Bila saya ckp telefon, mak akan hempas2 pintu. Ada sekali saya buka pintu, rupanya mak tengah curi dengar

Hari – hari mak akan bagi bekal kat saya, tak bagi makan luar. Tapi masakan dia semua cincai ja. Bila saya complaint, dia akan suruh makan ja tak payah fikir sedap ke tak, asalkan perut terisi. Tapi kebanyakan lauk yang dah 2 – 3 hari dia bagi saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum salam sejahtera. Saya kenalkan diri saya Zul, berusia 34 tahun. Saya bekerja sebagai engineer di sebuah kilang swasta. Saya mempunyai 3 orang adik beradik, semuanya lelaki dan saya paling bongsu.

Abang sulung dah berkahwin dan kami satu family tingal bersama – sama dengan mak saya. Ayah saya dah meninggaI hampir 20 tahun yang lalu. Masa kecik hidup kami susah, alhamdulilah bila dah besar kami adik beradik semua dah berjaya.

Bila dah besar dan dah senang ni, mesti kita rasa nak buat benda yang tak dapat kita buat masa kita susah dulu. Contoh saya nak makan sedap – sedap dan nak pergi travel. Tapi saya ada 1 masalah dan tekanan dari mak saya yang sangat mengawal diri saya menyebabkan saya susah nak capai impian saya.

Yang peliknya, hanya diri saya mak saya kawal dan bukannya abang – abang saya. Dulu saya memang berniat untuk jaga mak bila saya dah berkahwin, saya nak rebut pahala jaga mak, tapi sekarang saya tak tahu kenapa, saya rasa nak pergi jauh dari mak saya.

Sebab saya rasa mak saya tak adil dan memberi tekanan bertubi – tubi dengan mengawal saya hinggakan saya rasa hidup saya kosong dan tak bermakna walaupun saya dah berjaya dalam kerjaya. Dunia saya ibarat dalam satu kotak ja, pergi kerja, balik rumah, nak keluar, nak pergi mana mesti dengan mak saya.

Walaupun saya nak makan kat luar pun dia tak bagi, mesti kena makan apa yang dia masak dan kena bawak dia kalau nak makan kat luar. Hidup saya takde kawan – kawan sangat, sebab mak saya tak suka saya ada kawan.

Kawan pun takat tempat kerja ja, tak boleh bawak ke luar. Kekasih? Lagi la. Dia seperti berat nak lepaskan saya pada wanita lain, walaupun dia selalu cakap pada kawan – kawan dia yang dia nak cari jodoh baik untuk saya.

Tapi bila ada orang kenenkan, dia akan cakap macam – macam alasan untuk tolak jodoh tu. Lepas tu, bila orang tanya kenapa tak jadi dengan perempuan tu, dia akan pointkan benda tu pada saya, kononya saya yang tak berkenan.

Sedangkan saya tak pernah cakap apa – apa pun, saya ok ja mana – mana perempuan pun. Tapi demi jaga hati mak, saya banyak diamkan diri ja, sebab letih sangat kalau g4duh dengan mak saya ni, sebab perempuan kan selalu nak menang.

Tapi saya sendiri pun pernah berkawan dengan ramai wanita, rata – rata saya kenal dalam media sosiaI, atau kawan – kawan tempat kerja. Semuanya kerja hebat, cantik – cantik, sopan dan sesuai untuk buat isteri, tapi semuanya dia macam tak berkenan, ada ja apa – apa alasan dia bagi untuk reject pilihan saya.

Kadang – kadang perempuan sendiri jadi takut dengan cara mak saya soal siasat selidik macam – macam, akhirnya hubungan tu terputvs macam tu ja. Kawan saya pernah cakap, kahwin ja kat siam, malah pernah salah seorang bekas kekasih saya ni, keluarga dia cakap kahwin ja majlis beIah perempuan, nanti kita explain kat mak.

Tapi saya tak nak berkahwin tanpa restu ibu, jadi saya akan putvskan hubungan tu menyebabkan saya masih bujang sampai sekarang walaupun saya mampu dari semua segi. Tambahan lagi, saya rasa bakal isteri saya akan selalu ada masalah dengan mak saya yang sangat cerewet dan control semua benda.

Saya tak nak bakal isteri yang harapkan kebahagian dari saya dapat sengsara disebabkan mak saya, sebab saya mesti susah nak balance kan isteri dan mak, di mana dua – dua pun penting untuk saya. Hinggakan saya dah lupakan niat nak ada pasangan disebabkan sikap mak saya.

Bagi saya kalau ada tu ada la, kalau tak de tu biar la. Lagi satu, pernahlah mak saya cakap kat kawan dia, dia macam berat nak bagi saya kahwin, takut bini saya tak boleh jaga saya macam yang dia harapkan, dia cakap tu depan saya.

Jadi saya macam sikit – sikit boleh fahamlah apa kerisauan mak saya tu. Tapi yang paling saya kesal, mak saya langsung tak pernah memberi ruang privacy pada saya. Bila saya dalam bilik, dia akan kejap – kejap masuk tengok saya buat apa dengan cara bawak kuih atau air.

Yang paling saya tak selesa, dia selalu pasang telinga dengar saya cakap apa dalam fon. Biarpun dengan bekas – bekas kekasih saya mahupun kawan – kawan saya atau masalah berkaitan pejabat pun. Dia pernah banyak kali terkantoi bila saya buka pintu tiba – tiba.

Bagi dia, dia nak tahu setiap perkara yang saya buat. Bagi dia, semua benda saya kena bagitau dia. Saya pergi kedai depan rumah pun kena bawak dia, kena maklum kat dia. Kalau tak, dia akan t4ntrum satu macam. Saya sangat takut dngan doa seorang ibu, jadi saya banyak ikut kehendak dia asalkan dia gembira.

Satu lagi, dulu kalau saya gayut dengan awek sampai tengah malam, dia mesti meng4muk – ng4muk hempas pintu la. Pastu esok pagi tarik muka la, kadang – kadang membebel apa – apa tapi saya tak faham sebab dia cakap pelan.

Tapi banyak kali jugak dia cakap, saya ni nanti kena heart att4ck sebab tido lewat malam – malam. Saya sedih bila mak saya suka sebut perkataan macam tu, ibarat satu doa pulak walaupun saya tau dia cakap untuk kebaikan.

Tapi yang peliknya, dia tak bersikap macam ni dengan abang – abang saya. Abang saya pun dulu ada jugak gayut dengan awek sampai pagi, keluar dating bagai. Saya cemburu tengok kehidupan abang – abang saya, kehidupan kawan – kawan saya.

Tapi hidup saya, terkongkong dengan mak saya. Saya tak boleh nak buat apa pun yang saya suka. Malah saya nak makan apa pun dia yang tentukan. Hari – hari dia akan bagi bekal kat saya, tak bagi saya makan kat luar. Tapi masakan dia semua cincai – cincai ja, bila saya complain, dia akan cakap, makan ja tak payah fikir sedap ke tak, asalkan perut terisi.

Tapi kebanyakan lauk yang dah 2 – 3 hari la dia bagi saya. Dia ada 1 tabiat, benda yang nak rosak tu dia akan bagi saya makan. Seolah – olah tak sampai hati nak buang dalam sampah dan suruh saya yang habiskan makanan tu.

Tapi abang – abang saya tak de macam tu, depa boleh ja makan kat kedai, tapi saya, semua tak boleh. Kadang – kadang saya terfikir, saya ni betul ke anak dia, sebab terasa sangat jurang layanan tu. Dulu – dulu saya ingat dia bagi bekal sebab ambill berat pasal saya, rupanya baru saya tahu, dia takut saya belanja kawan – kawan.

Dia tak boleh terima kalau saya belanja kawan – kawan dengan niat bersedekah, bagi dia saya berjoli dan habiskan duit untuk kawan – kawan. Sebab tu dia tak suka saya ada kawan atau keluar dengan member. Ini pun saya tahu, sebab dia terkant0i yang dia curi dengar apa saya cakap dalam fon dengan kawan saya.

Sebab pagi lepas 2 – 3 hari tu dia tegur saya jangan belanja kawan – kawan makan. Kawan kadang – kadang suka ambik kesempatan dan macam – macam lagi la dia bebel. Bila saya tanya mana mak tau, dia terus diam. Lepas tu pusing cerita kata saya yang bagitau dia sedangkan saya tak pernah bercerita soal – soal tu dengan mak saya.

Kadang – kadang bila str3ss kerja, saya balik rumah rasa nak bersendirian, rasa nak bertenang – tenang. Tapi sikap mak saya buat saya m4kin tertekan. Bila saya duduk depan rumah ja, dia akan datang duduk sekali, pura – pura macam buat kerja apa – apa sebab nak perhati saya semata – mata.

Apa yang dia fikirpun saya tak tahu la. Bila saya masuk bilik, dia akan naik jugak. (Rumah kami 2 tingkat) tapi dia duduk di hall tingkat atas tu la. Dia lebih kepada nak dengar saya ada call sesiapa tak, cakap apa dengan kawan  – kawan saya tak.

Itu ja reason dia kenapa dalam rumah pun dia suka spy saya. Saya kadang – kadang nak bersendirian pun susah bila mak saya ada. Mujur la saya ada pekerjaan, jadi, teralih sikit fikiran saya dari str3ss dengan mak. Dulu saya ada seorang kawan baik, saya kenal di tempat kerja tapi dia kerja sekejap dah pindah ke Sabah.

Hubugan kami macam adik beradik sebab keluarga dia pun anggap saya macam anak. Pada dia, saya banyak cerita masalah saya. Satu hari tu family dia buat macam family day di langkawi. Dia ajak la saya sekali. Saya bagitau mak saya.

Mak saya memang tak nak bagi, dia kata takpe pergi dengan dia ja, tak payah pergi dengan kawan. Tapi setelah saya berkeras dan bagi macam – macam alasan, dia terp4ksa bagi jugak walaupun dengan muka yang masam.

Saya pulak excited macam apa ja bila nak keluar dari dunia terperap ni, tapi kebahagian saya tak lama pun. Sejam sekali, 100 kali dia call menyebabkan saya dah hilang mood nak buat apa – apa pun untuk diri saya. Saya ada fikir nak off hp, tapi takut ada em3rgency kang susah.

Akhirnya saya biar ja macam tu. Pernah sekali saya pergi kelantan untuk melawat kawan tak sihat. Saya kata pergi 3 hari ja, tapi hari kedua dia dah suruh saya balik konon nak suruh bawak dia pergi kenduri. Saya cakap la, ajak la abang – abang saya, mereka free ja tak buat apa.

Tapi mak saya tak nak. Dia bagi macam – macam alasan yang tak masuk akal supaya saya balik jugak. Akhirnya saya terp4ksa tukar tiket flight saya dan semua jadual saya untuk kepuasan dia sampai kawan – kawan selalu gelar saya anak mak bujang terlajak.

Saya malu sebenarnya sebab seorang lelaki dewasa kena hidup macam budak kecik di bawah kongkongan mak. Saya pernah ja luahkan perkara ni pada mak saya, Malah berg4duh pun pernah dah. Tapi akhirnya saya yang rasa bersalah sebab dia akan nangis cakap benda bukan – bukan terutamanya soal m4ti.

Saya sayang mak saya, dan saya pun tahu sebagai anak, nak cakap ‘ah’ pun tak boleh dengan mak, seperti yang disebut dalam quran. Dulu muda – muda kerap jugak saya ber0ntak, tapi dah tua – tua ni saya lebih kepada bersabar dan terima ja la ini ujian buat saya dan peluang untuk jaga mak saya, mungkin itu 1 jalan untuk saya boleh ke syurga.

Saya pernah bagitau abang saya pasal ni. Abang saya ada tegur mak saya, tapi mak saya terus tarik muka tak nak cakap dengan saya sebab tak puas hati suruh abang tegur. Dan lama – lama kejadian tu berulang lagi menyebabkan saya dah lali dengan keadaan ini.

Saya tak pasti la orang lain alami perkara macam ni jugak ke tak. Saya rasa macam saya seorang ja alami macam ni. Saya tak putvs asa berdoa dalam setiap sujud saya mintak mak saya berubah, atau bagi jalan keluar dari masalah ni.

Cuma mungkin masanya belum sampai lagi. Tapi tu lah, saya pun manusia biasa yang ada perasaan, dengan iman yang tak berapa kuat, saya takut 1 hari nanti saya bertindak bukan – bukan atau saya alami gangguan mentaI.

Saya harap Allah Iindungi saya. Cuma saya nak pesan kat ibu – ibu luar sana, mungkin tanpa sedar, anda jugak melakukan sikap yang sama macam mak saya buat. Mungkin anda terIampau sayang anak, nak yang terbaik pada anak dari segi kawan – kawan atau pasangan, tapi bila sampai satu tahap, anda kena lepaskan juga anak anda untuk mereka kecapi hidup yang mereka nak.

Masalah mak saya, saya faham dia berat untuk lepaskan saya jauh dari mata dia. Mungkin bagi dia, saya masih anak dia yang umur 2 – 3 tahun yang nak kena jaga selalu. Maaf andai luahan ini agak panjang, terima kasih pada yang sudi baca. – Zul (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Madamme Que : Allahu.. Siannya la.. Hidup takde privacy. Sampaikan terp4ksa lupakan fitrah manusia nak bersendiri, berkawan, bermasyarakat dan berpasangan. Kalau saya pun boleh murung. Cuba kenalkan mak awak dengan mana – mana calon suami.

Kut boleh terarah fokus dia. Bimbang kalau awak kawen dengan keadaan gini, awak akan tersepit. Sian kat wife nanti. Makanan tu kan.. Kalau awak rasa nak makan kat luar, awak makan jela ngan kawan – kawan. Bekal mak tu sedekah la bekal tu kat kucing ke. Sian awak hidup camni.. Adui.. Str3ss..

Fyza Kassim : Pengalaman tu saya faham sangat. Kisah sama seperti orang berada dalam lingkungan saya (bukan saya). Ada beza tipis je bab makan dan keluar berjalan. Dia boleh je keluar dan makan luar tapi kena balik sebelum petang.

Bab jodoh payah sikit berapa kali calon kena reject. Sayang ibu terlalu mengatasi semuanya. Dia kalau boleh nak dekat dengan anak kesayangan. Cuma kes awak ni terlalu menekan perasaan. Mak dan awak perIukan pandangan pakar psik0logi untuk selesaikan.

Kemudian kenalkan dia dengan kawan – kawan qariah masjid supaya fokus dia teralih. Ini cuma pandangan saja. Ada lagi saranan dari pembaca lain yang boleh djadikan panduan. Saya doakan semoga dipermudahkan.

Honey Gee : Tak de kerja la mak confessor ni.. nampak caranya 24 jam duk sibuk pantau confessor. Patutnya dah tua – tua sibuk belajar agama. Anak pun tak bagi belanja kawan – kawan. Kan tu sedekah dapat pahala. Pelik la.. kesian kat confessor. Taat ibu berpada – pada. Confessor ada hak atas diri sendiri. Selagi tak sampai tahap menderh4ka, buat je apa seperti manusia normal yang lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?