Cukup 15 kenduri kahwin aku pergi, sekarang aku rasa sunyi. Kenapa perempuan kalau dah kahwin lupa kawan

Semalam cukup 15 majlis perkahwinan kawan – kawan yang aku hadiri sejak tamat belajar ni. Bila masing – masing dah kahwin aku mula rasa diorang m4kin jauh. Memang orang dah kahwin, suami tak benarkan baIas whatsapp group kawan – kawan ke?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih admin sebab siar confession saya. Semalam cukup 15 majlis perkahwinan kawan – kawan yang aku hadiri sejak tamat belajar ni. Aku cuma nak luah apa yang aku rasa.

Aku mula rasa sunyi. Seriously sunyi. Sunyi bukan sebab sorang – sorang dah tamatkan zaman bujang tapi sebab aku mula rasa diorang m4kin jauh. Kawan sekolah kahwin, aku pergi, kawan zaman universiti aku kahwin, aku pergi. Utara selatan, timur barat semua aku redah.

Macam gigih giIa kan aku pergi. Sanggup naik bas lompat. Sanggup pergi jauh – jauh kawasan pedalaman semata – mata nak tengok kawan aku nikah. Walaupun bila dah kerja masing – masing busy. Dah takda masa nak lepak.

Main baIas whatsApp pun weekend baru meriah. Kalau weekday memang sendu tak terkata.. haha.. Masa yang menjarakkan tak jadi penghalang untuk aku hadir majlis kahwin diorang. Entahlah, waktu tu aku cuma fikir inilah saat terakhir aku akan jumpa kawan aku, giIa – giIa dengan title bujang.

Nanti dia dah kahwin, semua tu dah takda. Sebab tu aku pejam mata duit keluar banyak. Aku pejam mata bila kepenatan. Pernah aku sampai termenung sorang diri dekat stesen bas sebab nak balik tapi tiket dah habis.

Hahaha.. Kelakar kalau ingat balik. Pergi dah selamat, tapi aku lupa cari tiket balik.. Hehe. Punyalah kelam kabut. Aku cuma nak tengok kawan aku bahagia bila majlis dia ramai kawan – kawan datang. Lagi – lagi kawan rapat.

Aku tau ramai ‘spesis’ macam ni, zaman nak habis belajar nangis – nangis waktu nak berpisah. Siap janji kahwin nanti jemput. Nak datang rai sama – sama. Tapi hakik4tnya bila sampai masa, ramai diam seribu. Semua dah busy.

Takda maknanya nak ambik cuti sebab kawan yang dah m4kin jauh. Sebab aku taknak jadi ‘spesis’ macam ni, aku usaha jugak untuk pergi. Lepas 15 perkahwinan aku pergi, aku m4kin sunyi. Yang dulu jadi geng pergi majlis kahwin, terus jadi diam bila dia pun dah selamat kahwin. Serius aku rasa sunyi.

Waktu dia kahwin, dalam group meriah bincang macam mana nak pergi. Nak pergi awal, spend masa sama – sama sebelum dia selamat jadi milik orang lain. Tapi lepastu, dia pun sama hilang dari radar dalam group tu. Aku syak satu hari nanti aku tanya soalan dalam group aku sendiri yang kena jawab. #foreveralone

Aku tak salahkan diorang pun. Mungkin itulah maksud orang kata perempuan bila dah kahwin dunia dia hanya suami dan anak – anak. Aku pujuk hati nak faham walaupun aku rindu nak baca komen diorang walaupun dengan sepatah perkataan dekat group.

Ke memang orang dah kahwin, suami tak benarkan balas whatsapp group kawan – kawan? Sekurangnya respon lah kalau ada jemputan kahwin. Boleh datang ke, tak boleh ke. Suami tak bagi ke, morning s1ckness ke, kucing nak beranak ke apa. Haa, terus aku emo bila teringat bab ni.. Hahaha.

Aku tak tau lah aku sorang ke rasa atau ramai rasa macam ni. M4kin sunyi bila sorang – sorang kahwin dan hilangkan diri dari radar. Nasihat aku, perempuan ni sensitif. Macam mana dulu – dulu kau nak kawan – kawan datang meriahkan majlis kau, begitu jugak dengan kawan – kawan bila masa diorang tiba.

Walaupun kau terp4ksa bawak suami dan anak – anak datang, percayalah hati kawan kau dah sangat bahagia bila kau dapat raikan mereka walaupun kau tak dapat bermalam, chit chat sama – sama, p4ksa bride to be stay up semata – mata nak bergosip kali terakhir sebelum ubah title.

Dia dah cukup bahagia bila tengok kau sanggup dukung anak datang nak raikan dia walaupun sekejap. Seriously, aku tengok kawan aku bahagia sangat bila kawan kami sanggup datang jauh – jauh sambil dukung anak semalam.

Walaupun dia takda waktu gosip time kami malam sebelum akad nikah.. Pada lelaki bergelar suami, benarkanlah isteri luangkan masa dengan kawan – kawan dia sebelum kawan dia kahwin. Selagi mana isteri pandai jaga batas – batas dan jaga maruah korang sebagai suami, izinkanlah.

Dulu kalian kahwin ada kawan – kawan sanggup datang jauh meriahkan majlis korang, gembirakan hati isteri korang. Tiba masa untuk bagi kawan isteri rasa perkara yang sama. Please.. Aku yakin isteri korang pun rindu nak luang masa dengan kawan – kawan dia macam waktu bujang dulu.

Yang hadir majlis kahwin, jangan harap kawan yang kahwin layan kau sepanjang masa. Dia busy layan tetamu. Ahirnya kau kena pandai – pandai bawak diri. Sebab tu better pergi awal. Bermalam kat sana, baru boleh jadi giIa – giIa sama – sama.

Yang kahwin, tolong hargai kawan kau yang datang dekat ke jauh ke sebab bukan semua orang sanggup susah payah datang majlis kahwin korang. Dan 8 bulan lagi aku akan kahwin. Dan kawan – kawan aku tak perlu risau. In shaa Allah, aku takkan berkecik hati jika kalian tak dapat datang.

Aku memahami kesusahan naik turun bas, badan penat, duit keluar banyak dan macam – macam lagi sebab aku pernah laluinya. Aku faham tak semua orang sanggup buat macam aku buat. Malah aku ada kawan, kalau tau susah nak pergi terus tiba – tiba dia ada kerja.

Kalau cakap carpool ramai – ramai. Cepat je beratur jadi orang pertama.. haha. Apa – apa pun aku tetap bahagia hadir majlis korang walaupun sekarang aku rasa m4kin sunyi. Semoga kalian semua bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. In shaa Allah, aku yakin Allah akan hantar orang lain untuk meriahkan majlis aku nanti. – Cik bunga

Komen w4rganet :

Sakinah Sulaiman : Dear confessor, semua apa yang kau lalui tu normal. Cuma nak cakap, bila kau berkahwin nanti kau sendiri akan faham kenapa kawan – kawan kau yang dah kahwin tu menyepi. Jangan bandingkan zaman bujang dengan kahwin.

Masa kau bujang, naik bus pun boleh, no hal boleh redah. Kawan – kawan yang dah kahwin, beranak pinak, sekali nak travel ke kenduri yang jauh – jauh tu terutamanya, memang kena fikir 2-3 kali. Dengan anak – anak, duit minyak dan tol, kos perjalanan dan masa perjalanan membuatkan orang – orang yang dah kahwin ni terp4ksa dahuIukan priority.

Bukan dia tak nak datang, jauh dari sudut hati nak datang, tapi tula, financial mungkin tak mengizinkan. Zaman bujang tak sama dik, balik kerja, balik kelas, baring atas katil boleh tengok wasap. Yang dah berkahwin, mane nak juggle kerja rumah, masak, anak, suami.

Akhirnya bila dah penat sangat tertidur. Begitulah rutin. Kerja ke, suri rumah ke. Macam tulah. Lagi satu dik, kau meraikan semua kenduri kawan kau tu dik, akak salute, tapi nak bagitau, jangan harapkan baIasan. Ko pergi 15 kenduri sebab ko harap 15 orang tu nanti datang kenduri ko balik. Heh tak boleh gitu dik. Nanti kau kecewa dik.

Lagi satu, kalau bab kenduri ni, memang kalau kita dah dijemput, kena pergi. Tapi kalau yang melibatkan travel jauh dan cost, kau kena lah pandai pilih. Yang betul – betul rapat tu pegi la. Kalau setakat kawan sekelas kenal muka je, tak payah la pegi. Bukan apa, supaya in future kau tak mengungkit bila orang tak dapat nak datang kenduri kau. Tu jelah nak cakap.

Nadira Baharudin : Buat kaum hawa yang acah – acah tak paham kenapa lepas kawin kawan – kawan sem4kin jauh tu sama ada korang masih bujang ataupun korang beruntung dapat suami yang sangat sporting, kaki travel dan boleh heret ke sana sini.

GiIa lah kalau kata terus lupa kawan bila dah kahwin. GiIalah kalau kata tak teringin nak tengok kawan-kawan yang pernah susah senang dengan kita dulu naik pelamin.. sumpah teringin. Tapi nasiblah kalau kau dapat husband jenis travel pun tak nak, jenis cuti suka duduk rumah atau memang jenis workhaholic, jenis bila ko cakap, “abang ada kenduri kawan nanti kat Kedah. Jom pergi nak,” tapi dia baIas, “ish buat apa nak pergi tak payahlah. Duduk rumah je rehat.0.”

Then kau nk cakap apa? Nak meIawan suami tarik muka muncung sedepa ke? Atau mogok tak nak masak? Atau terus tinggal suami kau naik bas pergi kenduri sorang – sorang? Sampaikan bila ada kawan nak kahwin dan jemput jadi segan sangat sebab memang tahu tak akan ada kesempatan nak pergi.

So to those yang ada suami sangat so called memahami yang korang boleh heret merata – rata or to those yang belum kawin. Please do not judge us! Last but not least to my beloved friends, aku minta maaf sangat tak dapat pi kenduri korang. Aku sayang korang dan aku sentiasa doakan kebahagiaan korang. Emo sungguh aku malam ni..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.