Aku dan Fariq hidup mcm suami isteri, sehinggalah aku jumpa dia dlm keadaan jasadnya membengkak dan berbau

Aku dan Fariq hidup macam suami isteri tapi kami tak pernah pun terfikir untuk halalkan hubungan. Sedangkan dia orang yang ‘kuat’ agama, solat, puasa tak tingggal. Tiga hari aku cuba hubungi Fariq tapi gagal, bila sampai rumah aku terk3jut tengok keadaan jasadnya yang membengkak dan berbau..

#Foto sekadar hiasan. Hai assalamualaikum. Kalau kisah ni disiarkan oleh admin, alhamdulillah. Moga jadi pengajaran dari cerita Aleya dan Fariq. Aku di bawah adalah Aleya. Aku Aleya, baru berkahwin 6 bulan. Belum dikurniakan zuriat.

Hari ini aku nak kongsi sedikit cerita tentang hidup aku yang suram dan jahiI sampailah aku jumpa dan kahwin dengan suami aku sekarang. Maaf kalau agak panjang. Cerita bermula ketika aku kenal dengan Fariq. Ya, itu bekas kekasih aku dan hari ni, saat confession ni dibaca oleh kalian dia telah pun meninggaI dunia beberapa tahun yang lalu.

Dia meninggaI bulan Jun tahun 2018. Dengan Fariq hubungan kami terbina hampir 8 tahun lamanya, Fariq lelaki yang paling aku sayang seumur hidup aku selepas ayah aku. Aku tak pernah bayangkan macam mana hidup aku tanpa Fariq dan akhirnya apa yang paling aku takut betul – betul terjadi.

Fariq tinggalkan aku dalam keadaan aku langsung tak sedia. Aku terduduk menangis dunia aku gelap, aku tak rasa kaki aku pijak bumi saat berita kem4tian Fariq sampai di telinga aku. Fariq ibarat rumah kedua untuk aku selepas keluarga aku.

Aku selalu cakap dengan Fariq aku boleh hilang segala yang aku ada didunia tapi bukan hilang Fariq. Allah maha mendengar kata – kata aku mungkin aku dah terlalu hanyut dan dibutakan dengan cinta kemudian Allah uji aku dengan kehilangan Fariq mungkin untuk menarik aku kembali semula ke jalan Allah.

Hidup dengan Fariq hari – hari aku rasa macam dekat syurga, Fariq sayang aku, setia dengan aku, tak pernah abaikan aku. Semua kehendak kemahuan aku tak sekali pun Fariq menidakkan. Maaf aku cakap kehidupan aku dengan Fariq betul – betul macam suami isteri.

Kami bercinta sehinga ke tempat tidur paling sedih langsung kami tak pernah rasa bersalah dan ulang benda sama selalu. Aku dengan Fariq tak pernah rancang nak kahwin pun. Langsung tak pernah terfikir nak halal kan hubungan.

Kami betul – betul hanyut dalam tipu daya sy4itan. Fariq lelaki baik, puasa, solat jumaat tak pernah culas, nafkah keluarga dan ibu ayah dia tak pernah abaikan. Rezeki Fariq selalu meIimpah. Dia ramai kawan, ramai yang sayang dan ramai yang selesa dengan dia.

Dan di usia dia awal 20-an waktu tu Fariq dah ada kerja yang tetap dalam setahun lebih lepas membina kerjaya Fariq m4kin stabil dan waktu tu dah mampu beli rumah kereta boleh bawak aku travel sana sini. Oh yaa Fariq tua 5 tahun dari aku.

Jangan lah cakap Fariq kurang didikan agama. Fariq dibesarkan dari keluarga yang baik dan begitu mementingkan agama. Tapi entahlah mungkin bila dengan aku, Fariq selalu tersilap langkah. Dan aku selalu salahkan diri aku kalau Fariq tak dengan aku mungkin hidup dia baik – baik dan kem4tian dia pun tak terfitnah.

Fariq meninggaI sehari selepas aku bertolak ke Indonesia untuk bercuti bersama kawan – kawan baik aku. Lepas hantar aku ke airport Fariq balik dan kami contact macam biasa. Esok pagi nya aku mesej Fariq untuk wish morning dan tanya keadaan dia.

Dia baIas 2 atau 3 jam selepas tu dia bagi tahu dia baru bangun tidur, selepas solat subuh tadi dia rasa mengantok sangat tak macam hari – hari biasa. Selalunya lepas solat Fariq akan buat aktiviti lain, dia keluar jogging atau home workout and buat sarapan, kemas rumah tapi hari tu dia kata dia penat mengantuk, moody dan terp4ksa call tempat kerja bagitahu tak dapat masuk sebab dia tak ada hati nak pergi kerja. Dia kata dia rasa kosong.

Aku tak syak apa – apa sebab aku rasa normal je manusia bila ada rasa macam tu. Takkan hari – hari kita nak rasa okay sentiasa. Tapi lepas dari dua tiga mesej Fariq terus hilang, aku tunggu tapi Fariq tetap diam dan aku call semua tak dijawab.

Aku send mesej aku suruh rehat dan makan. Kalau rasa tak sehat nak demam ke apa makan lah penadol atau kalau rasa teruk pergiIah kIinik. Aku mintak maaf dengan dia sebab aku tak ada untuk tenangkan dan jaga dia.

Berlarutan sampai 3 hari dan esoknya hari keempat jadinya aku akan balik malaysia esok. Langsung tak ada WhatsApp atau call dari Fariq. Aku pelik, aku risau sebab Fariq sorang sahaja duduk di KL keluarga semua berada di selatan dan utara tanah air.

Aku buntu tak tahu mana Fariq pergi aku jadi risau sangat. Esoknya sesampai aku dekat Malaysia aku terus mintak kawan aku hantar aku ke rumah Fariq. Aku tak tahu aku kuat atau tak nak teruskan cerita ni. Kereta motor semua tersusun elok macam tak bergerak langsung.

Aku buka pintu terus terbau satu bau yang menusuk sangat. Aku jerit panggil Fariq langsung tak jawab, aku minta kawan aku teman cari Fariq dalam rumah atas dan bawah (rumah dua tingkat) tiba – tiba kawan aku, Ijal menjerit panggil aku naik atas sambil dia tutup hidung, nampak takot dan gabra.

Fariq terbaring tepi almari baju dalam keadaan m4yatnya membengk4k dan berbau. Aku dah tak hirau busuk atau takot atau geli aku terduduk kat tepi m4yat Fariq dalam keadaan tak tahu nak rasa apa, aku speechless, sepatah kata aku tak mampu nak cakap.

Aku tak tahu aku sedih ke kecewa ke apa ke aku tak tahu. Aku buntu.. kawan – kawan aku call polis untuk uruskan m4yat. Shera pujuk aku untuk bangun jangan duduk dekat situ sebab kejap lagi polis sampai nanti takot terganggu kerja polis dan forensic.

Kaki aku tak rasa jejak bumi. Aku langsung tak boleh nak bukak mulut untuk cakap apa pun air mata je berjurai – jurai meratap kem4tian lelaki yang aku cinta dan kem4tiannya seperti tu dan menjadi buah mulut jiran tetangga.

Fariq semasa hayat adalah lelaki yang betul – betul menjaga penampilan, jaga kesihatan, sentiasa kemas. Kalau duduk rumah pun dia sentiasa nak kemas dan wangi. Sepanjang 8 tahun dengan Fariq tak pernah sekali pun aku nampak dia dalam keadaan tak terurus tapi kem4tian dia betul – betul buat hati aku k0yakkk.

Itu lah pertama kali aku nampak Fariq dalam keadaan macam tu tapi Fariq tetap sama di mata aku. Lelaki yang aku kenal yang jaga serba serbi berkaitan diri dia, aku tetap nampak Fariq handsome dan wangi walaupun hati aku terIuka dengar kata – kata orang sekeliling yang ada kat tempat kejadian.

Busuk lah m4yat reput dan sebagainya dan yang buat aku s4kit waktu tu bukan kerana kem4tian Fariq, ye kem4tian Fariq dah tentu mer0bek jiwa aku tapi aku tambah h4ncur bila orang h1na dan umpat kem4tian lelaki yang paling aku cinta.

Aku ada di sisi Fariq sampailah keluarga datang untuk tuntut m4yat dan aku ikut kebvmikan m4yat di kampung orang tua nya, semuanya sampai selesai. Dipendekkan cerita, sejak dari hari kem4tian Fariq sampai hari ini tak pernah sehari pun aku hidup dalam keadaan tenang dan aman.

Aku betul – betul rasa nak jadi giIa. Aku tak boleh move on. Awal – awal kejadian dua tahun lepas setiap hari aku mimpi buruk, aku mimpi macam – macam pasal Fariq, aku teringat ingat m4yat Fariq.. terbau – bau sentiasa. Tak selera makan dan aku hilang hampir 20kg.

Keluar masuk hospitaI sebab selalu pengsan dan d4rah rendah. Aku s4kit.. aku betul – betul rasa s4kit, jiwa aku h4ncur. Aku berhenti kerja, aku stop contact dengan kawan – kawan. Aku tak keluar rumah. Aku betul – betul tertekan.

Apa yang aku buat hari – hari aku cari kekuatan dengan doa, solat, aku hidup kan Malam – malam aku dengan solat malam yang mana sebelum ni penuh dan cuma bergelumang dengan maksi4t. Hari – hari aku doakan Fariq dan mintak Allah ampunkan dia dan tempatkan dia di tempat baik – baik.

Aku tak boleh lupakan Fariq benar – benar kem4tian dia meragut seluruh jiwa aku, hidup aku, aku rasa aku hilang diri aku. Cinta aku dekat Fariq langsung tak ada tandingan sampai aku pernah cakap dengan Fariq mak dia pun tak sayang dia macam mana aku sayang dia.

Korang boleh imagine tak macam mana bermaknanya Fariq dalam hidup aku? Sampai hari ni pun semua orang dah move on dengan kem4tian Fariq termasuk keluarga dia tapi aku tak. Ajarkan aku macam mana untuk aku buang dan lupakan lelaki terbaik yang paling memberi makna dalam hidup aku? Macam mana?! Aku taip sambil nangis, aku tak kuat.

Tahun lepas bulan 12 aku dikahwinkan dengan anak kepada dua pupu mak aku, Zamir. Perkahwinan diatur keluarga aku menurut sebab tak mampu nak kata tidak. Aku dah cukup pasrah dengan hidup aku, aku letakkan takdir aku sepenuhnya pada Tuhan.

Aku takkan usaha, takkan cuba ubah atau apa pun. Aku dah mengalah aku taknak tahu apa apa dan peduli tentang apa pun. Keh4ncuran hati aku memang membawa pada h4ncurnya hidup aku. Mak aku dengan dua pupu mak aku sama – sama bincang untuk pulihkan aku dan mintak Zamir bantu aku untuk bina balik diri aku tapi mana lah mungkin boleh. Yang aku nak Fariq bukan Zamir.

Mak aku tak tahu doa aku hari – hari mintak Allah hadirkan aku seorang Fariq yang sama dengan Fariq aku. Doa aku hari – hari pun dah salah dan ibarat aku tak redha, tapi hakik4t memang aku tak redha. Fariq aku tak ada gantinya.

Zamir, entahlah aku tak tahu nak jelaskan, 6 bulan kahwin aku langsung tak ada hati nak kenal dia. Yang aku tahu dia jaga aku dengan baik. Dalam tempoh 6 bulan tak pernah sekali pun aku izinkan Zamir sentuh aku dan kami belum pernah ada hubungan suami isteri.

Tiap malam waktu tidur aku selalu sedih tengok muka Zamir, kenapalah Allah takdirkan kau untuk aku padahal aku ni penuh cela dan h1na, aku bukan perempuan baik aku tak bersih. Aku dah bergelumang d0sa bertahun tahun.

Zamir selalu imamkan solat aku tapi dalam doa aku tak ada pun aku doakan Zamir semuanya aku doakan Fariq. Zamir maafkan aku sebab jadi isteri yang gagal. Aku tak tahu apa yang membuatkan aku layak untuk jadi isteri kau.

Bagi aku masa untuk aku pulih dan belajar cintakan kau atau kau boleh tinggalkan aku kalau kau mahu. Kau baik kau ada semua nya aku yakin ada perempuan lagi baik untuk kau. Terima kasih Zamir sebab ambil berat dan jaga aku dengan baik.

Kau sabar, kau tabah. Aku layan kau teruk, aku tak buat langsung tangungjawab aku sebagai isteri tapi kau tetap sabar. Civm dahi aku setiap malam, civm tangan aku selepas solat. Aku sedih sebab aku terp4ksa layan kau teruk.

Maafkan aku Zamir sebab dekat hati aku langsung tak ada cinta yang tersisa. Hari ni aku nampak banyak hikmah dari ujian atas kem4tian Fariq, aku jadi lebih dewasa, aku lebih mengabdikan diri pada Tuhan. Solat 5 waktu susah untuk aku tinggal sebab solat je buat aku tenang, aku menangis waktu solat mennagis waktu doa, mengadu dengan Allah tu dah jadi rutin harian selama dua tahun.

Bangun malam untuk solat malam, aku lebih banyak puasa sebab aku memang tak selera nak makan. Kalau selera pun aku tetap makan sikit sebab semua benda buat aku ingat Fariq. Aku rasa dah cukup dua tahun aku bersedih dan s3ksa diri sendiri.

Korang doakan aku pulih, aku nak hidup cara baru, aku nak ada semangat baru. Aku nak bina hidup baru dengan Zamir. Insha’Allah kalau dia masih dan diizinkan Tuhan untuk aku. Aku nak cuba sayangkan Zamir. Aku nak buat semua benda dengan Zamir dan dua tiga hari ni aku dah cuba terima Zamir.

Aku dah cuba sediakan makan untuk dia macam isteri – isteri yang lain buat. Terima kasih sebab dah baca cerita aku. Doakan aku jadi wanita baik dan isteri solehah untuk suami aku. Untuk Fariq moga tenang dan bahagia di sisi Tuhan.

Saya setiasa doakan awak hari – hari saya sedekahkan alfatihah dan tiga empat kali saya akan bacakan yasin dan tahliI untuk awak dalam semingu. Jaga diri ye Fariq. Till we meet again.. – Aleya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mat Jatt : Ubahlah doa tu kak, mintak bukakkan hati untuk Zamir, suami ko yang sekarang ni. Jangan dikenang hubungan h4ram yang lalu. Allah tunjukkan kat ko cara dia meninggaI, suruh bertaubat, move on, bukannya suruh ko tak redho.

Paham bacaan dalam solat, kena khusyuk, minta dengan Allah elok – elok. Taubat pulak kene taubat nasuha, jangan dikenang romantis – romantis zaman lampau. Tentu – tentunya h4ram mase tu. Benda h4ram memang manis, sy4itan suka, lagi digalaknya.

Cuma Allah penentu semuanya bila nyawa ditarik. Jangan tanya netizen paham ke tak dengan kisah cinta kau kak, ramai je lebih daripada ni alami benda camni. Cuma ada yang taknak bukak citer. Sekarang pilihan kat tangan sendiri, kalau taknak zaIimi laki tu, kak jujur dengan dia.

Kalau dia redho, diterima je. Kalau taknak jujur dengan dia tentang masa lampau, kak doa banyak – banyak mintak hati tu tenang, jadi isteri solehah. Jangan meyesal pulak bile suami yang ni Allah ambil.. ye kak.

La ReiNe : Kalau lah kita semua tahu apa yang dialami oleh mereka yang meninggaI ni, pasti kita takkan ada masa meratap pemergiannya. Ntah kan jen4zah dia pun kita taknak uruskan kerana sibuknya kita beribadah kepada Allah. Yang awak ratap itu makhluk Allah dik, makhluk sifatnya tidak kekal. Focus pada Zamir, taat perintah suami dan berikn hak kepada yang sepatutnya.

Nur : Ajar kan aku macam mana untuk aku buang dan lupakan lelaki terbaik yang paling memberi makna dalam hidup aku? Macam mana?! Aku taip sambil nangis, aku tak kuat. Macam tu punya per4ngai kau cakap lelaki baik.

Kalau dia baik, dari hidup dia dah mula stabil dia dah jadikan kau isteri. Tu bukan baik tu namanya ambik kesempatan, mungkin bukan kau sorang pempuan yang dia ada. Yang baik sebenarnya Zamir sebab kau layan dia buruk pun dia tetap sabar dengan kau.

Farah Hashim : Banyaknya yang alim – alim kat sini tapi menegur tak ada adap. Confessor kalau boleh setel sendiri takde la dia nak tulis kat sini. She needs support bukan kene kondem. We are not born the same, raised the same way even kita semua percaya pada Qada Qadar Hari Akhir4t semuanya. Kau tabah, bagus. Kau tak pernah buat hal, bagus. Tapi jangan sebab rasa kuat semangat, tak pernah buat benda terkutuk buat kau jadi riak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.