Dalam pantang anak nombor 2 aku kena halau. Aku tidur depan 7e dengan anak sulung umur 3 tahun. Dia ceraikan aku dengan talak 3, dia kata aku ni sampah!

Bekas suami cuIik anak aku dekat sekolah. Dia ugvt aku tak akan dapat jumpa anak – anak kalau aku tak tukar hak penjagaan anak. Aku dah penat turun naik mahkamah, pergi balai polis. Aku terp4ksa dan sejak hari tu, aku langsung tak boleh jumpa anak..
#Foto sekadar hiasan. Lama dah aku nak kongsi kisah sendiri. Kisah ni berlaku waktu aku masih bersama dengan bekas suami dulu. Caci maki memang jadi makanan harian aku. Aku dih1na tanpa henti, siap dipanggil sampah. Waktu dalam pantang anak nombor dua, aku kerap dihalau keluar rumah.

Seingat aku, masa tu aku berpantang 14 hari dan juga 29 hari. Dua kali aku keluar rumah bersama anak sulung aku yang masa tu baru berusia 3 tahun. Aku pernah tidur tepi jalan, depan kedai 7-Eleven. Pernah juga kami berg4duh, kemudian aku ditinggalkan tepi jalan begitu sahaja.

Banyak lagi kejadian yang aku sendiri tak sanggup nak ingat. Sebab semua tu buat aku jatuh s4kit. Ya, aku s4kit mer0yan. S4kit yang buat aku hilang arah, hilang kew4rasan, hilang kekuatan sebagai seorang isteri dan ibu. Aku seorang isteri yang tak pernah dianggap isteri. Tak pernah rasa dilindungi, tak pernah rasa disayangi, tak pernah merasa diberi nafkah zahir.

Mujur masa tu aku masih bekerja. Aku mampu bayar sewa rumah dan bil – bil lain untuk teruskan hidup aku dan anak – anak. Tapi aku dah tak tahan. Asyik kena maki, salah sikit terus dihalau, disumpah seranah tanpa henti. Akhirnya aku nekad minta cerai.

Dan dengan senangnya dia lafazkan cerai talak tiga. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku selepas dicerai ialah Alhamdulillah ya Allah, aku bersyukur. Allah dengar doa aku. Selama ni aku selalu berdoa, kalau dia bukan jodoh aku, pisahkan aku dengan dia.

Lepas tu aku terus angkat telefon, hubungi keluarga di kampung. Esoknya bonda, kakak dan abang datang ambil aku. Untuk pengetahuan semua, masa tu aku dah tak ada abah. Dari situ bermulalah episod duka hidup aku apabila aku terp4ksa berpisah dengan anak nombor dua.

Aku bercerai pada 1 Februari 2014. Masa tu anak nombor dua aku berumur 2 tahun 2 bulan, manakala anak sulung aku berumur 6 tahun. Bermula lah kisah suka duka aku memegang gelaran ibu tunggal. Lepas bercerai, anak sulung aku, si kakak, tinggal dengan bonda di kampung.

Anak nombor dua pula tinggal dengan keluarga bekas suami. Alasan mereka, aku tak mampu jaga anak. Dan ya, waktu tu aku memang tak mampu. Jiwa aku kusut teruk lepas bercerai sampai aku berhenti kerja. Masa tu aku bekerja sebagai pembantu peguam. Aku serabut fikirkan masa depan anak – anak, fikirkan hidup aku sendiri.

Tapi aku bangkit perlahan – lahan. Aku mula berniaga dalam talian, buat macam – macam kerja. Dengan kemahiran yang aku ada, aku mula mengandam sebagai jurusolek. Harapan aku satu, bila aku dah ada duit, aku nak ambil balik anak – anak dan tinggal bersama aku.

Tentang anak nombor dua, bekas suami bagi aku jumpa, tapi tak boleh lama. Nak bawa balik ke kampung pun kena soal siasat. Kadang – kadang sampai berg4duh sebab anak. Kesian si kakak, terlalu rindukan adiknya. Sampai hari ni aku rasa bersalah dan selalu minta maaf dengan kakak.

Episod berg4duh berebut anak ni berlarutan sampai aku berkahwin dengan suami aku sekarang. Dua minggu lepas kahwin, aku ambil anak nombor dua dengan niat nak dia tinggal dengan aku sampai bila – bila. Tapi sangkaan aku meleset. Bekas suami dalam diam ambil anak aku dari sekolah tanpa pengetahuan aku.

Hari anak aku hilang, masa tu umur dia 9 tahun, dunia aku gelap. Aku jatuh terduduk. Setiap hari aku menangis, merintih rindukan anak. Selama tujuh bulan anak aku dilarikan dari aku. Bekas suami ugvt aku, minta aku ubah hak penjagaan letak atas nama dia. Kalau tak, aku takkan dapat jumpa anak aku sampai bila – bila.

Aku ambil masa yang lama untuk buat keputusan. Aku dah tak larat keluar masuk mahkamah dan balai polis. Akhirnya aku akur tukar hak penjagaan. Sejak itu, aku langsung tak dapat jumpa anak aku sendiri. Dalam masa yang sama, aku berdoa.

Ya Allah, kalau memang bukan rezeki aku untuk menjaga anak aku sendiri, Kau berikanlah aku zuriat lain untuk aku rawat Iuka di hati. Alhamdulillah, dalam aku bersedih rindukan anak, Allah tiupkan malaikat kecil ke dalam rahim aku.

Aku dikurniakan dua orang anak dengan suami sekarang. Seorang lelaki berumur 3 tahun dan seorang perempuan berumur 4 bulan. Si kakak pula sekarang dah tinggal bersama aku. Kesian kakak. Zaman kanak – kanak dia tak seindah kanak – kanak lain.

Dia tak merasa kasih sayang seorang ayah sejak kecil. Tapi kakak sangat memahami keadaan aku waktu tu. Dia anak yang kuat dan tabah. Tak pernah sekali pun dia merungut walaupun terp4ksa berjauhan dengan aku dan adiknya. Walaupun aku tahu, jauh di sudut hati, dia terlalu rindukan adiknya.

Selalu aku cakap pada kakak, kakak sabar ya, mummy cari duit dulu. Suatu hari nanti mummy pastikan kakak dan adik tinggal dengan mummy. Kakak membesar dengan maktok di kampung. Dia anak yang baik. Syukur ya Allah. Dengan bekas suami, kami ada perjanjian yang termaktub dalam surat penjagaan.

Hak penjagaan anak nombor dua akan kembali kepada aku bila dia berumur 15 tahun. Sekarang umur dia 13 tahun. Tinggal dua tahun sahaja lagi. Tak sabarnya aku menunggu hari itu. Doakan aku ya kawan – kawan, moga penantian kami sekeluarga untuk bersama akan tercapai.

Aku pernah bekerja di sebuah firma guaman dari tahun 2008 sampai 2013 sebagai pembantu peguam. Gaji masa tu RM1500. Bagi aku masa tu gaji besar. Tapi tetap tak cukup sebab semua aku tanggung sendiri. Makan minum aku dan anak – anak semua aku uruskan.

Ada satu hari dalam bulan Ramadan yang aku tak pernah lupa. Aku teringin sangat makan ikan bakar cicah air asam. Nak beli, duit tak ada. Aku minta bekas suami belikan, tapi dia tak mahu. Katanya membazir. Akhirnya yang bagi aku duit ialah abang aku. Satu – satunya abang yang sentiasa hulur duit untuk aku dan anak – anak.

Aku sedih. Dia makan sedap di rumah mak dia, aku dengan anak – anak makan telur masak kicap hari – hari. Baju kakak pun orang bagi. Sebab tu sekarang, apa saja kakak nak, sedaya upaya aku usahakan. Aku tak pernah rasa dia sayang aku. Tak pernah rasa dia peduli. Komunikasi antara kami pun hampir tak ada. Bertahun aku bersabar dan bertahun aku simpan per4ngai dia dari keluarga aku.

Akhirnya aku diceraikan talak tiga. Setitik air mata pun tak keluar. Mungkin air mata aku dah habis sebelum tu. Ayat terakhir dia pada aku, kau tu sampah, tak ada orang nak dekat kau lepas ni. Sedikit nota dari hati aku. Bekas suami aku bukan kaki pukuI. Dia tak pernah naik tangan. Tapi kata – kata dia setajam pis4u. H1naan dia robek hati aku berkali – kali. Aku tak kuat. Aku lemah. Aku tak mampu bertahan dengan cacian dan hinaan

Terima kasih banyak – banyak. Sampah yang kau buang dulu, ada orang sanggup jaga. Suami aku sekarang selalu cakap, sampah bagi orang lain, tapi intan bagi dia. Terima kasih ya Allah, Kau hadirkan pelangi dalam hidup aku dan anak – anak.

Terima kasih suamiku, kau insan terbaik yang pernah aku jumpa. Bonda pula setiap kali jumpa suami aku, pasti dia ucapkan terima kasih. Sampai suami aku sendiri tanya kenapa bonda selalu ucap terima kasih. Mungkin sebab bonda bersyukur ada orang sudi jadikan anak dia isteri. Bonda yang sangat memahami. Semoga Allah panjangkan umurmu, bonda.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :