Setiap hari lepas waktu kerja, pekerja tak boleh balik terus sebab ada pengajian. Kalau tak pergi kena denda p0tong gaji RM150. Kalau hari yang tak ada kelas, aku kena basuhkan kandang kucing dia yang busuk giIa tu..
#Foto sekadar hiasan. Di sebalik wajah islamik. Aku kan macam skeptikal dengan golongan – golongan yang macam ni. Guna nama islamik tapi sc4mmer, menindas dan mengani4ya orang. Okay ceritanya ialah aku bekerja dengan satu syarik4t ni.
Owner kepada syarik4t ni sangat – sangat bagus islamiknya. Penampilannya pun bagus, bertudung labuh, berstokin tangan dan kaki, berjubah, pokok pangkalnya baik sangat kalau kita jumpa dia ni. Hari – hari nasihat dia semua ke arah kebaikan, ke arah menjadi muslim yang baik.
Tapi yang tak baiknya dia, aku join kerja dengan company dia, masa interview dia offer gaji RM1,500 basic. Tapi bila aku dapat offer letter, hanya tulis RM1,300 basic sahaja sebab katanya under probation, lepas habis probation nanti, akan naik amount gaji tu. Okay tak apa aku tunggu je.
Semasa kerja, ada je salah – salah aku yang dia nak mention, bab tudung aku, bab penampilan aku, aku lambat solat dan sebagainya. Kalau ditegur secara personal aku masih boleh terima, tapi ditegur depan kawan – kawan, depan client, pada aku dia maIukan aku secara public.
Kalau client ada complain pasal servis kami, laju je dia marahkan aku dalam group tanpa rasa bersalah, tapi macam biasa, dia guna kad islamik ie aku kena muhasabah lah, aku kena marah sebab asbab d0sa – d0sa aku lah, aku tak bersyukur dan sebagainya.
Lepas tu, dalam letter offer aku ada mengatakan ada deduction EPF SOCSO tapi bila aku check balik EPF account aku, tak pernah dicarum sepanjang aku bekerja. Bila aku tanya dia, dia kata aku under probation, nanti dah permanent baru akan dicarum.
Lepas tu, ada hari aku MC, itu dikira unpaid leave sebab katanya aku tak pergi kIinik kerajaan that’s why unpaid leave. Aku pelik sebab sebelum ni aku kerja dengan syarik4t lain, yang ownernya berbangsa lain, tak pernah aku kena macam ni.
Setiap hari lepas waktu kerja dan hari sabtu aku dan kawan – kawan sekerja diminta untuk stay sebab ada pengajian. Kalau tak pergi kena denda p0tong gaji RM150 dan kalau pergi kena bayar yuran pengajian RM50 yang mana juga ditolak gaji.
Kalau hari yang tak ada kelas mengaji, aku kena basuhkan kandang kucing dia yang busuk giIa tu. Tak dibayar OT tambahan pun. Aku penat, ya tau dia buat semua ni untuk ajak orang ke arah kebaikan tapi kenapa p4ksa – p4ksa dan sesuka hati p0tong gaji aku.
Aku rebeI, aku tak nak, sebab aku pun ada komitmen bersama keluarga aku, bukannya nak kena mengadap kerja sahaja 24/7. Dia kata aku sengaja sombong dengan ilmu Allah. Ada sekali tu, kawan aku terp4ksa ambik time slip 2 jam sebab suami dia eksiden, pun kena p0tong gaji sehari sebab katanya tak em3rgency.
Katanya em3rgency dikira untuk ibubapa sahaja, suami pun tak dikira em3rgency. Aku tak tahan, aku letak surat berhenti kerja. Notis aku sepatutnya 2 bulan, aku serve cukup – cukup 2 bulan. Sekali, dia kata kena tambah lagi waktu bekerja aku selama 2 minggu sebab tarikh yang sepatutnya aku last day ialah bukan di hujung bulan itu tetapi 2 minggu kemudian.
Alasannya ialah last day bekerja tak ikut tarikh notis aku tetapi ikut tarikh dia terima surat itu. Dah la jauh nak sampai suratnya tu, kena melalui atasan aku, lepas tu HR pula, lepas tu baru sampai ke meja dia. So dalam 2 minggu extra yang aku kena kerja tu, aku minta 1 hari cuti sebab nak uruskan mak pergi umrah, ada banyak benda yang aku nak settlekan,
Dia terus terminatekan aku masa hari yang aku cuti tu, dia kata sepatutnya bila dah letak notis, semua cuti dibekukan, once bila dah ambik cuti, aku dikira absent dan akan terminated immediately. Okaylah fine, aku redha, as long as aku mampu blah dari situ.
Tapi gaji bulan last aku dia tak bayar – bayar lagi, dah lebih seminggu dari 7 haribulan dah ni. Bila ditanya, berbagai alasan diberi. Dan dia ceramah aku, dia kata aku tak bersyukur, asbab dari d0sa aku yang Allah tahan rezeki aku kalini.
Tiba – tiba aku dapat w4rning letter, 1001 kesalahan dia listkan dan kebanyakannya alasan untuk mem0tong gaji aku. Contohnya aku ada guna harta syarik4t pergi lunch, segala kerugian tu aku kena tanggung. Padahal hari yang aku guna kereta syarik4t tu adalah dia yang minta aku jemput dia dari airport dan terus pergi makan tengah hari bersama.
Dia kata nak belanja, ya dia belanja pada hari tu, tiba – tiba dalam w4rning letter aku dia masukkan sekali amount bill lunch tu sebagai kerugian yang aku kena tanggung. Okay guys, sebenarnya banyak lagi tapi aku tak mampu nak tulis, jadi, mohon guide aku sesiapa yang berpengalaman dalam hal yang macam ni? Aku nak tau steps untuk report dia. – Minilove (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Haiyani Mohd Hashim : Pernah kena. Hampir sebijik. Owner golongan agamawan selebriti. Masa dapat offer kerja, gaji 1700 tapi bila dah lapor diri, gaji 1500. Dan bila dapat gaji, kena tolak lagi RM10, sebab duit pantri.
Kalau tak pergi kerja, kena ada mc. Kalau tak, tolak gaji sehari (rm50). Kalau ada event, kalau tak pegi, gaji tolak rm50 sebab dikira tak hadir bekerja, tapi kalau pergi pun kena tolak gaji rm50 jugak, sebab kena bayar meja, kerusi, tempat duduk.
Senior – senior yang ada tolak epf, epf tak masuk pun. Kemudian dapat kerja lain, saya bagi notis sehari je kat bos. Lantak la apa jadi, dan memang tak dapat gaji tapi lantak, malas pikir. Sebab ada colleague yang kena terminate terus waktu tu jugak, sebab pergi interview kerja lain takde dapat gaji akhir pun, jadi serupa je.
Cumanya saya tinggalkan tempat tu dalam keadaan bersedia dan dah tinggalkan kerja – kerja kat kawan – kawan dalam keadaan diorang tau apa nak buat, instead of tiba – tiba macam yang kena terminate tadi.
Nur Hafizah : Aku pun pernah kena dengan orang macam ni. NGO yang agak famous. Intern dekat tempat dia. Dalam surat, janji nak bagi elaun Rm200 sebulan. Sampai habis intern senyap sunyi. Duit bilik sewa, makan semua pakai duit sendiri. S4kit jugak la. Ditambah lagi kena hadap ustaz gatal dalam company tu. Bila aku nampak ustaz tu masuk tv, sumpah s4kit hati sangat.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.