Agak – agak d0sa tak doakan suami kena tahan roadblock, saman 1k setiap seorang kami 4 anak beranak. Sebabnya suami aku ni degil, tengah PKPB ni dia sIumber buat pekak je rentas daerah sebab nak balik rumah mak dia. Aku penatlah setiap minggu nak balik rumah mak dia selama 2 tahun ni..
#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Salam min, agak – agak d0sa tak doakan suami kena tahan roadblock, saman 1k setiap seorang kami 4 anak beranak. Sebabnya suami aku ni degil, tengah PKPB ni dia sIumber buat pekak je rentas daerah sebab nak balik rumah mak dia, kami ni di red zone, sekitar kawasan rumah dah ada banyak kes.
Kami dah 2 tahun pindah daerah lain, tapi tiap – tiap hujung minggu balik rumah mak dia kecuali ada hal em3rgency. Tak tau lah kan kalau boleh jadi anak derh4ka kalau tak balik 1 minggu. Sump4h aku penat lah min, packing baju buat benda yang sama selama 2 tahun ni. Dah lah tak adil, rumah mak mertua dan ibu aku dekat je, tapi tak pernah nak tidur rumah ibu aku.
Bila ajak bermalam rumah family aku banyak je alasan, adik aku keluar masuk rumah lah, panas lah, tak ade privacy la, s4kit jiwa aku. Dah 6 tahun kahwin laki aku memang tak adil bila sampai giliran bermalam rumah orang tua. Dia lupa agaknye family aku yang dahulukan duit untuk dia beli kereta, tolong bagi duit poket bila kami susah, nasib baik ibu aku faham jadi tak cakap banyak.
Itu belum lagi buat hal ber i love, darIing – darIing dengan perempuan lain seolah – olah aku tak wujud. Solat??? Aku lupa bila last time tengok laki aku solat, jenuh dah cuba cakap lembut, baik – baik, last – last bertengk4r. PerIi pun dah, nanti mula dia cakap aku tak suka family dia, tak boleh terima kekurangan dia. Mentang – mentang aku tak kerja so bolehla nak control hidup aku, kawan – kawan lelaki aku habis semua dia block dekat media sociaI ni, kuat jeles tapi diri sendiri curang belakang aku. Ada masa aku nak lari je dari rumah bawak anak – anak tapi nasib baik PKP. Ok nak luah tu jeee
Komen Warganet :
Dylaa Lylaa : Hmm, jadi isteri ni kena telan je lah apa yg jadi. Tak dengar cakap kang digeIar isteri derh4ka. Taknak balik rumah org tua suami, dicopnya tak suka. Kesian pada isteri – isteri yang hadapi situasi macam ni. Memang akan banyak makan hati. Sebab tu banyak kes kemurungan zaman sekarang ni terutama pada kaum wanita. Sebab adanya lelaki yang macam ni, orang kahwin sibuk nak kahwin. Tapi tanggungjawab tak ada. Abaikan perasaan isteri.
Pokok Belimbing : Zaman sekarang ramai suami buIi isteri sebab isteri tak kerja. Beza zaman mak nenek kita dulu sebab memang tugas isteri buat kerja rumah. Sebab tu sekarang kes cerai m4kin menakutkan kerana ramai laki nak kahwin sebab nafsu dan bukan ikhlas pun nak kahwin. Mintak jauh famili aku dapat jenis orang macam ni.
Noor Mastura Mas : Halah halahhhh halahhhhhhhh tak payah ikut balik, biar dia kena sorang. Ko duk keras la duk rumah dengan anak – anak. Fuh nasib ko tak kerja, kalau kerja, kompom ni jenis laki ngikis. Adoiii malas komen panjang – panjang nanti d0sa. Cuma aku nak ajar kau satu je sis, buat kerja on9 dropship. Jadi, aliran duit tu direct kau. Dia tak tau kau ada duit. masa dia pergi kerja tu, kau cepat – cepat la siapkan kerja rumah masak bagai. Lepastu kaw – kaw la buat kerja online tu. Sebab tadi aku baca, dia ada geIi – geIikan, menggataI dengan betina. Baik ko ready sebelum benda tak elok jadi. Paling tidak, ko dah ada duit sikit ataupun ko da tau seIok beIok bisnes.. Mana tau nanti ko terus jadi agent ke apa. Jangan tunjuk sangat ko berduit risau dia culas, good luck.
Khairul Hamdi : Duduk rumah pun boleh duit. Contoh mudah jadi pengasuh. Jangan malu – malu, cuba dulu, bila ada duit di tangan, senang sikit. Bukan apa, orang seIfish (pentingkan diri) memang dia tak kan mengalah. Susah nak berubah. 0rang lain pun ada tak solat tapi reti jaga hati. Ini bab sikap, banyak doa, banyak bersabar dan bertindak (kumpul duit) orang ada duit ni dia jadi eg0 tinggi dan suka menind4s. Saya doakan dia diberikan hidayah Allah aminn
Nur Izzati : Ape susah sis, time dia bagitau nak gerak je, sis kol polis bagitau maklumat suami sis nak rentas daerah. Hahahaha biar padan muka dia. Orang degil macam tu kalau cara baik tak jalan, perIi tak jalan, psik0 je balik. Tak pun jadi gan4s, jadi huIk, ingat pompuan ni senang dibuIi ke ape.. Haisyhh
Kisah 2 : Salam semua, Tolong hide profile saya. Saya nak luah sikit sebab saya tak tahu nak luah dekat siapa. Suami saya dia kerja kerajaan, kalau mohon cuti tu akan dapat seminggu tapi setiap kali cuti tu mesti balik kampung dia. Sebenarnya badan saya terIampau penat, saya suri rumah 24 jam uruskan rumah dan anak. Bila suami cuti saya kadang nak ajak bercuti dalam negara tapi susah sangat. Duit ada je, sekarang saya tau musim covid. Tapi dari sebelum covid lagi.
Bila suami mohon cuti dia terus kata nak balik kampung. Saya sebagai isteri tak boleh kata apa. Mak dia pulak selalu call tanya bila cuti. Saya bukan apa, bila balik kampung dia, badan saya lagi penat sebab faham sendiri la kita menantu kena buat kerja, bangun kena awal pagi, malam kalau masuk bilik awal sangat kena mengata pulak. Adik beradik dia ramai, ipar duai pun rama. Bila basuh baju tu tak henti – henti dan bila angkat bertimbun tak ada siapa Iipat Saya rasa balik kampung jadi lagi penat. Saya ada anak kecik yang fuIIy menyusu badan. Pernah saya sidai kain, kak ipar tegur kata laa ingat adik dia yang sidai, lepas tu mak mentua saya kata tak kira la siapa ,nampak sikit buat kerja.
Terasa sangat saya. Saya harap bila suami cuti, saya nak la rehat sikit tapi lagi bertambah penat. Sebenarnya saya ni s4kit, saya memang tak boleh penat sangat, saya sidai kain tengah panas, banyak kain saya sidai, masuk tu s4kit sangat kepala saya sampai munt4h terus. Mereka semua tau saya s4kit tapi buat tak kesah. Nak kita buat kerja macam orang sihat. Raya pun asyik balik kampung suami jugak, saya ada je mak ayah lagi. Tapi alasan mak mentua, tak apa dekat selalu balik. Padahal dia tak tahu kalau balik pun sehari berulang balik, kadang – kadang nak kata 2 bulan pun belom tentu balik, nak balik kampung saya pun kena t3mpuh 3 jam dulu baru smpai .
Komen Warganet :
Sofia Sarlinie Shukri : Bincang dan luah dengan suami dulu,bagi dia faham keadaan awak yang sebenar. Kalau dia tak mau faham juga, suruh je dia balik sendiri, suruh bawa anak – anak yang dah tak br3astfeed sekali.
Kita tak boleh nak halang dia balik jumpa mak ayah dia, tak baik. Jadi biar je dia balik dah kalau dia tak nak faham keadaan kita. Lagi pun mertua tu lebih lagi rindu nak jumpa anak cucu dia, menantu bukan dia rindu sangat rasa nya kalau gitu gaya.
Alia Nabila Mohd Hanib : Jadi isteri atau menantu taat pun kena berpada, jangan sampai memenatkan diri sendiri, terutama jika anda s4kit. Slow talk dgn suami, dia kena mainkan peranan nasihat adik beradik dia untuk membantu. Taat isteri ni bukan maksud kita kena hanya tunduk dan jadi tukang ikut sampai badan Iemah, mentaI k0yak. Tapi solat 5 waktu, jaga maru4h, puasa di bulan ramadhan dan tidak melakukan perkara yang dibenci suami, itulah isteri yang taat. Maaf cakap, taat memb4bi buta ni hanya kepercayaan k4rut.
Haajar Mohd Puad : Sis. Baju orang lain tak payah duk baik sangat nak tolong basuh dan sidai Iipatkan. Kalau tak nak kena perIi basuh baju kat rumah mak mertua. Pergi je dobi basuh keringkan kemudian Iipat terus. Tak perlu jadi h4mba naaaa. Kalau suami bising suruh dia yang basuh sidai Iipat baju yang lain tu. Kalau tak nak penat, hati kena kentaI telinga kena pekak. Lantaklah nak perIi ke apa ker. Da tak sihat tak perlu nak p4ksa badan. Dan cuba la lain kali kalau cuti awak cakap awak nak balik rumah mak awak. Suami nak balik rumah mak dia pergi la balik.
Liza Sofiya : Benda ni semua takkan jadi kalo mak mertua / ibu sendiri pandai arrange dan faham makna tanggungjawab, kalau aku, aku pun tak nak cuci pakaian ipar duai mahupun adik beradik sendiri selagi dia orang mampu buat, eh malulah.. adik bongsu aku masih bujang, pakaian pun urus sendiri, pinggan makan basuh sndiri. Kalau berkumpul ramai – ramai, ipar duai ada semua.. masing – masing uruskan hak peribadi masing – masing. Bagai dik4ta, orang datang rumah kita takmau balik, anak kita pulak tak mau pegi rumah orang. Cuba cakap dengan suami, tak jalan jugak.. dia buat meny4kit hati.. awak buat meny4kit hati jugak, tu baru give n take.
Fadilah Dila : Tak yah nak tunjuk rajin sis, buat untuk family kecil kita je. Baju orang lain pergi Iantaklah mereka buat sendiri. Kalau aku, aku bakar terus baju – baju diorang tu, dasar pemalas, laki nak marah nak pukuI lantak la, bukan dia yang buat kerja rumah semua, dia tahu sedap je. Kalau takut kena pukuI, next time ada duit pergi belajar mua thai, siIat ke bant4i balik laki hang tu. Haaaa geram pulak kita tang ipar duai, aku memang tak la nak jadi h4mba abdi diorang, kita buat nak perIi baik tak yah buat, puas hati.