Selama ni saya hukvm murid, takde yang komplen. Satu hari mak murid call cakap nak report polis dan saman

Saya seorang guru yang nak kejar pencapaian yang terbaik dalam peperiksaan. Pantang anak murid tak siap kerja memang saya hukum dengan r0tan ataupun naik tangan ke muka. Selama ni elok je tak pernah dapat complaint. Satu hari mak murid call, nak saman. Ini yang saya baIas dekat murid.

#Foto sekadar hiasan. Di sini saya mahu menceritakan kisah saya semasa saya mula – mula menjadi guru. Masa tu umur saya dalam akhir 20-an. D4rah muda orang kata. Diri saya penuh dengan ‘keghairahan’ semasa mengajar anak – anak murid saya.

Lebih – lebih lagi saya mengajar kelas peperiksaan. Kalau anak – anak murid tak siap kerja sekolah, r0tan atau peIempang saya bagi (selalu bagi r0tan). Kalau anak – anak murid yang tak faham – faham saya ketuk meja kuat – kuat sampai tangan saya s4kit.

Diri saya macam kena rasuk. Ibubapa anak – anak murid pula tak pernah report jadi galaklah saya mendenda murid. Dua perkara sahaja yang tidak pernah saya lakukan iaitu membaling buku murid walau tak siap dan memanggil murid dengan gelaran yang tidak baik seperti b0doh dan sebagainya.

Tahu tak, walau saya bagi hukvman tapi prestasi sains di sekolah hanya setakat 90% sahaja. Tidak juga saya mendapat 100%. Itupun, sudah saya rasa bangga giIa. Pada tahun 2015, saya telah meIempang seorang murid lelaki.

Ibunya telah menelefon saya dan mengatakan akan membuat laporan polis. Padan muka saya, selama ni, saya ingat saya selamat akhirnya ada juga ibubapa yang akan melaporkan saya. Saya meminta maaf kepada ibu murid tersebut.

Alhamdulillah beliau memaafkan saya dan mengingatkan supaya tidak menggunakan kekerasan kepada anak beliau. Setelah kejadian tersebut, saya juga tidak meminggirkan murid tersebut dan masih mengajarnya seperti murid lain.

Saya tidak berd3ndam kepada dia dan dia juga tidak berd3ndam pada saya. Selepas itu juga saya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak meIempang murid – murid. R0tan pun saya gunakan untuk mer0tan meja sahaja. Yelah tangan saya pun tak s4kit sebab saya perasan selepas saya meIempang murid, mesti satu badan saya s4kit – s4kit.

Saya hairan, pada tahun tersebut sains sekolah saya naik menjadi 92%. Saya ingat tak guna peIempang dan r0tan sem4kin merudum prestasi sains. Rupanya terbalik! Untuk tahun seterusnya saya mula memikirkan tindakan yang saya perlu lakukan.

“Kalau aku tak guna r0tan, macam mana nak buat murid siap kerja sekolah”, fikir saya. Jadi saya mulakan dengan membeli sebalang gula – gula. Kalau murid siap, mereka boleh ambil satu biji gula – gula. Tahu tak, selepas itu, tiada lagi murid yang tak siap kerja rumah.

T4ktik ini juga saya gunakan pada kelas yang lain. Hubungan saya dengan murid – murid juga bertambah baik. Murid tak takutkan saya lagi. Mereka buat saya macam kawan. Bila saya lalu di kantin, murid yang membawa bekal akan menawarkan saya makanan mereka.

“Cikgu D ambillah makanan saya”, pelawa mereka. Tapi tak sampai hati pula nak ambil. Kadang – kadang, saya berjanji kalau dapat 60% markah sains dalam peperiksaan pertengahan tahun contohnya, saya akan belanja sorang RM2.

Aduh, rupanya lebih 15 orang yang mencapai target. (Murid saya dalam 30+ satu kelas dan ada satu kelas dalam setiap tahun). Alhamdulillah jika banyak bersedekah pada budak kecil, berkat jadinya. Tahu tak, pada tahun tersebut prestasi sains 100% dan tiada murid yang tak lulus.

Paling kelakar ada murid mendapat 5E1C dalam upsr dan C tersebut adalah sains. Selain itu, bilangan A juga meningkat. Dari 30+ murid, 5-6 orang murid mendapat A, sekolah yang punya 300 orang calon, hanya 3 orang mendapat A.

Sekarang dah 5 tahun prestasi sains 100%. Ya Allah, besarnya nikmatMu.. perkara tersebut tidaklah membuatkan saya bangga giIa tapi adalah bangga sedikit. Tahun – tahun seterusnya saya tidak hanya memberi gula – gula, saya berikan buku nota, pensil 2B dan mekanikal (sebab murid saya suka pensil ini) dan lain – lain pada kategori tulisan cantik, perbentangan terbaik, dan macam – macam kategori yang saya cipta sendiri.

Masih saya ingat, ada murid yang mengatakan pada saya dia sayang cikgu D sebab cikgu D baik dan paling kelakar sebab saya pandai sains dan suka buat eksperimen. Mereka ini kalau saya buka mulut, “hari Khamis nanti waktu sains, awak bawa……”, belum lagi saya menghabiskan ayat dah menjerit gembira

. Tak sabar nak buat aktiviti sains. Kalau orang lain tengok mesti kutuk. Yelah bukan hebat pun aktiviti tersebut, tapi bagi murid – murid ianya satu perkara yang membuatkan inkuiri mereka terbuka. Lepas tu, jenuhlah saya nak menjawab,

“Cikgu D, kenapa dia punya jadi macam ni, saya macam tu”. Pening nak melayan 30+ pertanyaan. Itu baru satu kelas sahaja, belum kelas yang lain. Yang melayu ke, yang india ke semua teruja. Sekarang saya lebih gembira mengajar berbanding dahulu.

Dahulu asyik str3ss sahaja. Dahulu, tak pernah murid memberi saya kuih raya semasa perayaan Aidilfitri dan Deepavali. Sekarang berbalang kuih raya saya terima. Bukan hadiah yang saya mahu dari murid – murid. Hari guru pun saya dah pesan jangan beri cikgu hadiah.

Namun, berplastik – plastik juga saya terima. Walau saya bukan guru kelas atau guru bertugas, mereka masih merepot pada saya jika kawan buat salah atau terced3ra. Cara saya merawat kawan mereka yang berd4rah pun buat mereka admire saya.

Itulah hadiah buat saya setelah saya tak nak garang – garang lagi. Kepada bekas anak – anak murid semasa cikgu garang dahulu, cikgu betul – betul mohon keampunan pada kamu semua. Cikgu sayangkan semua murid cikgu dan cikgu doakan agar kalian berjaya menjadi manusia berguna untuk keluarga, agama dan masyarakat. Akhir kata, maaf kalau cerita ini membuat semua marah atau tak best. Sekian. – Cikgu D (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizah H. Said : Kepada bekas anak – anak murid, sesiapa juga yang mengenali cikgu semasa cikgu garang dahulu terutama murid – murid Sek . Keb . Padang Menora tolong sampaikan jika mereka tidak membaca tulisan cikgu ini, Cikgu betul – betul mohon keampunan pada kamu semua.

Cikgu sayangkan semua murid cikgu dan Cikgu doakan agar kalian berjaya menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat. Sekarang cikgu dah pencen dan sem4kin berumur dan bila – bila masa akan kembali kepadaNya.Entah cepat atau lambat.

Hani Junaidi : 1997 saya dimasukkan ke kelas pertama. Dan sebagai sebelum ini kelas biasa, tiba – tiba dimasukkan diranking satu. Perubahan besar dan cara belajar yang pantas buat saya tertinggal banyak, maka buku saya lah sering dibaling dan paling teruk didenda.

Saya ingat saya gagal buat bahagi 4. DiIempang sampai berdengung. Dan dimaIukan itu biasa. Saya ingat lagi guru kelas saya mereka satu koir yang rangkap ya mengaibkan. Tiap kali waktu sekolah, saya akan demam. Pucat dan malas sekali.

Prestasi merudum teruk dan saya benci matem4tik sejak itu. ( maybe saya kena buat confession) saya marahkan cikgu itu. Hari – hari. Setiap kali saya bertentang dengan cikgu itu saya lari. Berbelas tahun kemudian, saya terserempak lagi, Cikgu matem4tik merangkap guru kelas dan berterima kasih atas tindakan yang dia lakukan. Sedikit pengajaran buat saya sendiri. Supaya tidak melakukan hal yang sama untuk anak kecil.

Khalila Ishak : Saya pun cikgu juga. Saya juga taknak jadi cikgu yang garang. Tapi, kerenah murid buat say terp4ksa garang. Walaupun saya agak garang (pada pendapat saya), murid tetap juga anggap saya tak garang mana.

Entah lah…. Kadang – kadang cemburu dengan kawan – kawan guru yang air muka mereka je dah buat murid tak berani nak main – main dalam kelas. Kita ni punyalah dah garang (kononnya), budak tetap main – main juga.

Walau bgaimana pun, saya juga tak pernah b0doh – b0dohkan murid, c4mpak buku dan sebagainya yang meIampau. Tapi lepas baca confession Cikgu D, InsyaAllah mulai tahun ni saaya pun taknak jadi cikgu garang. Penat sebenarnya garang – garang ni. Penat em0si. Mungkin juga saya akan cuba beberapa cara yang Cikgu D dah gunakan untuk anak – anak murid cikgu. Tq Cikgu D.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?