Dah pakai macam2 alat ‘perIindungan’ tetap hamil. Kali ni dapat kembar 3. Suami tuduh aku z1na, dia halau aku dan 4 anak

Aku pakai IUCD tapi tetap lekat anak keempat. Lepas pantang kami rancang betul – betul. Tak sangka aku hamil lagi anak kelima kembar 3! Suami tuduh aku berz1na. Dia tak mengaku anak – anak dalam perut ni anak dia. Dia mesej halau aku dan anak – anak keluar, dia pesan jangan ambik 1 pun harta benda dia..

#Foto sekdar hiasan. Nak tanya pendapat netizen dengan para admin, aku sebenarnya dalam dilema. Aku dah bincang dengan wali – wali aku, wali – wali pro divorce, dorang memang dah ambik aku dan anak – anak balik rumah mak ayah aku.

Tapi pihak mentua aku merayu memujuk. Kes dia macam ni, suami aku ni bertanggungjawab selama ni, dia freaked out. Kami ada 4 anak. Anak yang pertama dan yang kedua memang kami rancang. Tapi anak yang ketiga dan keempat, rezeki tuhan beri.

Anak ketiga aku pakai contraventive method depo provera, bulan 3 aku cucuk, kemudian aku mengandung anak ketiga. Ini suami aku gelabah jugak, tapi masih ok. Anak 4 aku pakai iucd. Genap setahun, aku mengandung walaupun guna IUCD dekat anak keempat.

Ini dia freaked out dan ulang – ulang salahkan aku. Sampai dia tanya Dr’s nak suruh gugurkan, tapi Dr’s tak izinkan. Tapi lama – lama dia ok dan terima anak ni. Kiranya aku ada anak bawah umur 6, 3 orang. Paling kecik baru 10 bulan.

Anak keempat aku bersalin secara caesarean sebab tali pusat terbelit dan anak songsang. Masa pregnant anak keempat, kami memang cakap nak rancang betul – betul, aku nak pakai perancang yang effective 99%, lepas bincang dengan family medicine specialist dekat hospitaI pakar O&G.

Dia cakap aku kalau pakai implant, mungkin tak berjaya jugak sebab depo pun aku failed, kalau pakai iucd, maybe 50% akan failed lagi. Jadi dia minta pakai k0ndom, aku dengan suami aku setuju. Lepas beranak anak keempat, bulan ke 3 suami dengan aku bersama, dalam 8 kali, pakai protection, k0ndom.

Tapi ada 2x dia buka , dengan alasan dia tak selesa. Dia sendiri buka, bukan aku suruh ke apa. Tapi dia buang luar. Bulan ke 6, aku buat keputvsan nak pakai iucd semula dan nak buat double protection, iud pakai, k0ndom pakai.

Tapi masa Dr nak pasang, kena buat pregnant test dulu, positive hcg test aku, aku pregnant dengan 3 baby dalam perut. Aku jadi high risk mom lah since baru 6 bulan lepas buat caesarean surgery, pregnant triplets, ada history gdm. Aku dah pregnant 12 minggu!

Bila aku bagitau suami aku, dia gelabah teruk. Dia kerja offshore ya, dia takde dengan aku masa ni. Dia terus blocked aku kat semua platform, masa ni dia dengan aku tak dapat bincang apa – apa. Aku contact family mentua aku bagitau aku pregnant semula, dorang happy aje dan sangat marah sebab suami aku buat macam tu.

Dorang contact dia, ajak berbincang, family aku pun ajak dia berbincang, dia cakap dekat abang – abang aku, ini bukan anak dia. Triplets bukan anak dia, dia pakai k0ndom dan buang luar dia kata. Abang – abang aku rasa dia tak hormat aku sebab buat tuduhan z1na dekat isteri sendiri. Dorang dah marah sangat dah.

Masa aku 26 weeks, dia unblocked aku, dia whatsapp dia suruh aku keluar dari rumah kelamin kami, suruh aku ambik anak – anak keluar, dia pesan jangan ambik 1 pun harta benda dia. Aku bagitahu  mentua dan family aku, mentua aku halang aku dari keluar, tapi abang – abang aku rasa terc4bar dan bawak aku balik ke rumah mak ayah.

Para wali aku minta aku failkan perceraian, mentua aku hari – hari datang rumah, cakap jangan bercerai. Anak – anak aku memang mentua aku yang tanggung, dorang bayar semua. Aku pun ada duit sendiri, ada home business.

Mentua dan mak ayah aku duduk – dekat dekat je, dalam 9 mins, memang hari – hari dorang datang rumah mak ayah aku. Aku pun selalu tido sana every weekends, check up perut pun bapak mentua aku yang bawak, dia tanggung semua kos.

Masalah duit memang tak jadi masalah kalau ada 10 anak pun sebab aku ada business sendiri, suami aku pun gaji besar, memang takde isu financial. Aku ada call company suami aku, dia ada je turun ke Penang 2 minggu, tapi langsung tak balik ke rumah jenguk anak – anak.

Aku sebenarnya tak pasti dia ni risau takut atau dia tak mahu kami dah sebenarnya. Aku berani cakap dia memang bertanggungjawab selama ni, memang suami yang baik. Anak triplets ni bukan salah aku pun. Dia yang buka k0ndom, mungkin dia ada pre ejaculation ke apa, mana aku tahu.

Dia sepatutnya tahu lah badan dia sendiri. Dia kata aku buat naya kat dia. Tapi aku rasa dia buat ani4ya dekat aku. Aku terima je anak – anak ni sebab benda dah jadi, bukan salah anak – anak ni pun. Aku surirumah, aku yakin je aku boleh jaga anak – anak aku.

Pasal duit, aku pun ada duit sendiri from my home business, gaji suami aku pun banyak. Aku dah 30 minggu, sebab aku high risks mom, uterus lining aku pun nipis, surgery scar lepas tak berapa cantik, gdm on insulin, Dr kata dorang nak buat elective caesaran masa aku 36 weeks.

Triplets mungkin berat around 2kg below, high risks surgery. Jadi lagi 6 weeks, aku kena caesarean untuk bawak keluar triplets. Aku jadi sedih sangat, wali – wali aku sepakat lepas lahir anak nak failkan perceraian takIik or tebus taIak.

Aku tak mahu bercerai, sebab aku sayang suami aku, tapi dia macam tak patut sangat buat kat aku macam ni. Aku dilemma. Sebab usaha sebeIah mentua aku supaya aku tak bercerai. Mak dia hari – hari pujuk aku, hari – hari menangis, dia pun terk3jut anak dia buat macam ni, tapi keluarga aku dah sepakat, aku cakap tak mau cerai.

Memang bapak aku call bapak bapak saud4ra (alim ulamak) aku suruh nasihat aku, dorang terkesan sebab suami aku tuduh aku macam tu. Suami aku ada whatsapp kakak dia, dia cakap dia tak tahu apa perasaan dia, dia sayangkan aku dan anak – anak.

Cuma dia tak yakin ni anak dia, kakak dia tu Dr kat kIinik kesihatan, kakak dia nasihat dia pasal pre ejaculation dan memang masa aku bersama dia, bulan ke 3 lepas beranak aku tak period lagi, tapi aku baru habis nifas.

Tu memang ada low chances of getting pregnant, bukan 0 chances. Aku ni tak sempat nak jelaskan dekat suami aku yang aku tak berz1na dengan mana – mana lelaki. Aku tak curang. Tapi dia dah blocked aku, takmau dengar sebarang penjelasan, dia blocked unblocked, tak sempat aku mesej, dia dah blocked.

Suami aku memang jenis lelaki yang low self esteem dan tak percaya sikit dekat perempuan, sebab dia pernah kena tipu dengan banyak perempuan, masalahnya dia guna his insecurity, trust issues dia bila dia freaked out aku pregnant lagi.

Aku ni tak tahu nak cakap cemana lagi, lagi 6 minggu aku nak beranak, tak tahu hidup ke m4ti, tak aku m4ti, anak – anak aku m4ti. Tapi suami aku langsung tak ambik peduli. Thanks semua.. – Puan Laila (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

RaRa Razzmann : Seram baca pasal somi awak. Tapi seram lagi baca pasal awak duk harap kat dia lagi sedangkan awak duk ulang – ulang, financially awak sangat ok, tak berg4ntung pada dia. Family dua – dua beIah pun sangat supportive.

So… you nak dependent pada dia yang telah buat tuduhan berat yang jatuhkan maruah you tu dah kenapeee? You ada tr4uma bond ke apa? You get your kicks when he hurts you ke? Like now? And… Stop justifying his actions la. Freaked out kejadah dia.

Dia bukan omputih yang nak freak out pasal anak. Dah la bukan anak sulung pun, konon tanjat bini peknen. Acah – acah freaked out konon. Ptuihhh. Kalau tak sentuh bini, duk kat laut bertahun – tahun tetiba bini peknen tu lain citer la. Ini dia tunggang sedap – sedap tiberhhh takmo ngaku pulak. Ei geram pulak kita.

Nurul Shahira Mohd Farid : Geramnyaa baca.. nak bagi puas hati suami, awak buat dna test lepas tu camp4k kat muka dia! Ape dia ingat awak perempuan murah ke boleh senang – senang tuduh triplets tu bukan dari benih dia.

Sape suruh tanggal k0ndom sebab even yang pkai kondom pun ade kes terpregnant jugak. Benak sungguhlah suami awak. Awak bercerai jelah sebab kalau saye pun rase terh1na bila dituduh sedemikian rupa. Kalau saya jadi awak memag dah tawar hati sungguh.

Lagipun awak ade family dengan family mentua yang sangat care pasal awak dengan anak – anak. Family mentua pun backup awak jugak sebab diorang tau anak lelaki diorang tu b0do yakmat. Saye doakan urusan awak untuk melahirkan triplets dipermudahkan dan selamat kesemuanya

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.