Bos kata nak naikkan gaji, dah 3 bulan gaji tak naik. Anak-anak aku dah lama ajak pergi zoo. Aku dah lama tak makan udang, sotong

Aku tak tahu kat mana aku patut jimat. Selalunya aku akan beli telur sepapan. Dah lama aku tak makan udang dengan sotong. Baru ni dapatlah aku merasa makan udang dekat rumah mak ayah aku. Syukur..

#Foto sekadar hiasan. Kisah ini respons kepada artikel sebelum ini >>> Aku takde duit nak makan dekat pejabat, balik rumah harap ada makanan. Tapi mak kata takde lauk, mak suruh minum air je. Assalamualaikum, aku memang terkesan dan sangat – sangat memahami apa yang TT ni luahkan.

Aku rasa macam sekasut tapi bukan kasut yang sama. Betul apa yang TT ni cakap, sebab aku duduk di Pantai timur.  Aku Fina, umur 29 tahun ada 2 orang anak. Cuma bezanya aku punya kelayakan setakat SPM je. Jadi kerani dari aku bujang sampai aku dah ada anak.

Aku memang setuju, kadang – kadang aku rasa gaji pekerja KFC dan MCD lagi banyak dari gaji yang aku tengah kerja sekarang. Aku rasa lebih baik aku jadi cashier sekurangnya ada pasaraya yang boleh diberikan OT. Banding aku yang cuma makan basic gaji min yang ditetapkan oleh kerajaan.

Bukan aku tak cuba nak cari kerja lain, tahun ni je aku dah 2 kali pergi kerajaan gomen gred PMR. Panel semua cakap sijil aku tak layak mohon untuk gred PMR, aku patut mohon gred SPM, tapi dah itu je yang aku dapat panggiIan untuk temuduga.

Apa patut aku buat? Aku ada cuba jugak cari kerja lain dan cuba demand kerja dengan pengalaman yang aku ada ni. Rata – rata semua nak bagi lagi rendah atau sama dengan gaji yang aku ada sekarang ni. Ya korang, aku ada suami, tapi dia pun sama gaji minima je dan banyak komitment.

Aku ni dah lama tak dapat duit raya mahu pun nafkah. Tapi tetaplah bersabar dan bersangka baik dengan suami aku. Aku memang kena bantu sikit sikit suami aku dari segi hal rumah dan anak – anak. Aku ni pergi kerja pun naik kereta kancil yang ayah aku bagi.

Biasalah kereta lama, macam – macam masalah. Aku cuma mampu berdoa je supaya kereta tu tak ada masalah. Kalau kereta kancil tu meragam, memang aku langsung tak mampu nak hantar baiki. Tahun ni je, dah berapa banyak cincin aku gadaikan untuk bantu suami. Hal – hal rumah.

Aku tak tahu kat mana aku patut jimat. Aku beli makanan ikan atau ayam je. Sayur pun kadang – kadang je aku akan beli. Aku nak jimat kan kos perbelanjaan. Selalunya aku akan beli telur sepapan. Nasib anak – anak aku memang penggemar telur.

Biasanya aku akan masak malam, jadi aku dengan suami akan bawa bekal untuk esok. Walaupun kadang – kadang aku sangat bosan dengan masakan aku sendiri. Dah lama aku tak makan udang dengan sotong. Baru – baru ni dapatlah aku merasa makan udang dekat rumah mak ayah aku. Syukur..

Aku adalah tanya manager aku, dia cakap tak lama lagi gaji akan naik. Tapi ni dah 3 bulan gaji masih sama. Naik RM50 pun orang macam aku ni bersyukur sangat. Bila tanya, company tak banyak untung. Tapi banyak jugak kerja kena buat.

Siap ambil pekerja baru lagi. Dan aku dapat tahu gaji pekerja baru 2 kali lebih besar dari aku. Aku memang berdoa tapi Allah masih simpan doa aku. Belum masanya lagi Allah nak makbulkan walaupun hati aku sangat la rapuh.

Aku ada juga cuba amalan hajat makbul, tapi mungkin ada silap dari aku. Memang ada masa air mata aku ni jatuh. Selalunya aku akan nangis bila aku pergi dengan balik kerja. Anak aku dah lama minta aku bawa pergi zoo, sampai sekarang aku belum dapat tunaikan.

Tiap kali anak anak tanya, aku akan cakap nanti. Tiada jawapan yang aku mampu berikan. Korang jangan cakap aku tak cuba tambah income, ya aku ada buat baking kek. Tapi beli barang je dah pun menakutkan. Aku tak sampai hati nak jual mahal – mahal.

Orang pun tak nak beli kalau mahal sangat. Duit yang untung tu la, aku buat beli lauk untuk kami makan. Kadang – kadang bagi dekat suami aku untuk isi minyak. Suami aku baik je, selalu bantu aku, dia pun cuba sehabis baik, bisnes ni pun dia yang banyak promote dan rata – rata customer yang order dari suami aku.

Sumpah aku lelah sangat, sampai bila nak macam ni. Aku cuma manusia biasa. Kesabaran aku ada keterbasan. Ada hari aku ikhlas dengan semua ujian ni. Ada hari aku tersungkur dalam jiwa yang meronta. Semoga kita tak akan berhenti untuk berjuaang – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Marlina Masrie : Saya pernah berada dalam situasi TT, penat dan lelah dengan segala benda, semua serba tak kena. Sampai satu hari saya lepaskan semua rasa itu, redha dan ikhlaskan perjalanan hidup yang melelahkan, sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah.

Alhamdulillah, sekarang ini satu persatu Allah buka jalan. Kuncinya perlu sentiasa bersyukur, kita rasa kita dah susah, rupanya ada lagi yang lebih susah. Buat TT, teruskan bergerak, ikhlaskan semua, pasti Allah akan bukakan jalan.

Nurul Atiqah Seth : Pindah Klang Valley. Duduk pantai timur kalau makan gaji minima memang s4kit. Bisnes susah nak dapat pendapatan macam dekat Klang Valley. Sini semua nak murah melampau – lampau. Tapi caj pengasuh lagi mahal dari Klang Valley (ini tempat saya).

Itu kadang – kadang pelik bila orang suruh balik kampung. Saya pindah pun sebab ikut suami. Kalau tahu macam ini susah nak dapat kerja dan nak dapat pendapatan sampingan, saya memang tak nak duduk sini. Kerja sambilan pun tak banyak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.