“Kau adalah anak derh4ka kerana tak mampu nak hulur duit pada mak, ner4kalah tempat kau” – Mak

Mertua minta sampai 2k kerana nak tambah deposit rumah untuk adik tiri suami. Padahal adik dia baru je kerja dah nak beli rumah. Masalahnya nama saya dan suami dah kena blacklist sebab mak mertua selalu minta duit. Akhirnya suami terp4ksa pinjam Ahl0ng. Bila dapat je duit, mak mertua cakap..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, ni fb kawan saya. Nanti hide ya. Boleh tolong siarkan tak kisah saya ni. Saya terpanggil untuk berkongsi masalah saya yang juga sama seperti confessor baru – baru ini mengenai mertua meminta duit setiap minggu tu.

Kisah saya, saya dan suami telah berkahwin hampir 6 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Gaji kami berdua cukup – cukup makan sahaja. Setiap kali gaji kami berdua akan gabungkan gaji dalam satu akaun seperti maybank2u dan sama – sama selesaikan hutang dan komitmen yang ada.

Itulah cara kami akan track record keluar dan masuk duit gaji kami. Oleh kerana hutang dan komitmen yang banyak, kami cuma mampu hulur dalam RM200 ke mertua setiap bulan. Mertua saya dah takde suami kerana suaminya dah lari berkahwin dengan wanita lain dan menetap di Kelantan.

Mertua saya ni sejenis yang tak faham kesusahan anak. Dia akan meminta duit lagi dan lagi dan apabila suami tak mampu nak bagi, dia akan mem4ki, mengh1na, sump4h seranah kami berdua. Dia selalu berkata pada suami,

“kau adalah anak derh4ka kerana tak mampu nak hulur duit pada mak” ,“kau anak tak guna” ,“memang selamanya kau b0doh” ,“kau tak akan civm syurga”, “ner4kalah tempat kau” dan yang paling saya tak tahan dia kata kat suami “aku bersump4h perkahwinan kau tak akan kekal, aku sump4h kamu berdua susah dunia akhir4t.” Kami terkedu min.

Kata – kata ibu adalah satu doa. Oleh kerana saya kasihan sangat kat suami sampai menangis suami dibuatnya saya izinkan suami serahkan juga sejumlah duit yang mertua minta. Setelah suami bagi duit kat mertua, mertua akan pujuk suami dan meminta maaf atas keterlanjuran kata.

Sampai satu tahap mertua meminta sampai 2k kerana nak tambah deposit rumah untuk anaknya (iaitu adik tiri suami) yang baru habis belajar dan mula bekerja (dah nak beli rumah). Untuk pengetahuan semua, kami memang tak mampu nak bagi pun, mertua sanggup cakap kat suami, “kalau pasal mak banyak sangat alasan kau nak tolong tapi kalau pasal perempuan tu (iaitu saya) sanggup kau sampai belikan rumah untuk dia.”

Nama suami saya sebenarnya dah kena blacklist bank kerana terlalu banyak hutang dan saya juga blacklist kerana hutang ptptn tak mampu nak bayar dek mertua selalu minta duit setiap bulan sehingga saya terp4ksa tangguhkan pembayaran ptptn semata – mata nak bagi mertua duit tu.

Mungkin ada yang cakap, kenapa bagi duit kat mertua kalau tak mampu tapi apa saya boleh buat kalau tak bagi disump4h kami berdua. Untuk menjaga hati mertua, suami terp4ksa berhutang kat Ahl0ng. Setelah suami serahkan duit tu kat mertua, mertua macam biasa akan meminta maaf.

Dan memperbetulkan kesalahan dengan mengajak kami semua pergi bercuti ke PD dengan alasan sebelum mak tutup mata, mak teringin keluarga kita berkumpul berbahagia seperti keluarga lain. Kalau ikutkan hati saya min, saya teringin nak cakap kat mertua saya “jadi agak – agak bila mak nak tutup mata?”

Sedih hati saya min. Sebelum kahwin saya ingat akan dapat mertua yang baik hati dan memahami. Selagi suami tak bagi duit tu kat mertua selagi tu mertua akan sentiasa m4ki hamun suami. Mertua sanggup ungkit balik cakap kat suami ,“kalau ikutkan hati aku, aku tak ingin datang perkahwinan kau berdua.”

Saya str3ss dengan per4ngai mertua. Kami banyak berhutang sebab penuhi keinginan mertua nak itu ini. Selama 6 tahun berkahwin kandungan saya selalu tak menjadi. Doktor dah banyak kali nasihat kurangkan str3ss tapi nak buat macam mana, saya bukan str3ss sebab kerja tapi sebab mertua.

Sehingga saya terfikir mungkin apabila mertua dah tiada satu hari nanti barulah kami akan dikurniakan zuriat. Saya harap, para ibu di luar sana tolong lah jadikan pengalaman kami (saya dan confessor lain yang mengalami nasib yang sama), sebagai iktibar. Kasihan kat anak.

Komen Warganet :

Ruhaiza Samsudin : Nama blacklist ni jangan main – main tau. Nanti ada anak, anak nak sambung belajar pun payah. So dah bagi 200 kan. Dah tu je yang awak dan suami mmpu. Dan, jangan sampai pinjam ahl0ng. Tu namanya pasang tali g4ntung kat leher sendiri. Yang lain abaikan. Teruskan kelangsungan hidup. Hutang wajib dibayar. Jangan main – main pasal tu.

Honeymoon Hani : Kalau setakat m4ki hamun sump4h seranah seorang ibu untuk anak saya tak takut pon.. Allah ada.. Takut makan diri mak je kalau ani4ya anak. Kalau ye pon tolong mak kenapa sampai nak gadai nyawa pinjam ahl0ng.

Pedulikan sump4h dia tu. Penat nanti senyap la dia. Semoga sump4han tu akan tolong diri dia. Dalam Islam da bagitau peringkat nafkah. Pertama diri sendiri.Kedua isteri. Ketiga anak ke empat baru ibu dan bapa.

Nor Hafizah Kak De : Jangan anggap buka aib kalau tunjukkan payslip gaji suami dan puan dan butiran perbelanjaan yang dibuat setiap bulan dan bagi tau akibat yang ditanggung dengan blacklist. Loan pada ahl0ng.

Dah tunjuk pada mentua dan dia masih bersikap yang sama barulah hati suami dan puan berani berkata tidak setiap permintaan yang dibuat yang tak mampu puan dan suami tunaikan. Semoga puan dan suami mendapat jalan keluar dan diberkati selalu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.