Bila saya kahwin lain, bekas suami ambik 3 anak saya. Dia pisahkan, tak bagi jumpa. Lepas setahun, saya jumpa anak-anak kurus, kaki berkudis

Setahun suami bawa lari anak – anak tak bagi jumpa, saya redha. Satu hari, adik ipar mesej bagitahu. Sebenarnya, bekas suami tak jaga anak – anak, dia hantar mereka dekat kampung. Tak bersekolah, tak terurus, kurus…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nak tanya pendapat atau kalau ada peguam dalam ini. Saya dengan suami pertama dulu dah bercerai tiga tahun dah. Kami ada tiga orang anak yang masih kecil, umur empat tahun, enam tahun dan lapan tahun.

Masa mula – mula bercerai dulu, anak – anak saya yang jaga. Bekas suami langsung tidak bagi nafkah anak masa anak bawah jagaan saya. Bila saya nak kahwin baru, saya masih jaga anak – anak. Tapi bekas suami tak boleh terima, terus kacau pasal anak.

Hari – hari datang rumah, kata nak tengok anak – anak. Sedangkan saya dah jadi isteri orang masa itu. Dia gunakan alasan nak tengok anak. Saya bagi sahaja dia jumpa anak tapi dah jatuh fitnah pula sebab mulut bekas memang suka fitnah pun.

Jadi saya bagi anak – anak kepada bekas suami untuk dia jaga sepenuhnya. Bermula dari saya bagi bekas jaga, setiap kali saya telefon dia untuk nak jumpa anak – anak, dia tidak bagi saya jumpa. Telefon nak bercakap dengan anak – anak pun dia tidak bagi. Sampai la dia cuba lari dan tukar nombor.

Masa ini saya dah reda. Saya buat rutin harian saya macam biasa. Setahun anak – anak bawah jagaan bekas suami dan saya tidak dapat tengok anak. Tiba – tiba adik ipar saya yang dulu call saya. Dia cakap, “Kak, Putera, Shanaz dengan Rizqi ada di rumah mak.

Putera dah lama tak sekolah, surat sekolah dah sampai.” Adik ipar beritahu yang anak – anak saya ada di rumah mak mentua di kampung. Sedangkan bekas suami berada di Kuala Lumpur bekerja. Alasan bekas suami, dia kerja dan anak tidak ada siapa nak jaga.

Sebab itu dia hantar balik kampung rumah mak. Aku nak jaga kau beria minta anak, bila aku bagi kau jaga anak, kau suruh mak jaga pula. Apa punya per4ngai ini. Orang tua itu dah tua, mana larat nak jaga cucu – cucu. Jadi anak – anak saya terbiar, main di luar tak pakai kasut, badan dah kurus.

Saya ada gambar anak – anak masa dengan saya elok berisi. Kenapa setahun anak dengan mereka badan anak susut. Kaki anak banyak kudis akibat main pasir di luar. Si abang pula kadang – kadang pergi sekolah, kadang – kadang tak pergi. Saya dapat berita ni dari adik ipar.

Hari itu juga saya balik kampung mak mentua saya dulu atas izin suami baru. Mujur la suami yang sekarang banyak bagi kerjasama. Tiga jam perjalanan, sampai kampung mertua, turun kereta anak – anak berlari peIuk saya. Siap mengadu lapar dengan comot. Saya menangis sedu – sedu tengok keadaan anak.

Suami baru saya cakap, “Mandikan anak – anak, kita bawa mereka pergi makan kedai dulu. Apa – apa bagi makan dulu, lepas itu kita bincang lain.” Jadi saya bawa la adik ipar, mak mertua dan anak – anak keluar sekali makan kedai. Masa kami sampai tu dah malam.

Saya tak salahkan mak mertua saya sebab dia dah terlalu tua, lutut pun s4kit. Yang saya marah sangat kat bekas suami saya tu, sanggup dia lepas tanggungjawab kepada mak dia yang tua. Mak dah la tak larat. Dulu dengan isteri tak ada hati perut, sekarang dengan mak sendiri pun tak ada hati perut.

Adik ipar saya tu pun masih sekolah menengah, bukan kerja. Jadi faham – faham la memang tak boleh jaga sangat. Walaupun abang dia pesan jangan beritahu saya, adik ipar saya tetap beritahu juga sebab anak – anak saya dan mak tak mampu uruskan.

Bila mak telefon bekas suami saya suruh jaga anak, alasan dia kerja, sibuk. Kami ingat nak balik malam tu juga ke Kuala Lumpur bawa anak – anak tapi mak suruh tidur sini. Kata mak, esok pagi la balik. Jadi kami tidur la sana. Esok lepas solat subuh, sekali lagi bawa mak pergi sarapan.

Lepas itu beli kat mak sedikit barang dapur, tak sampai hati nak tinggalkan mak dengan barang dapur yang banyak habis. Walaupun dia hanya bekas mak mertua, tapi hubungan kami okey. Jadi saya pun akan okey dengan mak, layan macam mak sendiri.

Lepas selesai beli barang untuk mak mertua, kami balik Kuala Lumpur bawa anak – anak. Saya uruskan hal persekolahan anak di sini. Tiba – tiba si mangkuk ayun tu datang meng4muk nak anak balik. Memang tak la saya bagi. Pernah bagi peluang dia jaga, dia bagi mak jaga, bukan dia yang jaga pun.

Niat dia dengki dan s4kit hati sebab saya kahwin baru sahaja. Jadi nak siksa mental saya dengan pisahkan saya dengan anak – anak. Sekarang dia selalu ganggu nak ambil anak. Soalan saya, macam mana saya nak mula untuk Iawan hak penjagaan anak secara sah? Macam mana nak bawa perkara ini ke mahkamah?

Komen Netizen :

Anonymous member 525 : Pergi mahkamah syariah fail hadhanah (hak jagaan). Pergi balai buat laporan gangguan itu, minta pegawai penyiasat mohon IPO (interim protection order) supaya bekas suami ditegah mendekati awak dan anak – anak.

Dapatkan bukti pengabaian anak – anak seperti kesihatan, sekolah, makan minum, yang sebelum ini dijaga oleh ibu yang sudah tua. Saya jamin seratus peratus hak jagaan awak akan dapat. Perintah hak jagaan penting untuk urusan anak – anak sekolah.

Anonymous member 399 : Buat laporan polis atas kes pengabaian kanak – kanak. Pergi sekolah minta kenyataan rasmi berapa lama anak tidak pergi sekolah. Pergi mahkamah buat tuntutan hak penjagaan kekal. Selepas kes mahkamah selesai dan hak penjagaan dah dapat, buat laporan susulan supaya kalau bekas suami ganggu atau kacau, dia boleh dikenakan tindakan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :