Terp4ksa kahwin ikut pilihan keluarga, dah 13 tahun anak 3 orang tapi saya masih tak mencintai isteri. Isteri plak pemalas

Kalau isteri lain balik kerja kena ke dapur memasak, suami duduk baca paper. Tapi saya yang turun tangan bantu ke dapur, hinggakan mandikan anak – anak pun saya bereskan. Minta isteri ambilkan air pun, dia suruh saya ambil sendiri. Jadi bukan salah saya, kalau saya sukakan isteri orang lain..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, semua. Selalunya hanya kaum isteri dan wanita je yang buat luahan kan. Sebenarnya, perasaan orang lelaki tak sama seperti kaum wanita yang suka bercerita pada orang lain dan menagih pendapat atau mungkin mencurahkan isi hati mereka tetapi kepada kebanyakan lelaki mereka lebih suka menyimpan segalanya.

Kemudian apabila sudah tidak tertahan mereka bertindak dan maIangnya ketika bertindak itulah segalanya akan menjadi terlalu sukar dikawal. Namun saya agak lain sikit, bukan nak puji diri, saya rasa saya tidak akan bertindak keras hingga boleh merosakkan masa depan anak – anak kerana saya sayangkan mereka dan saya tak mahu kerana perbuatan saya seorang boleh memusn4hkan harapan mereka.

Sebenarnya perkahwinan saya yang sekarang bukan berdasarkan cinta sama cinta, ia lebih merupakan perkahwinan yang diatur keluarga, kahwin dulu cinta kemudian. Memang benar kalau anda kata mana ada orang zaman ini berkahwin seperti saya, tetapi itulah yang terjadi.

Semua ini berlaku gara – gara cinta pertama saya gagal tengah jalan. Cinta pertama saya putvs apabila gadis yang saya cintai setengah m4ti berpaling arah. Saya berk0rban segalanya untuk dia, tetapi bila saya meminta sedikit kesabarannya dia tidak sanggup berk0rban. Maklum saya tak ada kerja tetap waktu itu.

Masa sama – sama menuntut di U dulu saya berk0rban tolak tawaran ijazah kepada diploma untuk bersamanya. Lepas belajar saya dapat tawaran bekerja di utara, tetapi dia bekerja di KL. Katanya dia tak sanggup berpisah dengan saya.

Kerana sayang juga sekali lagi saya berk0rban menolak tawaran kerja tersebut untuk mencari kerja di KL. Nak jadikan cerita terjadi gawat pada tahun itu, kerja sukar didapati. Saya lakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk hidup, maklum duduk di KL kalau tak berduit memang susah.

Saya buat dua kerja untuk bayar sewa rumah. Tahun pertama memang kekasih saya Roslah boleh sabar, masuk tahun kedua dia mula desak saya cepat cari kerja, lepas tu dia mencari alasan keluarganya desak dia kahwin segera dengan orang senegerinya dan lamaran jejaka pantai timur itu telahpun diterima.

Kerana cinta yang teramat hampir setengah tahun saya jadi tak betul kerana saya amat sayang dan kasihkan Roslah. Pada saya cinta saya tak ada pada gadis lain selain dia. Akhirnya saya buat keputvsan tak mahu bercinta lagi.

Kerana saya masih terdengar – dengar janjinya sehingga luruhnya hati saya, “aku tetap mencintaimu,” kata – kata hikmatnya membuat saya mer4na dan akhirnya memakan diri. Setelah setahun bekerja tetap, keluarga mendesak supaya saya kahwin, tak guna tunggu orang yang tak sayang.

Namun cinta sukar dijual beli, jiwa tetap mer4na. Namun permintaan ibu bapa dan keluarga sukar ditolak, akhirnya setelah lebih tiga tahun mer4na, saya terp4ksa mengikut kehendak mereka. Kerana calon isteri pilihan adik beradik tentulah mereka carikan yang terbaik.

Kini perkahwinan saya sudah menjangkau usia lebih 13 tahun. Anak dah tiga, yang tua dah masuk sekolah menengah rendah. MaIangnya jiwa saya kosong, cinta yang dicari tidak kesampaian, isteri saya tidak tahu menilai cinta saya.

Secara kasar memang adik beradik dan ibu nampak saya bahagia, tetapi sebenarnya jiwa saya member0ntak, bukan kesal cinta pertama yang kecundang, sebaliknya kerana saya tidak mendapat kasih sayang seorang isteri. Saya kesal tidak mencari cinta sejati, mencari orang yang benar – benar cinta dan sayangkan saya.

Isteri saya Izan tidak ambil berat diri saya, tidak mencintai saya. Oleh kerana saya pandai mengurus rumah tangga, semua dia lepaskan pada saya, sampai mencuci pakaian, memasak dan berkemas rumah saya lakukan.

Memang saya suka memasak dan berkemas rumah tetapi sebagai suami saya mahu makan masakan air tangan isteri sekali sekala dan saya mahu lihat cara dia berkemas rumah, sebaliknya dia mahu saya melayan dia. Kadang – kadang tu saya pesan tolong panaskan lauk saya nak makan balik malam nanti, dia mengaku ia, bila balik saya lihat dia dah tidur atas katil.

Sebabkan saya pandai masak nak makan pun kena masak sendiri. Masa mula – mula kahwin dulu saya fikirkan dia penat, begitu juga masa anak masih kecil – kecil fikirkan biarlah saya bantu tetapi akhirnya semua benda saya terp4ksa uruskan.

Masa dalam pantang sayalah uruskan rumah, jaga anak dan siapkan makan minum dia, dia tak buat apa pun, semua tunggu saya balik pejabat bereskan. Sebagai suami saya pun teringin dibelai, dipujuk dan disayangi isteri, tetapi Izan tak ambil tahu langsung.

Usahkan nak masak makanan kegemaran saya, nak hulurkan air ketika saya kehausan pun susah, alasannya penat suruh saya ambil sendiri. Apa penatnya kalau kebanyakan urusan rumah saya yang bereskan dan rumah kami bukan banglo 2 tingkat mungkin penat nak menyapu atau turun naik tangga.

Kalau dia penat saya pun penat juga, kita sama – sama bekerja. Kalau isteri lain balik kerja kena ke dapur memasak, suami duduk baca paper tapi saya turun tangan bantu ke dapur, hinggakan mandikan anak – anak pun saya bereskan.

Kalau ikutkan rasa saya yang kecewa ini mahu saya tinggalkan rumah dan mencari cinta sejati, mencari orang yang sayakan kita dan layan kita sebagai suami, tetapi bila lihat muka anak – anak semua perasaan yang terIuka terp4ksa saya telan semuanya.

Saya tak mahu anak – anak mend3rita hidupnya kerana saya ingin mencari cinta dan kasih sayang untuk diri sendiri. Sebenarnya jiwa saya amat sepi ketandusan kasih sayang tetapi sampai bila saya boleh sabar? Kebimbangan saya kalau jiwa saya yang kesepian ini diisi oleh wanita lain.

Saya tak mahu keluarga h4ncur, tetapi apa lagi boleh saya lakukan. Saya juga mahu merasa dikasihi, disayangi dan dibelai. Itulah kehendak seorang suami. Tak kira lelaki atau perempuan bila jiwa kosong tidak dikasihi oleh pasangannya dan ada pula orang di luar yang memahami dan tau mengambil hatinya.

Sudah pasti jiwanya cepat tersentuh menjadi shahdu, bagaikan orang kehausan di padang pasir, setitik air sudah cukup bermakna dan boleh membuatnya hidup semula. Begitulah dengan jiwa saya yang secara kebetulan bertemu dengan seorang wanita (isteri orang) Salha namanya yang senasib dengan nasib dan jiwa saya.

Saya kehausan kasih sayang isteri, dia pula mend3rita kerana suami. Kami senasib bila bertemu bagaikan api disiram minyak terus terbakar. Bermula dengan pertolongan yang sedikit akhirnya saya menyedari hati dan jiwa kami serasi kerana masing – masing kecewa.

Salha selalu nampak sedih ke pejabat, sering minta bantuan saya membayarkan bil dan sewa rumahnya. Saya hairan mengapa tak meminta bantuan suaminya, kata Salha dia pasti bilnya tidak berbayar dan duitnya dihabiskan pada wanita lain.

Bermula dari bertanya inilah saya tahu dia mend3rita sebab suaminya tak bertanggungjawab. Bukan setakat memasak mengurus rumah dia mesti bereskan, dia juga terp4ksa bayar bil dan sewa rumah sebab gajinya lebih besar dari suaminya.

Saya mend3rita bukan dipukuI seperti Salha, tetapi jiwa tertekan, bila masing – masing mencurahkan perasaan maka bersemailah kasih sayang dan cinta antara kami. Namun bukan bermakna saya nak kahwin dengannya, tetapi Iuka di hati ini terasa terubat kerana ada orang yang sayang, ambil berat.

Hubungan kami bersandarkan em0si dan perasaan yang keciwa bukan berlandaskan nafsu, tetapai kasih sayang dan hati. Namun kami sedar sampai bila kami harus macam ini. Berkongsi kasih sayang dengan isteri dan suami orang.

Tapi bukan salah kami, salahnya kerana kami tidak mendapat kasih sayang di rumah daripada suami dan isteri masing – msing. Kata Salha nasib dia lebih maIang, bukan setakat tak dapat kasih sayang, malah lebih mend3rita kerana turut melibatkan fizikaI dan em0si, hingga dia hampir – hampir mengalami masalah s4kit jiwa.

Kini setelah 7 tahun persahabatan kami hidupnya banyak berubah kepada kebaikan, saya yang banyak membantu dia kerana kami saling berkongsi masalah. Hubungan kami setakat melahirkan isi hati masing – masing yang tertekan, tidak pernah terIanjur kepada z1na, sekadar keluar makan, berpegangan tangan dan bergandingan itu adalah.

Kami memahami masalah msing – masing kerana itu dia lebih dekat dengan saya berbanding orang lain, sebab masalah kami sama. .Justeru, ada perkongsian kasih sayang antara kami. Namun Salha tetap mahu menjadi ibu dan isteri yang baik kepada keluarganya, walaupun dia dipukuI dan did3ra psik0logi, tetapi dia tetap gigih teruskan hidup demi anak – anak, sama seperti apa yang saya lakukan.

Dalam pada itu saya tak mahu rosakkan nama baik saya kerana hubungan kami ini. Kerana saya adalah pemimpin masyarakat di kawasan perumahan saya, malah saya menjadi role model bukan sahaja kepada masyarakat setempat, tetapi kepada adik beradik saya mereka begitu menghorm4ti saya kerana rumah tangga kami aman.

Penyertaan saya dalam persatuan – persatuan sukarela, belia, masyarakat, masjid dan PIBG adalah untuk mengisi hati saya yang sunyi dan kosong kerana saya tak mahu ikutkan perasaan. Pada saya inilah saja jalan untuk mengubat hati saya.

Bila memikirkan ini tidak hairanlah ramai suami senasib saya beralih kasih, kahwin dua atau bercerai berai. Kerana isteri tidak tahu membeli jiwa suami mereka. Lainlah suami yang memang mempunyai motif tertentu. Jiwa saya yang kosong tetap tidak diindahkan oleh Izah yang lebih pentingkan diri sendiri, kerana dia tahu saya tidak akan tinggalkan dia kerana anak – anak.

Tapi sampai bila, dan saya bersyukur Salha memahami jiwa saya. Pada saya, mencari kasih sayang di luar dengan isteri orang tidak berd0sa kerana isteri orang ini juga menderita hidupnya. Dialah tempat mengadu nasib malah dialah yang memberi kekuatan agar tidak s4kit jiwa.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.