Dah biasa hidup menduda alasan suami suka melayan janda-janda gedik di media sosiaI

Aku perasaan aku ada masaIah bila aku rasa nak bunvh anak sendiri. Rupanya, aku s4kit dari kecil sebab pegang tanggungjawab besar sebelum usia, dicabuI keluarga, dikurung dan diperk0sa. Bila kahwin bersuamikan pen4gih d4dah. Sekarang aku tengah tunggu masa nak bersalin, Untung – untung dapat rezeki m4ti masa melahirkan.

#Foto sekadar hiasan. Hi, Aku Seera Wahida. Ini confession aku yang ke-2 kat sini. Yang pertama dulu, pasal hidup aku. Waktu tu aku berada pada tahap paling rendah. BergeIut dengan kesihatan mentaI, mistik dan kehidupan ibu tunggal tanpa sistem sokongan yang baik.

Aku tak perasan aku s4kit pun, sampailah tahap nak bunvh anak dan diri sendiri, aku cari solusi. Rupanya s4kit dari kecil sebab pegang tanggungjawab besar sebelum usia, dicabuI keluarga, dikurung dan diperk0sa, start urus keluarga dari sekolah rendah, naik tingkatan dua dah cari duit untuk keluarga serta kehidupan bersuamikan pen4gih d4dah.

Dan sekarang, Alhamdulillah. Sekarang, setelah 7 tahun single. Aku nikah baru. Jod0h sungguh. Tak sangka. Tetapi siapa menyangka, pelangi indah diwaktu petang diusik orang.

Suami aku kant0i ada dok melayan dengan perempuan, janda di media sosiaI. Baru peringkat permulaan la. Macam mana boleh kant0i? Ini semua kerja Tuhan.

Benda tak elok Allah tunjuk tau. Kita isteri ni kemain doa untuk kesejahteraan keluarga. Isteri mithali lah konon eh, media sosiaI aku pun aku jaga batas apatah lagi pergaulan di tempat kerja.

Okaylah, pendekkan cerita. Aku nak kongsi benda yang aku buat aje. Memandangkan aku dah waras (tak s4kit). Sejak akhir – akhir ni, banyak yang luahkan kisah kecurangan pasangan kan?

Untuk pengetahuan korang, aku ni tunggu masa nak melahirkan nak lahirkan anak kedua dengan suami baru ini. Setelah 8 tahun tak bersalin. Doakan urusan aku dipermudahkan. Untung – untung dapat rezeki m4ti masa melahirkan.

Antara yang aku buat:

1- Masa memula naluri ku berkata si suami ini ada sesuatu. (Aku dan suami PJJ sejak nikah ), aku mula bangun tahajud hari – hari. Mohon doa agar ditunjukkan.

Kadang dapat petunjuk dalam mimpi, (tapi tak le percaya sangat, mimpi kan) Itulah kan, manusia bila susah baru cari Tuhan. Sebelum tu bangun jugak, tapi tak sungguh la orang kata.

2- Masa PKP ini income teruji. Jadi, aku anggap suami aku kat sana str3ss memikirkan komitment, sebab tu dia mula melayan perempuan dan jejanda ni semua. Aku husnuzon lagi. Aku mula buat kembali tabung sedekah subuh.

Lepas subuh masukkan berapa aku mampu dalam tabung tu, dan doakan untuk suami aku dan kesejahteraan rumahtangga dari anasir luar. Alhamdulillah Allah bantu. Suami aku dapat kerja yang tak disangka – sangka.

3- Aku ingat dah setel waktu PKP tu, tak ada dah melayan jejanda ke apa di media sosiaI. Rupanya ada lagi jejanda baru. Yang ini aku amik langkah bersemuka dengan suami aku. Sebabnya, yang sebelum – sebelum tu hanya borak – borak tak ada lebih – lebih sangat.

Yang ni kemainnnnnn lelebih pulak. Si perempuan tu janda yang memanglah comel lote cantik weh, kulit gebu (jual supplement) sebab aku dah siasat habis dari A to Z takat mana yang aku boleh siasat.

Perempuan tu (janda) yang daring lah, memang ayat – ayat di media sosiaI tu ayat ‘memancing’ lelak i- lelaki. Sesikit post selfie. Yang komen bagi ikon love semua lelaki termasuklah suami aku sendiri. R0bek weh hati baca.

Sebelum bersemuka dengan suami, aku solat dulu 2 rakaat minta supaya fikiran aku rasionaI dan kata – kata aku yang keluar itu bernas.

4- Alasan suami aku bagi, dia terleka, sebab dah terbiasa hidup single (duda) sebelum kahwin dengan aku. Bila dah kahwin PJJ pulak. Aku bagi kata dua. Dia minta maaf. Aku waktu tu, nak rasa marah sangat, tak ada lah, ada rasa sedih, sedih tapi tak sangat. Rasa tenang yang Allah bagi.

Aku anggap ini ujian, atas d0sa – d0sa aku. Allah tegur, sebab aku terleka untuk jaga perintah Allah, dan juga, Allah uji atas apa yang kita sayang.

5- Kena ingat, sya1tan memang kerjanya meruntvhkan rumahtangga. Sya1tan lagi suka manusia ini berbuat maksi4t. Siapa nak bercerai berai kan? Jadi, aku serahkan kat Allah je sekarang. Mohon doa yang terbaik dalam rumahtangga kita. Hati ini milik Allah.

6- Tapi, aku tak adalah nak biar camtu je, aku dah mula plan untuk upgrade diri. Lepas bersalin, join la kelas – kelas kemahiran dan mula kumpul duit.

Sepanjang kahwin, banyak aku k0rbankan untuk keluarga sebab suami aku tak stabil lagi. Suami baru bina kembali hidup selepas penceraian beliau dengan bekas isterinya dahulu yang agak trag1s.

Dibuktikan oleh mak mertua aku sendiri la. (penyiasat, semua benda aku siasat dalam diam) Andai kata jod0h tak panjang, aku dah siap sediakan. Tak adalah jatuh terdudukkan?

7- Bagi isteri atau suami terani4ya, (isteri pun ada curang weh, ramai je) ini. Follow lah kaunseIor yang best – best, sebab reaIistik sikit dengan zaman sekarang. Tak ada nak pihak mana – mana samada baik lelaki mahupun perempuan.

Beliau membuka minda aku bahawa hidup ini bukan berkisar kepada manusia sahaja. Target kita ialah syurga, so apa yang kita k0rbankan untuk keluarga kita niatkan buat kerana Allah Taala dan untuk diri kita sendiri. Jika buat sebab orang, tak dihargai kita akan kecewa kan?

8- Media sosiaI. Jagalah ikhtilat kita di media sosiaI. Punca kecurangan ini salah satu sebab tak jaga ikhtilat. Baik di media sosiaI mahupun realiti.

Beza tau perempuan yang dok up gambar sebab berniaga online atau kongsi kisah kehidupan dengan perempuan atau janda yang gedik ni, status semua ayat memancing aje.

Jejanda pulak, tolonglah jadi janda kelas atasan. Seronok ke gambar – gambar anda yang lentik liuk jadi bahan santapan mata lelaki – lelaki ini semua.

9- Doa dan jaga solat. Apa lagi kita sebagai h4mba boleh buat. Sedangkan nak kunyah makanan pun dengan kuasa Allah. Doa yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.

Kita jaga Allah, Allah jaga kita dari kesedihan dan gundah gulana. Tiada yang lebih berharga dari ketenangan dan kesihatan kan?

10. Mengadu pada Allah dulu, kalau nak ngadu pada manusia cari yang rasionaI (pihak ketiga). Boleh jadi nanti kawan kita tu bagi nasihat entah pape serta mengeruhkan lagi keadaan (banyak dah kan yang kita tengok kat media sosiaI).

Tak gaIakkan dengan rakan ni. Nanti takut membawang kat belakang. Melainkan anda kenal hati budinya sesungguhnya.

11- Jadilah wanita kelas atasan, tak perlu nak diviralkan di media sosiaI. Setel dendiam. Tahukah anda, wanita itu sendiri meny4kiti wanita lain.

Aku pernah jadi janda, lebih tepat balu. Dan aku faham sangat rencah kehidupan bergelar janda. Tetapi, jadilah janda kelas atasan. Dalam dunia ini banyak benda boleh buat untuk hilangkan sunyi dan sedih kita.

12- Aku salahkan suami aku dahulu, sebab dia tak jaga iman dia.

13- Itulah dulu kot.

Doakan aku dipermudahkan urusan bersalin ya, baby keluar bagai air yang dicurah gitu. Bye… Yang mahu ke syurga, – Seera Wahida (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nora Shidah Ithnin : Mak saya pesan jaga hati sendiri, tak perlu fikir  ape yang dibuat laki kita.. Ya menjadi. Redha je lah dengan jod0h yang ditetapkan Allah tu. Andai perangai dia macam tu kita doa yang baik – baik mintak Allah jaga segalanya. Mula setahun lepas memang dah tak nak ambik port pasal suami buat apa, layan siapa – siapa saya serah je pada Allah. Hati tenang setenangnya. Jaga yang apa di hadapan kita. Jaga amanah Allah baik – baik jaga yang kita mampu jaga iaitu diri kita. Enjoy setiap pemberianNya. Selebihnya Allah yang Maha berkuasa. D0sa pahala kan ada yang mencatat. Jadi jaga diri sendiri je. Dan paling penting hati ni relaks Dan boleh layan anak famili baik – baik.

Post yang saya sangat suka. Bab jadi lah janda kelas atasan tu. Betul sangat, malah kita perempuan kena la jadi perempuan (gadis, isteri, janda segala) yang ada class kan. Susah nak capai tapi tak must4hil kan. Semoga saya juga dapat upgrade diri jadi perempuan yang ada class. Semoga urusan confessor dipermudahkan, semoga diberi petunjuk terbaik.

Nur Imaan : Sis, satu lagi kalau boleh sis tambah.

– Jangan salahkan wanita macam ada sorang pakar motivasi tu selalu ulang – ulang. Dia selalu cakap, “wanita yang maIang adalah yang tersalah pilih suami.“

Bagi saya, saya tak setuju langsung dengan ayat so call pakar motivasi tu. Sebab apa? Kenal lelaki bertahun – tahun, siap kenalan keluarga pun, bila dah duduk sebumbung baru betul – betul tahu true color. Walaupun lelaki juruh, kononnya ustaz yang mithali giIa pun pada 10 tahun pertama perkahwinan pun boleh je berubah hati sekelip mata. Kerana apa? Kerana hati manusia ni bila – bila boleh boIak balik. Jadi jangan nak salahkan wanita kononnya maIang tersalah pilih suami bagai.

– Yang kedua, saya paham sangat situasi sis sebab bekas suami saya pun pen4gih d4dah, dan saya pernah lalui fasa jadik ibu tunggal di usia muda. Memang sangat menc4bar. Cuma hidup sis lebih advance dan sis lebih kuat sebab dari kecik kena s3xuaI abvse segala tu kan. Semoga Allah permudahkan urusan hidup sis di dunia dan akhir4t. Moga kita semua wanita sentiasa di dalam rahmat Allah. Jika dengan sendiri itu lebih baik for the s4ke of ourselves dan anak – anak, maka teruskanlah. Bahagia bukanlah hanya pada suami semata..

Farah Adibah Ibrahim : SubhanAllah, saya dapat rasa positive vibes dari Puan. Semoga amal Kita semua istiqamah dan diterima Allah. Semoga Puan selamat melahirkan anak yang menjadi penyejuk hati ayah dan ibu, aaminn

Ezd Airaniez : Betul. Saya dah pesan di wall saya. Tak kira di mana, jagalah ikhtilat. Perhubungan dengan lain jantina ni kena ada batasan. Tak boleh senang – senang berhubung dengan suami atau isteri orang kalau bukan hal yang penting. Tapi manusia ada yang anggap benda remeh. Alasannya sebab kerja atau bisnes.  Semoga dipermudahkan urusan puan bersalin. Aamiin. Allah bersama orang yang sabar dan terani4ya.

Airyn Ibrahim : Sangat suka confession positif macam ni. Semoga dipermudah urusan puan samada untuk bersalin dan kehidupan rumahtangga. Jaga dan sayangi diri sendiri dulu in sha Allah kita tak akan biar orang mengani4ya diri kita.