Aku rasa isteri aku suka mem4ksa aku untuk solat, aku rimas. Jadi aku mula berhubung balik dengan bekas kekasih yang kini janda. Aku ingat nak kahwin dengan bekas kekasih aku sebab dia bekerjaya, boleh jugak bantu aku. Tak ada lah mintak duit je sebab isteri aku surirumah. Aku nekad bagitahu rancangan aku nak kahwin dekat isteri. Aku pelik isteri langsung tak marah, tapi satu malam tu aku dengar suara orang menangis…
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Mohon hidekan profile ni sebab saya guna fb isteri. Macam ni, aku mempunyai masalah keluarga yang aku rasa buntu nak buat apa. Aku berumur 27 tahun dan berkahwin dengan seorang gadis 2 tahun muda dari aku.
Perkahwinan aku dan dia tiada masalah sebelum ni cuma isteri aku suka mem4ksa aku solat. Ye, aku tahu solat tu wajib tapi aku tidak suka orang p4ksa aku. Dalam keluarga pun dia yang banyak uruskan dari segi kewangan dan pilihan.
Aku rasa isteri aku ni suka mengarah macam aku ni anak dia sebab kan rasa rimas tu, aku berhubung dengan ex-girlfriend aku dulu yang berusia 32 tahun. Dia sangat memahami aku. Tak pernah buat aku rimas. Aku perasan, isteri aku perasan perubahan aku selepas aku mula bercinta dengan bekas kekasih aku tapi dia tidak pernah nak tanya aku.
Tak pernah nak marah aku dah. Buat pengetahuan semua. Bekas kekasih saya tu janda anak 4 tapi masih tip top. Aku berniat nak kahwin dengan dia. Lagipun bekas kekasih aku ni ada kerjaya. Isteri aku ni pula suri rumah. Aku nampak dia selekeh je tak macam bekas kekasih aku.
At least kalau aku kahwin dengan ex-girlfriend aku dia boleh bantu aku dari segi kewangan kan. Bukan pandai mintak duit je. Suatu hari, aku bagitau isteri aku tentang niat nak kahwin lagi satu. Aku pelik dengan isteri aku, sikit pun tak marah.
Cuma dia diam sekejap. Lepas tu dia cakap,” kahwin la tapi izinkan saya cari kebahagiaan saya sendiri “. Lepas tu dia pergi camtu je dengan senyuman melirik. Lepas tu aku tidak pernah dengar dia bebeI aku apa – apa. Serius aku rasa kehilangan semangat.
Satu malam tu aku terbangun jam 2 pagi terk3jut aku bila terdengar bunyi suara tangisan aku tengok atas katil ada anak – anak je isteri aku tak ada aku cari bunyi tangisan tu. Rupanya isteri aku tengah menangis dalam telekung sambil bersujud lama tapi m4kin lama, m4kin kuat dan teresak – esak dia menangis.
Aku jadi sayu sangat tengok isteri aku sebab dari apa yang aku kenal dia selama 5 tahun ni. Isteri aku seorang yang kuat, jarang nampak dia nangis. Kena gigit lipan pun dia tak nangis. Kalau ada pun time anak – anak s4kit. Dia nangis tapi tak macam ni.
Aku int4i lagi isteri aku. Dia mula duduk, dia tarik nafas panjang. Aku dengar dia cakap ”Sabar, kuat….” Kemudian dia menangis lagi, dia angkat tangan berdoa . Aku tak ingat ayat doa dia tapi yang menamp4r aku tu, isteri aku doakan supaya aku dan bekas kekasih aku bahagia.
Time ni aku tidak pikir dah bekas kekasih aku. Aku rasa nak peIuk isteri aku cakap aku nak mintak maaf. Aku pergi kat dia, muka dia terk3jut giIa tengok aku. Terus aku pergi kat riba dia aku cium tangan dia. Aku mintak maaf pada dia.
Dia senyum je, dia tak kata apa pun. Aku pelik . Aku rasa nak batalkan niat aku. Tiba – tiba bekas kekasih aku call. Terus aku tinggalkan isteri aku. Lama juga la aku bergayut dalam masa 1 jam lebih camtu. Bila aku nak pegi kat isteri aku tengok dia dah tidur.
Aku tengok mata dia dah bengk4k. Dia ni sedih sebab aku nak madukan dia atau apa aku tak faham la sebab isteri aku tak pernah kata apa2 yang dia rasa. Tiba – tiba aku terdetik nak bukak dairi isteri aku sebab aku tahu isteri aku suka tulis dairi tapi sudah lama juga la aku tak curi – curi baca.
Ada la dalam 2 tahun camtu. Cari punya cari tak jumpa. Hebat juga isteri aku sorok dairi dia, pastu aku teringat la yang isteri aku suka letak barang dalam kotak besar yang aku bagi teddy bear kat dia dulu. Aku try pegi cari kat stor bawah rumah dan aku jumpa kotak tu.
Yang aku terk3jut bila aku bukak kotak tu. Banyak sangat dia simpan barang – barang yang aku bagi kat dia dulu. Pastu aku jumpa dairi dia. Aku bukak baca, menangis aku weh. Tak sangka dia sengs4ra teruk hidup dengan aku. Selama ni dia pend4m.
Tak sangka dia banyak makan hati dengan aku. Paling aku terk3jut, dia tahu aku contact ex-girlfriend aku dulu. Sebab aku tidak pernah bagitau pun. Cek hp aku pun dia tak pernah pastu dalam dairi dia, dia rasa sedih dengan dia m4kin tak cantik, m4kin gemuk.
Dia sedih sebab aku suruh dia berhenti kerja dulu sebab aku suruh jaga anak tapi sebab aku suami. Dia kena taat, dia sedih sebab aku banyak abaikan dia. Taknak solat dengan dia dan banyak lagi la. Kalau aku tulis satu – satu ni berjela.
Memang 5 tahun kahwin aku tak bagi dia kerja. Start anak aku kena mend3ra dengan pengasuh, aku suruh dia berhenti kerja. Aku tau aku salah banyak kat dia. Lepas baca dairi dia, aku putvskan hubungan dengan bekas kekasih aku.
Aku ingat ini yang aku nak. Tapi bukan ni, aku pergi kat isteri aku. Aku peIuk dia. Aku c1um dia. Aku baru sedar aku abaikan dia padahal dia banyak berk0rban untuk aku. Kereta yang aku pakai dia belikan, motor semua duit dia masa dia kerja dulu.
Satu pun dia tak beli untuk dia. Semua dia k0rban untuk aku. Ya, memang dia kuat bebeI tapi kalau dia tak bebeI aku rasa kehilangan giIa sebab aku gagal jadi ketua keluarga. Dia kena kuatkan diri ganti tempat aku. Masalah sekarang ni, isteri aku macam tawar hati kat aku.
Jenuh aku pujuk. Aku tahu aku buat salah tapi kan aku dah tinggal bekas kekasih aku. Aku tak tau cara nak bagi isteri aku jatuh cinta balik kat aku macam mana. Boleh tak bagi idea weh. Aku ada 2 orang anak dengan isteri aku dan aku sayang sangat isteri aku ni. Aku dah sedar. Aku menyesal.
Komen Warganet :
Raja Marzihan : Mula – mula sekali awak kena solat dan lepas tu jadi imam solat dan ajak dia solat berjemaah. Kalau tak pandai nak jadi imam solat kepada isteri, belajarlah. InshaAllah hati isteri akan lembut kerana tonggak kebahagiaan dalam rumahtangga adalah suami yang boleh membimbing dan mendidik isteri dengan ilmu agama, barulah mawaddah wa rahmah ada dalam kehidupan berumah tangga.
Nor BaiZura Mat GhaNi : Ko cakap banyak pun tak guna weii.. Esok subuh ko bangun dulu sebelum dia, ko solat tahajud, mintak petunjuk dengan Allah S.W.T, kemudian ko minta Allah S.W.T lembutkan hati bini ko. Lepas tu ko k3jut bini ko bangun solat subuh berjemaah sekali dengan ko.
Nanti ko tengok la muka dia bercahaya mesti senyum sepanjang hari. Pastu jangan tau tidur je lepas subuh, buat la keja rumah sikit – sikit apa yagn ko rasa boleh buat. Tolonglah dia buat kerja rumah, nak sweet lagi duk dapur dengan dia sama – sama masak. Gerenti nanti ko jadi suami pujaan hati.. hahaha.. seIamat la untuk ko, moga jod0h ko kekal hingga akhir hayat ye abam..
Khatijah Cheram : Kau ambil gelas kaca kau hepas di atas lantai jangan kuat sangat, kalau bole biar gelas tu retak saja, lepas tu ko gam balik. Adakah gelas tu akan pulih seperti sediakala, jawapannya awak sendiri akan tahu, kau buat lah macam mana pun gelas itu tak akan elok dah.
Macam tulah hati seorang isteri bila dah retak, must4hil dapat bercantum kembali. Walaupun masih boleh hidup dengan kau tapi hati nya dah tawar. Tidak ada keceriaan lagi di wajahnya. Kalau buat kesilapan lagi mungkin tiada lagi kemaafan darinya.
Hatinya akan terus h4ncur berkecai, jangan s4kiti hati seorang isteri. Semoga isteri anda terbuka hati menerima anda semula . Smoga rumah tangga anda bahagia . Bila dah dapat pluang kedua, jangan sia – siakan. Hati perempuan ni amat perlu dijaga kerana itulah Allah amanahkn isteri untuk suami .
Nur Syahira Jasmad : Ko try solat sama – sama dengan dia. Ko ambik cuti dan bawak anak – anak dan bini ko makan angin. Cuba ajak borak dan cerita – cerita masa ko bercinta dengan dia dulu. Ko ambik hati dia, ko buat supr1se beli hadiah teddy bear lagi.
Malam kang ko buat ayat r0mantik – romantik dengan dia dan ko cakap lah nak berubah lepas ni nak jadi suami yg brtanggungjwb buat dia dan anak – anak ko, peIuk bini dan c1um dahi dia. Confirm lembut hati bini ko tu.
Panjang bebenor plak aku membebeI, orang perempuan bila dah bersuami dan ada anak memang akan kuat membebeI. Jadi ko tak payah nak merungut lebih – lebih ye.
Rizal Rodzuan : Apa susah, ko fikir balik apa yang bini ko dok bebeI sebelum ni, ko buat sebelum dia bebeI lagi. Jaga solat, lebih bertanggungjawab, bawa anak bini jalan – jalan dan sebagainya. Ni ko masih maintain per4ngai musibat, tambah pakej curang lagi lepas tu acah – acah insaf lepas bini ko dah tak layan ko macam dulu. Alah jenis lelaki cam ko ni bila bini dah ok, bagi peluang, keluar balik tanduk ko per4ngai dulu dan jadi jantan kab4ret balik kan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.