Sudah 7 tahun suami tak bekerja jadi akulah yang menanggung segala perbelanjaan. Nak hantar anak – anak ke sekolah pun dia dah mula merungut, beban. Tapi jiran – jiran tak habis puji suami konon menjaga anak – anak seorang diri. Bila kant0i aku baca whatsapp dari ayah mertua dan adik ipar. Aku s4kit hati..
#Foto sekadar hiasan. 2022 genap 21 tahun melayari bahtera rumah tangga. Hampir separuh dari usia perkahwinan ini adalah secara pjj atas tuntutan kerja dan kini aku dan suami kembali tinggal bersama. Suami mengambil keputusan untuk berhenti kerja tetap setelah terpengaruh dengan sumber pendapatan lumayan yang dim0mokkan oleh pasangan yang berkecimpung dengan jualan langsung (pada aku hanya MLM sebenarnya).
Pelbagai janji ditabur kepada aku semasa keputusan dibuat seperti ingin pendapatan tinggi untuk melunaskan segala hutang. Tahun pertama dan kedua, nampak suami istiqamah dan juga pendapatan masih boleh menampung perbelanjaan keluarga namun selepas itu jualan m4kin kurang.
Bahkan suami beria – ria meminta nombor kontak kenalan aku untuk proses pengiklanan. Aku tidak bersetuju dan terus dimarahi kerana tidak mahu menyokong usahanya untuk mencari rezeki. Akhirnya tiada lagi jualan malahan wujud konflik dengan ketua Kumpulan kerana tiada sumbangan jualan yang dicatat.
Aku hanya mendengar segala keluh kesah kerana pendapat aku hanya dipandang sepi oleh suami. Kos perbelanjaan rumah sudah tentu jatuh 100% jatuh ke batu jemalaku. Aku sentiasa pujuk hati ini bahawa adalah ujian hidup aku di dunia ini.
Dari golongan T20, jatuh ke M40 dan pernah ke B40 kerana gaji aku dip0tong disebabkan mengambil cuti tanpa gaji atas faktor keluarga. Terkadang terasa diri memang dipergunakan kerana berpendapatan tetap. Sejujurnya sepanjang perkahwinan, nafkah zahir memang tiada diberikan dalam bentuk wang ringgit kerana suami berfahaman sudah cukup jika tempat tinggal dan perbelanjaan asas disediakan.
Namun kos makan minum dan belanja anak – anak memang ditanggung oleh aku dari awal perkahwinan. Silap aku di sini sebab dah terbiasa tinggal sendiri dengan anak – anak yang mana aku tidak pernah meminta duit semasa tinggal berjauhan.
Jadi mungkin sebab itu dengan mudah suami mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana merasakan cukup segala duit perbelanjaan. Ada ketikanya aku sangat malu dengan kedua mertua yang kerap menghulurkan wang ringgit untuk perbelanjaan anak – anak terutama ketika permulaan persekolahan.
Mahu sahaja aku tolak tapi ibu mertua mengatakan itu adalah untuk anak – anak jadi dengan berat hati aku menghulurkan tangan untuk menerima. Kini sudah 7 tahun suami tidak bekerja jadi akulah yang diharapkan untuk menanggung segala perbelanjaan.
Urusan penyediaan makan minum dan anak – anak ke sekolah memang menjadi tanggungjawab suami namun sejak akhir – akhir ini suami rasa terbeban untuk urusan sekolah anak – anak (terutamanya selepas pkp).
Duit barangan basah juga aku berikan secara mingguan manakala barangan kering kubeli hampir setiap hujung minggu. Pernah aku berikan secara bulanan namun suami terlebih belanja hingga perlu aku tambah. Jadi kewangan bulan itu akan terkesan teruk kerana 2 orang anak sudah belajar di peringkat lepasan spm.
Aku pernah membuat simpanan bulanan setiap anak sebelum ini namun terp4ksa dihentikan kerana suami beria – ria mendesak untuk aku membuat pelaburan bersama ayah mertua kerana pulangan yang tinggi. Puas aku dimarahi kerana lambat membuat pelaburan itu namun rupanya hanyalah scam sahaja.
Satu lagi silap aku di sini kerana masih mempercayai suami.
Pernah ketikanya, aku menyediakan segala juadah yang dibekukan untuk 5 hari bekerja untuk menjimatkan belanja kerana aku akan pulang pada hujung minggu, namun dimaklumkan kepada aku yang anak-anak tidak suka makanan yang dipanaskan.
Baru-baru ini bertubi suami memarahi aku dengan mengatakan aku seorang yang kedekut dan berkira dengan keluarga sendiri dan melebihkan orang luar. Sedangkan suami tahu bahawa hampir separuh gaji aku dipotong termasuk pembiayaan rumah.
Juga dituduhnya aku sengaja melambat-lambatkan bayaran belanja mingguan. Aku rasa sangat penat otak kerana perlu memikirkan cara untuk menambah pendapatan dan berjimat cermat untuk belanja keluarga.
Pada pertengahan tahun ini kami berpindah ke rumah sendiri, jadi duit perpindahan adalah menggunakan duit KWSP suami yang diterima semasa pkp dan diserahkan pada aku kerana suami risau akan menghabiskan duitnya itu.
Terkilan sungguh hati bila terbaca WA suami dengan bapa mertua yang telah memasukkan duit ke akaun suami untuk bayaran sewa lori. Sedangkan duit yang telah diperuntukkan tidak mencukupi yang mana aku terp4ksa menanggung kos tambahan itu.
Namun suami hanya senyap sahaja seperti tiada apa yang berlaku. Satu insiden lagi yang mana tayar kereta yang digunakan oleh suami perlu ditukar kerana pecah. Aku memintanya untuk menggunakan duit belanja pada minggu itu dan akan mengantikan semula jumlah yang digunakan.
Apabila hampir ke hujung minggu, suami memgingatkan aku agar tidak buat – buat lupa untuk menggantikan duit itu. Allah Maha Kuasa, sekali lagi aku terbaca WA antara suami dengan adiknya, yang mana rupanya adik ipar aku telah memberikan sejumlah wang untuk menggantikan ke empat – empat tayar,
Tapi suami masih sanggup membentak aku menggantikan duit belanja yang kononnya digunakan untuk sebiji tayar itu. Aku sebenarnya rasa penat nak berg4duh kerana suami adalah seorang yang suka menjerit – jerit apabila marah sehingga selalu aku malu dengan jiran tetangga.
Selama beberapa tahun ini ada jiran tetangga yang memuji suami kerana boleh menjaga anak – anak seorang diri kerana aku berulang secara mingguan (PJJ terkini ini anak – anak tinggal bersama suami). Allah swt sahaja yang tahu betapa sengsaranya anak – anak sepanjang tinggal dengan suami.
Mereka akan dimarahi jika cuba mengadu apa – apa insiden yang negatif berlaku di dalam rumah semasa ketiadaan aku. Natijahnya, anak sulung aku keluar dari rumah dan sanggup tinggal dengan kakak aku kerana terlalu bencikan suami aku.
B0dohnya aku kerana memang tidak pernah menjaja aib suami atas dasar malu pada keluarga kedua – dua pihak. Pernah juga beberapa kali aku suarakan untuk berpisah tapi suami akan menangis – nangis meminta maaf atau menengking – nengking berg4ntung kepada mood pada ketika itu.
Padahal acapkali aku maklumkan aku tidak suka ditengking macam kucing kurap (hakik4tnya mana ada manusia suka ditengking). Dalam tempoh sebulan ini, hanya perkataan cerai bermain di minda sementelah kembali tinggal bersama, suami seolah – olah ingin melepaskan segala tanggungjawab ketua keluarga kepada aku hatta urusan pendidikan anak – anak di rumah.
Anak – anak kerap dicutikan dari sekolah atas alasan suami tidak sihat. Bila aku hasratkan untuk menggunakan perkhidmatan van sekolah, suami tidak bersetuju dengan alasan dia boleh laksanakan tanggungjawab ini.
Tapi bila dengar anak – anak mengadu yang suami ada ketikanya memgeluh bila dibebani dengan urusan ini, aku jadi buntu. Pada dasarnya perbelanjaan keluarga akan bertambah. Barang pindah yang masih belum berkemas memang dipandang sepi oleh suami kerana suami mengatakan barang – barang kepunyaannya hanya sedikit.
Aku pula masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan tempat kerja baharu. Mohon semua doakan aku dikurniakan ketabahan dan juga kesihatan mentaI untuk mengharungi perjalanan hidup ini. Maaf atas tulisan yang panjang dan ayat – ayat yang kurang sesuai. Banyak lagi hendak dicoret tapi cukuplah dahulu untuk kesekiannya. Terima kasih. – Yang terIuka (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Maslina Samsudin : Suami yang gagal mencari nafkah dan gagal pula dalam mengurus kewangan keluarga, memang tak sayang isteri dan anak – anak. Bila tertekan masalah hutang keliling pinggang, tak ada rasa malu dah meminta – minta dari ahli keluarga.
Bila tertekan duit tak cukup m4ki hamun isteri dan anak – anak. Nak duduk berbincang cari penyelesaian masalah kewangan dengan isteri eg0 pula menjunjung akal. Depan isteri tak boleh nampak lemah. Kena tunjuk pandai hebat segala hal.
Akhirnya keluarga yang tergadai. Isteri ‘give up’ dengan per4ngai ‘b0doh tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut’. Semoga Puan diberi petunjuk dalam menyelesaikan kemelut hidup akibat dari seorang suami sombong dan mementingkan eg0 diri. Insya Allah.
Ezd Airaniez : Berat yang membaca keluhan, berat lagi yang menanggung. Puan kena belajar sayangi diri sendiri. Baru fikirkan suami. Bila mak happy, anak – anak akan ikut happy. Jadi buatlah keputusan supaya dapat cari kebahagiaan untuk diri sendiri dan anak – anak.
Diana Kirana : Puan, berhenti menjadi terlalu baik dan berhenti bela biawak hidup. Puan buka gagal sebagai seorang isteri, tetapi suami puan yang dayus sebagai seorang lelaki. Selain kesihatan fizikaI, kesihatan mentaI sangat perlu diutamakan, dalaman kita kena jaga.
Dah cukup untuk puan berfikir tentag anak – anak, sekarang masa untuk puan fikir tentang diri sendiri. Hidup lah untuk diri sendiri bukan untuk kepuasan dan kepentingan peribadi orang lain terutama sekali sang biawak hidup. #NasihatSeorangAdik
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.