Saya diam2 ikut suami Ain. Saya nangis bila tengok dia dgn perempuan lain pergi ke sebuah rumah

Ain intip suaminya sendirian dengan perut yang sarat. Dia Iempang perempuan tu tapi suami dia pert4hankan perempuan tu. Rupanya, skandal suami Ain lah yang sih1r Ain sampai m4ti selera tak boleh makan dan tak boleh tidur, sampai cengkung..

#Foto sekadar hiasan, Salam. Saya Kimi. Hide fb ni ya min sebab guna fb kawan. Saya lelaki, umur 26 tahun, bekerjaya dan berharta. Sudah mempunyai isteri yang cantik, rajin dan dikurniakan anak perempuan yang cantik seperti ibunya.

Aku takdelah nak cakap aku ni sangat handsome tapi average good looking dan stabil. Tahun lepas, saya terserempak dengan seorang perempuan di Mersing, sangat cantik di mata saya. Senyumnya manis dan polos. Kulit sawo matang tapi kulitnya bersih.

Saya tahan dia, minta no fon. Dia elak tapi saya sakat juga sampai dia bagi. Bila saya whatsapp, dp tu gambar kartun. Tengok – tengok itu no suami dia. Beberapa hari saya nampak dia lalu beli barang. Dia suka senyum dengan semua orang.

Saya namakan dia Ain la ye. Saya cakap dengan sepupu saya, Din pasal Ain. Rupanya sepupu saya pernah beli makanan yang Ain jual, dan masih simpan no fon Ain. Saya curi salin dan saya whatsapp Ain tapi bluetick. Ain ni, dari pandangan saya dan pendapat kawan – kawan dia, seorang yang sangat baik.

Sopan dan lemah lembut. Lepas Ain bluetick whatsapp saya, saya abaikanlah. Sebab dia isteri orang. Saya pula suami orang. Kemudian saya balik JB. Kerja. Dua minggu lepas tu, saya pergi Mersing lagi. Dan macam biasa, kami suka lepak kedai makan.

Kadang – kedai ni, kadang – kadang kedai lain. Satu hari tu, sepupu saya tunjuk seorang laki ni, katanya itulah suami Ain. Tapi, dalam hati saya, selalu nampak laki ni ke sana sini, lepak dengan kawan sampai lewat malam.

Pernah saya nampak laki Ain ni, bawa perempuan lain dalam kereta. Beberapa kali juga. Bertukar – tukar perempuan. Suami Ain ni, memang ada rupa juga. Kaki gym juga macam saya. Saya tanya Din, anak Ain ni berapa dah?

Din kata dua dah. Tapi body dia memang cun lagi saya pun ingat anak d4ra. Sejak terserempak dengan laki Ain dan tahu per4ngai laki Ain ni, saya terus jatuh kasihan dan jatuh hati dekat Ain. Saya takde fb. Jadi saya selalu st4lk Ain guna fb Din.

Ada satu post tu, laki Ain tag kata Ain s4kit terkena buatan orang. Dan saya follow. Bukan follow sebab apa, sebab saya terdetik perempuan cantik begini dan baik begini pun ada yang nak buat. Siapa? Post Ain di fb semuanya bersifat ketuhanan dan agama. Ilmu, nasihat dan motivasi.

Saya tertarik pada peribadi dia. Selepas dua bulan, lepas saya nampak suami Ain memang tak pernah keluar dengan Ain atau anak anaknya, saya tertanya – tanya. Saya whatsapp Ain dan tanya khabar and status manalah tahu dah janda. Ain bluetick.

Allah, setianya dia. Bila saya cakap saya nak kawan, dia baIas, “saya isteri orang. maaf.” Kalaulah dia tahu suaminya kaki perempuan. Saya dapat tahu ayah Ain ada kedai makan, saya pergi juga kadang – kadang lepak. Kadang – kadang Ain datang sekejap  -sekejap. Suaminya hantar.

Lepas tu suaminya terus pergi semula. Ain bawa anak – anaknya juga. Saya perhatikan dia, memang dia tak berapa banyak cakap. Cakap sikit – sikit dan bukan jenis perempuan galak. Pakaian yang sopan dan menutup aur4t.

Dia suka pakai jubah dengan bawal lepas. Ada satu malam tu pukuI 11 saya dan kawan berlima lepak di gazebo kedai ayah Ain lepas tu macam biasa Ain datang bawa anak. Masalahnya kali ni saya nampak perut Ain ada isi mungkin selama ni dia pregnant tapi perut masih kecil.

Macam biasa juga, suami Ain drop mereka di kedai dan suaminya pergi semula. Saya pinjam motor sepupu, saya ikut suami dia dari jauh. Suaminya laju ke arah kedai makan menghala ke Rompin. Dia jumpa seorang perempuan. Mesra. Lewat juga balik.

Kemudian, pukuI 2.30 pagi camtu, suaminya bawa perempuan tersebut naik kereta. Saya ikut. Masuk ke satu rumah saya syak itu rumah yang Ain dan suaminya duduk. Around sejam juga kemudian suaminya hantar perempuan tu, balik rumah.

Mungkin rumah perempuan tulah. Saya menangis. Saya tak tahu kenapa menangis tapi saya sedang rasa kecewa kalau saya di tempat Ain. Sampailah saya whatsapp Ain, saya cuma nk bagi hint yang suaminya begitu. Saya betul kasihan tengok dia lintang pukang seorang dengan perut dan anak lakinya dua orang.

Ain baIas tapi sepatah sepatah. Kemudian saya cuba psych0 dan pusing ayat. Saya dapat tangkap Ain ini sedang kecewa dan makan hati. Patut lah dia m4kin kurus dan sangat cengkung. Dia lawa sumpah lawa. Saya cuba cakap, awak tahu suami awak kat mana sekarang?

Dia baIas, “Tahu, dengan perempuan lain sekarang.” Saya tak bagitau apa – apa eh, tapi saya pelik macam mana Ain boleh tahu. Rupanya Ain hack whatsapp suaminya dah berbulan – bulan. Dia scan dan jejak lokasi suaminya sendiri.

Takkan selama itu dia tahan kecewa dan makan hati? Ain kata, ya, sebab suaminya baran. Tak boleh ditegur pasti kena m4ki dan herdik. Dan sudah berani naik tangan. Saya korek lagi tapi Ain tak nak bagitahu. Ain block saya.

Ain ignore saya. Sump4h saya jadi jatuh sayang dan cinta pada dia walaupun dia isteri orang. Tapi keperibadian dia buat saya tak boleh lupakan dia. Bantulah saya. Min, saya tukar no lain sebab no lama kena block. Saya whatsapp Ain lagi. Dia baIas.

Dan kali ni dia cerita dia sudah tuntut fasakh. Saya sanggup kutip dia. Saya sanggup jaga orang sebaik dia kalau suami dia layan dia macam sampah. Ain cerita semua ni. Allah gugur air mata. Rupanya, bulan lepas, Ain beranikan diri muncul depan suaminya dan perempuan tu, baru nak masuk rumah diorang.

Rumah tu, Ain yang cari, yang kemas dan jaga. Ain yang bayar deposit dan bantu urus. Tapi dibuat hotel tempat z1na. Rupanya, Ain screensh0t semua bukti whatsapp dan dia rekod suara suaminya berbual dengan perempuan lain guna Bluetooth.

Dia intip suaminya sendirian dengan perut yang sarat . Dia Iempang perempuan tu tapi suaminya pert4hankan perempuan tu. Rupanya, skandal suami Ain lah yang sih1r Ain sampai m4ti selera tak boleh makan dan tak boleh tidur, sampai cengkung dan Ain didiagnos PND (post/pre Natal depr3ssion) sampai dapat s4kit jantung min.

Sampai dia dikawal rapi takut PPD (postp4rtum depr3ssion/mer0yan). Ain tak bagitau sesiapa sebab dia malu. Semua orang ingat suami Ain ni baik. Dia pun tak sedar dia depr3si. Dia selalu kena kacau h4ntu sih1r tu dan kena cekik masa tidur.

Badannya bau b4ngkai kalau suaminya ada dan Ain kena jangkitan juga sebab suaminya main perempuan. Allah. Berat betul dugaannya. Dah setahun min, kes tuntutan fasakh Ain belum selesai sebab suaminya tak bagi kerjasama.

Rupanya selama ni sepanjang pregnat, Ain seorang di rumah urus semuanya. Suaminya cuma balik makan dan tidur. Itupun Ain dilayan seperti sampah dan diherdik. Ain bijaksana. Dia memang licik. Dia belajar semua urusan mahkamah dan cara nak menang kes.

Ain simpan bukti Iebam dan kesan kena pukuI. Ain screensh0t semua whatsapp m4ki dan marah yang dihantar suaminya. Setakat sundaI, b0doh, bini siaI, bini b4bi semua dah biasa. Jauh betul beza sifat suaminya dengan Ain.

Dan, sampai sekarang saya masih cintakan Ain. Saya tak boleh lupa dia. Cara dia cakap masa ambil order makan kat kedai ayahnya. Senyuman ramah dia. Cara cakap dia. Lagi satu, Ain tak pandang mata lelaki. Masa dia hantar air dan makanan kat kedai ayah dia, (sambil sambil tolong je bukan kerja), dia tunduk je kalau saya tanya – tanya, dia tak pernah langsung pandang muka saya.

Sekarang Ain dah berisi sikit tapi sump4h saya tak nak dia gemuk sangat suaminya pula suka perempuan gemuk. Pelik betul taste dia. Saya tak kisah lah gemuk. Tapi kenapa pilih yang gemuk, hitam, ahli sih1r pulak tu.

Memang majoriti skandal dia camtu. Buta kayu kot. Muka je handsome tapi per4ngai macam sy4itan. Saya, rela kena kecam sebab sayang isteri orang. Tapi tolonglah bagi saya pendapat dan tips untuk saya rawat perasaan saya ni.

Saya tak taulah jatuh hati sangat dah dan rindu tak berkesudahan. Saya hari – hari ternanti – nanti bayang dia lalu beli barang. Angau juga kalau ternampak dia. Sampai perasaan pada isteri sendiri pun hilang. Saya kesiankan isteri saya tapi saya juga sayangkan Ain. Bantulah saya.

Komen Warganet :

Suzana Zainan : Awak sanggup keluarkan air mata simpati dengan perempuan lain manakala sikit pun awak tak rasa simpati jika isteri awak tau apa yang awak dah lakukan? Mana sifat common sense awak? Sedarlah Ini semua ujian buat awak dan isteri.

Apa yang awak buat sekarang hanyalah bersifat nafsu semata – mata. Berbaliklah ke jalan yang benar. Tukar perasaan awak pada Ain dengan doa supaya dia terlepas dari sengsara. Awak bukan yang terbaik untuk dia.

Pelangi Indah SK : Allahu.. Cukup – cukup la Ain mend3rita dengan suaminya jangan tambahkan lagi d3ritanya. Saya confirm, dia tak mau bermadu dan mainkan perasaan perempuan lain kalau dia tau status awak. Jangan buat dia terus hilang kepercayaan kepada semua lelaki.

Allah memilih dan berikan ujian kepada Ain yang sabar dan taat pada suami derh4ka. Ada ganjaran terbaik untuknya. Jangan awak menjadi seorang yang mendorong Ain melakukan kesilapan ketika em0sinya terlalu lemah dan perIukan seorang untuk bersandar.

Kasihan pada dia. Jauhkan diri, dekatkan diri pada Allah dan doakan kebaikan berpihak pada Ain. Isteri dan anak – anak awak lebih perIukan bimbingan dan perhatian dari awak. Jangan mereka pulak jadi seperti Ain yang dipermainkan oleh suami sendiri.

NH Azwa LO AK : Mengata orang sendiri pun sama. Sibuk menjaga bini orang, bini kat entah apa cerita. Ini spesis menjandakan isteri sendiri demi seorang janda. Semoga Ain sentiasa di bawah lindungan YANG MAHA ESA. Takut nanti keluar lubang buaya masok kandang harimau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.