Biras menantu kesayangan, suka jadi batu api. Mereka fitnah aku dan anak-anak depan saud4ra mara, pandang aku atas bawah

Anak aku kena pantauan pakar, jadi suami tak izinkan aku kerja. Kami hidup kais pagi, nak beli barang aku pun aku tak mampu. Mak mertua tak habis hasut suami, aku kikis duit suami, p4ksa aku kerja…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum sekadar luahan secara jujur aku dari dulu sebenarnya tak suka sikap emak mentua dan menantu adik suami. Yang lain macam tak ada masalah. Suami ada enam orang adik beradik, suami anak sulung, nombor dua tu dah kahwin. Yang lain masih bujang.

Kalau lah dari dulu awal – awal kenal suami, aku dapat tahu per4ngai emak mertua tu, lebih baik aku tak kahwin dengan anak dia. Jujur banyak betul makan hati dengan dia. Isteri adik dia tu pula bahagian batu api. Jenis sifat dengki tak boleh orang lebih dari dia.

Emak mertua sayang sangat menantu dia sebab menantu dia selalu bawa perigi jalan belikan dia macam – macam sebab tu dia sayang. Aku sebenarnya tak kisah pun kalau emak mertua tu tak suka aku sekali pun. Tapi yang buat aku jadi s4kit hati dia tabur fitnah dekat orang.

Aku ni jenis pemalu memang dari anak d4ra. Aku jarang lah bergaul dengan orang bukan orang luar sahaja, saud4ra mara dengan keluarga aku, adik – adik lelaki dan bapa aku sendiri pun aku jarang duduk lepak – lepak. Suami aku tahu lah per4ngai aku macam mana.

Keluarga dia pun awal – awal kenal aku pun tahu aku macam mana. Sejak dah kahwin tu aku cuba lah juga nak belajar biasa dengan orang. Tapi tu lah tiba – tiba dapat pula jenis yang macam ni. Cakap main lepas tak puas cakap, lepas tu tabur fitnah pula dekat saud4ra mara sepupu dan jiran.

Belum lagi aku kenal – kenal dengan mereka. Bila time berkumpul raya masing – masing buat muka dekat aku pandang aku atas bawah. Siap sebut – sebut menantu seorang lagi. Siap ada yang banggakan menantu seorang lagi.

Tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih. Sebab tu lah sekarang aku start berjauhan. Aku pula jenis hati tisu mudah air mata mengalir. Aku masih boleh terima lah kalau emak mertua buat macam tu dekat aku. Tapi aku agak s4kit hati sangat – sangat bila emak mentua sanggup buat anak – anak aku sama seperti layanan dia dekat aku.

Depan nampak baik je dengan anak – anak aku. Belakang aku, dia kutuk dekat orang kata anak aku begitu begini, bermasalah, macam – macam dia kata. Orang yang kata tu pun bercerita dekat aku. Aku bersyukur walau aku dilayan seperti ni, emak dan adik – adik aku selalu support aku, sayang sangat – sangat dekat anak aku.

Kadang – kadang aku luah dekat diorang. Emak aku cakap tak apa lah kakak, apa-apa pun yang berlaku kami tetap ada dengan kau dan anak kau. Time besday anak, diorang bersungguh nak minta aku balik kampung nak sambut bersama.

Sanggup beli hadiah masing – masing. Walau adik – adik aku semua kecil – kecil lagi, tapi pandai hargai sesama. Time anak s4kit diorang sanggup datang naik bas, diorang sanggup jaga anak aku. Emak mertua tak pernah pun buat dekat anak aku macam tu.

Tak habis – habis update status pasal cucu sana sahaja. Aku pernah cakap dengan suami, jangan satu hari nanti anak – anak tak lebih berpihak pada nenek sana. Tengok lah sekarang mungkin diorang tak faham lagi sebab kecil.

Tapi kalau sikapnya tak berubah anak pun boleh makan hati. Anak – anak aku semua ingat nama – nama beIah keluarga aku sebab diorang yang jaga mereka dari lahir sampai 4 – 5 bulan. Time aku beranak, emak mertua dah minta anak dia ni bawa aku duduk dengan keluarga aku sebab dia tak boleh jaga aku.

Dia tak nak aku susahkan dia. Walaupun aku okay je pantang sendiri tapi dia takut akan menyusahkan dia, dah suami tak sentiasa dekat rumah kerja. Sebab tu anak aku ingat keluarga keluarga aku. Kalau beIah suami ingat – ingat lupa.

Tak cukup ni, emak mertua juga selalu buat kami berg4duh. Dia suka pertikaikan dulu suami yang sanggup beli dia macam – macam tapi sekarang dah kurang kerana ikut kehendak anak bini. Dia tak tahu aku hidup macam mana pula.

Aku kalau kerja pun aku tak hamak lah duit anak dia. Aku tak kerja pun bukan semudah dia fikir dapat beli ni tu. Telan sahaja keinginan nak beli ni tu sebab faham suami cari duit bukan mudah. Berjimat nak sampai sebulan. Kadang – kadang tak sampai sebulan dah habis.

Pakaian anak bini, skincare, minyak wangi, minyak rambut dan banyak lagi tak ada beli. Diorang bukan faham, sikit – sikit salahkan menantu punca anak jadi macam tu. Sedangkan dia tak tahu apa yang kita alami. Aku ni kalau boleh nak cepat – cepat kerja nak bantu anak dia ni cari duit.

Aku banyak benda nak fikirkan, anak – anak aku ni pun dalam pantauan pakar semua guna duit. Nak harapkan suami je memang tak cukup. Tapi buat masa ni suami tak izinkan lagi kerja sebab dia suruh aku fokuskan anak dulu sebab ada yang masih susu aku sepenuhnya.

Dah suami aku dah tak izinkan takkan aku degil nak kerja juga d0sa pula kan meIawan. Emak mertua kerja, bapa mertua kerja. Anak – anak bujang dia pun kerja dua orang je. Anak dia sekolah tapi tak faham, semua benda nak suami yang pikul.

Adik – adik yang sekolah tu pula tak sedar diri dah tahu keluarga tu susah. Pilihan barang – barang sekolah, beg jenama, kasut jenama. Dah biasa dimanjakan dari kecil macam tu lah. Nak pergi jalan pun minta suami support.

Kadang – kadang bila suami jujur cakap tak ada duit, sanggup tarik muka salahkan menantu. Aku kadang – kadang marah lah juga sebab tak pasal – pasal aku disalahkan. Tapi suami aku cukup pantang bila aku marahkan family dia.

Dah aku ni diorang tuduh. Siap kata “emak tak ada ganti, bini boleh cari, anak boleh dibuat.” Emak mertua pun p4ksa aku kerja jangan berharap sangat duit anak dia. Selalu hasut – hasut suami, cakap jangan ajar sangat aku dengan anak – anak dengan duit nanti tak reti nak berjimat habis je duit.

Kalau habis duit pun tak susahkan diorang, keluarga aku juga yang bantu. S4kit hati! Jujur cakap sepanjang empat tahun perkahwinan ada sahaja diorang buat hati aku jadi s4kit. Lepas tu sedap je mulut cakap aku macam – macam.

Aku nak beli untuk diri sendiri pun tak kesampaian sebab memikirkan anak – anak masih kecil perlu dengan pakar. Lebih baik aku uruskan anak dari aku sibuk nak beli keperluan aku. Aku sekarang dah kurang nak berkumpul dengan diorang sebab setiap kali berkumpul ada sahaja buat hati terasa. Layanan diorang dekat aku dan anak – anak pun macam orang luar. Memang jauh beza dengan menantu seorang lagi dan anak – anak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.