Lepas ibu meninggaI, bapak upah ‘nenek’ buat kerja rumah. Tak sangka dalam diam bapak bercinta dgn ‘nenek’

Masa awal ibu meninggaI, bapak sedih, menangis. Kemudian ntah perempuan dari planet mana datang dalam hidup bapak. Tinggalkan suami yang s4kit kat rumah, tapi sanggup tolong bapak aku masak, basuh baju, kemas rumah. Yang kami pelik, bila kami balik rumah, rumah tetap berhabuk macam tak kemas..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku. Mula – mula sekali aku nak minta maaf jika ayat aku tonggang terbalik. Tak pandai nak mengarang tapi aku nak sangat kongsi kisah bapak aku dan aku harap korang dapat bagi pendapat yang tentang masalah yang aku hadapi ini.

Sejujurnya aku memang tercuit juga tengok drama ‘Ayahanda’ tapi bila kenang balik bapak aku dia ada sesuatu yang sukar untuk difahami. Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Abang aku dah lama meninggaI sebab kemaIangan. Tinggal kakak, aku dan adik aku saja sekarang.

Ibu aku pula meninggaI dunia awal tahun ni. Al-Fatihah untuk kedua – dua kesayangan kami ini. Aku pun tak tahulah nak kategorikan macam mana bapak aku ni. Korang bayangkanlah ya, bapak aku ni bukannya mesra pun dengan kami adik beradik.

Kadang – kadang aku tersentuh tengok layanan bapak orang lain dengan anak – anak mereka. Pernah dulu waktu aku sekolah, waktu solat hajat. Biasalah penceramah pasti akan ada cerita pasal mak bapak. Masa solat hajat tu bapak aku saja yang datang.

Pastu adalah part yang kena salam civm tangan peIuk semua tu. Aku akui aku sebak tapi terasa canggung nak peIuk dia. Aku salam dan cuba buat macam orang lain tapi bapak aku macam tak ada perasaan. Aku tak ada niat nak cari kesalahan bapak aku.

Orang luar tengok dia senyum, pendiam dan baik. Hakik4tnya kami yang serumah ni sahaja yang tahu. Bukan setakat tu saja bapak aku jugak kedekut giIer dengan ibu aku. Masa arw4h ibu aku masih ada, kalau bagi duit nak beli ikan sayur semua tu dia bagi RM5 dan paling mahal RM10.

Tu pun kalau ada duit kecik katanya, kalau tak ada duit kecik langsung tak bagi. Bagi duit ni pun tunggu ibu minta sampai kadang – kadang terjerit – jerit ibu panggil sebab bapak aku buat tak tahu terus pegi kerja naik motor.

Bapak aku ni kerja kampung. Kerja tukang. Bapak aku bukan tak ada duit. Kami tahu dia ada duit tapi kedekut. Dapat gaji ke apa tak pernah nak hulur kat ibu. Lepas tu kalau nak raya ke apa jarang sekali dia nak beli ibu baju baru.

Kalau keluar pegi kedai ke apa memang pegi sekali tapi dia akan menjauhkan diri tak pun duduk dalam kereta. Kesian ibu sorang – sorang angkat barang. Kalau aku atau adik beradik yang lain ada ok lagi boleh tolong. Bapak aku ni takut kami minta duit dia.

Nak tak nak memangla kena minta duit dia. Tu pun kena marah atau bagi tahu tak ada duit. Kalau ibu minta lagiIah boleh jadi per4ng gamaknya. Kalau tak ada duit jangan beli katanya. Sabar jelah. Makan nak sedap tapi kedekut.

S4kit hati ingat balik. Nasib baiklah arw4h ibu rajin orangnya. Ambil upah menjahit, pernah buat kuih. Duit tulah yang ibu simpan dan guna untuk beli barang. Nak harapkan bapak sepenuhnya memang taklah. Dan ada juga duit pampasan arw4h abang.

Paling meny4kitkan hati, bapak aku kalau tak ada duit dia punya cakap bukan main lembut. Pujuk ibu itu ini. Aku pulak jadik geram. Ada jugak orang yang tak tahu malu. Kalau duit dia tak boleh usik agaknya, duit kita boleh pulak.

Bapak aku macam tak sedar yang patutnya dialah yang patut hulur duit atau bagi nafkah sewajarnya. Selalu pegi surau, dengar tazkirah. Kalau kat radio dengar ceramah pasal nafkah atau tanggungjawab suami boleh pulak bapak perlahankan radio.

Kalau memang ibu tak ada duit, bapak jadi marah. Dahla tak menghulur nak marah – marah pulak. Ibu bukan kerja pun. Ambil upah tu pun kalau ada. Ibu selalu cakap tak apalah rezeki ibu murah. Ibu sangat pandai berjimat.

Barang – barang dalam rumah macam almari, peti sejuk, mesin basuh dan macam – macam lagi semua ibu yang usahakan. Masa ibu masih ada ibu selalu pesan dan cakap tak nak satu sen pun duit yang dia ada bagi kat bapak.

Dan lagi satu yang mungkin buat lagi obvious tahap kedekut dan tamak bapak aku selepas terima duit pamp4san kebun. Dulu ibu dengan bapak memang ada beli kebun, kebun tu dan usahakan menanam semua bersama. Tapi biasalah, yang membeli semua guna duit ibu tau.

Masa tu ibu bagi yelah, laki sendiri kan untuk keluarga. Bapak aku ni macam aku cakap dia nak guna duit baik giIer dengan ibu. Nak dijadikan cerita, suatu masa tu kawasan kebun tu nak dibangunkan. Jadi, gitu gini adalah duit pamp4san kebun yang nilainya 90k.

Untuk urusan semua ibulah jugak bantu, masa tu dia macam malas nak bantu bapak tapi dahuIukan jugak duit dia untuk urusan tu. Part ni paling menyirap, apabila dah dapat duit tu bapak jadi tamak. Bagi dalam 2k saja kat ibu.

Tu pun dia mintak masa nak beli barang baiki rumah. Sedih dan geram aku dengan adik beradik aku. Jenis kami malas nak bersuara, pendam jela. Duit yang pada bapak tula ibu minta untuk baiki rumah. Kalau tak memang tak nampak duit tu habis ke apa.

Bapak jenis boros. Kalau beli barang untuk diri dia dan kereta ada saja. Tu pun boleh jadi bertekak. Bapak jenis baran. Pernah dia campak barang apa – apa depan dia sesuka hati lepaskan geram. Ibu cakap dengan kami adik beradik tak apalah, biarlah bapak tu.

Kita tengokkan saja. Duit tu nanti habis jugak. Lagi haru bapak boleh terpedaya dengan pelaburan ala skim cepat kaya yang habis beribu. Sampailah masa ibu dah tak ada. Datang pulak ntah perempuan dari planet mana dalam hidup bapak.

Belum lama ibu pergi, bapak dah ada pengganti. Yang paling meny4kitkan hati perempuan tu bini orang. Tinggalkan laki kat rumah yang katanya tak sihat, tapi boleh pulak tolong bapak aku masak, basuh baju, kemas rumah.

Dibayar upah. Masa lepas ibu meninggaI, memang kami kesian dengan bapak sorang kat kampung. Dia pun sedih nangis, tapi sekarang… lupa diri. Hidup macam laki muda. Wasap, video call semua dengan perempuan tu yang juga nenek orang tau.

Aku kadang – kadang balik kampung pun rasa nak munt4h dengar. Kalau balik kami layan saja tau bapak, ajak makan, kadang – kadang keluar. Tapi ada masa dia tak nak. Tersasul bahasakan dirinya “abang” dengan kami.

Tahap menyampah kami, bapak belikan motosikal, baju, itu ini ambil berat lagi. Dengan ibu dulu tak ada macam tu pun. Sedih kami. Korang nak tahu, duit simpanan dah habis katanya. Mengadu kat anak – anak. Pernah minta jugak duit kami katanya nak kahwin. Panas oii kami.

Cuma kami ni sekarang dah tahu nak buat macam mana dengan bapak ni. Jenis tak boleh ditegur, nampak dia saja yang betul. LagiIa kami anak -anak nak nasihat memang langsung tak pernah dengar. Nak balik kampung pun tawar hati. Harap korang sudi bagi pendapat. Kalau nak cerita panjang lagi. Tapi cukuplah dah panjang ni rasa.  – Pena bersuara (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Assalamualaikum semua, terima kasih admin sudi siarkan kisah aku.. Sebelum ni kisah aku tentang bapak dah pernah disiarkan. Kali ni ceritanya lagi sadis.. Aku pun tak tahu nak mula dari mana. Cuma harap kalian dapat faham jalan cerita ni.

Bapak masih lagi dengan perempuan tu. Kalau telefon atau berbual dengan kami adik beradik pun tetap tersasul bahasakan diri abang. Aduhai, kuat betul penangan nenek tu. Nenek yang katanya diupah untuk bersihkan rumah dan memasak semua tu kalau kami ada kat rumah, cepat – cepat bapak roger kat dia anak – anak balik.

Bagi hint kat nenek tu tak payah datang. Korang boleh fikir rasanya, jika memang nenek tu ikhlas bantu bapak rasa tak perlu kot nak menyorok – nyorok datang bagi makanan ke apa kalau kami ada. Jumpa depan rumah tepi jalan takpun tepi pokok.

Bapak pulak dia pun call nenek tu menyorok – nyorok juga sekarang. Pastu macam orang gelisah semacam lahaiii bapak. Tu masih bini orang bapak. Kami pun tak faham. Nampak sangat orang angau. Kami adik beradik ok je kalau bapak nak kahwin, tapi biarlah dengan cara yang betul. Orangnya ikhlas.

Tapi sebenarnya kami pun pelik, rumah yang kononnya diupah untuk bersihkan tu tak bersih pun. Kalau kami balik tetap kena bersihkan, nampak terlalu lama berhabuk. Kami faham jika bapak sorang pun mungkin bukanlah kemas bersih mana, tapiii kalau gaya gini macam takde fungsi pun nenek tu.

Satu perkara yang buat jadi kuat untuk kami rasa sesuatu sangat dengan kehadiran nenek tu ialah salah seorang daripada kami jatuh s4kit. S4kit yang bukan hospitaI punya ubat. Aku bagi nama dia Nadia. Ditakdirkan memang sebelum ni Nadia pernah s4kit akibat disih1r.

Nadia kadang – kadang boleh nampak dan rasa sesuatu yang kami tak rasa. Mula – mula Nadia tengok gambar nenek tu terus muka berubah lain macam dan batuk – batuk munt4h. Terus kami yang lain dah faham macam ada yang tak kena tentang nenek tu.

Bukan itu sahaja, dia pun dapat mimpi yang tak baik. Nadia ada pergi jumpa ustaz untuk buat rawatan. Nadia balik kampung dan tetap baca buat pendinding diri. Tapi keadaan m4kin teruk sebab Nadia diganggu sehinggakan suaminya turut terkena tempias.

Bapak pun nampak pelik. Masa kami balik dia macam muka yang sangat mengantuk. Duduk je boleh terlelap. Makanan yang kami masak pun jamah sikit je, yang lebih menyelerakan masakan nenek tu. Kami yang lain memang tak sentuh langsung lauk nenek tu.

Tapi si Nadia ni tahap dia punya tr4uma tu sampaikan dengar bunyi motor yang seakan nenek tu bawak dia jadi takut sangat. Pernah satu masa tu, kami terserempak dengan nenek tu di tengah jalan. Si Nadia tak perasan pun yang lalu tu nenek tu, tapi dia dapat rasa nak tengok sampai menoleh ke belakang.

Lepas tu kami cuba patah balik nak ikut arah mana nenek tu pergi tapi nenek tu dah hilang sedangkan motor yang dibawa tu tak laju pun. Susah kami nak bagi bapak sedar. Bapak bukan jenis nak dengar kami cakap. Dia jenis dia sahaja yang betul.

Dia memang cakap sebelum ni jika ada jodoh nak kahwin dengan nenek tu nak buat majlis tu semua kat tempat lain, bukan kat kampung. Ni kami tahu dari sumber yang dipercayai. Aduhai bapak. Dari sisi lain pulak, bapak sebenarnya nak kami adik beradik bantu dia sediakan duit untuk bagi adik beradik bapak.

Ni yang paling kami susah nak bagi bapak sedar. Dia nak kaut tanah kebun atok seorang. Padahal tanah tu masih milik bersama dan sudah ada pecahan. Bapak tak nak tanah jatuh ke tangan yang lain katanya. Dia nak duit dalam ++k sorang untuk bagi adik beradiknya dengan alasan tanah tu yang lain tak pernah uruskan.

Bapak sorang yang uruskan kebun semua. Jadi dia dah janji nak bagi duit. Lepas tu tanah tu akan dinamakan kami adik beradik. Kami sebenarnya langsung tak nak tanah tu. Tu bukan hak kami. Jika nak cerita lagi memang terlalu panjang.

Aku pun tak tahu dah nak buat macam mana dengan bapak ni. Pasal duit tu memang kami tak dapat nak bantu. Kami harap bapak sedar dan bagi jela bahagian masing – masing. Tapi bapak nampak berkeras. Yang musykilnya kami, sejak dua menjak ni dia sangat mendesak kami nakkan duit.

Kalau diikutkan, pasal bahagian tanah tu sejak arw4h ibu lagi ada ibu dah suruh selesaikan. Ibu banyak kali ingatkan bapak disebabkan ibu seolah – olah dipersalahkan oleh adik beradik bapak. Mereka pandang, bapak bagi duit beli itu ini dengan hasil kebun.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tabahnya ibu cari hasil pendapatan sendiri. Bapak desak kami seperti ada seseorang yang mendesaknya. Kami kenal bapak macam mana. Tu yang kami pun dah tak tahu nak buat apa.

Cuma mendoakan sahaja yang baik – baik buat bapak. Apa pun kami masih lagi buntu. Pasal nenek tu, bapak dan bagi bapak sedar tu sahaja. Aku harap korang faham kisah ini dan bagi pendapat macam mana. Kadang – kadang aku rasa dah macam drama pulak kisah ini. Tapi inilah realiti yang kami lalui. – Pena Bersuara (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

EmOt Tey : TT, ada tak bawak bapak awak pergi peruqyah? Try lah mana tahu dapat diubat. Saya doakan semua urusan keluarga awak dipermudahkan dan dijauh dari benda benda jahat. Aamiin yarabbal alamiin.

Noraziah Amdan : Kalian adik beradik rajin – rajin lakukan solat hajat. Mohon doa Allah pisahkan nenek itu dari ayah. In shaa Allah Allah Maha Mendengar dan Maha berkuasa. Kalian pun tau jika bagi duit konon nak beli tanah, tanah dapat kat ayah kemudian ayah sedekah kat nenek sesuci hati. Anak – anak yang melabur for sure akan berputih mata.

Nur Sumayyah : Cakap elok – elok kat bapak awak tu. Jangan dok kacau harta / tanah orang. Berd0sa.. cakap direct. Report kat laki nenek tu, bini dan bapak awak TENGAH menggatal.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.