Salah ke saya memohon peluang kedua kepada bekas suami saya?

Aku tak sangka begitu cepat suami dapat pengganti hanya selepas 4 bulan bercerai. Sedangkan sedangkan masa nak bercerai hari tu dia duk nangis kata sayang aku. Boleh bayangkan tak macam mana cepat dia lupakan aku…

#Foto sekadar hiasan. Mohon disiarkan ye admin, aku hanya inginkan pandangan dari pembaca – pembaca di sini. Salah ke aku memohon peluang kedua kepada bekas suami aku? Semua orang tak lari dari kesilapan begitu juga dengan diri aku.

Aku sedar semuanya salah aku, aku termakan janji manis lelaki lain sampaikan aku tak nampak suami aku sendiri. Aku menyesal sangat!! Dua tahun yang lepas, aku tinggalkan suami aku, aku lari dengan kekasih aku dan aku bawa bersama anak kami sorang.

Ketika itu suami asyik rayu agar aku pulang tapi masa tu aku dah bahagia sangat dengan kekasih aku. Dan tak disangka aku mengandung anak kekasih aku dan aku terp4ksa tuntut cerai dengan suami. Masa tu tak ade siapa tahu yang aku dah mengandung masa proses bercerai tu.

Aku dan kekasih je yang tau. Suami menangis dekat mahkamah, tapi aku tak hirau langsung. Aku ingat lagi aku h1na dia, aku m3ki dia. Aku ugut dia kalau tak cerai aku, aku tak akan bagi dia jumpa anak dia lagi. Dan akhirmya dia pun akur untuk bercerai.

Tapi admin, semua berubah sejak aku melahirkan anak. Kekasih aku tu tak guna dan dia dah tinggalkan aku pulak sebab perempuan lain. Sekarang aku tinggal bertiga je dengan anak bekas suami, dan anak kekasih aku. Aku pun mula teringat dekat suami, aku selalu tengok dia dan hati aku h4ncur min.

Dia dah kahwin dan ada anak sorang. Tak sangka cepatnya dia dapat pengganti sedangkan masa nak bercerai hari tu dia duk nangis kata sayang aku. Apa yang paling aku sakit hati, dia kahwin selepas 4 bulan kami cerai. Boleh bayangkan tak macam mana cepat dia lupakan aku.

Aku tak percaya min, aku rasa suami aku khawin mungkin sebab nak lupakan aku je. Dia sayang aku sorang tau min. Aku yakin min. Tiap hari aku tengok apa yang bekas suami aku dan bini baru dia dekat FB. Aku cemburu min.

Bini dia lawa sangat dan itu buat aku putvs asa nak dapatkan suami aku balik. Tapi aku tak boleh mengalahkan min. Hari tu suami dan isteri baru dia baru je sambut birthday ntah berapa bulan anak diorang. Aku pandang anak aku, s4kit hati aku, hari lahir anak baru dia ingat tapi hari lahir anak kami beza 1 bulan je pun, dia tak ingat.

Lagi satu, bini baru dia selalu post dia keluar dengan ibu mertua, ibu mertua belanja makan, belanja shopping dan selalu belikan hadiah. Dulu kenapa ibu mertua tak layan aku sebegitu. Eehh panas hati aku ni kalau nak cerita.

Ok sekarang ni, aku tengah fikir macam mana nak dapatkan balik hati suami aku tu. Sebab aku dah try watsap dia, aku perkenalkan diri, dia jawab jangan kacau dia lagi. Mungkin dia sekadar merajukkan? Aku nak suami saya balik untuk jadi ayah pada anak aku. Bukan anak baru dia tu. Aku boleh perbetulkan semua silap aku yang dulu.

Aku boleh jadi yang lebih baik dari wife baru dia. Sekarang saya tengah berusaha nak dapatkan nombor bini baru dia sebab aku nak tunjukkan gambar lama aku dengan bekas suami, biar dia tau kami pun sweet dulu. Siarkan ye min. Tolong jangan kecam aku ye. Semua orang patut dapat peluang ke-2 kan.

Komen Warganet :

Adila Azli : Peluang kedua tak semestinya dengan mengganggu kehidupan dan kebahagiaan mereka. Awak bertaubat la dan bersihkan hati dari peny4kit dengki. Terima hakik4t kifarah terhadap perbuatan, lagipun itu kan kehendak dan diri sendiri yang pilih nak bercerai dengan bekas suami.

Raflesia Selatan : Luahan sis ni mungkin mengundang kecaman. Tak semua perkara dalam dunia ni layak untuk diberi peluang kedua. Sis dah penah buat kesiIapan dulu, jadi jangan ulanginya lagi. Berubahlah dan bertaubat.

Berhentilah bertindak jadi orang yang pentingkan diri sendiri je. Sis kej4m nak mengh4ncurkan rumahtangga org lain. Niat pun dah salah, move on dan carilah kebahagiaan sendiri dengan dekatkan diri pada Allah dulu. InsyaAllah jiwa sis akan tenang..

Siti Sofiah Kamaruzaman : Lebih baik tak perlulah nak kacau rumahtangga antara bekas suami dan isteri baru dia. Puan kena move on, dia dah bahagia dengan isteri baru dia. Cik puan tak perlulah nak terhegeh – hegeh dan tunjuk gambar kemeseraan cik puan dengan bekas suami puan dulu. Cik pun yang tak hargai bekas suami ketika bersama dulu. Banyak lagi lelaki dekat luar sana.

Nur Hisyam : Jangan h4ncurkn rumahtangga orang yang bahagia. Cukuplah sekali awak dah h4ncurkan hati dia dan sekarang dia dah move on cari bahagia dengan orang lain dan awak pun seharusnya move on cari orang lain untuk bahagiakn diri awak.

Memang semua manusia harus diberi peluang ke dua tapi kes awak peluang awak kedua tak seharus dengan bekas suami awak. Ini tanda Allah swt masih sayang kat kamu dan berikn kamu peluang untuk balik ke pangkal jalan tapi bukan dengan bekas suami.

Dekat luar tu banyak lagi lelaki yang baik – baik, cuma awak nak kene usaha dan doa pada Allah swt, yakin padanya untuk berikan awak jalan yang mudah dan panduan yang betul. InshaAllah saya doakan untuk awak..

Shay Lyana Leyza : Peluang kedua untuk apa kau yang suka – suka mintak cerai sebab nak ikut bf kau. Kemudian kau mer0yan plak kat bekas suami kau sebab bf kau tinggalkan kau. Kau nak suruh laki kau terima kau balik sebab kau dah tak ade siapa – siapa.

Apa murah sangat diri tu? Dulu masa jadi bini orang, kau ingat kau cantik sangat la bila laki – laki janji bulan bintang nak kat kau. Bila dah kena tinggal baru padan muka. Jangan nak ganggu bekas suami kau tu, biarlah dia bahagia.

Mohd Yusof Abdullah : Bawak mengucap, la ilaha illa Llah. Dulu ko layan dia macam sampah, lari ikut bf sampai terberanak pulak anak har4m memang ko mintak dikecam kan? Tapi aku tak kecam. Setiap orang ada buat salah dan berpeluang untuk betulkan kesilapan masih ada selagi tak m4ti.

Hentikan buat salah tu, mulakan kehidupan baru dengan anak – anak. Lupakan bekas suami kerana dia telah ada kehidupan baru. Tak perlu kacau bini baru dia. D0sa awak dengan dia jangan tambah lagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.