Cikgu anak telefon kata anak takde siapa jemput. Bila balik tengok suami terbongkang tidur dengan pakai tuala

Semalam sepatutnya suami jemput anak saya dari sek tapi bila saya tanya cikgu, suami tak jemput pun. lepas jemput anak – anak, saya tengok suami terbongkang tidur hanya pakai tuala dan saya yakin, suami baru lepas layan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kawan – kawan. Sudah lama saya ingin bantuan dari rakan – rakan di sini. Suami berkerja shift, saya bekerja office hour. Umur kami berdua 30 tahun. Saya ada seorang ibu yang garang dan kem4tian ayah.

Perkahwinan kami dah menjangkau 5 tahun, dikurniakan 2 anak yang sangat comel cerdik pandai. Suami saya rapat dengan keluarga kawan dia, sangat rapat dan sebelum berkahwin, suami tinggal dan kerja bersama mereka.

Masa saya nak bertunang, keluarga kandung dan keluarga kawan suami membantah tak bagi kahwin dengan saya sebab saya ada peny4kit, takut manduI nanti. Jadi saya tak suka kawan baik dia dan keluarga kawan dia tu.

Masa tu saya serah pada Allah, suami saya memang bersungguh – sungguh nak kami berkahwin. Saya hanya mampu usaha dan doa, masa berlalu dan Allah mudahkan urusan perkahwinan. Saya banyak bantu suami masa tu dari segi kewangan untuk jadi kahwin.

Saya tulus ikhlas bantu orang, walaupun pada mulanya saya tak sayang dan tak cintakan suami tapi saya terima atas dasar kesungguhan suami sebab saya yakin saya boleh usaha sayangkan suami, layan suami sebaik mungkin dan saya dah lakukan selama 5 tahun perkahwinan ini.

Dari segi nafkah zahir, suami akan tunaikan semampu dia, kadang – kadang cukup, kadang – kadang tak cukup dan saya akan korek simpanan demi kelangsungan hidup. Suami boleh dik4tegori romantik juga selalu peIuk dan ucap terima kasih tapi itu dulu, sekarang saya tahu dia sudah tak ada hati dengan saya.

Suami tak pernah berkira bab duit tapi sejak dua menjak ni suami berkira bab tenaga masa dan jasa dia. Nafkah batin sekarang ni pun dah lama dibiar sepi. Sepanjang perkahwinan, kami kerap sangat berg4duh dan orang lain akan nampak saya queen control dan garang dengan suami, sedangkan orang tak tahu suami ada kant0i 3-5 kali wasap mesra dengan perempuan lain di tempat kerja.

Pada awalnya kant0i pertama kali masa saya mengandung dan kali ke 2 masa dalam pantang. Yang dalam pantang tu bila saya masuk campur, dia berg4duh sampai jadi kes polis. Saya maafkan saya diamkan sebab baru wasap bukan sampai check in semua.

Paling terbaru kant0i lagi dengan perempuan lain pulak, dan kali ni dia macam bersungguh – sungguh nak dekati perempuan tu. Saya dah tak boleh sabar saya rasa macam terh1na sangat jadi saya bocorkan semua dekat keluarga suami dan keluarga sendiri kecuali ibu saya.

Kes berlalu macam tu je sebab tak ada apa – apa tindakan pun dari keluarga suami mahupun keluarga saya dan saya cuba memaafkan dan melupakan. Dalam masa yang sama suami kant0i berjumpa dengan keluarga kawan baik dia tu, rupanya selama 5 tahun dia sanggup mintak cuti EL MC demi mereka,

Dan mereka tidur di hotel bergembira sedangkan saya m4ti – m4ti ingat dia kerja waktu tu, saya uruskan anak – anak sorang diri. Bila keesokan hari dia akan balik seolah – olah penat bekerja. Rasa diperb0dohkan lagi, ada berg4duh besar tapi tak lama dan kes dibiarkan berlalu.

Disebabkan kes – kes macam ni, saya terp4ksa p4ksa diri belajar semua soc med semata – mata nak kumpul bukti. Suami saya jugak ket4gih video Iucah, segala twitter facebook tiktok telegram pasti ada benda – benda tu. Bila kant0i, dia akan delete dan dia akan create akaun baru, yang lain – lain dia lebih open kadang – kadang saya dapat access akaun dia tapi yang paling dia sembunyikan adalah twitter, dekat sini nak dapat video sangat mudah,

Saya yang tak pandai terp4ksa buka akaun demi nak buktikan ape saya jumpa tu berasas dan bukan bersangka buruk semata – mata. Ini pun dah berkali – kali dia berjanji nak berubah, bantu dan doakan dia. Setiap kali berg4duh, saya ambik masa tenangkan diri dan memaafkan.

Paling kemuncak bila saya dah berani buka mulut bercerita serba sedikit pada abang saya untuk nasihatkan suami, tapi saya juga disalahkan kata tak pandai layan suami. Kesalahan dihamburkan pada saya dan kes berlalu pergi demi kesihatan mentaI saya sebab saya dah tak boleh kawal kemurungan, dah mula cuba untuk ced3rakan diri sendiri.

Semalam sepatutnya suami jemput anak saya dari sekolah tapi bila saya tanya cikgu, suami tak jemput pun. Dah waktu petang lepas jemput anak – anak, saya tengok suami terbongkang tidur hanya pakai tuala dan saya yakin, suami layan video sehingga tertidur.

Biasalah video h4ram ni buatkan kita over penat dan otak mengecut, memang kant0i dia on twitter macam – macam yang ada dalam tu. Dalam masa hampir 2 bulan ni saya memang boleh agak suami saya m4kin teruk dengan ket4gihan ni, bila saya minta bersama tapi dia dengan pelbagai alasan dan lebih suka tidur asing dari saya. Bila saya suarakan nak bersama je, dia akan cepat – cepat tido.

Akhirnya saya halau dia sebab saya dah tak mampu tanggung dan taknak dah anak saya asyik tengok kami berg4duh. Sekarang ni dia dah bawa haluan dia, saya bersama anak – anak. Saya juga pernah mengadu call pejabat agama, tapi lain pulak jadinya bila pegawai di situ cuba nak ‘try’ saya dengan telefon saya secara peribadi nyatakan hasrat ‘nak berkenalan’ saya dah tak tahu siapa yang saya boleh percayai.

Saya pernah ajak suami pergi pejabat agama untuk kaunseling tapi dia memilih berg4duh dari ke sana. Sekarang ni saya hanya fikirkan anak – anak saya, saya kesiankan mereka sebab bab anak – anak suami saya memang perfect.

Layan anak, mandikan anak, suap anak makan, tidurkan anak, layan anak – anak main bila dia ada dekat rumah. Ape saya perlu buat ya kawan – kawan selain berdoa untuk suami? Saya risau anak – anak saya selalu tak sihat dan si adik memang ada appointment hospitaI dan selalu masuk wad, si adik pun tak boleh bercakap lagi walaupun umur dah 2 tahun, cuti saya pun dah nak habis.

MentaI saya pun dah tak kuat, saya pernah cuba nak dapatkan rawatan mentaI tapi kekangan kerja, saya tak ada cuti. Saya pernah bincang dengan suami supaya ceraikan saya dan berkahwin lain sebab saya sedar kadang – kadang kesihatan saya tak berapa baik dan mungkin dia tak suka.

Saya ada masalah jantung, slip disc, masalah hormon dan asthma. Bila saya dalam masalah macam sekarang, saya sentiasa pening nak pitam, saya tak boleh fokus kerja. Salah ke saya halau suami atas niat nak jaga mentaI saya dari terus dis4kiti?

Macam mana dengan nasib anak – anak saya lepas ni, saya tak nak dia orang jadi m4ngsa macam saya tak ada kasih sayang seorang bapa secukupnya. Saya minta maaf penulisan saya serabut dan tak teratur. – Aina (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nor Hidayah Awang : Sebenarnye paham jugak TT nak cerai tak mudah, sebab? TT secara tak langsung  berg4ntung dengan husband, terutamanya urusan anak – anak. Sebab TT kerja dan cuti dah habis, dengan s4kit lagi.. Bila ada suami ade jugak bantuan.

Cerai mudah kalau ade support system yang kuat contoh dari family TT. Sekurangnya bila TT takde cuti, s4kit, perIukan bantuan duit atau kudrat ade family tolong. Ini adalah sisi kenape susah nak cerai. Tapi sisi lain, kalau tak cerai boleh mentaI.

Suami yang tak bertanggungjawab sebagai suami. Kesan jangka masa panjang pada anak – anak dan TT kalau masih bertahan dalam rumahtangga tu. Tapi pejabat agama sangat laa tak bertanggungjawab.. Boleh plak ambil kesempatan pade orang yang terdesak seperti gergaji 2 mata.

Kena report sebenarnye. Entah laa TT apa yang terbaik.. Tapi kalau tanya saya, saya listkan baik buruk cerai dan tidak. Mana yang lebih tu saya pilih tapi plan baik – baik dulu. Mungkin pada awalnya susah tapi jiwa tenang. Moga yang baik – baik buat TT ye.. Semoga Allah buka jalan yang terbaik.

Distracted Haneul : Sayangkan diri puan sendiri. Keadaan puan sangat teruk berdasarkan apa yang dibaca. Kalau puan kesiankan anak – anak cuba puan fikir dari perspektif anak – anak yang asyik tengok mak ayah berg4duh.

Atau suami puan kant0i dengan anak – anak puan semasa tengok video tu. Anak – anak ni cerminan kita… Risau mereka terikut – ikut. Sebaiknya puan buat solat istikharah dan semoga dipermudahkan semua urusan puan. Take care puan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.