Dah besar panjang bulu dah penuh satu badan tapi layan ibu macam kuIi. Bila tegur merajuk!

Umur masing – masing dah tua, 33 tahun tapi berlagak jadi raja. Ibu terp4ksa bangun 4 pagi untuk siapkan bekal dorang siap dengan botol air. Bekal makanan tu kena letak dekat pintu ye. Kalau takde nanti dorang tanya, “mana bekal? Tak ada ke?”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini tulisan saya yang pertama di sini. Saya cuba luahkan sebaik mungkin supaya pembaca boleh faham apa yang cuba saya sampaikan dan luahkan. Sebelum tu saya perkenalkan, saya Sasa (bukan nama sebenar).

Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 3 tahun. Jadi saya juga adalah seorang ibu. Tapi apa yang saya nak luahkan ni bukanlah tentang rumah tangga saya. Ini tentang kisah ibu saya dan adik beradik saya.

Saya anak ketiga daripada 8 orang adik beradik. Adik beradik saya 4 Lelaki dan 4 perempuan. Yang sudah berkahwin 3 orang sahaja, anak kedua, ketiga & keempat. Yang paling sulung abang berumur 33 tahun masih bujang dan masih menetap di rumah ibu ayah saya.

Yang bongsu adik lelaki umur 18 tahun, sama juga masih tinggal dengan ibu ayah. Senang cerita yang masih bujang semua masih tinggal dengan ibu ayah, tak ada yang menyewa di luar. Yang jadi masalahnya sekarang ni, saya rasa ibu saya terlalu manjakan anak – anak lelaki.

Nak tahu tak, abang dan adik – adik lelaki saya ni kalau nak pergi kerja tak pernah bangun sendiri, setiap pagi ibu yang akan bising k3jut dorang bangun untuk bersiap pergi kerja. Kalau ibu saya tak ada di rumah, jadi tak ada yang meng3jut tak bangunlah dorang tu pergi kerja tau.

Dorang ni dah la susah giIa nak bangun, ibu saya kena k3jut berpuluh kali sampaikan lepas ibu dah k3jut dorang tu ibu cakap “macam ni aku boleh kena s4kit jantung la”. Saya pernah marah ibu saya, saya minta ibu cuba la seminggu je ibu tak payah k3jut dorang, tapi ibu cakap tak boleh, ibu kata ibu jadi susah hati selagi dorang tak bangun pergi kerja,

Ibu yang takut kalau dorang pergi kerja lambat, ibu yang takut kalau dorang kena marah dengan bos sebab datang lambat, ibu yang takut kalau dorang kena buang kerja. Sedangkan dorang, rilekk je! Tak ada rasa tanggungjawab, tak ada rasa susah hati bila pergi kerja lambat.

Kadang – kadang saya pelik, ibu yang kena pergi bekerja ke dorang yang kena pergi kerja ni. Tak berdisiplin langsung. Tak boleh ke kunci jam sendiri bangun sendiri kenapa nak harapkan ibu yang dah tua tu untuk k3jut bangun lagi.

Bukan tu saja, dorang nak pergi kerja tu ibu siap sediakan bekal lagi untuk dorang, makanan untuk br3akfast dan lunch ye. Siap lengkap air kopi sebotol. Benda ni tak pernah miss ibu buat tau. Setiap hari mesti ibu bangun awal masak untuk bekal dorang.

PukuI 4 pagi ibu dah bangun masak. Lepas siap masak ibu kena k3jut dorang bangun pulak. Lepas tu nak pergi kerja ibu siap hidangkan lagi makan minum wehh! Kalau ibu tak buat ni dorang akan tanya, “ibu tak masak ke?” “Ibu mana makanan, lapar ni”

Bekal yang ibu dah pack tu ibu kena letak dekat pintu nak keluar, kalau tak dorang akan tanya, “mana bekal? Tak ada ke?” Ibu turut saja kemahuan dorang tak pernah ibu bantah. Sedangkan anak perempuan, walaupun tak bangun pagi masak, tapi bekal pack sendiri, bangun pun bangun sendiri, tak perlu ibu k3jut. Makan semua ambil sendiri tak minta ibu untuk hidangkan.

Setiap bulan gaji selalu anak perempuan yang bagi ibu duit belanja lebih, anak lelaki ni kadang – kadang bagi kadang – kadang tak bagi. Sepatutnya dorang la kena bagi lebih pada ibu sebab ibu buat semua kemahuan dorang.

Saya sedih laa, Sasa banyak kali marah dan tegur ibu jangan manjakan sangat anak lelaki ni. Tapi ibu saya bagitau yang anak lelaki ni memang manja, bukan ibu yang manjakan dorang. Ya Allah! Sasa tak boleh terima la ibu saya cakap anak lelaki ni manja!

Sifat manja dengan dimanjakan lain ibu. Sekarang ni ibu masih manjakan dorang dengan ibu turut saja kemahuan dorang, sedangkan dorang dah besar panjang, dorang sepatutnya berdikari sendiri, buat semua sendiri bukan harapkan dan suruh suruh ibu buat itu ini.

Bila saya marah abang dan adik – adik lelaki saya ni pasal jangan nak suruh suruh ibu buat itu ini, dorang kata “suka hatilah” dan minta saya jangan menyibuk, lepas tu dorang yang merajuk. Masuk bilik h3mpas pintu.

Gerammlahh! Masalahnya sampai bila ibu nak buat semua benda untuk dorang? Kemudian, saya nak cepat – cepat dorang ni keluar dari rumah ni, kahwin ke apa la. Tapi tu la dorang ni pun tak layak kahwin lagi sebenarnya.

Kalau kahwin nanti dorang menyusahkan bini dorang. Yelaa, sebelum kahwin semua ibu yang buatkan. Nanti dah kahwin mestilah harapkan isteri buatkan semua bendakan. Kerja rumah pun tak boleh nak buat wehh, suruh buang sampah depan rumah pun malas, beribu alasan.

Senang cerita dorang ni memang malas la. Kalau kerja – kerja tukar lampu ke mengecat ke repair paip kat rumah ni pun anak perempuan yang buat. Nak tunggu anak lelaki yang buat, sebulan dua benda tentu siap. Saya buntu sangat, tak tahu dah macam mana nak tegur ibu supaya berhenti buat semua tu untuk dorang.

Tiap kali saya tegur ibu terasa hati merajuk dengan saya. Sedangkan saya kesian dengan ibu, ibu dah tua tapi masih kena uruskan anak macam tu. Anak kecik nak urus macam tu tak apa la, ni dah besar panjang bulu pun dah penuh satu badan masih diurus macam anak kecik.

Bila saya mengadu dengan ayah tentang ibu, ayah pun tak tahu nak buat apa dah, sebab ayah pun dah banyak kali tegur ibu benda yang sama saya tegur, tapi mesti ibu akan merajuk. Ibu mesti kata yang kami ni tak faham tanggungjawab seorang ibu. Allah..

Yea, mungkin saya tak faham perasaan ibu, tapi saya juga seorang ibu dan saya tak nak jadi seperti ibu bila anak dah besar nanti. Saya tak nak anak saya buat saya seperti kuIi. Boleh di suruh itu ini. Saya tahu biasa orang cakap, “kau jangan cakap orang, nanti benda tu jadi balik pada kau”.

Insya Allah kalau ada rezeki dapat anak lelaki, saya nak ajar sama rata. Tak kira anak perempuan atau anak lelaki mesti kena masuk dapur juga, mesti kena buat kerja rumah juga. Biar dia kahwin nanti senang isteri dia. Korang tolong la saya, macam mana saya nak tegur ibu tanpa meny4kiti ibu, macam mana saya nak ibu nampak dengan jelas yang ibu sebenarnya manjakan anak – anak lelaki dia.

Ibu, Sasa kesian dengan ibu, tiap kali Sasa balik rumah je mesti hangin je bila dengar dorang suruh ibu buat itu ini. Ibu sepatutnya berehat je tak perlu buat kerja sampai macam tu dah. Anak – anak ibu dah besar sampai bila ibu nak urus dorang macam anak kecik.

Sebenarnya banyak lagi saya nak cerita tapi rasa macam dah panjang sangat tulisan ni, korang jangan la kecam ibu Sasa tau, ibu baik! TerIampau baik sampai anak boleh suruh buat itu ini kan. Maafla kalau tulisan ni tak tersusun, terima kasih pada yang sudi baca. Harap korang boleh bantu Sasa yang buntu ni. – Sasa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nathirah Muhani : Kena ikut fasa mendidik / melayan anak seperti yang disarankan: Umur 0-6 tahun : seperti raja (turut semua yang dimahu. Kalau yang bah4ya / buruk kena pujuk elok – elok). Umur 7-14 : seperti h4mba (bertegas bukan mend3ra. Ajar peraturan dan beri tugasan rutin untuk mendidik displin mereka : solat, tugasan rumah, mengurus masa)

Umur 15-20 : layan seperti kawan baik (boleh share cerita apa sahaja dengan kita). Umur 21 – : jadi pemerhati sahaja, biar mereka urus kehidupan mereka sendiri. Tegur jika mereka keluar dari landasan islam. Wallahualam… Sama – sama kita amalkan.

Hazwani Mohd Dah : Ada sorang makcik saya selalu pesan, rumah keluarga tak perlu buat besar – besar macam istana dan selesa sangat, nanti anak – anak semua tak rasa keperluan nak keluar dari rumah bila dewasa.

Terutamanya rumah yang ada ruang peribadi sendiri, bilik besar, ada aircond, ada toilet sendiri. And yang second, emak ayah sejak kecil kena ingatkan anak – anak; musafir dan berkelanalah untuk hidup yang lebih baik.

Banyak parents yang dari kecil akan cakap, dah besar duduk dengan mak, mak belikan tanah sebeIah rumah. So anak – anak jadi manja and tak rasa bertanggungjawab pada hidup. Semua mak ayah uruskan.

Sofia Latif : Memang ada IBU (nenek) YANG VOLUNTEER untuk menyusahkan diri sendiri menguruskan cucu – cucu dan anak kesayangan. Biarlahh. Itu bahagia cara dia. Kita pun ntah – ntah tua nanti sama juga camtu. Saya pun tak tahu nak gelak ke, nak nanges. Pilihan masing – masing. Kadang – kadang tolong fikir untuk orang lain ni, buat serabut je. Sendiri yang cari masalah..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?