Dalam pantang aku keluar rumah jumpa doktor. Balik je rumah suami dah tunggu depan pintu. Dia marah aku keluar masa pantang

9 tahun aku dan suami tunggu zuriat. Aku tersedar, tahu – tahu je aku berada di hospitaI. Mak mentua aku tak henti menangis sambil menggosok tangan aku. Mata aku dialihkan kepada suami yang berdiri jauh dari katil saya. Muka suami nampak kecewa..

#Foto sekadar hiasan. Salam kepada semua pembaca. Saya perkenalkan nama saya Juwita. Tahun ini berusia 35 tahun. Saya sudah berkahwin dan nama suami saya Richard (bukan nama sebenar). Kami sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Tahun ke-9 perkahwinan kami, Tuhan tiupkan malaik4t kecil dalam rahim saya. April 2023 merupakan tarikh yang paling menggembirakan buat saya dan Richard. Saya lahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.4kg secara normal.

Masih terngiang – ngiang bunyi tangisan anak berselang dengan tangisan Richard di sebeIah saya. Dalam esakkan berterima kasih kepada saya. Selama melayari bahtera perkahwinan, Richard tidak pernah berputus asa untuk bantu saya supaya boleh hamil.

Saya merupakan pes4kit PCOS dan hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu betapa sukarnya perjuaangan kami untuk mengandung. Richard buat segalanya. Dia tidak pernah memarahi saya. Apa sahaja kesilapan, ditegurnya saya secara berhemah. Bahkan sebelum tidur, belum sempat saya memohon maaf, dia sudah terlebih dahulu meminta maaf kepada saya.

Kesabaran dia mengendalikan saya yang tinggi keegoan ini membuatkan rasa sayang saya pada dia tidak pernah pudar. Selepas anak saya Jelita dilahirkan, Richard lakukan segalanya. Dia ambil cuti sebulan tanpa gaji untuk membantu saya. Makan, minum saya dan Jelita tidak pernah terabai.

Kadang – kadang rasa kesian terdetik dalam hati ini melihat Richard yang tertidur sambil mendukung anak. Walau saya bertegas ingin membantu namun tidak diizinkan olehnya. Bulan Jun, saya mula rasa s4kit kepala berpanjangan, badan rasa lesu, kerap munt4h dan berlaku pend4rahan f4raj.

Saya kira kerana badan saya kepenatan akibat gangguan polar tidur. Di samping usia saya yang agak lanjut jadi stamina juga sem4kin merundum. Maka saya abaikan sahaja. Tapi sem4kin lama, rasa s4kit ini sem4kin menekan. Saya ke kIinik untuk berjumpa dengan Doktor.

Ketika itu, Doktor ambil ujian d4rah dan beberapa ujian lain lagi. Perasaan saya ketika itu berdebar – debar ketakutan. Selesai semua saya pulang ke rumah. Selang tiga hari, pihak kIinik telefon untuk memberitahu keputusan ujian. Saya pergi sendirian.

Seperti langit runtuh berantakan apabila Doktor memberitahu sel k4nser dalam badan saya tinggi. Seolah – olah dunia ini berhenti berputar. Air mata jatuh membasahi hijab saya. Doktor membuat surat rujukan ke hospitaI untuk membuat ujian seterusnya bagi mengetahui jenis k4nser dan tahap.

Saya termangu sendirian di dalam kereta. Anak saya baru berusia dua bulan. Tidakkah ujian ini terlalu berat untuk saya jalani? Saya tarik nafas sedalamnya. Saya terus ke hospitaI untuk ujian dan keesokan harinya pihak hospitaI telefon.

Bagai tertusuk belati tepat ke hati apabila Doktor bagitahu saya menghidapi k4nser ovari tahap 3. K4nser sudah merebak di sekitar rahim. Dunia rasa gelap – segelapnya. Tahap 3 bukanlah pengakhiran segalanya walaupun jangkaan hayat yang dianggarkan oleh Doktor maksimum hanyalah 11 bulan tanpa rawatan.

Kuasa Tuhan melebihi segalanya. Namun dalam keadaan itu, saya hanyalah manusia lemah yang tak mampu bersangka baik akan perancangan Tuhan untuk saya. Saya menunggu sembilan tahun untuk mendakap Jelita. Saya mahu membesarkan Jelita bersama Richard sesuai dengan angan – angan kami.

Ketika itu saya pasti Tuhan tersilap kerana menyangka saya kuat untuk jalani ujian ini. Perasaan saya berbolak balik sepanjang perjalanan pulang. Dalam kepayahan, saya p4ksa bibir saya untuk mengukir senyuman.

Bagaimana saya tergamak untuk menyampaikan berita penuh duka ini kepada Richard? Mengh4ncurkan segenap impiannya yang dibina sejak sembilan tahun yang lalu? Sebagai isteri, itu perkara terakhir yang saya akan buat.

Maka dengan itu, saya rahsiakan daripada suami saya sendiri. Richard masih dengan bebelannya di muka pintu kerana saya keluar rumah ketika masih berpantang. Saya bagitahu Doktor, saya tidak mahu membuat kemoterapi.

Saya tak nak bazirkan masa dengan rasa s4kit. Saya nak habiskan sisa waktu saya dengan sebaiknya. Puas dipujuk Doktor, saya masih berkeras berkata tidak. Saya berg4ntung kepada ubat. Saya make up sepanjang masa untuk tutup wajah pucat saya.

Saya berlakon kuat depan Richard supaya dia tidak sedar akan perubahan saya. Julai, badan saya sem4kin susut dan Richard sedar akan perubahan saya. Alasan saya adalah saya diiet. Setiap malam saya menangis memeIuk ciuum Jelita.

Saya berlegar – legar di segenap rumah dan kenangan lama mengusik sanubari saya. Dalam nafas terakhir, saya mahu ingat segala momen ini. Kem4tian sem4kin menghampiri saya. Sebagai manusia, ada rasa tamak dalam hati untuk tetap hidup pada hari esok seperti menidakkan kenyataan bahawa setiap yang hidup pasti akan m4ti.

Saya lebih menghargai setiap momen yang berlaku. Saya dapati diri saya sudah kurang bercakap sebaliknya lebih banyak memerhati keadaan sekeliling. Merenung dalam wajah Richard yang ketawa tidak pernah lekang dari mulutnya.

Sepuluh tahun kami bersama, saya tidak pernah perasan betapa manisnya wajah dia. Melalui hati yang paling dalam, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana baikNya, menghadiahkan lelaki ini kepada saya. Walau tidak lama.

Saya tidak bimbang meninggaIkan Jelita dengan Richard kerana saya tahu dia boleh menjaga anaknya. Mungkin lebih baik daripada saya. Setiap malam selepas Richard tidur, saya sematkan segala luahan jiwa di dalam sekeping kertas lalu saya biarkan pena di jari menari – nari melankolia.

Saya rasa berd0sa kerana tidak berlaku jujur. Takut untuk melepaskan keluarga kecil ini. Adakah ini yang dirasakan oleh kedua orang tua saya apabila menerima jemputan Ilahi.. Saya pernah bertanya kepada Richard, apa yang akan dilakukannya jika saya sudah tiada di dunia.

Tiada jawapan kerana katanya perkara itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Kemudian, seperti biasa topik lain dialihkan. Seolah – olah mengelak. October 2023, setelah tiga bulan, ubat – ubatan tidak dapat menampung rasa s4kit yang sem4kin menjalar dalam saraf.

Munt4h juga sudah disulami dengan d4rah. Mata juga sudah sem4kin gelap. Saya tersedar dan saya berada di hospitaI. Mak mentua saya tidak henti – henti menangis sambil menggosok tangan saya. Mata saya dialihkan kepada Richard yang berdiri jauh dari katil saya.

Kekecewaan terpancar jelas dari raut mukanya. Fahamlah saya, mereka sudah mengetahui. Richard duduk jauh dari saya walau semua ahli keluarga sudah pulang. Dia hanya berdiam diri sepanjang malam. Saya juga sama.

Tidak tahu dari mana harus saya mulakan. Semuanya adalah kesilapan saya. Tiada arah untuk saya tudingkan jari ini. Keesokan harinya, mungkin masing – masing sudah bertenang dan kepala lebih jelas. Richard memegang tangan saya dan minta maaf sebab dia tak tahu tentang keadaan saya.

Richard juga bagitahu dia kecewa kerana saya tegar merahsiakan. Ibarat tiada kepercayaan dalam perkahwinan kami. Itu bukti dia gagal sebagai suami yang seharusnya menjadi tempat sand4ran kepada isteri. Tak tahu apa yang akan jadi kepadanya kalau saya m4ti tanpa dia tahu akan peny4kit saya. Air mata mula gugur membasahi pipinya.

Saya lekas – lekas minta maaf kepada Richard kerana menyembunyikan perkara sebesar itu. Richard merayu kepada saya untuk buat kemoterapi. Kata Richard, walau setipis benang harapan, kita tetap perlu mencuba. Kerana apabila saya sudah tiada nanti, Jelita perlu tahu ibunya pernah berjuaang hanya untuk hidup.

Saya bersetuju untuk jalani kemoterapi. Sebelum bermula, saya jalani pembed4han membuang ketumbuhan di rahim diikuti dengan enam sesi kemoterapi yang perlu saya lalui. Sesi pertama sahaja badan saya sudah tidak mampu menahan rasa s4kit sehingga kering air mata.

Dalam kepayahan, masih ada Richard yang setia memegang erat tangan saya. Demi Jelita. Richard mohon untuk kerja dari rumah sepanjang sesi kemoterapi saya. Jauh di sudut hati, saya bersyukur tentang banyak perkara.

Mak mentua saya juga kini menetap dengan saya. Dialah yang menjaga Jelita ketika saya di hospitaI, mak lah yang masakkan untuk saya. Setiap malam mak duduk sebeIah saya mengaji untuk kurangkan rasa s4kit. Berikan saya terapi rohani.

Sesi ketiga kemoterapi, kening saya mula hilang, rambut juga sudah mula berguguran dan akhirnya saya botakkan kepala. Saya hilang keyakinan diri. Terbit di ruang hati, takut jika kasih Richard bertukar arah apabila melihat diri saya sebegini.

Lain pula jadinya apabila satu hari Richard pulang dalam keadaan kepalanya juga sudah botak. Dia ketawa sambil tunjuk kepala saya dan dia sama. Dia beli banyak rambut palsu dan kami akan pakai sambil ketawa bersama.

Hasil kemoterapi menunjukkan kesan positif dan sem4kin lama memberi harapan kepada keluarga kecil kami. Saya masih berbaki dua kali kemoterapi dan saya masih lagi pejuaang k4nser. Sejujurnya, semuanya tidak mudah namun atas rahmat Tuhan saya masih tetap bernafas pada detik ini.

Saya, bahkan tiada siapa yang mengetahui berapa lama masa yang kita ada. Jika pada awal episod, saya mengira Tuhan tersilap kerana menganggap saya kuat untuk jalani ujian ini, namun sekelip mata sahaja Dia membuktikan bahawa sayalah yang b0doh kerana tidak mampu bersangka baik denganNya.

“Kami tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” [Surah Al Baqarah: 286]

Kem4tian itu adalah melangkaui kemampuan manusia. Hari ini mungkin saya masih hidup, esok lusa mungkin saya pergi. Melalui ujian ini, saya belajar bahawa tiada satu dalam dunia ini adalah kepunyaan saya. Bahkan nafas ini juga bukan milik saya, semuanya milik Dia.

Sampai masa jika Tuhan mahu mengambilnya, kita hanya perlu pulangkan. Saya juga lebih menghargai setiap waktu yang dipinjamkan kepada saya. Manusia merancang, namun perancangan kita tidak dapat mengatasi aturan Tuhan kerana itulah sebaik – baiknya. Jangan pernah menyerah sebelum berjuaang.

Terima kasih ya Allah kerana masih memberi rahmat yang membolehkan saya tetap bernafas pada hari ini untuk mendengar gelak tawa Richard dan Jelita. Saya mohon doa daripada kalian agar peny4kit ini dapat disembuhkan.

Saya doakan mereka yang sedang menjalani ujian hidup agar diangkat doa kalian tanpa hijab. Dikurniakan kekuatan yang berlipat ganda dan semoga keimanan kalian kepada Tuhan akan terpasak lurus. Percayalah akan kuasaNya, nescaya Dia akan membantu. Aamiin. – Juwita (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Siti Khadijah Subadi : Mak saya nak masuk 15 tahun c4ncer surviv0r. 2009 bre4st c4ncer, sekarang tengah b4ttle dengan bone c4ncer. Mak saya cakap orang c4ncer tak boleh str3ss – str3ss, kena positif, dan banyakkan mengaji. Kena kawal emosi ya puan. Kita sebaya. InsyaAllah puan boleh sembuh

Nurul Mohd : Alhamdullilah… Suami puan seorang lelaki yang baik. Semoga kalian terus berkasih sayang. Semoga terus sihat. Semoga kalian dapat melihat si anak membesar ye! Hugs puan!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.