Boleh ustazah tu cakap dia bergurau je mesej dengan suami aku. Aku ni terukkan? Tak open minded

Yang menjadi kemuncaknya, yang buat aku marah sangatnya aku jumpa screensh0t whatapps dia panggil suami Biy. Ayat dia, “Biy o biy.. sorry line tak clear.. nak jumpa petang ni boleh, rindu'”.. ya Allah. Berb4bi – b4bi pulak dengan suami aku ye.

#Foto sekadar hiasan. Namaku Amy. Maaflah kalau coretan aku ini memboringkan pembaca – pembaca. Mungkin masalah ini sangat remeh bagi sesetengah orang tapi bukan bagi aku. Segalanya bermula beberapa minggu lalu, di mana satu group whatapps ditubuhkan dan suami aku salah seorang ahlinya.

Group ini bertujuan untuk mengumpulkan rakan – rakan sekolah beliau dan untuk mengadakan rombongan ke Kelantan melawat bekas Guru mereka pada cuti Merdeka yang akan datang. Group ini seperti medium jejak kasih mereka.

Macam – macamlah topik diborakkan setelah beberapa tahun berpisah. Topik yang dibincangkan pun baik – baik je tiada yang mengarut. Rombongan nanti boleh dik4takan reunion mereka juga. Yang menjadi masalah kepada aku sekarang seorang perempuan ni.

Aku namakan dia sebagai Ani, sebaya suami aku. Suami aku dan Ani sering whatapps personal tapi suami aku kata whatapps biasa – biasa saja. Tapi aku kurang percaya. Aku tak nampak apa pentingnya personal chat antara mereka.

Suami sering padam WhatsApp diorang. Kadang – kadang ada yang aku sempat baca. Dapatlah sedikit info yang Ani tu seorag janda anak 4. Seorang Ustazah sekolah rendah. Dalam salah satu chat yang aku sempat baca, hanya suamiku yang tahu dia tu seorang janda.

Aku tak kisah pun dia janda ke apa. Yang aku kisah kenapa mereka berhubung, bergurau senda di dalam personal whatapps. Bukan dalam group. Suami aku kata ada perkara yang boleh diskus kat group. Ada yang kena personal.

Tak nampak pun perlu personal ke apa. Ani tu, kalau nak mengadu pasal ada salah seorang kawan lelaki diorang kacau dia, ajak buat benda tak baik boleh aja mengadu dengan orang lain. Kenapa dengan suami aku? Yang menjadi kemuncaknya, yang buat aku marah sangat nya aku jumpa screensh0t whatapps dia panggil suami Biy.

Ayat dia, “Biy o biy.. sorry line tak clear.. nak jumpa petang ni boleh, rindu'”.. ya Allah. Berb4bi – b4bi pulak dengan suami aku ye. Aku tak taulah suami aku sengaja screensh0t or tak sengaja sebab phone dia senang sangat screensh0tnya.

Kena 3 jari dia dah boleh terus screensh0t. Aku tengok screensh0t tu dalam pukuI 1.30 pagi Dalam kuI 2 macam tu aku tak sabar sangat aku hantar screensh0t tu ke nombor Ani. Aku tanya, what it this? Dia cakap dia gurau dengan Jamal (suami aku) je. whatt???

Aku cakap gurau apa dengan suami orang macam tu, dia minta maaf dengan aku. Panjang lebar aku membebeI. Sebut dia ustazah la, patut dia lebih tahu tentang batasan. Dia cakap lepas ni dia tak akan hubungi suami aku lagi, senang je?

Dia tak tau gurauan tu buat hidup aku ni kucar kacir. Malam tu sepanjang malam aku tak boleh tidur. Aku sabar tak k3jutkan langsung suami malam tu. Pagi esoknya, aku meng4muk. Aku hemp4s barang, sep4k pintu sebab geram sangat.

Tapi aku pula kena marah sebab kurang ajar dengan dia. Dah tu aku tak tau macam mana lagi nak luahkan rasa marah, geram. Aku rasa seperti hilang kawalan pagi tu dengan tak tidur semalamannya. Aku bagitau la dia sebab aku meng4muk.

Dia minta maaf kat aku dan bersump4h dia tak ade apa – apa dengan Ani tu. Berair mata dia. Dia bagitahu dia tak akan contact Ani tu lagi. Dia cakap aku kena percaya dia. Dia tak ada orang lain selain aku je. Aku tak rasa tenang pon.

Aku memang jadi syak macam – macam pada diorang ni. Terfikir diorang ni selalu ke jumpa sebelum ni? Kami tinggal di bandar yang sama. Tak must4hil pon berjumpa. Tapi Ani dah bersump4h yang diorang tak pernah lagi keluar berdua.

Mungkin aku yang terlalu kuat cemburu. Screensh0t whatapps biy2 tu mungkin betul – betul gurauan. Aku tak boleh nak elak dari fikir bukan – bukan. Aku ni terukkan? Tak open minded. Kerana gurauan tu aku jadi asyik fikir negative ke suami aku.

Macam mana ye nk hilangkan rasa syak wasangka aku ni.. Aku ingat muka pompuan tu rasa geram sangat. Dengan suami aku pun aku dah rasa tak ikhlas. Apa harus aku buat ye?

Komen Warganet :

Aida Princess Shana : Dulu husband ade la group watsapp reunion tempat kerja lama. Mula tengok dia gaIak sangat dengan HP pun sentiasa dekat tangan je aku perhatikan je. Memang mula – mula belum bersuara lagi tapi lama – lama aku bersuara, pedas dia macam ayam 3x pedas kaw – kaw McD. Waktu tu jugak dia left group. Kemudian ade yang watsapp personal, dia tanya boleh baIas tak??? Aku buat muka je, jadi faham – faham sendiri la..

Maimoon Haji Abu : Senang cerita dik, masuk dalam group wasap sekola dia. Tunjukkan pada kawan – kawan dia. Biar dia rasa malu, kalau dah pukuI 1, 2 pagi itu bukan bergurau. Itu nama namanya gatal. Sebelum banyak perkara berlaku baik buat macam tu. Dah banyak berlaku dalam group sekolah ni. Ada yang bercerai, sanggup tinggalkan isteri, yang bini tinggalkan laki.

Ita Ahmad : Memang patut pun kalau tt tak bersangka baik sangat. Jangan terlalu percaya takut nanti kecewa. Kena lebih berjaga – jaga lepas ni. Jangan bagi peluang berhubung langsung. Tak ada istilah nak kawan – kawan dengan pompuan. Cuba tt duk pm dengan laki mana – mana, tengok suami rasa apa.

Norhidayu Ali Musa : Hati – hati sis, tu bukan bergurau, itu betul – betul. Bohongla kalau ustazah tu cakap hati dia sedikit pun tak terusik dengan si unta tu (maksudnya Jamal dalam bahasa arab, unta). Jangan percaya bulat – bulat ape yang si unta dan si ustazah tu cakap. Sila siasat sedalam – dalamnya.

Erma Juliana : Hati seorang isteri tak pernah tipu sis, cume kita saje yang cuba untuk tidak rasa curiga sebab percayakan cakap suami, tapi hakik4tnya sis tak tenangkan? Sis harapkan yang baik – baik dalam rumahtangga sis, tak nak pikir yang bukan – bukan. Berhati – hati sis, sekarang penyondoI ada di mana – mana, walaupun ustazah, Nanti tahu – tahu dah jadi madu sis. Masa tu nak tend4ng pintu dah tak guna sis, sis tend4ng je kedua – dua ye.

Mimie AbFazi : Hmm ramai sebenarnya ustazah berseIindung di sebaIik pangkat dan penampilan. Hakik4tnya gatal lebih dari beruk. Aku tak rase benda tu gurau. Kalau takde apa – apa kenapa laki hang pad4m chat diorang?

H4ng ikut la sekali rombongan tu. Boleh tengok sikit macam mana rupa si Ani tu. Agak – agak meIampau boleh ganyang kat situ terus. Sekali bila dah jadi macam ni, kene beringatlah. Mula-  mula kawan lah, lama – lama menyondoI.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.