Bulan pertama beribu – ribu sampai bulan ke-2 dan ke-3 pon masih beribu. Mula – mula cakap nak bayar hutang. Tapi ni dah buat kenduri arw4h hari ke-40, nak buat pulak untuk hari ke-100. Sampai suami kena buat kerja macam2 sebab nak bagi duit, dengan saya dan anak2 kena angkut buat kerja part time..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca, admin minta tolong hide fb saya. Saya cuma nak meluah sikit, saya tak puas hati dengan sikap ipar – ipar saya yang mendesak suami saya bagi duit untuk semata – mata buat kenduri arw4h mertua saya.
Mertua saya duduk jauh dengan kami anak beranak. Ibu mertua asal luar negara, ayah mertua saya dari negara sini jadi mase anak – nak lahir semua di negara ni. Bila mereka dah tua, mertua saya balik ke negara asal dia.
Kemudian balik dalam setahun lebih ibu mertua saya meninggaI dunia. Bila meninggaI kami tak dapat balik tapi hanya kirimkan duit untuk segala kos kebumi dan bayaran untuk menguruskan jen4zah pada orang – orang kampung mertua saya.
Sekarang ni mertua saya meninggaI dah hampir 3 bulan. Yang saya hairannya, kenapa setiap bulan ipar saya asyik meminta – minta duit pada suami saya untuk buat kenduri untuk arw4h mertua saya. Kalau sedikit dalam berapa ratus, saya tak kisah.
Bulan pertama beribu – ribu smpai bulan ke-2, bulan ke-3 pon still beribu – ribu. Mula – mula cakap nak bayar hutang la, bayar itulaa. Kemudian bulan ke-3 terus nak buat kenduri untuk arw4h. Hari tu dah buat kenduri arw4h 40 hari smpai beribu – ribu ni nak buat kenduri untuk 100 hari pulak.
Walhal setiap minggu suami saya buat makan – makan hantar ke masjid dah untuk tahliI arw4h. Nak buat kenduri saya tak kisah sangat, tapi kenapa sampai beribu? Suami saya ni dah 2 bulan tak kerja tetap sebab kontrak dia tergendala.
Jadi hanya harapkan duit niaga sikit – sikit jela tu pon cukup – cukup makan. Sampaikan duit buat nafkah saya pon berkurangan dah sekarang sebab nak kena bagi duit pada family dia. Yang saya geram adik beradik lain keluar modal sikit je, kena suami saya sampai beribu alasan cakap anak lelaki.
Dah kalau anak lelaki pon tak perlu ke fikir anak bini. Sampai bil – bil dekat rumah pon saya yang kena bayar sendiri. Ye la nafkah dah kena p0tong bil – bil kne bayar sendiri laa. Sebelom ni duit nafkah diberi untuk jelaskan bil – bil di rumah.
Kesian suami saya, siang malam cari duit tapi ipar – ipar saya tak pernah nak fikir langsung suami saya susah cari duit. Kerja nak pau duit suami saya je. Macam – macam kerja dah suami saya buat sekarang, sampai saya sekali kena ikut pergi teman dia keja sambilan berangkut – angkut anak ke ladang.
Kenapa perlu buat kenduri sampai menyusahkan orang lain? Nak buat kenduri tak salah boleh je kalau mampu dan tak semestinya buat kenduri nak kena habiskan duit dalam mase sehari dalam mase sebulan. Walhal kehidupan akan datang panjang lagi, boleh je buat bila – bila masa kita ade duit.
Ni sampai mendesak asyik call sepanjang hari minta duit. Masa kami senang semua datang meminta, masa susah dulu, sekor pon tak de muncul yang bantu walaupun adik beradik sendiri. Paling geram sangat bila suami saya tak bagi duit, dorang akan mengungkit setiap pemberian suami pada saya sampai ke gelang emas dan barang – barang dalam rumah diungkitnya.
Katanya, untuk mewahkan isteri mampu je keluarkan duit beribu – ribu, untuk kenduri arw4h berkira katanya. Sepanjang suami beli emas pon saya tak pernah meminta – minta pon, barang – barang keperluan dalam rumah pon saya share duit sama – sama.
Takde pon suami keluar duit 100%. Apa hak dorang nak mengungkit harta dalam rumah saya dan emas dibadan saya? Bukan mereka yang susah payah berhujan panas dengan suami saya masa susah dahulu pon. Saya dengan anak je yang bersusah payah berhujan panas cari rezeki sama – sama.
S4kit hati ade ipar jenis sibuk tepi kain orang nie. Masa kami susah dulu dorang bukan bantu sesen pon, bagi duit raya pada anak kami pon tak pernah. Semua berkira, kedekut tahap ape dah. Sekarang ni nak minta duit sama banyak dengan mereka beri untuk bagi mertua saya buat kenduri sampai beribu – ribu pulak tu.
Kalau mereka bagi seribu suami pon kena bagi seribu, tak adil katanya. Bukan wajib pon buat kenduri untuk arw4h, nak buat pon pakai lah duit sendiri kenapa perlu usik minta duit suami saya. Kalau ratus je saya tak kisah sangat ni sampai beribu sekali minta.
Nak nangis saya, duit pon untuk beli barang keperluan makan kami tahan berbulan – bulan. Kami belanja makan pampers susu anak pon tak smpai seribu sebulan. Bila saya tegur suami saya, dia jawab takpela duit dia. Memang laa duit dia, tapi saya ade hak jugak untuk gunakan duit dia.
Dia bagi pon sampai barang – barang saya dan anak – anak pon terp4ksa dip0tong separuh. Dah habis berjimat dah saya nie. Meniaga pon huntung banyak mane je pon, dorang takpela anak pon takde, komitment tak perlu nak beli macam kami.
Dorang tak boleh tengok kami ade simpanan, kalau boleh nak habiskan pada mertua saya untuk katanya biar adil ape yang saya dapat mertua saya kena dapat jugak. Macam mana ye nak cakap kat suami untuk stop bagi duit bulan – bulan sampai beribu pada mertua buat kenduri selalu tanpa fikir anak – anak, cucu – cucu, anak sed4ra dia tu.
Komen Warganet :
NurAz Wan : Beritahu mereka, kalau mereka nak buat kenduri, belanja atas mereka sendiri, korang akan buat kenduri bahagian korang secara berasingan di masjid dekat rumah korang. Habis cerita. Ni sampai bergolok bergadai, sampai mer4mpas duit yang sepatutnya jadi nafkah anak isteri.
Salbiyah Abd Ghani : Buat kenduri arw4h ni bukan perkara wajib. Tambah – tambah kalau buat tu sampai membebankan sesetengah pihak. Nak sedekah pada si m4ti tak semestinya dengan buat kenduri arw4h pada setiap bulan.
Banyak cara nak bersedekah kepada yang dah meninggaI ni. Contohnya buat bacaan yassin pada setiap malam jumaat secara perseorangan pun boleh. Sedekah niat pada si m4ti pun boleh. Untuk tt, ko kena explain kat suami ko mana yang wajib dan mana yang tidak.
Then bagitau suami untuk cuba say no kalau sampai adik beradik dia p4ksa. Niat nak buat tahliI arw4h dah bagus tapi kalau sampai berg4duh adik beradik agak – agak doa – doa dan tahliI – tahliI yang dibuat tu sampai tak kat arw4h?
Nak lagi puas hati. Panggil ustaz yang arif pasal hal ni dan bagi tazkirah buat semua adik beradik suami ko termasuk laki ko jugak time kenduri tu. Sampai setiap bulan nak buat kenduri arw4h macam ada yang tak kena jer.
Sakura Pink : Kenduri tu tak wajib. Yang wajib apa yang kita buat untuk arw4h. Contohnya bayar hutang, naik kan haji, sedekahkn untuk arw4h. Sekarang trend banyak berubah dah, yang dijemput ke perkahwinan segelintir harapkan duit poket untuk balik modal kos sedangkan yang dihulur tu sepatutnya berupa sedekah.
Dan tak wajib tapi ada yang siap membawang kata dia tak bagi, dia tak hulur. Jemput datang pun orang kaya – kaya berduit sedangkan kita harus mengutamakan orang terdekat.. sekeliling. Yang miskin tak dijemputnya sebab nanti takde duit nak hulur.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.