Bisnes aku m4kin slow, 4 orang anak semua kena catu makan dan susu. Maafkan mak, anak2-ku

Aku sampai hari ni sedih kenangkan makan minum anak aku kena catu. Mungkin Allah nak uji aku lagi. Aku susah takpe tapi bab makan minum anak, pampers susu kurang aku boleh nangis teruk.. Aku hanya bagi masa dua bulan je dekat mak ayah mertua aku sebelum aku nekad..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, dipendekkan cerita aku nekad untuk berpisah dengan suami aku tapi aku tak cukup kuat nak tempuh hari – hari yang akan datang. Doakan moga urusan aku dipermudahkan.

Mulanya aku cuba pert4hankan sebab sayangkan anak – anak dan dia. Tapi aku penat sangat, mentaI aku k0yak. Aku kena tanggung segala benda. Kadang – kadang makan pun catu. Anak sampai menangis kenapa ayah diorang abaikan mereka.

Aku lost, cumanya suami aku bukan jenis kaki pukuI dan tinggi suara. Tapi semenjak dua ni dia abaikan kami semua, bila ajak bincang jadi g4duh besar. Bila berg4duh tak peduli anak – anak. Dan saat aku sarat, aku masih bekerja.

Tapi bila sekarang aku minta dia handle bisnes aku dia acuh tak acuh. Dan dia memang tak kisah kami makan ke tak dan itu la alasan dia nak create cakap aku tak pernah jaga pakai minum dia. Dasar tak bersyukur aku yang tanggung semua.

Dia cakap aku tak hargai dia, perempuan kalau susah dia sanggup hadap sama – sama dengan suami dia. Susah tu aku boleh terima lagi, cuma aku tak nampak usaha dia nak bahagiakan aku dan anak – anak. Ajak slow talk esok buat per4ngai.

Kerana lebihkan kawan – kawan sanggup abaikan aku dan anak – anak, tergamak dia balik sampai 2  -3 pagi. Perghhh macam – macam alasan dia putar belit. Macam biasa aku malas berg4duh depan anak – anak. Aku tak nak family aku tahu suami aku per4ngai teruk.

Jvdi, perempuan (setakat yang aku tahu diorang tak pernah jumpa, baru jinak – jinak mesej di tiktok dan wasap), k3tum yang jenis bercampur – campur, menipu orang sana sini dan putar belit. Entah aku str3ss. Aku tak tahu cara macam mana nak bagitahu parents aku.

Nanti anak – aku diejek ayah diorang per4ngai macam tu oleh sepupu – sepupu t0ksik. Aku nekad nak pergi pejabat agama. Tapi mertua minta aku bagi peluang. Dulu bila aku mengadu anak diorang per4ngai macam ni, diorang kecam aku cakap aku bukak aib suami.

Aku cuma mengadu dekat parents dia kot. Bukan aku dedah maIukan dia dekat facebook aku pun. Sump4h aku lost nangis tak henti. Aku buat umrah ajak suami, aku doa moga Allah tunjuk per4ngai sebenar dia tanpa aku bukak aib dia.

Dan aku doa moga dia dapat hidayah dan berubah. Allah makbul kan doa aku, baru parents dia nampak per4ngai sebenar anak dia. Minta aku bagi peluang untuk diorang berubat anak dia. Balik umrah, lepas 2 tahun macam – macam per4ngai sebenar dia keluar.

Aku cakap kalau nak berubat mak abah pergiIah aku dah tawar hati. Ye, mak mana nak tengok hidup anak dia siksakan.Dia jadi macam tu sebab pengaruh kawan – kawan. Tapi aku tak sanggup ditipu dan diabaikan. Dia eg0, terima kasih dan maaf tak pernah keluar dari mulut dia.

Dan aku mengaku, aku bukanlah isteri yang baik. Macam mana aku nak jadi baik, dari bab uruskan rumah, sara keluarga semua atas aku? Mesti korang cakap kenapa aku tunggu dan bertahan lagikan? Sebab anak aku rapat dengan dia.

Jadi semenjak dia m4kin menjadi – jadi lebihkan kawan – kawan, aku m4kin nekad dengan keputvsan aku. Entah, aku penat. Susu pampers anak pun kadang – kadang aku nangis kalau takde. Dia? Tanya pun tak pernah. Dan masa aku bersalin anak ke 4, dia biarkan aku bersalin dekat rumah.

Dia keluar pergi mana aku tak tahu. Ngam dia balik, dia sendiri sambut anak. Aku menangis masa tu aku cakap, kalau apa – apa jadi aku takkan maafkan. Jadi, aku ingat dia berubah lepas kejadian tu. Sebab dia layan aku dan anak – anak baik sekali.

Tapi semua tu palsu. Dia buat balik per4ngai keluar rumah cakap ada hal, aku warning jangan balik lambat. Hasilnya masih sama. Pagi baru balik. Bisnes aku acuh tak acuh je dia handle. Biasala orang kalau dah ket4gih, tak sangka macam tu sekali kesan dia.

Dan aku dah cakap dekat dia kalau pilih kawan hilang anak bini. Dia cakap memang teringin sangat ke nak jadi bujang? Aku rasa, aku yang patut cakap macam tu kan. Dan dia siap cakap kat aku, jangan menyesal. Ermm Memang dasar betul!

Dan sekarang aku cuba kumpul segala kekuatan untuk aku bagitahu family aku. Aku taknak anak – anak aku diejek. Ye family aku agak t0ksik sikit. Tak semua, tapi yang sikit tula akan jadi kudis kat anak – anak aku nanti. Dan nak tengok muka mak aku pun aku tak sanggup, mak mana sanggup dengar anak dia menjanda.

Menangis mak, menangis la aku. Situ yang aku tak kuat. Anak – anak tanya nanti macam mana aku nak jawab. Sampai saat nie aku menangis, menangis sebab nak bagi jawapan terbaik buat anak – anak tu berat. Takkan aku nak buruk kan ayah diorang, aku tak nak diorang benci ayah diorang.

Jadi aku kena kuat. Tapi tulah kita perempuan penuh em0si. Dan aku dah bagi kata putvs kat mertua aku, andai kata dah berubat. Dan dia tak ubah per4ngai dia balik. Tak berubah segala – galanya. Aku bagi tempoh 2 bulan je.

Saat tu aku aku sendiri pergi pejabat agama. Terpulang family dia nak judge aku macam mana. Aku sampai hari ni sedih kenangkan makan minum anak aku kena catu sebab bisnes aku slow. Maybe Allah nak uji aku lagi.

Entah aku down, aku susah tak pe tapi bab makan minum anak, pampers susu kurang aku boleh nangis teruk. Maafkan mak anak – anak. Doakan aku kuat, doakan moga Allah angkat segala kesedihan aku. Andai tiba masa tu, doakan aku tak keluarkan air mata depan dia.

Aku nak buktikan aku boleh hidup tanpa dia. Saat nie pun aku still menangis kenangkan kenapa anak – anak aku ada ayah per4ngai macam ni. Dan kenapa ujian aku suami macam ni. Aku sangat – sangat down korang. Down kadang – kadang tiba – tiba menangis.

Doakan aku tau, Mana tahu doa – doa kalian Allah angkat. Terima kasih atas nasihat dan komen – komen kalian, andai tiba saat tu. Aku akan kongsikan lagi. Doakan aku ya. – Mel (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Annie Mohd : Saya doakan awak kentaI jiwa. Berani dan jangan takut sangat itu ini, benda – benda yang di luar kawalan awak. Kalau family awak tahu, tell them the truth. Takde makna aib, itu jen4yah rumahtangga. Kalau aib, apa guna diwujudkan pejabat agama dan mahkamah.

Situ orang lain akan tahu juga kan. Kalau saya jadi mak you, saya akan lagi sedih kalau anak dih4mbakan suami, daripada sedih anak jadi janda. Janda disebabkan ingin keluar dari ner4ka rumahtangga sepatutnya dipuji dan dapat support.

Cuma gitulah stigma melayu, orang keliling yang judge without knowing the truth. Beranikan diri okay. Orang kutuk you, jawab balik. Jangan berdiam diri. You have to stand up for urself and ur children.

Noraziah Amdan : Makcik beri sokongan. Pergi mahkamah syariah, failkan permohonan cerai. Puan susah, keluarga suami tak tolong pun. Sekadar tolong nasihat saja. Dah tau anak – anak puan kecik – kecik lagi, tolong tanggung sikit tak pe jugak.

Kalau dah terjebak kat d4dah dan jvdi ini, memang susah nak insaf. Sebelum kehilangan semua, baik hilang sikit sekarang. Dah cerai susun semula hidup, bisnes, kewangan dan anak – anak puan. Semoga Allah permudahkan urusan Puan.

Puteri Pelangi : Teringat kata – kata seseorang. Rumahtangga ini ibarat pasu besar yang kita peIuk dan junjung. Jika retak, pecah, selagi boleh digam, balut buatlah sebaiknya. Asalkan ia tetap tidak jatuh dan berderai.

Sebaliknya jika retak seribu dah tak mampu lagi untuk dijunjung dan dipeIuk yang serpihan kaca pasu tersebut mencucuk seluruh badan kita hingga berd4rah dan juga menembusi setiap organ dan salur d4rah. Lepaskan lah ia ke bawah.

Jangan biarkan diri diIukai oleh perkara yang di luar kemampuan kita. InsyaAllah.. bila hati dan mentaI tenang, akan dibukakan lebih banyak jalan. Moga dipertemukan dengan orang yang baik – baik dan dipermudahkan semua urusan. Jika nak pergi mahkamah, niatkan semua ni kerana Allah. Asbab tersebut moga segalanya lebih baik. Aamiin ya rabb.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.