagia jika berdend4m. Lupakan. Hati tak akan tenang dengan berdend4m.

Hazrul puas jika saya cantik, masa saya ada masalah badan kurus 34kg saja, dia bagi saya minum susu jadi berat bertambah 5 kg masa saya kahwin. Muka berjerawat dia bawa jumpa doktor untuk buat rawatan dan belikan kosmetik. Gigi jarang pun dia suruh buat rawatan. Hinggakan saya tak percaya apa yang saya miliki kini. Saya sungguh bahagia ditambah dengan kehadiran 2 orang anak kini. Sehingga sekarang saya belum lagi bekerja, tunggulah anak – anak besar sikit lagi pun Hazrul suruh besarkan anak dulu.

Hazrul melayan saya dengan baik. Ibu bapanya bahagia, sayangnya kebahagiaan tidak pernah wujud dalam keluarga saya. Kepada adik – adik di luar sana, jangan ambil jalan pintas untuk membunvh diri sekiranya ada masalah. Di sebalik kepahitan ada kebahagiaan.

Allah maha adil, bila kita bersabar dengan musibah yang berlaku, dia akan memberikan kebahagiaan yang kita tidak jangkakan. Kini keluarga saya pun nampak bahagia, mak dan ayah sudah pergi haji. Mereka sudah berbaik – baik. Mungkin kem4tian abang menginsafkan mereka.

Oleh itu, jangan bunvh diri, ingat masih ada kebahagiaan hari esok. Nasihat kepada ibu bapa agar menjadi kawan kepada anak – anak. Paling tidak mereka ada tempat untuk mengadu. Tak jadi macam saya tak pasal – pasal kena tipu kerana nak cari kebahagiaan konon.