Byk laki reject aku sbb mak abah letak hantaran 20k, sekali ada mekanik cabuk setuju

Cakap je dari kerja cikgu, offshore, pejabat tanah semua tarik diri bila tahu mak abah letak hantaran 20k sepersalinan. Aku malu bila ada yang kata nak jual anak. Tapi ada sorang lelaki kerja mekanik cabuk sanggup nak kahwin. Dah la gaji dia 1k je, gaji aku 3k, kereta pun tak de, apa lagi rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca setia. Aku berusia 27 tahun, berkelulusan master, bekerja di selatan dan telah berkahwin dengan hantaran 20k, barang kemas sepersalinan berserta mas kahwin 3k. Sabar, jangan cakap apa – apa dulu.

Aku asal dari utara. Yang orang dok kata, “perempuan utara ni mahal – mahal. Yes, aku sangat terk3jut bila mak abah aku kata duit kahwin aku 20k (17k+3k). Jadi bermulalah episode aku ditolak oleh ramai lelaki yang ingin jadikan aku suri hati.

Cakap je dari kerja pejabat tanah, offshore, cikgu, semua tarik diri bila dengar jumlah duit hantaran kahwin. Bila dah cinta sesangat, aku siap pujuk mak abah untuk kurangkan duit hantaran. Jawapan dorang, “Kalau kahwin pun nak minta kurang, macam mana nak beIa anak mak?”

“Nak dapat sesuatu kena la usaha.” “Senang dapat, senang kena buang.” Sampaikan ada sorang mamat tu pernah kata, ermm baik saya beli kereta kalau hantaran dah macam tu. Hadehh… Masa umur 25 tahun, akhirnya aku berjumpa seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk jadikan aku suri hati dia.

Dengar je 20k, dia diam dan cakap akan cuba kumpul duit. Wahh ni lelaki pertama yang sanggup sahut syarat mak abah aku. Jadi malam tu jugak aku call tanya dan minta restu. ”Adik boleh terima dia, mak setuju tak? Dia kerja mekanik je.”

Alhamdulillah mak aku setuju. Mula – mula takut jugak, sebab abang ipar 1st kerja offshore kat Vietnam, yang kedua tu lecturer, yang ketiga PTD. Yang bakal suami aku mekanik cabuk je. Si dia masa tu gaji dalam 1k je tanpa kwsp, ada motor ex5 je.

Aku pulak gaji 3k masa tu. Jadi aku tersangat – sangat tak sangka yang mak aku terima si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu, bermulalah episode kami buat persediaan untuk masa depan. Apa kami buat? Aku punya part sediakan barang rumah siap – siap.

Dari sekecil – kecil benda hinggalah sebesar – besar benda macam tv, sofa, dining table, microwave, oven, washing machine. Boleh kata rumah aku tu dah lengkap la. Semua tu aku beli sikit – sikit masa belum kahwin. Rumah tu memang aku yang beli. Tak de sewa – sewa.

Dia? Dia kumpul duit, memang ik4t perut habis. Makan bercatu, kadang – kadang apa yang aku masak. Aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik – makcik, kawan – kawan dia pernah kata.. “Apsal mahal sangat, ada emas ke kat dia punya *** tu?”

“kita ni pipit dia tu enggang, mana nak sama. Cari la perempuan lain, yang muda, yang hantaran murah – murah. Muda – muda ni senang nak beranak.” “Tak payah la kahwin dengan orang jauh, kahwin yang sama negeri, tak de la kena bayar mahal – mahal.”

“Hantaran ko ni include GST sekali ke sampai mahal macam tu sekali?” Siang dia kerja bengkel, malam buat part time jual burger, baiki kereta sesiapa yang rosak tengah – tengah malam. Aku memang tak bantu langsung dia kumpul duit.

Dia ambik masa 24 bulan untuk kumpul duit kahwin. Tempoh 2 tahun tu, nak jumpa / gayut tepon dengan si dia memang susah. Padahal kami tinggal di taman yang sama. Cuma lain – lain fasa je. Rumah sewa dia kat fasa lama, rumah aku fasa baru.

Ni ada sikit pesanan untuk kaum hawa. Masa lelaki tengah kumpul duit, kita yang perempuan ni jangan la buat per4ngai, merajuk, p4ksa – p4ksa nak jumpa, nak hadiah, nak r0mantik macam drama pukuI 7 tu dan macam – macam.

Kena faham, diorang menggunakan 200% kudrat yang ada semata – mata nak halalkan hubungan dengan kita. Perempuan masa ni kena betul – betul sabar, jangan bayangkan yang bukan – bukan, jangan pikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa.

Selepas dua tahun, dia datang merisik. Raya haji kami kahwin. Jenis mak abah aku, total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. Jadi apa – apa persiapan awal untuk majlis pihak perempuan memang kena dahuIukan duit pihak perempuan dulu la.

Dah habis majlis, mak abah cuma ambil 2k sahaja dari amount sebenar. Aku pun pelik. Rupa – rupanyanya selebihnya tu diorang pulangkan semula pada suami suruh guna untuk buat modal bukak bengkel sendiri. “Di belakang setiap lelaki yang berjaya, ada seorang wanita.”

Alhamdulillah dengan duit hantaran dan pinjaman PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri, di upah pulak 2 orang pekerja lagi. Ada plan jugak nak bukak pusat servis sendiri. Kami berdua memang terk3jut sangat. Mak mertua cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang macam tak ade masa depan tu boleh jadi tauke.

Aku gelak – gelak je, kalau nak kenangkan tempoh 2 tahun si dia usaha kumpul duit tu. Allahu tak sanggup nak kenang. Tak semua mak abah k3jam. Aku dulu – dulu pun pikir mak abah nak jual aku ke apa mintak sampai 20k.

Rupa – rupanya permintaan diorang tu bersebab. Untuk korang yang rasa marah sebab mak abah minta hantaran tinggi – tinggi tu, aku doakan supaya mak abah korang ada plan special untuk korang. Insya’allah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang. – ABANG MEKANIK,I LOVE YOU

Sambungan… Assalamualaikum semua. Mula-  mula sekali akak nak minta maaf kat semua. Akak tengok ramai lelaki yang sentap. Confession pertama akak ringkas seringkas ringkasnya supaya message akak yang tak semua mak abah k3am tu sampai.

Kang akak cerita macam mana abang mekanik pik4t akak, ngorat akak, korang munt4h pulak, ye dok? Too good to be true? Tak lah. Ce tengok kat komen, ramai je yang kongsi kisah sendiri, mak abah pulangkan duit hantaran lepas nikah.

Alhamdulillah, abang mekanik akak sekarang dah menjadi orang yang lebih baik. Mana – mana mak sed4ra abang mekanik yang mengata akk dulu, semua terdiam, dan tak sangka abang mekanik boleh bukak business sendiri.

Siap offer anak – anak dorang suruh kerja dengan abang mekanik. Semua bertanya mana abang mekanik dapat modal, masa duit hantaran dipulangkan hanya family akak dan mak abah abang mekanik sahaja yang tahu. Jumlah wang hantaran juga tidak didedahkan pada jemputan, hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang tahu.

Tak de letak cek dalam frame bagai. Kenduri akak dibuat secara rewang, dulang hantaran semua letak makanan sahaja. Fotographer ada. Kenduri sebeIah lelaki buat doa selamat je. Honeymoon tak de sebab duit dah habis ke hantaran akak.

Mula – mula rasa geram campur malu kat family abang mekanik sebab mak abah akak mintak mahal – mahal tapi buat kenduri ala kadar je. Tak faham dengan syarat mak abah akak. Rasa macam kenapa la mak abah minta mahal – mahal, nak claim modal besarkan akak ke apa, hehe.

Abang mekanik ada pengalaman sahaja, bab pelajaran dia kurang sikit. Kadang – kadang akak tengok dia tulis kat resit customer, battery dah jadi betri, timing belt dah jadi timing bed. Redho je la, dah kami saling melengkapi, dia kurang kat situ, akak kurang kat sini.

Dia tiada sebarang sijil atau apa – apa certificate dalam bidang baiki kereta ni. Akak googel sana sini, cari idea macam mana nak bantu abang mekanik. Sejak mak abah dah bagi modal, tak kan nak bukak business tanpa ilmu? Kemudian akak dapat idea untuk abang mekanik sambung belajar.

Sebabkan dia tak minat belajar, jadi akak cari something yang berkaitan dengan kemahiran. Jadi sekarang ni dia tengah buat sijil skm tahap satu dan join seminar yang PUNB jalankan. Selain dari tu dia juga dapat job baiki kenderaan institusi kerajaan.

Alhamdulillah rezeki lepas kahwin. Tapi susah jugak sebab gomen ni tak bayar direct pada kita, kena la tunggu 3 – 4 bulan baru dapat lump sum payment. Walaupun dah ada bengkel sendiri. Abang mekanik tak de la terus jadi kaya.

Dia pun makan gaji bulanan jugak. Up siket la gaji, dulu 1k sekarang dah jadi tauke gaji dah jadi 2k. Untung selebihnya simpan untuk modal / asset bengkel. Abang mekanik sampai sekarang tak de kereta. Rumah pun duduk di rumah yang akak beli.

Akak yang tak kasi dia buat loan. Kenapa? Akak tak nak bebankan keluarga kecil kami dengan hutang. Business baru nak bercambah, takkan nak terus galak berhutangkan. Tunggulah abis loan kereta akak dulu, pastu baru beli kereta dia.

Yang paling best, pagi – pagi abang mekanik hantar akak pergi kerja. Pastu kereta akak dia guna untuk ke bengkel. Alhamdulillah walaupun terp4ksa kongsi kereta, bersusah tapi akak happy je ada orang hantarkan setiap pagi. G4duh la macam mana sekalipun, esok paginya mesti terp4ksa bercakap jugak.

Mak abah abang mekanik pun dah boleh senyum lega. Dulu anak mampu bagi masa ada lebihan duit, sekarang alhamdulillah tiap bulan dah konsisten boleh hulur sikit – sikit rezeki yang kami dapat. Abang mekanik kadang – kadang dok thr0wback sensorang, dia kata bangga dapat bukak bengkel dengan duit penat lelah sendiri.

Sedih tau, dulu tangan dia selalu Iuka, kuku hitam sebab main dengan minyak, mata merah sebab dok welding. Dah habis kerja basuh tangan dengan chemical, part yang Iuka tu bila kena chemical paham – paham je la pedihnya macam mana.

Malamnya niaga burger, kena pakai sarung tangan, kang orang tengok kuku hitam, orang geIi pulak nak beli. Masa tengah kumpul duit dulu, dari dok rumah sewa, dia pindah duk tingkat atas bengkel tempat lama dia kerja. Duduk situ free, kalau duduk rumah sewa kena bayar.

Alhamdulillah bos lama abang mekanik pun banyak bagi support dan job kat abang mekanik. Maaflah kalau ada yang tiba – tiba telinga bern4nah, telinga tumbuh bulu ke bila dengar part II, almaklumlah part I pendek, ada yang berem0si, tak percaya, tak boleh nak hadam.

Diingatkan confession ni bukan nak cerita pasal betapa sawitnyaaa kisah percintaan akak dan abang mekanik. Hanya nak cakap tak semua mak abah nak jual anak bila mintak hantaran tinggi. Dan ramai je pasangan yang sama macam situasi akak.

Last sekali, akak doakan moga setiap pasangan yang pasang niat nak kahwin tu dipermudahkan j0dohnya. Tak kira la mahal ke, murah ke, tak ada hantaran langsung ke, nanti dah tua tak ada siapa yang akan ingat dah semua angka – angka tu.

Jaga suami kita baik – baik, jangan jaga suami orang. Jauh lagi perjalanan akak dalam alam rumahtangga ni. Moga cab4ran, dugaan yang datang dapat dihadapi. ” Kesetiaan seorang wanita teruji bila pasangannya tidak ada apa – apa dan kesetiaan lelaki teruja bila dia ada segala – galanya.”

Ok akak ngidam nak makan laksa utara, maklumlah baru dapat double line, abang mekanik belum tau. – Suri Hati Mr Mekanik

Komen Warganet :

Saidah Fatimah Johari : Sempoi je akak ni share kisah hidup die. Manusia d3ngki je yang fikir negative. Semoga hidup akak dan family bahagia hingga ke syurga. Bercak4ran suami isteri tu biasela kan.

Nur Azhani Adnan : Dik, akak doakan awak bahagia dik. Setia ke hujung nyawa la orang kata.. hehe.. Memetik kata – kata awak tu, awak kira dah berjaya lepasi ujian suami takde apa – apa. Next maybe ujian untuk suami awak plak bila dia berjaya.

Insyaallah akak doakan awak suami isteri berjaya lepasi segala ujian mendatang. Semua rumahtangga ada ujian. Kala diuji tu nanti, baca – baca la balik confession sweet awak ni. Moga jadi penawar.

Adi Afiq : Wahh Alhamdulillah tahniah untuk akak confessor sebab positif mengandung. Semoga Allah swt kekalkan hubungan mereka suami isteri, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah. Aamiin. Btw worth things to share. Done read both your confessions sis.

Nurain Sabrina : Alololo.. comel. Tergelak – gelak saya baca. Alhamdulillah. Tahniah untuk double line tu. Senyum lah abang mekanik bila tahu satgi. Kih3. Eh, kejap. Ha… Abang mekanik tahu tak akak buat confession kat sini?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.