Aku bekerja dengan pendapatan gaji 5 angka. Setiap bulan akan bagi nafkah untuk isteri dan juga duit untuk ibu dan ayah mentua. Tapi masalahnya semua kerja rumah pun aku kena buat. Kalau aku tegur isteri, dia akan buat kerja tapi sambil buat muka. Paling sedih bila akan teringin nak makan makanan kegemaran aku, dia langsung tak masak sebab dia tak tahu masak…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Sebelum menulis lebih panjang. Tulisan ini sekadar memberi pedoman untuk isteri – isteri di luar sana. Tulisan ikhlas dari hati seorang suami yang ters4kiti dek seorang wanita bergelar isteri.
Tulisan ini bukanlah untuk menyatakan aku tidak menerima kekurangan isteri. Aku juga mengakui bukanlah seorang suami yang baik sempurna dan aku sedar, aku juga punya kelemahan di mata dan di hati isteri.
Alhamdulillah telah lebih 15 tahun berumahtangga. Dikurniakan pelbagai nikmat dan dimudahkan rezeki. Isteri seorang suri rumah dan meniaga sambilan suka – suka secara online. Aku bekerja dengan pendapatan gaji 5 angka. Alhamdulillah direzekikan dengan 3 orang anak.
Dari segi nafkah kewangan kepada isteri, aku beri dia elaun duit poket dan hulurkan sedikit duit pada parent dia. Kalau dia nak beli apa – apa baju tudung etc. Aku akan bayar.
Routine aku dekat rumah. Aku jenis tak melepak dengan kawan – kawan. So banyak masa aku spend dekat rumah dengan anak isteri. Balik je kerja aku dah sibuk uruskan hal rumah.
Sampai rumah aku mandikan anak – anak. Kalau aku penat aku minta wife mandikan tapi dia akan buat muka terp4ksa dan tak suka. Sebab dia memang tunggu aku balik mandikan anak – anak.
Aku pernah juga marah dia buat kerja rumah sambil buat muka. Kalau buat muka macam terp4ksa tu. Tak payah buat aku kata pada dia. Aku boleh buat semua.
Malam sebelum tidur aku ironkan baju sekolah anak – anak dan baju kerja aku. Basuh baju dan sidai aku yang uruskan. Sebab aku nak nak jaga aur4t dia. So tak perlu dia keluar rumah sidai baju.
Bab Iipat baju aku sengaja tak Iipatkan. Nak bagi dia Iipat. Sebab aku dah basuh and sidai takkan aku kena Iipat juga. Tapi baju tu berIonggok menimbun. Last – last hujung minggu aku juga yang Iipat. Kalau aku tak rajin berminggulah baju tu tak berIipat.
Kadang – kadang berbulan tak berIipat. Yang aku perasan dia akan Iipat kalau aku perIi dia baju dah menimbun macam gunung. Pagi – pagi, aku jenis bangun awal sikit dari wife. Dari anak sekolah tadika aku yang k3jutkan, mandikan dan siapkan anak – anak pergi sekolah.
Wife bangun bila anak dah siap nak ke sekolah. Aku pula expect dia macam mak – mak kita bangun awal pagi. Siapkan anak – anak. Sediakan sarapan. Tapi dah lebih 15 tahun kahwin tak berubah. Anak – anak pun dah pandai siap sendiri.
So boleh d1katakan kebanyakan kerja rumah aku buat. Wife cuma masak dan kemas rumah. Hujung minggu aku akan mop rumah dan basuh bilik air. Dulu – dulu menyapu rumah aku yang buat sebelum keluar pergi kerja. Cuma sekarang aku malas nak buat.
Aku biarkan dia buat. Wife aku tak pandai memasak. Bila aku request lauk kegemaran aku. Dia memang tak akan masak sebab tak pandai dan tak ada effort pun nak belajar masak lauk kegemaran aku.
So lauk dia masak jenis simple, fast food, western and frozen. Nasib aku jenis tak cerewet sangat bab makan. Jenis makan je apa yang ada. Kalau teringin sangat nak rasa aku beli luar.
Nasihat aku untuk isteri – isteri belajarlah masak lauk favorite suami dari mak mertua korang or at least Google lah. Masak sedap – sedap untuk family suami dan anak – anak ni penting. Anak – anak akan ingat air tangan kita.
Nanti tua anak cucu tak sabar nak balik kampung sebab nak rasa air tangan nenek. Suami akan rasa dihargai bila isteri ambil hati dengan masak lauk favorite dia. Bab hubungan atas katil sedikit hambar.
Dia sebolehnya akan menolak ajakan aku. Dia jenis tak pernah meminta dan mengg0da aku. Aku pula yang rasa macam terhegeh – hegeh. Kalau aku ajak. Ada je alasan dia. Penatlah, ngantuklah, nak tidur awallah.
Kalau aku tak ajak, elok je dia ngadap hanphone 1 – 2 pagi. Aku masuk je bilik, dia buat – buat nak tidur. Kadang – kadang aku sengaja tak sentuh dia lama konon merajuk. Tapi dia macam tak kisah pula. Aku pula tak kuat menahan nafsu.
Sejujurnya laki ni hiburan hati dia adalah isteri. Kalau isteri tak melayan. Takut suami korang akan “terbab4s” di luar. So layanlah suami korang seiklhasnya dan jangan menolak ajakan suami kerana suami korang bukan mala1kat.
Mujur aku masih waras. Tak berskandaI or makan luar jauh sekali. Aku tak nak rumah tangga ni runtuh disebabkan aku berskandaI or makan luar. Mana nak letak muka depan anak – anak bila tua nanti.
Mohon doa dijauhkan aku dari ujian dan dug4an yang bukan – bukan. Dah panjang rupanya aku menaip. Nanti boring korang nak baca. So kesimpulannya yang aku nak sampaikan.
1. Bila suami rajin bantu buat kerja rumah hargailah dia.
2. Belajarlah untuk masak makanan kegemaran suami.
3. Kalau boleh elakkan menolak ajakan suami. Sesekali g0dalah suami korang. Kalau korang tak g0da takut dia terg0da dan tern0da.
4. Sentiasalah belajar ilmu rumah tangga. Kalau tak ada masa nak ke kuliah. Dengarlah dari youtube.
Akhir kata. Bukan niat aku nak menafikan kebaikan isteri. Cuma sekadar ruang tulisan dan masa yang terhad tak dapat aku nak ceritakan kebaikan isteri. Banyak sebenarnya.
Sejujurnya aku menerima kekurangan dia sama seperti dia merima kekurangan aku.
Tulisan ini sekadar memberi pedoman ilmu berumah tangga dari hati seorang suami. Mana yang korang rasa baik. Bolehlah diamalkan. Mana yang salah silalah kecam diruangan komen. Aku tak kisah. Sekian, – Suami ters4kiti (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nomie Noriz : Garang macam rimau ke bininya. Yang kita ni isteri bekerja, balik laju – laju nak masakkan makanan untuk suami yang balik keje mesti lapar, yela mungkin nasib tak sama.
Tapi bertolak ansur dalam buat kerja rumah mesti ada, kalau suami dah tolong sidai baju, Alhamdulillah la, membantu sangat – sangat dah tu.
Mastura Zainal Abidin : Cari masa, keluar berdua dengan isteri, luahkn ape yang terpendam dalam hati masing – masing. Berbincang dan carilah penyelesaian untuk selesaikan hal ni.
Keluarkan apa yang dah lama tersimpan. 15 tahun tu orang kata dah masuk tempoh matang untuk alam perkahwinan ni. Hanya encik sahaja yang lebih tahu dan faham isteri macam mana. Semoga dipermudahkan segala urusan encik dan isteri.
Kroll Shafi : Kita geng bro dah 15 tahun kawin, anak sorang boy. Saya iron baju sekolah anak sampai kak ipar tanya siapa iron baju abang ni (panggiIan anak) ? Wife tanya nape? Kak ipar kata licin dan kemas, cantik hahaha.
Ramai suami yang bantu kerja rumah dengan ikhlas dan redha ni. Cuma laki kurang suka cerita terutama hal rumahtangga. Harap kaum hawa atau isteri dapat terima luahan hati confessor persepsi dari seorang suami.
Saya tahu nape confessor tak bincang dengan wife sebab nak elak pertengkaran. Mungkin wife tak dapat terima pendapat orang lain.
Intan Rohani Yusof : Sedihnya. Bila suami okay, isteri pulak yang tak berapa nak okay. Isteri yang okay pulak dapat suami kaki pukuI, m4ki hamun, abai nafkah, curang. Hidup ni memang banyak dug4annya kan.
Harapnya encik bersabar la. Cuba usahakan sesuatu supaya isteri berubah jadi yang lebih baik. Saya doakan yang baik – baik saja buat encik dan isteri. Semoga encik kekal jadi suami dan ayah yang baik dan sentiasa jadi orang yang baik – baik.
Ez Ezan : Saya komen sebagai pengajaran sahaja. Bantu isteri dalam pengurusan rumah tangga. Bagus. Memang sangat respect dengan suami yang bertolak ansur. Namun sebagai suami jangan terlalu manjakan isteri sampai tak boleh tegur langsung isteri.
Sebab bila dah terlalu lama. Jadi kebiasaan. Salah satunya suami akan cakap “ala.. malas nak cakap, malas nak panjang cerita”. Akhirnya isteri terlalu dimanjakan sampai tak sedar kesilapannya. Bila mana dah berpuluh tahun.
Baru nak tegur, jawabnya.. mmmm.. faham sendirilah. Lain pula bila suami sentiasa berkomunikasi dengan isteri, bantu isteri dalam rumah tangga dan toIerate dengan isteri. Isteri pun ok bila suami menegur dengan cara baik.
Sama-sama perbaiki apa yang kurang dan melengkapi. Ini berdasarkan pengalaman saya melihat orang terdekat saya. Sangat dekat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.