Aku bosan suami gaji kecil, aku nekad buka meja jual nasi lemak depan rumah

PukuI 7 pagi saya bukak meja berpayung depan rumah. Biasa pukuI 9 pagi dah habis. Mungkin pada orang lain 1500 tu sikit. Tapi bagi saya dah syukur sangat dah. Dapat beli baju – baju, kasut, beg tangan online yang saya teringin..

#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca semua. Diharap admin dapat siarkan confession saya yang tak seberapa ini. Saya Zaita. Tinggal di sebuah daerah di negeri Johor. Berdekatan dengan Johor Bahru. Umur 35 tahun. Ada 3 orang anak berusia 15, 13 dan 8 tahun.

Suami saya bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang dengan pendapatan kira – kira 3k sebulan termasuk OT dan beberapa elaun tetap. Setelah ditolak ansuran bulanan rumah, bayaran bulanan kereta Bezza, nafkah saya dan anak – anak, baki mungkin tinggal dalam 1k sahaja.

Itupun rumah 500 sebulan sahaja. Kereta Bezza juga 500 sebulan. Dan kami ada sebuah kancil legend yang dahulunya kami beli cash 3k. Rumah kami cumalah rumah teres kos sederhana di mana ketika suami beli dulu harganya 100k sahaja (tahun 2008 suami beli).

Tapi kalau pasaran sekarang, sudah mencanak ke 300k. Rumah teres 3 bilik sahaja. Bila kahwin, suami kata tak apa tak perlu kerja (saya sempat bekerja sebagai operator kilang selama 3 tahun sebelum berkahwin). Biar abang tanggung semua walaupun ketika baru berkahwin, gaji dia cuma 1800 sahaja.

Saya ikutkan sahaja. Tapi lama – lama saya rasa bosan pula duduk di rumah. Saya mintak izin suami untuk berniaga nasi lemak kecil – kecilan, di depan rumah. Kebetulan rumah saya depan simpang orang lalu lalang. Saya suka berniaga sebab ibu bapa saya juga berniaga sarapan pagi di warung (warung kat kampung).

Saya dah biasa tolong ibu bapa saya berniaga. Saya mulakan dengan 20 bungkus nasi lemak telur, 20 bungkus mihun telur, 20 bungkus mee goreng telur. Karipap 50 biji. Ketika itu cuma RM2 sebungkus. Dan karipap 4 biji seringgit.

Masya-Allah hari pertama berniaga semua habis. Meloncat saya kegembiraan penuh syukur. Lebih rm130 saya dapat pada hari pertama berniaga. Ditolak modal, dapatlah untung bersih dalam rm60 – rm70. Selepas itu saya tak menoleh ke belakang lagi.

Terus berniaga di depan rumah sehinggalah jualan saya menjadi sebutan di sekitar kejiranan. Tetapi, saya tidaklah mampu untuk berniaga pada skala besar. Saya tak nak terlalu penat. Saya tak nak terlalu sibuk hingga terabai anak – anak.

Sedangkan matlamat asal berniaga dahulu cuma mahu hilangkan rasa jemu di rumah dan nak bantu suami tanggung family. Sekarang, bisnes nasi lemak, sarapan saya masih seperti dulu cuma adalah sedikit penambahan dan pilihan seperti ayam goreng, donut cheese, donut coklat, burger malaysia dan beberapa jenis kuih yang jiran letak.

Cuma pendapatan lebih la sikit berbanding dahulu sebab harga nasik lemak telur pun dah RM3 sekarang. Untung lebih kurang saja sebab barang mentah dah mahalkan. Ada hari saya cuti juga berniaga, contoh jika ada urusan anak di sekolah dan juga urusan family di kampung.

Hari tetap saya bercuti ialah hari Ahad sebab suami cuti juga, boleh bawa anak – anak pergi berjalan. Sekarang pendapatan bersih saya sebulan dapat la dalam 1500 – 1800 (setelah ditolak modal). Saya meniaga pun sekejap saja.

PukuI 7 pagi saya bukak meja berpayung depan rumah. Biasa pukuI 9 pagi dah habis. Orang yang nak pergi kerja adalah pelanggan tetap saya. Diorang beli untuk diri sendiri dan untuk kawan – kawan tempat kerja yang minta belikan juga.

Budak – budak sekolah pun ramai beli bawak bekal ke sekolah. Bagi saya cukup dah pendapatan saya tu. Mungkin pada orang lain 1500 tu sikit. Tapi bagi saya dah syukur sangat dah. Dapat beli baju – baju, kasut, beg tangan online yang saya teringin.

Taste saya yang murah – murah saja. Dapat juga hulur sikit – sikit bagi mak ayah kat kampung. Dapat juga tolong suami sikit sebanyak walau suami kata tak payah. Abang mampu lagi dia kata hehehe. Bila digabung pendapatan kami berdua pun masihlah tak sebanyak pendapatan orang lain yang suami isteri berkerjaya professional.

Tapi saya bahagia dengan hidup sederhana begini. Tiada hutang berat. Hutang rumah dan kereta masih mampu dibayar dengan baik setiap bulan tanpa tertunggak. Begitu juga dengan insuran anak – anak, bil api air semua tidak pernah tertunggak.

Jika anak teringin nak makan KFC atau MCD, masih mampu juga bawa sebulan sekali. Jika sesekali ingin berlibur, bawa ke tempat yang murah atau tidak berbayar seperti ke pantai. Saya banyak mendengar keluh kesah orang yang terlihat banyak duit, kerja bagus tapi sentiasa tak cukup setiap bulan.

Mungkin atas faktor berhutang melebihi kemampuan. Moral of the story, kita hiduplah ikut kemampuan kita. Insya-Allah bahagia. Bersyukur itu penting. Jangan tamak dengan dunia. Terima kasih sudi baca tulisan saya yang tak seberapa ni. Maklumlah, saya tak belajar tinggi. Lepas SPM terus kerja nak bantu mak ayah. Terima kasih admin sudi siarkan. – Zaita, Kakak Nasik Lemakmu. (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zanariah Mahayedin : Bukan nak mengajar just berkongsi. Sebab saya rasa kagum dengan TT yang hidup ukur baju badan sendiri. TT dan husband sign up lah 1 sijil takaful masing – masing, suami hibah ke isteri dan isteri hibah ke suami.

Paling tidak pun 100k seorang. Sewaktu sihat ni semua terlihat sempurna tapi ada kalanya Allah nak uji dan kita tak mampu baca siapa yang Allah nak uji dlu dengan kes4kitan atau kem4tian. Duit tak boleh gantikan tempat suami / isteri tapi dengan duit hibah tu boleh ringankan beban sementara. Kalau memang TT dah buat, boleh abaikan apa yang saya cakap ni.

Midori No Hibi : Alhamdulillah. Kebahagian hidup sis dan lancarnya hidup sis juga mungkin kerana mendapat suami yang baik dan bertanggungjawab yang berperanan baik sebagai ketua keluarga, yang mana tak semua wanita di luar sana mendapat takdir seperti itu.

Semoga wanita – wanita di luar sana yang dberikan takdir yang berbeza, dugaan dalam melayari kehidupan rumah tangga, sentiasa tabah dan kuat dan smoga kalian juga mendapat kebahagian dalam kehidupan kalian walau dari sudut apa pun.

Ann Fardan : Kisah puan ini bukan kisah nasi lemak. Tersiratnya adalah kisah bagaimana keberkatan dalam rumahtangga yang mendatangkan rezeki bukan sahaja duit bahkan kebahagaiaan dan rasa kecukupan kerana suami puan menafkahi puan zahir batin tanpa culas.

Dan puan sentiasa redha dengan apa yang suami susunkan buat keluarga kecil puan. Betapa Allah dah janji orang – orang yang menunaikan hak – hak pasangan, anak – anak dan ibubapanya takkan pernah rasa miskin. Barakah dan redha Allah itu pasti seiring.

Sesungguhnya ketenangan mahal harganya. Hanya orang – orang yang beriman dan menjaga amanah sahaja mampu mengecapinya seperti puan. Moga kekal bahagia hingga jannah!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.