Suami aku selalu la kata aku tak terurus. Yelah fasha sandha pun dah kurus, apa lagi alasan aku untuk m4kin mengembang

Aku ni isteri tak berguna sebab aku ni surirumah ke? Buat air nescafe tak kena, iron baju pun tak kena. Suami bandingkan aku dulu sebelum ada anak dengan sekarang. Dia kata aku tak terurus, bila aku nak pergi spa, pergi saloon, dia taknak jaga anak – anak..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Nama aku Sha. Umur 30 lebih macam tu. Sudah berkahwin dan ada anak – anak. Aku seorang surirumah. Berdasarkan tajuk tu kan aku cuma nak tahu apa sebenarnya definisi isteri sempurna?

Yang belajar tinggi, ada karier, berduit, beauty with brain, badan bergetah even dah beranak berkali – kali macam tu ke? Aku tak de masalah apa – apa lah dengan suami aku. Kitorang tak berg4duh. Maksud kalau ada pun, jarang lah.

Mungkin sebab aku banyak pilih untuk diam daripada meIawan mungkin sebab tu kot jarang nak ada isu. Dan kalau berg4duh pun biasanya kami berdua hanya diam, silent treatment macam tu je. Buat hal masing – masing.

Suami aku bukan jenis tinggi suara atau kaki pukuI. Dah bertahun kahwin ni kalau berg4duh macam tu jelah, diam. Takde tinggi suara, takde baling barang, takde naik tangan. Untuk part pada aku alhamdulillah lah. Cumanya kadang – kadang aku rasa macam aku ni isteri yang b0doh sangat.

Walaupun ada degree aku rasa macam aku ni b0doh betul. Aku rasa macam tak tahu macam mana nak jadi isteri yang nampak sempurna kat mata suami aku. Ke sebab aku ni surirumah? Suami aku macam selalu jugaklah complaint. Ada je macam yang tak kena.

Bila aku buat macam ni, tak kena. Buat macam tu, tak kena jugak kat mata dia. Entahlah. Kadang – kadang hal simple pun dia macam boleh bangkitkan jadi isu. Contoh eh, katalah malam semalam aku dah buatkan nescafe macam yang dia mintak la.

Kemudian esok pagi untuk dia pergi kerja, aku buat la jugak nescafe panas. Dia mesti macam “air apa ni? Nescafe ke? Kan malam tadi dah minum air ni? Takkan nak minum yang sama? Awak ni biar betul? Korang faham tak?

Bukannya nak cakap “thank you”, “terima kasih buatkan air”. Mungkin yelah malam tadi da nescafe takkan pagi nescafe lagi. Tapi memang macam tu ke? Tak boleh ke minum je lepastu nanti cakap la esok air lain eh. Kadang – kadang bila aku tanya, “nak air apa?” dia jawab, “tak kisah”.

Jadi bila aku buat je air, nanti dia cakap, “air ni biar betul awak ni? Buatlah air ni bla bla bla”. Aku macam kau nak apa. Aku dah tanya kau tak kisah. Bila dah buat kau kisah pulak. Kiranya kau kisah la kau nak air apa. Cakap jelah betul – betulkan.

“Tak kisah” aku dengan suami memang beza. Aku punya kalau “tak kisah” tu maksudnya aku memang betul tak kisah. Lantaklah. Jadi bila suami aku dah bising macam tu aku pun malas lah nak g4duh. Jadi aku ambil cawan tu, aku buatlah air lain.

Dalam hati tu memang menyumpah la sebab geram. Hal lain pun sama. Aku pernah je kena marah sebab tak reti isi minyak kereta. B0doh betul kan. Nak buat macam mana. Masa belum kahwin ayah aku pun tak pernah ajar semua tu.

Aku pun takde lesen apa semua lagi masa tu. Pernah je dia cakap, “lembab betul”. Dalam hati aku taktau lah kot dia ada kata “b0doh” ke apa tak tahulah. Tapi yang terluah dari mulut words “lembab” tu memang ada. Say sorry?

Dia tak pernah minta maaf pun. Semua macam aku yang salah. Tapi sekarang aku dah reti la isi minyak. Guna drill pun aku reti dah. Banyak benda lah aku belajar supaya tak dilembabkan lagi. Cuma tu lah, ada saja yang tak kena.

Kadang – kadang aku rasa suami aku ni tak boleh nak dijangka. Contoh, baju kerja dia. Aku dah iron letak elok – elok untuk dia pakai. Underwear singlet apa semua aku da sediakan, kau tinggal sarung pakai je. Tapi instead of “terima kasih tolong siapkan semua ni”. Apa yang aku dapat? “Kenapa iron baju ni? Kan dah pakai bla bla”.

“Kenapa iron seluar ni kan dah ketat?”. Bukan ketat pun cuma yelah makan banyak kan, tapi tetap seluar yang salah. Aku macam tak ke pakai je? Kenapa mesti nak cari benda yang takde depan mata? Kemudian kalau macam kau taknak pakai, kau iron sendiri apa yang kau nak pakai.

Aku ni yang dalam pada terasa hati ni iron la jugak yang lain. Jadi aku boleh agak suami  aku ni unpredictable, setiap kali iron baju aku mesti iron lebih. Kau boleh pakai mana kau nak pakai. Kadang – kadang aku cemburu dengan member yang single.

Bebas tak perlu nak fikir orang. Paling tak pun fikir family adik beradik jelah dan hal kerja. Tak serabut fikir per4ngai pasangan. Aku surirumahkan. Bab anak kat rumah ni memang A – Z atas bahu aku. Kalau suami  cuti, nak suruh mandikan anak tu kadang – kadang berkali aku sebut kuat “haaa Z mandi dengan daddy. Ajak daddy mandi”. Dah berkali baru lah dia mandikan.

Aku ada anak yang masih berpampers. Most of the time kalau anak ber4k, aku la yang kena basuh. Suami aku kerja, ada hari cuti. Aku surirumah bila aku nak cuti? Aku pernah la saja gurau kan, “rasa macam tak sihat ni boleh kot MC”.

Lepas tu suami aku jawab, “amboi nak mc apa lagi. Kerja memang duduk rumah nak mc apa. Lain la saya kerja pagi petang belum masuk kursus lagi apa semua”. Masatu baru aku tahu mungkin sebab tu kot Allah jarang bagi aku s4kit. Last demam pun aku tak tahu bila.

Mungkin sebab kalau aku demam pun takde beza. Kadang – kadang pernah la terdetik dalam hati nak masuk wad, tidur dekat hospitaI semata nak rehat yang cukup. Selalu jugak suami aku bandingkan aku yang baru kahwin dengan aku yang bila dah ada anak – anak ni.

Bangun selepas dia bangun. Kalau tak tu, dia bangun semua dah bersiap. Habis tu, aku ada anak yang masih BF. Dia sedap tidur, aku bangun bf anak. Mommy – mommy yang bf fahamlah kot apa yang aku rasa. Nampak je macam baring bagi susu. Tapi penat lenguh haus lapar Allah je tahu.

Nak hulur secawan air untuk aku? Tak pernah. Kalau aku bangun lambat pun bukanlah aku bangun 6.30am pun. Paling lewat pun pukuI 6am je. Bila dah buka mata, takde dah istilah tidur balik. Berjaga la sampai malam. Kalau hari husband aku kerja bolehlah aku curi tulang sikit baring – baring jap lepas dia gerak kerja.

Suami aku selalu la kata aku tak terurus. Yelah fasha sandha pun da kurus, jadi apa lagi alasan aku untuk m4kin mengembang. Bila aku makeup takde pulak nak kata cantik. Duk “biar natural”. Bila dah natural ada je pulak point dia.

Aku buat rebonding. Lama dah. Bila dah lama ni biasalah naik balik rambut asal. Korang yang pernah buat rebond boleh tak suggest produk apa yang ok untuk bagi rambut nampak elok balik? Sik4t yang elektrik tu betul – betul boleh buat lurus balik ke?

Dia selalu cakap duit bulan – bulan bagi gunalah cantikkan diri. Cuba korang cakap nak cantik macam mana tu? Aku nak pergi spa sape nak tengok anak – anak? Suami? Mimpi. Aku masuk watsons 20 minit pun dia da mesej “lembab betul. Buat apa lama kat dalam tu?”. Kalau spa. Ada ke spa 10 minit je.

Lepastu aku pernah la cakap nak pergi salon, so u jaga anak – anak. Dia cakap tu pun tak boleh fikir. Ada je yang lurus rambut tapi tak pergi salon. Macam mana tu? Kalau ada pun macam mana aku nak buat sendiri mana dengan anak lagi aku kena jaga.

Aku cuma boleh mekap lite lite jelah pakai kemas – kemas sikit depan suami. Cuba la jadi yang menarik tapi ada jelah tak kena. Istilah isteri sempurna tu apa. Aku hari – hari rutin sama. Masak, basuh baju, sidai lipat, kemas rumah kemas dapur , bilik. Hari – hari vacuum. Tapi suami aku mesti “kemas la rumah ni. Janganlah sepah”.

Aku kadang – kadang nangis dalam toilet sebab aku fikir kau nak kemas macam mana lagiii ni aku tak faham lah. Kau balik dalam keadaan anak dah mandi, dah makan, takde toys yang berselerak. Tak boleh ke cakap “thank you jaga anak – anak dan urus rumah masa I kerja”. Susah ke nak cakap macam ni.

Kadang – kadang sebelum tidur aku dah plan nak buat tu nak buat ni. Tapi bila pagi lagiii dah mula nak cari salah aku, jadi aku jadi macam useless terbaring jelah. Agak – agak laki aku nak balik baru aku settlekan semua apa yang patut.

Banyak lagi sebenarnya. Aku kadang – kadang rasa serabutt. Banyak lagi aku nak tulis benda – benda yang tak masuk akal keluar dari mulut suami aku tapi penat pulak nak taip. Next time maybe? Or maybe not? Ada hari aku nak lari dari rumah.

Kau jaga la anak sendiri. Ada hari aku rasa macam nak mintak cerai je so that aku boleh rasa aman tanpa takde pagi hari dah mula dipersalahkan. Tapi tulah nak kata g4duh pukuI tu takde lagi. Biasa – biasa je. Aku pun lebih pilih diam dari meIawan balik. Sebab penat nak Iawan balik sebab akhirnya semua aku lah tak betul. Korang doakan aku. Thank you. – SHA (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nurull Halawati : Kesiannya baca. Huhu..ada ciri – ciri lelaki tak guna di situ. Suri rumah ni walau dia tak menambah ekonomi keluarga, dia bantu jimatkan banyak ekonomi rumahtangga ye. Saya sendiri suri rumah dan kerja dari rumah.

Sambil urus rumah, masak, urus anak – anak. Cari duit juga untuk tambah ekonomi keluarga. Alhamdulillah suami memahami. Lepas makan ucap terima kasih sayang, masakkan. Tak lekang tanda penghargaan tu. Kalau balik pinggan masih ada di sinki, dia sambung basuhkan.

Bab urus anak – anak pun tiada masalah. Berbunga – bunga rasa hati bila kita rasa dihargai, dibantu. Penat pun terasa hilang. Itu beza peranan seorang suami pada emosi isteri. Macam tt ni, fizikaI dah penat, mentaI pun penat.

Soalannya, sampai bila sis mampu bertahan? Maybe kena keluar bekerja. Cari kehidupan baru untuk bebaskan semua beban ditanggung. At least, ada me time untuk diri sendiri. Buat perubahan. Kalau keadaan atau orang sekeliling kita tak mampu diubah, kitalah yang berubah.

Jangan terus hidup dalan dunia t0ksik sebegitu. Makan dalam, lama – lama s4kit em0si yang dipendam tu.. boleh jadi peny4kit fizikaI. Cuba cari jalan, untuk dapatkan hidup yang lebih baik dan berkualiti. Seumur hidup itu terlalu panjang untuk bertahan.

Jika bersama pasangan yang salah. Cuba dulu bersuara pada suami.. luahkan segala. Kalau masih ada CINTA, dia akan berubah. Jika masih buta hati, rasanya tahu dah apa perlu dibuat. Cintai diri kita dahulu. Setiap kita ada hak untuk merasa bahagia dan dihargai.

Siti Noraini Maidin : Bukan sis tak sempurna. Tapi suami tu yang pandang rendah sebab apa.. sebab sis “housewife a.k.a tak berkerja a.k.a dok umah a.k.a tak sumbang duit.. so better sis siap – siapkan anak bagi minum botol, then cari kerja. Sis ada degree kan? Percayaalah lepas sis bekerja, ada duit dan tak berg4ntung kepada dia sangat baru dia akan “pandang” sis.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.