Boss suami panggil aku, mengadu suami aku ada skandal dengan isteri orang. Aku jumpa suami perempuan tersebut, bagi semua bukti gambar, video

Suami janji nak berubah tapi aku jumpa FB mereka berdua. Aku screensh0t letak dekat status whatsapp. Suami balik kerja dengan marah, dia ugvt aku delete kalau tak jatuh talak 1. Aku nekad Ianggar taklik..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Minta hide profile aku. Aku seorang isteri, ibu kepada tiga orang anak dan bekerja. Aku kenal suami sejak dari zaman belajar. Sebelum bergelar isteri, aku sahabat dan aku kekasih. Jujur, aku sayang dia dunia akhirat. Syurga aku pada dia.

Dia suami yang baik, tak pernah naik suara, tolong buat kerja rumah dan boleh uruskan anak – anak jika aku sibuk. Di awal perkahwinan, saat aku sarat mengandung, dia curang dengan isteri orang. Dia keluar tinggalkan aku berbulan bulan. Saat tu aku sangat terkesan.

Hampir bercerai. Demi anak, aku terima dia pulang. Seperti kata orang, waktu merawat luka. Aku beranggapan suasana aman dan damai tu adalah bahagia yang sama kami rasa. Rupa – rupanya bah melanda dalam sekelip mata. Setelah lapan tahun berlalu, perkara yang sama berulang. Dia curang dengan isteri orang.

Aku yang pernah dicurangi sentiasa beringat, “Suatu hari dia akan curang lagi, dan saat tu aku bersedia menjadi janda.” Mulanya aku sedar dia berubah, tapi aku tak nak menuduh. Hari demi hari, pertengkaran demi pertengkaran. Akhirnya saat tu terbongkar. Aku dipanggil atasan mereka untuk mencari solusi bagaimana nak menasihatkan mereka.

Kalian fikir aku ada kekuatan tu? Dengan anak bongsu baru berumur sembilan bulan pada waktu tu. Aku ambil keputusan jumpa dengan suami perempuan tu. Aku serahkan semua bukti bil telefon, gambar dan video. Jujur, hati aku h4ncur. Kecewa. Depresi. Hilang arah dan hilang keyakinan. Cuma yang aku ada dan aku ingatkan pada diri sendiri, aku bersedia jadi janda.

Cumanya aku beruntung sebab semua keluarga berada pada pihak aku. Kalau pun aku hilang seorang suami, aku masih ada anak – anak yang menyayangi aku. Ada keluarga yang sentiasa menyokong aku. Ada keluarga mertua yang sentiasa memberi dorongan pada aku.

Pun begitu, aku terima maafnya dan aku pegang janjinya untuk berubah. Tapi Allah tu hebat. Dia beri aku rasa yang aneh. Rasa seperti ada sesuatu yang berlaku. Empat bulan berlalu. Suatu hari anak bongsu demam. Dia dah berumur setahun satu bulan. Tinggal sebulan lagi nak sambut ulang tahun perkahwinan yang kesembilan.

Hati tergerak nak buka telefon suami. Wow, k3jutan untuk aku. Satu profil Facebook khas untuk mereka berdua. Segala cerita sumbang mereka. Saat tu aku meIetup. Amarah berbaur d3ndam. Aku buat tangkap layar dan muatkan dalam status WhatsApp dia supaya dia sedar peluang yang aku bagi tu dia sia – siakan. Dan aku tahu apa yang bakal aku hadapi.

Bila kawan dia beritahu pasal status tu, dia balik rumah dengan marah. “Dengar sini, aku bagi masa sampai pukuI satu tengah hari. Kalau tak padam status tu, gugur talak satu.” Ya, drama. Aku nekad Ianggar taklik tu. Maka gugurlah talak satu. Aku hilang arah. Betul – betul hilang.

Tapi masih ada yang belum terluah. Esoknya aku bersemuka dengan dia dan perempuan tu. Aku tanya kenapa berlaku seperti ni. Khasnya untuk perempuan tu, kenapa sanggup curang pada suami sendiri? Kalau suami aku, aku sedar dia ada kuota lagi tiga. Kalau janda atau anak d4ra, boleh juga aku pinangkan. Ni bini orang. Takkan dia nak madukan suami dia pula?

Saat tu marah, kecewa dan kes4kitan yang aku simpan selama lapan tahun sebelas bulan aku lepaskan. Talak dah gugur. Aku dah sedia menjanda. Aku bukan tak ada punca pendapatan sendiri. Dia siap cakap depan perempuan tu yang dia tak akan balik dengan aku dan dia nak ambil perempuan tu jadi isteri.

Aku tak akan maafkan perempuan tu sampai bila – bila. Biar dia merangkak sekali pun di akhirat. Orang yang kita sayang sanggup cakap macam tu. Saat tulah aku sedar aku dalam kesedihan yang sangat dalam. Sedangkan kita sayang dia sepenuh hati.

Ibarat kaca yang terhempas, aku tak ingin s4kitkan diri mengutip serpihan kaca tu. Tapi itulah, ada tiga pasang tangan sanggup berlumuran d4rah menggenggam serpihan tu. Anak – anak. Amarah aku hilang. Yang tinggal cuma kes4kitan. Aku penat dengan hidup. Dalam masa yang sama, tak sampai 24 jam dia ajak rujuk.

Dia WhatsApp seperti tak ada apa – apa. Berkali – kali aku ingatkan dia dah gugurkan talak pada aku. Dia tanya, adakah aku tak sudi lagi jadi isteri dia? Aku dah keliru. Tadi dia beria – ia tak nak ambil aku balik, dah kenapa nak tanya aku soalan macam tu? Dia datang minta maaf. Minta diberi peluang.

Demi anak – anak, aku kata aku tak akan beri peluang semudah tu. Naik mahkamah. Nak rujuk balik pada aku bukan semudah nak nikah dengan aku sembilan tahun lepas. Aku nak dia rasa nak ambil aku bukan jalan mudah lagi. Aku ada maruah.  Dulu nak kahwin isi borang, ada wali, ada saksi dan ada tok kadi. Kahwinlah, biar mas kahwin hutang sampai sekarang.

Rujuk? Cumanya aku jadi paran0id, jadi takut dan depr3si. Aku rasa bila bila masa dia boleh buat balik. Marah tu hilang. Lukanya s4kit dan menakutkan. Aku mula rasa gelisah yang amat. Entah, kadang – kadang fikir hidup ni gamaknya aku cuma jadi beban pada semua orang. Mungkin bahagia tu bukan milik aku.

Entah. Berhari – hari tak tidur. Kalau tidur pun sekejap – sekejap. Kadang – kadang tak sedar tiba – tiba menangis kenang nasib diri. Orang akan nampak aku normal sebab aku tak pernah tunjuk pada orang yang aku bersedih. Bila aku duduk seorang diri, semuanya nampak hanya meny4kitkan pada aku. Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak tahu macam mana nak buang rasa takut ni. Aku tak tahu nak hilangkan rasa s4kit ni.

Ulasan Pembaca:

ALyn Hamzah : Kisah sis sama macam kisah aku. Insya-Allah, Allah sentiasa bersama dengan kita. Redha dan tawakal kepada Allah. Allah tahu semuanya. Sis, sabar. Sis, ni ujian daripada Allah. Allah tahu sis kuat. Pandang anak anak sis. Anak – anaklah penguat kita. Terus kuat, sis.

Mero Pulau : Kena kuat. Awak kerja. Ada duit sendiri. Kenapa nak takut untuk teruskan hidup? Sekarang dah lepas dari selut, jadi tolong bersihkan diri dan jangan patah balik untuk kotorkan diri semula. Carilah kehidupan sendiri. Keluarga dan anak – anak ada. Doa pada Allah untuk dapat jodoh yang lebih baik. Insya-Allah. Sekarang ni uruskan penceraian tu bagi jelas dan selesai sepenuhnya. Jangan biar terg4ntung tanpa penghujung. Nasihat aku, teruskan hidup.

Dayang KU Ainis : Perasaan inilah yang ada pada setiap wanita bergelar isteri yang pernah dicurangi. Apa pun yang tertulis pada takdir puan, semoga puan redha dan ikhlas menerima ketetapan Allah. Serahkan urusan puan pada Allah kerana sesungguhnya kita manusia lemah dan tiada daya. Hanya Allah tempat berserah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :