
Yang paling aku s4kit hati penyondol ni dah la nak ambil laki aku, tapi masyaAllah sikap dia memang kurang ajar. Suami aku siap ajak check in dekat genting Highland. Dalam pantang, aku pergi mahkamah untuk mohon cerai…
#Foto sekadar hiasan. Aku perkenalkan diri aku Aisyah. Aku telah berkahwin dengan suami aku, Ehsan atas dasar cinta sama cinta. Suami aku dikira memiliki rupa yang agak kacak dan popular dalam group kereta H. Aku dah hampir lupa ni kecurangan suami aku untuk kali yang ke berapa kalinya.
Kecurangan kali ni aku dapat detect waktu aku hamil zuriat pertama kami setelah 4 tahun kami menanti. Di saat ada penghuni kecil dalam rahim aku, aku diduga dengan kecurangan suami aku dengan seorang janda beranak satu, Suri. Korang rasa macam mana perasaan aku.
Pada mulanya dia nafikan kesemua kecurangannya. Dan satu masa dia mengaku yang dia memang bercinta dengan Suri dan beria nak jadikan Suri sebagai madu aku. Ya Allah h4ncurnya hati aku bila dengar pengakuan dari hati Suami.
Sejujurnya dia tak mampu pun nak berpoligami. Bab nafkah saja sudah gagal sebagai seorang suami. Yang paling aku s4kit hati si Suri ni dah la nak ambil laki aku, tapi masyaAllah sikap dia memang kurang ajar. Dipendekkan cerita aku selamat lahirkan bayi perempuan.
Seronoknya hanya Allah saja yang tahu. Dalam aku cuti bersalin aku nekad mohon cerai di mahkamah. Aku beritahu Ehsan yang aku dah mohon cerai. Dia cakap, sampai hati aku buang dia lepas ada anak. Salah aku lagi. Kes curang laki aku telah pun diketahui oleh ibu mentua aku sebab aku sendiri beritahu waktu aku hamil lagi.
Jadi kali ni bila aku mohon cerai aku perlu beritahu ibu mentua aku. Niat aku cuma satu, supaya ibu mentua boleh nasihatkan anaknya supaya ceraikan aku cara baik. Maklum balas yang aku terima dari ibu mentua aku negatif. Ibu mentua cakap yang aku ni langsung tak fikirkan anak kami.
Untuk pengetahuan semua, aku berani mohon cerai kerana aku dapat tahu perkara yang amat kecewakan aku dari Suri. Banyak bukti kecurangan yang Suri dengan bangganya beritahu aku. Hal aku mohon cerai pun Suri tahu, siap Suri beritahu yang dia akan hadir dengan Ehsan pada hari perbicaraan.
Kiranya tiada rahsia lah antara Ehsan dan Suri. Agungnya cinta suami aku dengan Suri kan. Ehsan bila tahu aku dah mohon cerai dan tarikh sebutan kes pun dah dapat dari mahkamah, apa lagi bukan mainlah berubah. Kalau sebelum ni, video call dengan anak langsung tak pernah.
Bila aku mohon cerai, boleh katakan tiap – tiap hari video call dengan anak sampai aku pula yang rimas. Ehsan bukan main nak buktikan dengan aku yang dia dah berubah. Nafkah anak kalau aku minta terus bagi. Tapi aku tetap sama, masih ragu – ragu dengan perubahan yang Ehsan lakukan. Ye la takut kecewa.
Keluarga aku bagus terutama mak aku. Boleh katakan tiap – tiap hari nasihatkan aku, berikanlah peluang kepada Ehsan mungkin dengan adanya anak Ehsan akan berubah. Mak mana yang sanggup tengok keh4ncuran mahligai anaknya sendiri kan.
Ehsan pun boleh katakan makin keraplah balik ke kampung tengok aku dengan anak. Ehsan masih berusaha pujuk aku untuk tarik balik permohonan cerai aku tanpa jemu. Dalam aku berkira – kira dengan nasihat mak aku, lihat beberapa perubahan Ehsan dan yang paling utama aku fikirkan masa depan anak yang aku sayang, aku tarik balik permohonan cerai aku dengan Ehsan yang sanggup pulang ke kampung temankan aku pergi ke mahkamah.
Dua hari lepas aku tarik balik cerai, Ehsan balik ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Haaaa bermulalah episod duka kembali. Ehsan bukan main post gambar di Facebook. Ye la hati dah senang isteri tarik balik permohonan cerai. Untuk pengetahuan, Ehsan tak pernah pun post gambar aku sepanjang 4 tahun kami kahwin atau anak di media sosiaI.
Kebanyakan kenalan Ehsan di Facebook ramai yang fikir Ehsan adalah lelaki bujang yang belum berkahwin. Dengan anak pun tak video call dah. Aku biarkan je Ehsan, aku nak tengok setakat mana permainan dia. Tiba masa untuk aku kembali bekerja, aku pun balik ke rumah kami.
Bila aku balik aku terjumpa satu lagi telefon lama yang pernah diguna Ehsan sebelum ni. Sebelum ni aku pernah jumpa telefon ni dalam beg kerja Ehsan saja. Ni aku jumpa atas karpet rumah kami seolah – olah tak sempat nak simpan. Aku malas nak syak apa – apa.
Aku pun ambil telefon tu dan cas. Aku pernah simpan kata laluan emel Ehsan yang aku jumpa dia tulis atas kertas. Bila telefon tu penuh bateri aku pun cuba buka telefon tu. Tengok – tengok ada kata laluan. Tiba – tiba Allah gerakkan hati aku untuk cuba empat nombor terakhir kata laluan emel Ehsan.
Aku cuba dan berjaya buka telefon Ehsan. Ternyata telefon tu bukan biasa atau telefon yang tak diguna, tapi penuh dengan perkara – perkara yang mengh4ncurkan hati aku. Ya Allah saat ni memang aku tak kuat lagi. Aku menangis semahu – mahunya dengan segala yang aku jumpa dalam telefon Ehsan.
Sampai terdetik dalam hati, beratnya dugaan yang aku kena hadap. Penyesalan yang amat sangat timbul atas penarikan permohonan cerai aku. Kenapa la aku begitu naif dan mudah percayakan suami aku sendiri yang berkali – kali telah curang kepada aku.
Ehsan siap ajak Suri untuk tidur di Genting Highlands. Kau rasa, hati isteri mana yang tak h4ncur. Semua bukti kecurangan Ehsan aku jumpa selepas lahirnya anak kesayangan aku. Mana janji janji Ehsan yang dia akan berubah. Bila aku bertanyakan mengenai semua yang aku jumpa, isteri mana yang sanggup hadap kecurangan suaminya yang sampai ke tahap tidur bersama.
Aku menangis boleh dikatakan tiap – tiap malam mengenangkan perbuatan Ehsan. Untuk pengetahuan korang, aku jumpa bukanlah dengan satu perempuan je tapi 3 – 4 orang. Rupanya aku masih belum kenal siapa suami aku yang sebenar.
Ulasan pembaca :
Faqih Fiqh : Bila baca cerita ni dalam kepala aku cuma satu hal, alangkah bagusnya kalau di Malaysia pemerintah dapat kuatkuasakan hukvm hudud seperti yang Brunei berani buat. Z1na di kalangan yang bujang dan yang dah berkahwin tentu takkan separah ni. Hukvm hudud cuma untuk orang Islam. Yang bukan Islam tolong jangan bahas dan halang. Setiap hukvm yang Allah tetapkan di dunia pasti ada hikmah yang sangat menjaga dan memelihara setiap hak kita sebagai manusia.
Layla Witra : Langkah pertama yang harus kau lakukan, buatlah ujian HlV dan pap smear. Lindungi dan sayangi diri sendiri dulu. Lepas tu sila heret si suami siamang tu beserta bukti – bukti kecurangan dia pergiIah ke pejabat agama untuk kaunseling. Bagi aku lelaki yang dah la tak mampu membahagiakan isteri seorang lepas tu ada hati nak curang memang tiada maaf bagimu. Kalau bercerai pastikan kau tuntut semua ganti rugi dalam perkahwinan dan nafkah untuk anak ya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.