9 tahun ayah g4ntung mak tak bertali, tiba2 dpt call bagitahu ayah naz4k

Ayah aku tinggalkan kami dari umur aku 8 tahun. Masa umur aku 7 tahun, tiba – tiba dapat panggiIan ayah tengah naz4k di hospitaI. Aku dan mak jaga ayah bergilir – gilir sampai dia sihat. Sekarang ini yang dia baIas dekat mak..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Terima kasih kalau siarkan penulisan aku ni. Aku seorang gadis yang berumur 19 tahun. Anak ketiga dari 4 beradik. Mak aku kerja sebagai cleaner. Ayah aku tak kerja sebab s4kit dan disahkan tidak boleh bekerja di atas faktor kesihatan.

Sejak umur aku 8 tahun, ayah aku tinggalkan kami sekeluarga tanpa berita. Maksudnya, g4ntung tak bertali. Tak contact dan nafkah tak diberi langsung. Masa umur aku 17, kami dapar panggiIan yang ayah aku tengah naz4k di sebuah hospitaI.

Jadi, bila kami sampai di hospitaI tersebut dan jumpa dengan doktor, doktor beritahu yang dekat otak ayah aku ada nan4h dan perlu dibedah. Ayah aku duduk hospitaI hampir 5 bulan. Sepanjang ayah aku dalam hospitaI tu aku gilir – gilir dengan mak dan kakak aku untuk jaga ayah.

Sekarang ayah aku dah sihat. Sihat cara orang s4kit. Dia dah boleh jalan tapi kena pakai tongkat untuk pandu dia jalan. Jadi, sejak dia dah boleh jalan, setiap hari dia akan lepak kedai kopi sehingga lewat malam. Macam orang tak s4kit langsung.

Dan dia akan mintak duit dekat mak aku. Setiap hari. Okay, ini cerita pasal kakak aku pulak. Dia dah kahwin dan ada sorang anak (umur setahun). Tapi suami dia sangatlah tak bertanggungjawab. Seorang kaki pukuI dan panas baran.

Mak aku selalu ja belikan susu dengan pampers anak kakak aku. Korang bayangkan, mak aku kerja cleaner ja. Gaji berapa sangat. Suami kakak aku buat tak tahu ja bila pampers anak dengan susu anak dah habis. Dah seminggu kakak aku duduk rumah kami tapi abang ipar aku langsung tak jenguk.

Padahal setengah jam ja dari rumah dia nak datang rumah kami. Tadi aku pergi kedai dengan mak aku sebab nak belikan pampers dengan susu untuk anak menakan aku ni, dalam dompet mak aku cuma ada RM50 sekeping jaa.

Mak aku tak gaji lagi. Lepas beli semua tu, baki untuk kami guna sementara mak aku dapat gaji cuma RM1.30. Bayangkanlah. Mak aku punya menangis tadi sebab tak mampu beli apa – apa untuk makan. Apa yang patut aku lakukan?

Aku sekarang masih belajar. Aku cuma mampu tolong mak aku dengan cara tak minta duit belanja dan sebagainya. Apa yang aku nak buat bila abang ipar aku dah sampai ke tahap ni ? Please, tolong aku. Mesti semua akan kata anak kedua tak akan tak tolong.

Ni cerita tentang abang aku pulak. Dia pun dah bekeluarga. Dia tinggal di Perak. Jauh dari kami sekeluarga. Tapi masalah dia, dia selalu mintak duit dari mak aku, hulur tak pernah pun. Bila mak aku tak bagi dia selalu sentap sampai tak nak contact sampai berbulan – bulan.

Baru – baru ni dia whatsapp mak aku sebab nak duit. Mak aku dah tak ada duit. Tinggal sekeping yang tadi tu jaa. Pastu dia kata ke mak aku tak payah anggap yang dia tu anak mak aku. Ada mak pun macam tak ada. Allahu. Layakkah sorang anak yang sepatutnya hulur duit ke mak tapi kata ke mak macam tu.

Sebab mak tak mampu bagi duit jaa. Korang rasa? Layak? Bagi lelaki – lelaki yang baca confession aku ni, tolong jadi anak lelaki yang bertanggungjawab. Tahu apa reaksi mak aku, mak aku nangis sampai nafas tak stabil bila baca apa yang abang aku whatsapp tu.

Masa mak aku bagitahu dekat aku, mak nangis lagi. Tolong ye anak – anak, jangan bagi ibu korang nangis sebab kita ni biad4p. Dan akhir sekali, aku rasa aku tak nak kejar cita – cita aku dah. Sebab kalau aku sambung belajar lagi mak aku kena kerja lagi teruk.

Adik aku belajar pun nak guna duit banyak. Aku rasa habis diploma ni, aku nak kerja terus. Sekarang ni masa untuk aku yang baIas semua jasa mak aku. Doakan aku weh, doakan usia mak aku panjang dan sempat tengok aku baIas jasa mak dari aku kecil sampai aku dah dewasa.

Maaf kalau cerita ni agak cliche dan ayat berterabur. Serius, aku tulis ni sambil berambu air mata. Semua nasihat yang korang tinggalkan di komen, aku hargai. Terima kasih admin.

*nota – gaji mak aku tanggung sewa rumah, bil elektrik dan air, belanja dapur, pampers dan susu anak menakan aku. – Gadis matahari

Komen Warganet :

Cece Aisha AJ-Nuttall : Sedihnya baca. Bapak dah tinggalkan 9 tahun, tiba – tiba muncul balik bila dah s4kit. Tapi masih tak sedar diuntung. Sebab mak terima balik. Kakak tengok mak terima lelaki macam ni, dia pon terima suami yang tak berjenis macamtu.

Sebab tu orang kata kekadang, mak ayah yang kekal bersama walau tak patut bersama, beri contoh tak baik pada anak – baik. Sebab anak tu ingat, inilah peng0rbanan seorang isteri, walaupon dilayan macam sampah.

Kadang – kadang perempuan yang bercerai sebab taknak dilayan sebagai sampah itu are actually strong women, they wouldnt allow themselves to be treated like doormat or sampah. Jangan biarkan diri dilayan seperti ini, tinggalkan dan bina hidup baru.

Siti Nor ‘Ain Mayan : Aku setuju lepas diploma ko keje, takpe kumpul duit bagi rase senang mak ko, nanti – nanti kalau dah ada duit sikit baru sambung degree. Kakak ko suruh la keje, jangan harap mak ko je. Kalau takde jaga anak dia keje kat rumah takpe, buat kuih ka apa – apa la yang boleh cari duit.

Ajar akak ko surv1ve skit, jangan harap mak apatah laig suami dia. Untuk abang ko biar dia sent4p, sepatutnya anak laki lebih bertanggungjawab, harap dia sedar dan insaf. Allah uji sebab Allah tau apa yang terbaik untuk h4mbanya.

Keep strong. Bertabah k, aku doakan moga keluarga ko murah rezeki. Selalu amal 10 ayat terakhir surah al-baqarah. Ustaz cakap macam manapun masalah pasti Allah tunjuk jalan keluar. Yakin k, sebab aku selalu amal ayat nie kalau aku ada masalah.

Lagi satu boleh minta bantuan zakat, kebajikan atau ko daftarkn mak ko dlm e-kasih, kerajaan tengah buat programv1Azam (akhiri zaman miskin) mana tau mak ko terpilih dapat bantuan, dari cerita ko memang layak pun. Karenah birokrasi tu mesti la ada, tapi kena sabar la cuba je dulu, mana tau rezekikan . Aihh panjang plak aku komen.

Lola Mel Zati : Rasanya parents and future parents kena didik anak – anak lelaki untuk jadi orang yang bertanggungjawab. Maybe ustaz pun perlu banyak ingatkan pasal tanggungjawab seorang lelaki. Jangan asyik cerita pasal isteri kena sambut suami bila balik kerja je

Zalina Binti Kemat : Allahu.. anggap tu semua saham mak awak untuk ke syurga. Bertabahlah.. tapi dalam masa yang sama jangan diikutkan sangat per4ngai ayah tu, kakak boleh kerja dan bantu keluarga, kalau bagi alasan baby takde orang jaga boleh try buat kuih or bekerja dari rumah.

Abang no 2 tu abaikan. Abang ipar juga abaikan sahaja. Kadang – kadang kite perlu fikir semula mengapa mereka tu berper4ngai macam tu. Mungkin mak terlalu berlembut dengan mereka sejak lahir hingga besar dan jadi macam tu. Nauzubillah.. bertabahlah. semoga Allah mempermudahkan rezeki mak.

Mohd Fazwin : Aku paling benci lelaki yang tak bertanggungjawab. Ape gunanya ko jadi laki kalau semua bende nak harapkan perempuan yang lemah tu. Sepauttnya sebagai lelaki, kita ni menyenangkan hidup orang, tambah – tambah lagi ibu kita yang melahirkan dan jaga kita dari kecil.

Bab menyusahkan orang tua ni memang aku hangin. Ni bukan lelaki, ni jantan. Tambah lagi, jantan tak guna dan tak sedar diuntung. Eh lantak la ko sape, ayah ke abang ke adik ke abang ipar ke tolong guna otak sikit.

Pastu yang ank jantan da kawin ade ank, dan mak ko tanggung segala bagai, ape guna ko kawin. Hish ciIaka la orang macam ni. Pastu nk sent4p bagai, ishh ya Allah mohon masuk kubvr sekaang. Aku jadi myampah dengan jantan macam ni sebab aku aIami bende ni dan disebabkan jantan macam ni wujud.

Orang tua selalu berair mata, bukan menyusahkan orang tua ja, orang sekeliling terjebak sekali sebab nak tolong orang tua dan tak sanggup tengok orang tua terbeban. Mohon pegi t3rjun bangunan or sungai. M4ti senang tak susahkan orang. Biarlah pupus orang macam ni, tak rugi pon… geram aku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.