Aku marah Alif sebab lupa bawa tuala datang taska. Sekali jawapan Alif buat aku terkedu

Aku tak suka kanak – kanak tapi aku terima untuk jadi cikgu sementara dekat satu taska. Aku em0si sebab kena jaga seorang bayi yang meragam dan 2 orang budak yang kencing atas tilam. Dah la k3ncing, siap b3rak dalam seluar. Aku hilang sabar dan tinggikan suara kepada dia dalam bilik air..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin kerana telah menyiarkan artikel aku. Nama aku Fatimah Zahrah dan aku baru menamatkan zaman persekolahan menengah lebih kurang 3 bulan yang lalu.

Dalam artikel ini aku akan kongsikan beberapa cerita mengenai pekerjaan aku sebagai cikgu taska sementara. Pada mulanya aku sendiri tidak menyangka yang aku terima pekerjaan ini kerana sejujurnya aku tidak begitu menyukai kanak – kanak apatah lagi mengasuh mereka.

Tetapi memandangkan taska ini berdekatan dengan rumah aku jadi aku terima. Untuk pengetahuan anda, taska ini menawarkan tiga perkhidmatan iaitu taska, tadika dan transit. Pada hari pertama, aku belajar perkara asas seperti memakaikan pampers, memandikan anak – anak, mengenali beg, botol, bekas susu dan ibubapa anak – anak.

Pada mulanya agak susah kerana aku asyik terlupa dan dengan bantuan cikgu dan pemilik taska ia menyebabkan aku mampu mengingati semua dalam masa yg terdekat. Alhamdulillah! Pada sebelah pagi aku perlu mengajar anak – anak tadika yang berusia 4-5 tahun.

Agak menc4bar kerana tahun ini merupakan tahun pertama mereka belajar menulis membaca dan sebagainya jadi mereka perlu menyesuaikan diri dengan keadaan ini terlebih dahulu. Ada anak – anak yang sudah biasa dengan mewarna dan menulis jadi mereka tidak akan mempunyai masalah untuk menggunakan pensel.

Dan sebaliknya untuk anak – anak yang tidak biasa mereka akan mempunyai masalah untuk memegang pensel jadi ia menyukarkan mereka untuk belajar dan menulis jadi proses pembelajaran akan menjadi lambat. Jadi inilah gunanya aku sebagai cikgu untuk membimbing mereka.

Dan setelah 2 bulan, aku nampak perubahan pada anak – anak yang dahulunya agak lambat dan sekarang mampu memegang pensel dan menggunakan peralatan asas dengan baik dan lukisan yang diwarnakan cantik dan tidak lagi comot seperti hari permulaan mereka belajar.

Anak – anak ni adalah makhluk Allah yang diciptakan untuk mempunyai pelbagai ragam jadi banyaklah soalan – soalan yang mereka ajukan jadi sebagai cikgu aku harus berupaya untuk menjawab segala soalan agar segala kesangsian yang bermain di minda mereka terjawab.

Ada satu hari itu, menjadi rutin di taska aku, sebelum memulakan pembelajaran kami akan berzikir, menyanyikan lagu dan storytelling. Pada waktu itu aku menceritakan mengenai Allah, Nabi Muhammad dan agama kita.

Dan seorang anak yang bertuah ini menuding jari ke arah seorang anak yang lain yang kebetulan bernama Muhammad sambil bertanya itu Nabi Muhammad ke cikg? Aku tertawa kecil dan menceritakan perihal Nabi Muhammad pula.

Hantar anak – anak ke taska ini adalah pilihan yang bagus jika parents mampu dan sibuk kerana ia membolehkan anak – anak belajar berkomunikasi, bergaul dan belajar perkara – perkara asas terutamanya kepada anak – anak yang intr0vert melalui interaksi dengan rakan – rakan, guru dan aktiviti yang dilakukan.

Di taska ini, aku perasan ada seorang anak ini dia sangat pendiam dan dikala anak – anak lain bermain, dia akan bermain di satu sudut seorang diri. Oleh itu aku sering mengajak dia untuk turut serta bermain dengan anak – anak yang lain.

Bagi dia rasa seronok dan banyak bercakap. Lama kelamaan dia kelihatan lebih selesa dan mula berkawan dengan anak – anak yang lain dan sekarang dia tidak lagi pendiam dan banyak bercakap. Kesabaran yang tinggi adalah perkara pertama yang harus aku miliki untuk mengelakkan aku mengendalikan anak – anak dalam keadaan yang em0si yang boleh menyebabkan kes pend3raan.

Masih aku ingat pada mula aku berkerja ada seorang anak taska ni pun baru jugak masuk. Jadi dia agak baru dengan keadaan taska. Menangis pagi – pagi nak balik itu perkara biasa tetapi dia ini ada satu masalah iaitu malu nak cakap nak k3ncing ke b3rak ke.

Dan dia pulak dalam proses untuk menyesuaikan diri tidak memakai pampers. Jadi masalahnya, boleh dik4takan hampir tiap hari dia akan b3rak / k3ncing dalam seluar. Sampai aku sering mengingatinya untuk meminta ibunya membawa pampers.

Hari – hari aku bersihkannya dengan penuh sabar dan mengingatinya untuk beritahu cikgu jika rasa nak b3rak atau k3ncing tetapi hari – hari jugak dia buat perkara yang sama. Sampai ada satu hari itu, aku agak em0si disebabkan kena menjaga seorang bayi yang meragam dan 2 orang anak taska k3ncing atas tilam.

Dan anak yang selalu k3ncing dalam seluar tu b3rak lagi dalam seluar dan aku seperti kehilangan sabar dan meninggikan suara kepada dia dalam bilik air. Aku menangis cakap, kamu tak kesian ke dekat cikgu? Kamu tahu, cikgu letih tak makan lagi.

Janganlah buat lagi, cikgu penat. Dia pun turut nangis teresak – esak. Sejak hari itu, dia tidak lagi k3ncing atau b3rak dalam seluar. Dah pandai masuk tandas sendiri. Alhamdulillah aku kagum dengan dia. Anak – anak ni kita mesti prihatin dan sayang pada mereka walau apa pun kekurangan mereka.

Adalagi ha kisah mengenai seorang anak taska ni dia ada abang yang mempunyai masalah aut1sme tapi pada tahap yang rendah jadi takdalah lincah sangat. Abang dia darjah 2 dan bersekolah di sekolah pendidikan khas dan pada hari – hari tertentu ibu dia akan menghantar anaknya ke taska.

Tidak begitu menjadi masalah untuk mengendalikannya kerana abang dia tidak menganggu anak – anak taska yang lain dan suka buat kerja sendiri seperti menconteng kertas, melipat kertas dan bermain dengan pensil – pensil warna.

Cuma satulah dia suka menyepahkan barang dan suka menconteng kadang – kadang dia menconteng pada kertas yang penting, dinding, sofa dan sebagainya. Tetapi tak apalah asalkan dia tidak mengganggu anak – anak taska yang lain.

Tapi pada satu hari tu aku em0si dan melihat si abang dia menyepahkan banyak pensil – pensil warna. Ya, banyak giIa dan lagi membuatkan aku em0si di mana pensil – pensil warna ni telah aku susun dalam bekas pensil anak – anak taska semalam.

Dan aku bertindak memarahinya dan mem4ksa dia untuk mengutip semua pensil warna itu. Dalam keadaan dia itu, dia kelihatan nak marah tapi dalam masa yang sama nak menangis sambil mengutip pensil itu dan masukkan ke dalam bekas.

Bila waktu nak balik aku menemaninya hingga ke pintu pagar dan pada waktu itu dia menoleh pada aku dan berkata NAK SALAM. Terus aku hulurkan tangan. Setelah itu dia cakap NAK P3LUK… Terus aku peIuk.. Waktu itu timbul rasa bersalah dan kesed4ran untuk tidak mengulang kesilapanku. Harus terus bersabar.

Banyak perkara yang telah aku belajar di taska ini. aku juga telah belajar untuk mengendalikan bayi seperti menyusukan, memandikan, mengendong bayi yang mana selama ini aku takut dan tidak reti untuk buat. Teringat pulak satu kisah ni waktu itu aku nak mandikan anak – anak taska dan seorang anak taska ni nama Alif, ha si Alif ni lupa bawak tuala.

Untuk makluman anda semua, aku selalu mengusik Alif. Terus aku pura – pura marah dia, cakap Alif tuala mana tuala? Alif menjawab, tak bawak cikgu… aku tanya lagi kenapa tak bawak? Terus dia cakap Mak Alif tak perasan dia tak nampak.

Dan aku tanya lagi kenapa boleh tak perasan? Alif pun menjawab, Mak Alif buta dia tak nampak yang tuala tak dak dalam beg. aku terus terdiam. Aku terlupa yang Mak Alif ni buta dan ayah dia juga buta, Alhamdulillah mereka dikurniakan anak yang sihat walafiat.

Semoga Alif membesar menjadi anak yang soleh dan penyabar dalam menempuh onak kehidupan. Aku tahu banyak ibubapa yang takut dan tr4uma nak hantar anak – anak ke taska kerana banyak paparan di media memaparkan kes pend3raan kanak – kanak di taska.

Pesanan dari aku jika anda hendak menghantar anak – anak ke taska anda harus memastikan yang taska tersebut benar – benar selamat untuk anak – anak. Buatlah pemeriksaan secara meng3jut ke taska dan harus peka dengan perkembangan anak – anak.

Yang paling penting taska tersebut telah mendapat sijil pengiktirafan dari JKM jadi jika berlaku sebarang masalah pihak atasan akan turun padang untuk membuat pemeriksaan. Dan satu lagi pesanan untuk ibubapa, jika anak – anak mengalami Iuka yang remeh – temeh tolong jangan berburuk sangka dan melemparkan tuduhan secara melulu kepada cikgu taska dan siasatlah dahulu kerana bukan anak anda seorang yang perlu kami awasi.

Akhir kata, aku bersyukur di taska aku tidak berlaku pend3raan dan semua cikgu serta pemilik taska sangatlah baik dan berperikemanusiaan. Aku amat bersyukur kerana diberi pengalaman yang sangat mahal ini di mana aku dapat aplikasikan setelah aku mempunyai anak di masa depan nanti..

Aku juga telah berubah menjadi seorang yang menyukai kanak – kanak, tambah lagi yang masih bayi. Agak sedih bila tidak lama lagi aku akan berhenti bekerja kerana ingin melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk menyambung dalam bidang pendidikan awal kanak – kanak yang mungkin tidaklah begitu gah di mata orang.

Setiap kali mereka tidur, aku renung wajah anak – anak syurga ni dan bermonolog seorang diri selepas ini takdak lagi yang akan menyambut kedatangan aku dengan panggiIan, Cikgu Timah, Cikgu Timah. Takdak lagi yang akan berebut nak tanya soalan.

Kenangan yang sangat mahal ini akan terus aku simpan di dalam hati. Dan satu lagi anak – anak ni kita haruslah sering memuji mereka dalam apa jua aktiviti yang mereka berusaha untuk laksanakan kerana mereka akan rasa lebih dihargai dan akan terus mencuba buat yang lebih baik.

Cikgu Timah doakan, semua anak – anak taska menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan akhir4t dan jangan lupakan insan yang telah mencurahkan ilmu kepada kamu biarpun ilmu itu sebesar zarah. Hee, Assalamualaikum! – Cikgu Timah

Komen Warganet :

Pipit Bertang : Berbagai pengalaman pipit menjadi tenaga pengajar anak – anak bawah 6 tahun. Paling pipit tak boleh lupa dengan sorang kanak – kanak, dia ada masalah hiperaktif. Hari – hari kelas kelam kabut dibuatnya.

Hari pertama ke kelas ni pipit sudah dijelaskan keadaan anak tu. Pipit ganti guru kelas yang sedang bercuti. Tiada meja yang tidak dititi, tiada kerusi yang tidak diterbalikkan. Rakan – rakan takut untuk bergaul dengannya.

Akibatnya itu lebih menyedihkannya. Dia protes dengan membuat kacau. Nak kawan tapi kasar. Pernah dicekik lehir rakan hanya tak mahu berkawan dengannya. Menggeletar pipit. Tiada cara utk menghentikan kelakuannya.

Lembut atau kasar. Tindakkan pipit ambil dia dan dudukkan di sebeIah pipit dan acah dia sebagai cikgu kelas. Setiap saat samada memb0ntoti pipit atau p4ksa dia b0ntoti pipit. Ha ha.. 3 bulan dengan ank ni, sedih bila teringatkan dia.

Badan penuh kesan birat kesan di r0tan oleh orang tuanya. Malah pipit pernah nangis tengok kesan Iuka di hujung mata anak ni. Bila tanya kena apa, jawabnya ibu pukuI. Allah… Allah.. Allah.. Kenapa tak buat repot… Pipit sudah dipesan secukupnya supaya jalankan saja tugas pipit di kelas.

Besar sudah anak tu barangkali. Yea… sekurang – kurangnya pipit juga guru kegemaran kanak – kanak. Jadi tenaga pengajar anak – anak suci ni memang menyeronokkkan. 1 jan 2019 pipit tinggalkan dunia kanak – kanak ni. Dah tua. Tak larat dah nak berh4mbat dengan mereka yang lincah ni.

Shakila Sharkawi : Sebak baca confession ni.. Walaupun ceritanya simple je tapi sebab saya pun sukakan kanak – kanak jadi menusuk ke jiwa cerita ni. Anak – anak saya hantar di taska / tadika dan kalau ada apa – apa aktiviti kat tadika anak – anak memang saya takkan lepaskan peluang nak join.

Kadang – kadang sampai saya sendiri suap anak – anak tadika ni makan. Sampai dorang panggil saya teacher. Dan saya bercita – cita kalau da pencen nak bukak taska / tadika sebab saya sukakan kanak – kanak. Sampai 1 tahap saya tak boleh tengok anak – anak ni menangis sebab saya jadi sebak. Nak marah apetah lagi.. Anak sendiri takpe.

Nurul Anas : Saya pernah jadi pembantu taska. Ya Allah seronoknye jadi pembantu taska. Budak – budak ni walau nakal tapi kalau kite jage elok insyAllah diorang akan mendengar cakap kita. Sayang kita. Allahu.

Sungguh nikmatnye pernah menjadi pembantu tadika. Bile hari last jamuan akhir tahun sedihnye. Ntah bile akan jumpe diorang, paling ingat nanti saya nak jadi doktor lah boleh jumpe kak anas. MasyaAllah nikmatnye walaupon sekejap.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.