Mak mertua cuIik anak aku selama 14 hari. Setahun aku sabar, plan pasang lawyer walaupun aku surirumah

Banyak kali bagitahu mak mertua anak aku tak boleh makan pisang, akan sembelit teruk. Nak dijadikan cerita, aku pergi ke rumah mertua ambik anak, mak mertua cakap dah bagi anak aku makan pisang dan kebetulan anak aku tengah sembelit. Malam tu, anak aku tido terkangkang, tak boleh nak ketepi atau mengiring. Anak aku baru setahun!

#Foto sekadar hiasan. Hi, aku Emma yang memang confirm bukan nama sebenar aku. Mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun 11 bulan. Sekarang, status aku “Single Mom @ Super Mom” haha. Okay, apa yang aku nak ceritakan dekat korang, aku harap, dapat membantu sesetengah kaum perempuan yang dalam dilema.

Apa yang aku nak ceritakan ni jugak, korang pandai – pandailah ambik yang mana perlu diambil sebagai pengajaran dan sebaliknya. Aku dah berkahwin 6 tahun setengah, 3 tahun setengah awal  – awal perkahwinan kami bahagia, duduk jauh dari keluarga dan kami saling melengkapi antara satu sama lain.

Tapi perubahan bermula, bila kami mula pindah ke satu negeri, dan rumah kami hanya 10 – 15 minit jauh (naik kereta) dengan rumah mertua ataupun lebih senang rumah emak bekas suami aku. Untuk pengetahuan korang, bekas suami aku anak emak, anak lelaki seorang, anak yang di manja oleh emak, anak yang dibangga – banggakan oleh emak, dan anak yang memang tak ada salah.

Bermula la episode yang sangat – sangat tak best terutamanya bila aku dah mula dapat anak. Mak dia yang sememangnya queen control, ketua keluarga (walaupun ada suami, tapi suami dia hanya yes mem) lebih nampak dia mula masuk campur dan control keluarga aku, dan anak aku.

Aku tak lupa, anak aku yang belum 6 bulan, disuruhnya suapkan anak aku MUSHROOM SOUP dekat Kenny Rogers. Aku terangkan tak boleh sebab anak aku masih belum masanya untuk makan. Korang rasa dia jawab apa? Ni jawapan dia, “waktu Emmy (kakak sulong bekas suami) 1 bulan nenek dia dah bagi makan bubur, hidup sihat sampai sekarang”.

Dalam hati aku, itu nasib dia hidup, kalau tak hidup, ada ganti ke. Tu baru sikit. Ada lagi, bekas suami aku dia bawak anak aku pergi ke rumah mak dia, dan waktu dia nak bawak keluar tu aku dah pesan, jangan bagi apa – apa makanan yang tak boleh pada anak sepanjang dia ada di sana, pisang terutamanya sebab anak aku sembelit dengan pisang.

Aku dah terIampau banyak kali bagitahu mak dia yang anak aku memang tak boleh makan pisang, akan sembelit teruk. Nak di jadikan cerita, selepas magrib aku pergi ke rumah mak dia, nak ambik anak aku, mak dia cakap dah bagi anak aku makan pisang, dan kebetulan, masa aku sampai anak aku tengah sembelit.

Korang yang sebagai mak, melihat anak korang yang baru 8 bulan sembelit meneran menangis, apa korang rasa? Kesian, sedih sangat – sangat. Dan sembelit tu membuatkan bahagian bawah anak aku merah sangat – sangat.

Malam tu, anak aku tido terkangkang, tak boleh nak ketepi atau mengiring, dan setiap sejam atau setiap kali anak aku buang air kecil, dia akan menangis sakit, dan malam tu aku tak tido sebab aku tukar pampers anak aku setiap kali dia buang air kecil.

Akibat dari degil dan eg0nya seorang manusia yang sangat – sangat pentingkan diri! bekas suami aku? Confirm la emak dia yang betul, sebab tu tak mampu nak kata “tak” untuk apa yang mak dia buat, walaupun benda tu meny4kitkan anak aku.

Dan macam – macam lagi cerita terIampau banyak. Hinggakan bila aku berg4duh dengan bekas suami aku, mak dia masuk campur. Pernah bekas suami aku tinggalkan aku dengan anak aku di rumah keluarga aku, dan terus balik ke rumah emak dia tanpa bagitahu apa – apa.

Dan seminggu selepas dia tinggalkan aku dan anak aku, dia datang dengan emak dia untuk ambik anak aku sahaja. Anak aku 1 tahun 3 bulan waktu itu. Merayu – rayu, menangis hingga aku terduduk, merayu jangan pisahkan aku dengan anak aku.

Emak dan bekas suami aku dengan bangganya bawak keluar anak aku dari rumah. Waktu tu yes aku sengat lemah! Puncanya aku dan bekas suami berg4duh sebab bekas suami aku memang tak ada masa langsung untuk aku dan anak.

Korang bayangkan, tentang makan? Bekas suami aku ni, emak dia memang akan masak dan ajak anak dia makan. Dan bekas suami aku memang nak makan rumah emak dia. Aku yang gigih masak dalam masa yang sama nak handle anak aku yang sangat – sangat lasak, akhirnya aku makan sorang – sorang.

Besok aku panaskan dan makan seorang lagi. Dia? Kenyang makan rumah emak. Aku dah pernah bagitahu, kalau dah makan kenyang kat mana – mana, bagitahu aku, jadinya aku tak perlu masak banyak – banyak atau mungkin aku tak perlu masak pun. Tu baru tentang makan.

Weekend, Sabtu dan Ahad, dia akan ikut mak ayah dia ke kebun atau ikut emak dia ke mana – mana dan senja baru balik. Aku dengan anak hanya babiskan masa di rumah. Hinggakan anak aku yang kecik tu selalu sebut “daddy” sambil tunjuk kat luar.

Disebabkan sem4kin teruk, dan aku betul – betul rasa sangat – sangat penat, aku cakap dekat dia “kalau macam ini lah per4ngai dia, aku dah tak nak ada anak lagi selepas ini”, tiada tinggi suara. TerIampau banyak lagi yang berlaku kalau aku cerita memang panjang.

Sambung kembali dia dan emak dia pisahkan aku dengan anak aku yang baru 1 tahun 3 bulan waktu itu. Hari – hari setiap jam setiap malam, aku peIuk pakaian anak aku, aku nak video anak aku, sangat – sangat susah, aku kene merayu, 2 – 3 hari baru aku dapat video call anak aku.

Bila aku mintak gambar, gambar anak aku dari sisi belakang tengah tertonggeng itu lah yang dia bagi pada aku. Aku jaga anak aku dari dia 3 minggu dalam perut aku, aku tahan dari makan durian walaupun aku nak sangat, aku elak dari terIanggar lubang atau apa – apa.

5 bulan aku alah munt4h tak boleh nak makan dan minum, munt4h hingga berd4rah – d4rah, 5 bulan dan bukan 1 bulan, aku gagahkan demi anak yang aku kandung. 3 kali aku induce dalam keadaan s4kit, aku bangun susukan anak walaupun aku tengah s4kit, semuanya demi anak aku.

Bermula saat aku dipisahkan dengan anak, saat bekas suami dan emak dia ambik anak aku keluar dari rumah, aku dah nampak bertapa k3jam seorang perempuan yang juga emak dan seorang yang lebih tua, k3jam dan sangat – sangat jahat perlakukan pada aku.

Sedangkan dia tak mampu nak berpisah dengan anak lelaki dia. Dan waktu itu juga aku mula nampak, aku dah tak kenal lelaki yang pernah aku sayang dulu. Lelaki yang 3 tahun setengah awal – awal perkahwinan kitorang dulu, yang dulunya dia sentiasa ada untuk aku, sentiasa protect aku, sentiasa bagi semangat untuk aku, tapi menjadi seorang yang sangat k3jam untuk aku.

Dia pisahkan aku dengan anak aku 14 hari, hari ke 15 dia datang ambik aku. Waktu itu aku dah mula semat dalam hati aku, aku dan dia, kami kena sama – sama berubah supaya perkahwinan ini kekal dan anak aku bahagia.

Tapi rupanya tak, sangkaan yang aku ingat dia bawak aku balik nak perbaiki hubungan kami, rupanya tak. Dia ambik aku waktu tu dah dekat dengan Raya Aidilfitri, dan waktu tu semua ahli keluarga dia balik, dan dia p4ksa untuk aku pergi jumpa mak dia.

Dan mintak maaf dengan mak dia sebabnya waktu mereka datang ambik pisahkan aku dengan anak, aku cakap dekat mak dia “apa niat sebenar, dari tadi masuk rumah terus sebut supaya kami berpisah?” dalam nada yang masih ada hormat.

Rupanya mak dia marah sangat part tu. Aku bagi alasan pada bekas suami aku, aku kata aku demam sebab aku belum bersedia untuk berjumpa dengan manusia yang sangat k3jam pada aku, aku perIukan masa dan aku tahu kalau aku pergi waktu itu, keadaan akan jadi lebih teruk.

Bekas suami aku tak percaya yang aku demam, dia bawak aku ke kIinik untuk Dr yang sahkan aku demam atau tidak. Aku register kIinik macam biasa dan dia ada dengan aku waktu itu, tapi dia tak masuk ke bilik Dr. Saat aku masuk je ke bilik Dr, aku terus maklumkan pada Dr, yang aku tidak demam, aku cuma ada tekanan em0si.

Aku cerita dari A sampai Z, segalanya, dan Dr record segala yang aku ceritakan. Dan Alhamdulillah, Tuhan tolong melalui Dr, aku diberikan ubat demam dan antibiotic walaupun aku tak demam, sebagai bukti kepada bekas suami aku yang aku demam.

Supaya dia tak boleh p4ksa aku untuk ke rumah mak dia. Waktu zaman pendemik, jadinya bila demam memang kena kuarantin. Alhamdulillah. Kemudian, kisah aku tak habis di situ, malam Raya Haji, bekas suami aku mintak aku pakaikan baju anak aku, untuk ke rumah mak dia.

Aku siapkan anak aku, dan mereka keluar ke rumah mak dia. Tiba – tiba aku nampak botol susu anak aku tinggal 2 dari 8 botol, aku dah rasa tak sedap. Aku whatsapp bekas suami aku kenapa botol anak aku tinggal 2, dia jawab yang dia dan anak aku tido di rumah mak dia tanpa bagitahu aku apa – apa pun sebelum itu.

Dan aku tak akan lupa, saat takbir raya bergema di langit, aku menangis atas sejadah dan berdoa “Ya Allah bertapa k3jam seorang suami buat pada aku, bertapa k3jam mereka ani4ya aku berkali – kali”. Aku seorang di rumah, hari raya haji, makan maggi pagi tu sebab barang basah dah habis, foodpanda no delivery kecuali non halal.

Aku menangis, yes aku menangis sebab hanya aku seorang di negeri itu, dan aku diperlakukan begitu. TerIampau banyak lagi cerita pengani4yaan hingga aku call talian kasih, yang kalau aku cerita, confession ni mungkin akan ada kesinambungan yang tak tahu bila habis. Hahaha.

Okay, aku pendekkan cerita, aku bagi tempoh 1 tahun pada diri aku, untuk aku bertahan, masih mengharap rumahtangga kami menjadi aman bahagia seperti hidupan kami yang sebelum kami berpindah. Dalam masa 1 tahun, aku kumpulkan pelbagai bukti, aku menjadi seorang yang sangat – sangat penyabar, selama 1 tahun itu, aku tak pernah mulakan apa – apa perg4duhan.

Walaupun dia pisahkan anak aku berkali – kali, create memory antara anak aku, dia dan mak dia sahaja, bawak keluar anak aku tanpa pengetahuan aku, tahu – tahu anak aku dah tak ada. Buat cerita yang aku tak nak datang ke rumah mereka (3 kali aku nak ikut balik ke rumah mak dia tapi bekas suami aku yang tak bagi) dan pelbagai lagi, aku sabar.

Marah aku tahan, aku sabar, Sedih, aku menangis dan sabar. Tapi aku mula bertindak secara senyap. Hasil dari nasihat peguam yang aku lantik, (YES! aku lantik peguam secara senyap – senyap dan aku housewife!) tepat dan genap setahun, aku call abang aku untuk ambik aku dan anak aku.

Aku wasap bekas suami aku dan bagitahu yang aku perIukan masa, dan aku nak balik rumah keluarga aku. Dia reply “nak pergi, pergi seorang, anak tinggal”. GiIa! Tak akan la aku nak tinggalkan anak aku. Itu pun aku screensh0t sebagai bukti dia berikan kebenaran keluar rumah.

Aku keluar dari rumah, aku kunci pagar dengan rasa yang sangat sebak dan aku berdoa saat itu, “Ya Allah, aku keluar dari rumah ni dalam keadaan aku tak ada apa – apa, aku tak ada kereta, aku tak ada rumah, aku tak cukup duit, duit aku ada seribu, aku keluar dalam keadaan aku zero, tapi aku yakin engkaulah pemberi rezeki”, dan aku melangkah keluar.

Itu lah doa yang aku doa, tak ada kurang tak ada lebih. Aku serahkan sebulat – bulatnya pada Ya Rabb. Sekarang bermula la kehidupan aku. Aku ceritakan pada korang, kehidupan aku berubah satu per satu. Lawyer yang aku lantik tadi, harga yang aku perlu jelaskan adalah sebanyak RM 12 ribu, RM4 ribu untuk 1 kes, dan aku bukak 3 kes.

Sangat – sangat amazing Tuhan tolong, aku boleh selesaikan payment lawyer aku dalam masa 2 bulan sahaja, Masha Allah sangat singkat. Dan aku tak meminjam dengan sesiapa, malah aku tak mintak bantuan sesiapa, melainkan aku mintak tolong pada Ya Rabb.

Ramai yang datang bagi aku pertolongan, bagi aku duit hingga aku mampu selesaikan dalam masa 2 bulan. Untuk aku yang tak ada kerja, 2 bulan sangat amazing. ALLAHU AKBAR! Kes penceraian yang kebiasaanya tak akan selesai dalam 1 hari, selesai semuanya dalam masa 1 hari.

Semua interview kerja, (aku seorang yang berkelulusan tinggi tapi semenjak kahwin aku tak bekerja, hanya buat business sendiri kecik – kecik), semua interview kerja aku dapat. 5 Offer kerja yang gaji dia alhamdulillah untuk aku yang baru nak mulakan hidup.

Bahkan, sehingga sekarang, mereka masih call dan message aku bertanyakan jika aku masih berminat dengan offer yang mereka bagi. Subhanallah! Hari – hari aku, aku bertukar kereta, bukan sebab aku kaya, tapi sebab aku tak mampu nak beli kereta lagi, jadinya aku naik grab. Haha.

Pergi balik grab aku pernah mencecah RM80/hari, dan paling sedikit RM40/hari. Untuk aku yang belum dapat gaji berbekalkan duit RM 1k, itu lah duit pergi balik aku naik grab, dan itu la jugak duit untuk anak aku in case anak aku perlu ke kIinik dan sebagainya.

Apa yang amazing, bila aku dah dapat gaji, baru aku tersentak, eh sepatutnya duit RM 1k aku dah lama habis, tapi kenapa tak habis – habis lagi, aku pun tak tahu mana datang. Tapi sejujurnya RM 1k aku masih ada di dalam account itu, jumlahnya tak berganjak tapi m4kin naik sebab dah bercampur dengan gaji aku.

Macam tak percaya, tapi itu la sebenarnya. Allahu Akbar! Tuhan hadirkan aku dengan ramai orang yang baik – baik, malah aku dikurniakan majikan yang baik dan pemurah. Rakan – rakan kerja yang baik, malah rakan – rakan yang terputvs selepas aku berkahwin, kami kembali rapat.

Ramai sangat orang baik – baik yang mula hadir dalam hidup aku. Alhamdulillah! Paling aku tak sangka bila aku sudah pun diserap menjadi pekerja tetap, dalam masa yang sangat singkat, sedangkan rakan seangkatan dengan aku masih lagi dalam tempoh percubaan.

Malah, hebatnya pertolongan Tuhan  bila aku mampu tarik sales sebanyak 10k untuk company aku walaupun aku bukanlah pekerja sale hanya dalam masa 5 hari. Tuhan hadirkan sesorang untuk aku join satu sesi, membantu aku untuk melepaskan semua titik – titik hitam dalam hati aku, hinggakan aku rasa, lapang, bebas malah bila aku ingat kembali rupa-rupa mereka yang mengani4ya aku, aku tak rasa nak menangis atau marah.

Aku maafkan mereka untuk diri aku, kerana aku tak nak mereka yang control aku. Ini diri aku, ini perasaan aku, aku yang akan control segalanya tentang aku. Aku yang akan decide jalan aku dengan izinNya. Aku bagi hak sama rata untuk anak aku, sebab anak aku perIukan kasih sayang seorang ayah.

Dan itu adalah hak anak aku. Berapa kerap dan berapa kali dia nak ambik anak, aku bagi tapi semua secara legal dan ada di atas kertas. Sebab aku dah rasa macam mana terpisah dengan anak, dan aku dah lihat dengan mata macam mana anak aku tr4uma saat dia dipisahkan dengan aku, dan aku tak akan buat benda yang sama pada mereka demi anak aku.

Sedang plan untuk memiliki my own asset, In shaa Allah, satu per satu, aku pasti aku mampu berjaya malah lebih berjaya bukan untuk aku tunjuk pada bekas suami aku, tapi untuk diri aku sendiri. Tak senang tapi semuanya mudah bila Tuhan tolong.

Letih tapi aku mampu. Risau tentang sesuatu? Aku letak sepenuhnya pada Ya Rabb dan aku kembali tenang. Sekarang, aku just nak hidup tenang – tenang, membesarkan anak aku dengan penuh kasih sayang, mendidik agar mempunyai akhlak dan agama yang baik.

Hidup aku penuh dengan sangkaan yang baik pada pencipta aku sebab, pencipta aku tak pernah tinggalkan aku, malah Dia yang bantu aku dengan cara yang sangat amazing. Niat aku, aku nak buat baik untuk orang sebab aku pasti, kebaikan dibaIas dengan kebaikan. “Dengan Allah swt beyond logic, is more magic”.

Jangan takut untuk melangkah, yang penting, mintak Dia yang aturkan langkah terbaik untuk korang. Jangan takut tentang sesuatu, lebihkan tawakal. Kisah Nabi Yusuf menjadi teladan, kisah yang boleh aku relate dengan hidup aku.

Aku mungkin terlambat untuk melangkah, tapi langkah yang lambat ini, adalah langkah yang paling bahagia untuk aku sekarang. Sayang diri korang, tolong jangan izinkan orang lain yang control diri korang, diri korang adalah amanah korang.

Aku lebih bersemangat, lebih bermotivasi, aku lebih bercita – cita dan aku yakin dengan pertolongan Ya Rabb, aku mampu untuk terus melangkah ke depan dan berjaya. Doakan untuk aku, agar aku terus berjaya dan mereka yang di sekeliling aku juga berjaya dan gembira.

Doa aku semoga mereka yang terani4ya sentiasa mendapat pertolongan Tuhan dan dikeluarkan dari pengani4yaan tersebut, dilimpah rezeki yang berkat dan bahagia. Buat mereka yang mengani4ya, Tuhan tu ada untuk melihat dan akhir4t itu pasti! – Emma (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Intan Nasuha : Puan, kisah kita sama. Tapi saya belum ada anak. Yes betoi. Meratap sepuas – puasnya. Once dah bangkit, Allah permudahkan segalanya. Saya pun bermula dari zero now alhamdulillah sedikit demi sedikit dah ada aset. Dulu benci dengan keluarga bekas suami. Sekarang alhamdulillah tanpa ada rasa d3ndam tanpa ada rasa bnci. Rasa lapang sangat – sangat. Alhamdulillah. Puan kuat

Farah Nadia : “Jangan takut untuk melangkah, yang penting, mintak Dia yang aturkan langkah terbaik untuk korang. Jangan takut tentang sesuatu, lebihkan tawakal.” Terima kasih, sebenarnya sis sedang sebarkan positivity. Kata – kata ni macam kena untuk saya sekarang. Really appreciate. Semoga sis terus tenang dan happy.

Siti Nur Ismail : Doa seorang ibu memang tiada hijabnya, tapi doa dari seorang ibu yang diani4yai lagi hebat. Allah Maha Adil tahniah, puan! Semoga kisah puan menjadi inspirasi kepada para isteri yang berada dalam kedudukan puan yang dulu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.