Mak mertua jenis queen control, suka kawal ayah mertua dan anak-anak, sehingga satu hari ayah mertua kant0i…

Awal kahwin dulu aku pelik bila tengok mak mertua tak rasa malu marah, tengking ayah mertua depan orang. Ayah mertua pun diam dan tak pernah bantah semua keputvsan yang dibuat oleh mak mertua. Dah macam may4t hidup. Satu hari mak mertua datang jumpa aku, dan bagi aku satu botol kecik minyak. 

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Ya, aku tau kalau baca tajuk je korang boleh agak jalan cerita aku ni dan ia agak cliche sebab aku memang nak cerita mengenai mak mertua aku. Sebelum korang cakap apa – apa atau nasihatkan aku pegi join KRT harap korang dapat bertenang dan baca dulu luahan aku ni. Dan di sini fokus aku lebih kepada masalah antara mak mertua dan ayah mertua aku. Dan semestinya ada jugak kaitan dengan aku sebab aku satu – satunya menantu yang ada.

Sedikit pengenalan, aku dan suami dah berkahwin selama 8 tahun dan dah dikurniakan dengan 3 orang anak. Kami berumur awal 30-an dan masing – masing bekerja. Adik beradik suami ada 4 orang semuanya dan dia anak kedua tapi dia lelaki yang sulung. Adik beradik yang lain pun umur semua nak masuk 3 series tapi belum berkahwin. Bukan mereka tak nak atau tak berusaha tapi tak mendapat sokongan dari mak mertua. Mak mertua seolah – olah macam tak nak bagi diorang ni semua kahwin. Masa kami kahwin dulu jangan cerita la dia punya drama tapi jod0h kuat akhirnya dapat kahwin jugak. Aku malas nak cerita bab ni sebab panjang sangat.

Ok lah, aku start cerita ye. Kenapa aku cakap mak mertua aku ni queen control sejati? Sebab utamanya dia adalah dia yang mengawal semua orang terutama ayah mertua aku. Kat rumah tu semua keputvsan dibuat oleh mak mertua aku. Ya, semuaaaaa! Dan ayah mertua aku ni seolah macam may4t hidup, dia diam je dan menurut je semua kata mak mertua aku. Tak ade langsung komen atau tanda – tanda nak meIawan.

Aku memang hairan sangat masa awal kahwin dulu tapi selepas 8 tahun, aku dah cukup masak dengan sikap mak mertua ni. Dalam rumah tu jangan ada yang berani Iawan cakap dia atau berlainan pendapat, dia akan meng4muk macam haliIintar. Mem4ki hamun dengan kata – kata yang tak elok dan tak sedap di dengar. Dia bukan hanya control keputvsan besar je malah benda – benda kecik macam nak beli apa kat pasar pun kena ikut selera dia.

Tiap-tiap tahun wajib raya di kampung mertua masa raya pertama tu alasannya mak mertua aku masih ada mak yang tinggal seorang. Ya Allah, ayah mertua aku pun masih ada mak dan ayah lagi okey! Cuma tahun lepas, bapa kepada ayah mertua aku meninggaI. Dan yang sedihnya dah la sampai sana tengahari lepastu petang sebelum maghrib mak mertua aku dah ajak balik. Serius aku tak faham, yang lagi aku tak faham tu ayah mertua aku pun ikut je cakap bini dia. Apa salahnya duduk beberapa hari, yang meninggaI tu ayah dia kot.

Lagi satu, mak mertua aku suka sangat marah ayah mertua walaupun depan orang ramai. Suara dah la kuat, kata – kata pun menusvk kalbu. Tak ada perasaan malu langsung, marah suami depan orang. Perkara ni suami aku pun sedar. Tapi dia cakap mak dia memang macam tu dari dulu. Sebagai anak dia pernah tegur tapi kena sound balik and mak mertua aku akan mula ungkit semua cerita besarkan anak – anak dari kecil. Jadi pendek kata tak boleh tegur langsung.

Bab duit pun satu hal. Pernah sekali tu masa borak – borak aku rasa mak mertua terlepas cakap. Ceritanya pasal duit pencen. Dia cakap dia dah ambil separuh dari duit pencen ayah mertua dan masuk ke akaun dia. Alasan sebab dia tak nak ayah mertua belanja bukan – bukan. Dan dia ada ambil duit ayah mertua tu buat beli set emas (rantai, cincin, gelang dan anting – anting) hampir 20k tanpa persetujuan ayah mertua. Kiranya main ambik jela. Dan seperti biasa, ayah mertua aku diam saja langsung tak kata apa. Serius la kan. Masa ni aku sampai terfikir biar betul, mak mertua aku ni ada guna – gunakan ayah mertua ke?

Dia punya sikap control ni bukan saja pada suami dia malah anak – anak tu sudah semestinya la tapi aku tak nak komen panjang. Cucu – cucu malahan sampai ke adik beradik mak mertua dan anak – anak saud4ra semua kalau boleh dia nak control. Kalau ada anak saud4ra yang nak kahwin dia akan lebih – lebih dan akan cuba sedaya upaya agar semuanya ikut plan dia. Aku tau sebab dalam kalangan makcik – makcik, mak mertua aku ni kategori yang paling tak di gemari dan akan dielakkan oleh anak – anak saud4ra.

Suami aku dan adik beradik dia sedar pasal hal ni tapi diorang pun tak boleh nak buat apa. Jujurnya, kalau hari raya tak ade seorang pun anak sed4ra yang datang beraya kecuali dia buat open house. Itupun terp4ksa datang yang dekat – dekat tu. Aku tau diorang ni semua memang nak elak jumpa mak mertua aku sebab tak nak kena sound dan sindiran pedas. Elok tak payah jumpa je kan..

Mak mertua dan ayah mertua aku dapat panggiIan haji untuk tahun 2018. Alhamdulilah lah Allah bagi peluang tu. Tapi ada beberapa benda pelik jadi lepas tu. Dalam 2 minggu lepas, mak mertua aku jumpa aku secara peribadi dan bagi aku satu botol kecik minyak. Katanya minyak campuran daun bid4ra, limau kasturi dan dah dibaca ayat quran. Pendinding untuk sih1r. Dia cakap dia minta maaf banyak – banyak sebab dia ada buat d0sa besar pada aku.

Aku masa tu dah syak dia ada hantar apa – apa pada aku ni lagipun memang sepanjang kahwin ni kami selalu berubat sebab ada gangguan. Dia tak cakap apa yang dia buat dan terus keluar lepas tu. Kalau betul dia ada buat benda syirik tu, sedih sangat aku rasa. Sampai tahap tu dia nak control kami.

Minggu lepas pulak, masa aku tengah makan tengahari dekat area office tiba – tiba aku ternampak ayah mertua aku tengah makan dengan seorang perempuan lain. Aku kenal sangat perempuan tu. Kenalan rapat keluarga suami aku. Dia ibu tunggal anak 2 tapi masih muda lagi awal 40 an. Aku tak nafikan la makcik tu memang jenis suara lembut dan manja – manja sikit. Agak mesra okey. Mesti ayah mertua aku tak sedar yang dia makan dekat area office aku.

Padahal rumah kami jauh kot dari rumah dia. Balik office terus aku jadi detektif conan skejap. Aku staIk fb ayah mertua, dia ada fb tapi tak reti guna sangat. Dan… bingo! Memang ada ayat – ayat cinta di situ. Dalam hati aku, orang tua ni mesti tak reti cover ni. adoi.. Nasib baik mak mertua aku tak berapa bukak FB dia.

Esoknya, masa dalam perjalanan nak ambil anak – anak dari rumah pengasuh aku singgah sekejap kedai 7e nak beli roti. Sekali lagi aku nampak ayah mertua dan makcik tu jalan berpegangan tangan dekat kedai hardware mungkin beli barang rumah. Memang terkedu, speechless aku sekejap. Cepat – cepat aku ambik gambar tapi disebabkan aku kesiankan suami aku padam balik gambar tu. Sampai sekarang aku diamkan aje hal ni tak ade sorang pun yang aku tau.

Aku tak rasa diorang just skandaI. Aku rasa macam ayah mertua aku dah kahwin lagi satu diam – diam sebab dia orang surau. Takkan dia nak buat benda tak elok terang terangan.

Macam – macam yang aku fikirkan sekarang ni. Tapi aku buat kesimpulan mungkin apa yang jadi ni adalah kesan dari sikap mak mertua aku sendiri. Sejujurnya kalau aku jadi ayah mertua, dah lama aku angkat kaki sebab tak tahan kena control macam tu. Buat masa ni aku fikir lebih baik aku diam je. Biarlah mak mertua aku tahu sendiri. Walaupun banyak benda yang aku tak setuju dengan mak mertua tapi aku sedar dia adalah ibu yang mengandungkan dan membesarkan suami aku. Semoga dia sedar dan cepat – cepat berubah. Insyallah – Kate

Komen Warganet :

Ariffatri Bin Mohammad : Dalam hal ni mak mertua yang salah. Jadi kalau dah derh4ka kepada suami, suami akan cari bahagia lain. Perkahwinan itu hanya kekal sebab anak – anak je bukan sebab cinta dah. Untuk kaum isteri, hargai suami mu. Jangan jadi macam mak mertua confessor. Perkahwinan untuk dua – dua bahagia, bukan seorang saja dan hakik4tnya untuk si isteri menghorm4ti suami bukan sebaliknya.

Farhah Simard : Bagus untuk pak mentua, semoga bahagia dengan bini no 2. Semoga mak mentua tidak mer0yan bila tahu kelak. Tapi tegur lah pak mentua bebaik, kalau betul dah kahwin, bagitaulah, sian pula nanti. Buatnya pak mentua meninggaI meng3jut ke apa, apa jadi dengan bini no 2. Tambah lagi dengan per4ngai bini no 1 macam tu..

Lucy Honey : Kalau aku jadi h4ng, aku tanya ayah mertua aku. Gentle la kan. Menantu dengan ayah mertua kalau ngam apa salahnya. Alang – alang dah kant0i kan. Sekurang – kurangnya kalau ayah mertua h4ng merajuk lari rumah dengan sikap mak mertua h4ng tu. H4ng tak ada lah risau sangat. Kemungkinan dia pergi rumah bini kedua tu tinggi. Hehe.

Ann Fardan : Sebab tu jangan gembira kalau dapat suami yang tak meIawan. Ibarat orang tua – tua cakap, jenis kakitangan dalam perut, lagi bah4ya. Dia angguk – angguk depan kita tapi sebenarnya dalam diam macam – macam dia boleh buat yang kita tak sangka. Tapi dalam kes confessor ni ayah mertua beliau seorang yang berfikir panjang. Dia sayang isterinya tapi tak mampu ubah kedegiIan tu. Demi anak – anak dia bertahan dan dalam masa yang sama dia cari kebahagiaan sendiri. Ayah mertua confessor bijak orangnya. Dan semoga mak mertua puan mendapat hidayah dari Allah. Tak boleh bayangkn kalau rahsia ayah mertua puan pecah lubang. M4tilanakkk!!!

Nurul Ain : Sikap mak mertua confessor sebijik sama dengan mak mertua saya. Queen control sejati dari sekecik – kecik perkara hingga sebesar – besar perkara. Tambah lagi dengan sikap cerewet. Pakej lengkap.