Dah 7 tahun perkahwinan ada saja yang ibu tak puas hati dgn isteri aku, cebokkan anak waktu malam pun salah!

Bayangkan, bila isteri aku basuh pinggan dan basuh keliling sinki ibu aku akan bising kata isteri aku geIi dengan sinki dia sebab tu disentaInya sinki. Tapi itulah tabiat isteri aku dekat rumah setiap kali basuh pinggan dia akan pastikan sinki dia berkilat sama..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga Facebook. Aku Din. Berumur pertengahan 30-an. Ayah kepada dua puteri dan suami kepada seorang isteri. Isteri aku, N berumur akhir 20-an. Seorang yang tegas pada anak – anak, sangat menghorm4ti orang tua dan agak pendiam. Kami sudah berkahwin hampir 7 tahun.

Aku tak tahu bagaimana nak mulakan sebenarnya. Maklumlah, bukan seorang penggarap cerita. Cuma apa yang aku nak kongsikan disini adalah mengenai isteri dan ibu aku. Ibu aku berumur akhir 60-an dan masih sihat. Duduk di kampung bersama ayah yang juga masih sihat. Alhamdulillah.

Sejak dari awal perkahwinan lagi setiap minggu aku akan pulang ke kampung memandangkan aku anak tunggal. Jadi setiap hujung minggu tugas membawa orang tua aku membeli barang. Jarak perjalanan sehala dalam 2 jam perjalanan.

Rumah mertua aku lebih dekat tapi memandangkan setiap hujung minggu aku pulang ke kampung jadi kami hanya akan ke rumah mertua untuk makan malam sekali seminggu. Family mertua alhamdulillah memang baik – baik dan memahami.

Walaupun adik beradik isteri aku 9 orang semua sangat rapat dan saling membantu. Isteri aku tak pernah membantah walaupun balik setiap minggu ke kampung. Malah dia yang selalu ingatkan aku untuk telefon ibu di kampung setiap hari.

Cuma yang aku perasan sem4kin lama isteri aku sem4kin pendiam bila pulang ke kampung. Pada awalnya dia mengadu yang ibu macam tak suka kalau dia ikut balik ke kampung. Kalau balik ke kampung, setiap kali keluar membeli beIah atau ke rumah saud4ra ibu tak benarkan isteri aku ikut dengan alasan jaga rumah.

Isteri aku tak membantah walaupun di tinggal sorang berjam – jam. Malah bila aku utarakan pada ibu kenapa isteri aku harus tinggal selalunya isteri aku mengalah dan cakap yang dia ok saja. Tak apa pergi saja katanya. Tapi lama kelamaan apa yang dia buat seolah ibu tak boleh terima.

Aku tak tahu macam mana lagi nak tegur ibu. Bila aku tegur ibu akan kata jangan jadi anak derh4ka. Jadi isteri aku diam saja. Aku tau dia makan hati. Bayangkan, bila isteri aku basuh pinggan dan basuh keliIing sinki ibu aku akan bising kata isteri aku geIi dengan sinki dia sebab tu disentaInya sinki.

Tapi itulah tabiat isteri aku dekat rumah setiap kali basuh pinggan dia akan pastikan sinki dia berkilat sama. Bila isteri aku menyapu dia akan kata isteri aku geIi dengan lantai rumah dia. Jijik lantai berminyak tapi tak kan isteri aku nak duduk melepak saja depan tv.

Sudah 7 tahun perkahwinan ada saja topik yang ibu tak puas hati dengan isteri aku. Ayah langsung tak main peranan. Ayah memang sejenis tak ambil pusing. Pernah sekali family mertua aku datang bertandang dan borak dengan ibu.

Banyaklah cerita mertua aku sebab dia memang sejenis suka berborak, Tapi bila family mertua aku pulang ibu kata pada isteri aku yang mak mertua aku tak suka aku balik kampung sebab tu family mertua aku datang nak tengok keadaan anak dia di kampung.

Padahal aku ada saja dekat situ masa mertua aku borak sikit pun aku tak dengar apa yang ibu aku kata tu. Family mertua aku cuma singgah sebab ada kenduri berdekatan kawasan. Itu saja. Akhirnya sampai sekarang keluarga mertua aku tak datang lagi.

Mungkin isteri aku yang bagitau mak dia tapi aku tak salahkan dia. Kalau aku di tempat dia pun aku akan ambil hati. Bila dah nak masuk 7 tahun perkahwinan ni isteri aku dah mula str3ss setiap kali balik kampung. Walaupun cuma tidur 1 hari dua malam ada saja topik yang ibu akan bahaskan. Itu salah, ini salah.

Ceb0k anak waktu malam sebab ber4k salah. Isteri aku pula sejenis kalau anak ber4k wajib cebok dia tak nak pakai tisu basah. Sebab anak yang kecil tu pun dah masuk 1 tahun 8 bulan. Bukan bayi baru lahir. Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang isteri aku buat salah pada mata ibu.

Aku tau isteri aku pend4m dan tertekan. Tapi aku tak tau apa harus aku buat. Kalau aku tak bawa isteri aku pulang ke kampung lagi panjang kisahnya nanti. Harap pembaca semua doakan lah semoga isteri aku kuat dan ibu aku tak mudah bersangka buruk pada orang terutama isteri aku.

Aku sayang dia dan aku tak nak kehilangan dia. Aku takut kalau suatu hari nanti dia tekad akan tinggalkan aku sebab pernah dia cakap, “jangan sampai saya buat pilihan sebab kalau saya pilih, awak tak kan suka pilihan saya”. Tolong aku… – Din (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Kak Ain : Nasib baik sedar sebelum terlambat. Isteri juga ada hak untuk hujung minggu balik ke rumah mak dia atau sama – sama duduk di rumah sendiri dan uruskan benda – benda yang tak sempat dibuat hari biasa.

Masni Azhari : Balik sendiri, tak payah bawa isteri.. Saya hairanlah kenapa mesti bawa balik isteri setiap kali nak balik kampung. Keluarga saya senang aje, balik ke rumah masing – masing.

Satu lagi, dari awal perkahwinan, kita dah tahu per4ngai keluarga kita macam mana, mulut ahli keluarga macam mana. Jika kita tahu akan meny4kitkan hati, elakkan dari berjumpa. Berjumpa sekali – sekala. Kesian isteri.

Norziah Othman : Alhamdulillah. Din perasan dengan apa yang berlaku. Kalau sesetengah (bukan semua) suami, dia akan pertah4nkan ibu sendiri walaupun terang – terang ibu dia salah. Cuba balik sebulan 2x sahaja, sekurang – kurangnya isteri ada ruang untuk diri sendiri.

Kalau ibu marah, bagi jer alasan ada urusan lain. Memang betul anak lelaki tu syurganya pada ibu tapi takkan la benda yang tak elok pun awak nak diamkan jer. Sesekali pertah4nkan la isteri tu. Jangan la lembik sangat bro… Esok – esok isteri buat pilihan, kut melop0ng, gigit jari bro!

Cer Nora : Allahu sedihnya baca., wahai ibu – ibu janganlah kita gunakan kelebihan yang Allah bagi pada kita untuk mengawal hidup anak – anak. Memang benar syurga di bawah tapak kaki ibu jadi berkelakuanlah seperti ahli syurga, bertolak ansur, penyayang, pendek kata semua sifat baik yang selayaknya dengan ahli syurga.

Berilah ruang untuk anak – anak hidup bahagia dengan pasangan masing – masing. Saya percaya anak menantu akan lebih hormat dan sayangkan kita. Kepada confessor ikhtiarlah jalan terbaik supaya isteri tak kecewa dan ibu tak terIuka. Pasti ada cara.

Mastura Burhanuddin : Anak ber4k tengah malam, tak boleh basuh time – time tu, dah kenapa? Cuba kita dah membuang tak yah basuh, selesa ke. Kemudian cuci pinggan, bukan habit bini ko je Din, aku pun kalau cuci pinggan, dah settIe clearkan sinki, bersihkan dan lap.

Kosongkan sampah dalam penapis di sinki sekali. Tang nak sapu sampah, salah ke tolong bersihkan, kang dok saja kata membesarkan bont0t je, menantu malas bagai.. Sebenarnya yang bermasalah ni ko dengan mak ko, mak ko sejenis peny4kit hati, ko peny4kit tak reti nak jaga hati bini..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.