Mama dtg dari kampung nak tidur rumah Angah, tapi isteri dia bagi alasan anak ada kelas tambahan

“Mama ingat nak tidur rumah Angah tapi dah Kak Ngah cakap anak dia nak kelas, nanti menyusahkan dia pula nak hantar kita pergi rumah Alang. Nak tidur rumah Alang, bantal pun tak ada. Kesian Ateh anaknya tak sihat, tapi Ateh je yang nak layan kita.”

#Foto sekadar hiasan. Aku baru berkahwin 10 tahun, tapi aku selalu perhatikan peng0rbanan ibu mertua aku nak jaga hati anak – anak lelaki dan menantunya. Suami hanya ada seorang adik perempuan bongsu yang lain semuanya 7 orang lelaki termasuk suami aku.

Baru – baru ni ibu mertua datang ziarah jauh dari kampung naik bas dengan adik ipar perempuan yang bongsu. Suami jemput di stesen bas. Kebetulan anak – anak aku tengah diuji kesihatan jadi aku memang tak sempat nak memasak nak jamu ibu mertua makan.

Suami aku tolong masak nasi dan belikan lauk. Tapi aku tengok Mama dan Adik makan bertambah, aku rasa kurang bersalah sikit sebab Mama bukan jenis yang makan banyak. Keesokannya suami bawa Mama pergi rumah abangnya, Mama siap bawa beg nak tidur rumah anaknya tapi masa sampai tu suami aku tak keluarkan lagi beg.

Semua dalam kereta. Biras aku jenis tak berapa nak mesra, dulu rajin juga kami nak ziarah tapi setiap kali ziarah terasa tak diraikan, lama – lama suami aku pun tak beria nak ke sana. Tapi bila mereka datang ke rumah, suami akan bersungguh masak yang sedap – sedap dan bekalkan mereka bawa balik.

Nak pergi pun akan bawa makanan siap – siap. Pernah juga bagitahu nak pergi rumah mereka. Masa pergi mereka jamu dengan Teh O dan pisang goreng yang suami beli, dah nak maghrib mereka siap – siap nak makan di luar tapi tak pelawa kami pun.

Masa tu Mama pun ada sekali. Sudahnya suami ajak Mama tidur rumah kami, sampai rumah Mama kata Mama lapar. Jadi suami masak nasi dan telur d4dar, makanlah kami nasi panas dan telur d4dar dengan kicap. Baru – baru ni bila Mama kata nak tidur terus biras aku kata esok anaknya ada kelas tambahan.

Aku perasan muka Mama berubah tapi Mama cuba buat rilek. Mama pun cakap. “Mama tidur rumah Alang lah.” Alang ni adik suami juga, sebab Mama tak pernah pergi rumah Alang jadi exc1ted juga. Sampai rumah bujang Alang, Mama tak tergamak nak tumpang tidur.

Berselerak. Baju berg4ntung penuh rumah. Walau rumah bujang, Alang hanya duduk seorang di rumah sewa. Sebab tu Mama berangan nak tidur rumah Alang. Sudahnya Mama cakap.. “Mama ikut balik tidur rumah Ateh lah.” Iaitu rumah kami.

Masa nak pergi kereta aku dengar Mama cakap dengan Adik. “Mama ingat nak tidur rumah Angah tapi dah Kak Ngah cakap anak dia nak kelas, nanti menyusahkan dia pula nak hantar kita pergi rumah Alang. Nak tidur rumah Alang, bantal pun tak ada. Kesian Ateh anaknya tak sihat, tapi Ateh je yang nak layan kita.”

Aku rasa nak meraung. Aku tahu mak mertua aku sedih giIa. Bayangkan seorang ibu datang dari jauh nak tidur rumah anak lelaki, nak tengok cucu tapi tak diraikan. Tapi mak mertua aku baaaaaaik giIa. Bila masuk kereta. Mama cakap pada suami aku.

“Mama tidur rumah Ateh ya! Nanti senang Ateh nak hantar Mama balik tak payah ambil Mama kat rumah Alang dah.” Suami aku okay je. Sebab aku awal – awal dah sound, Mama bukan selalu datang, skip je lah apa – apa kerja pun untuk Mama.

Sementara Mama ada je nak layan Mama. Aku ada anak – anak lelaki, aku pun bukan menantu yang baik tapi aku betul – betul sedih bila tengok Mama sedih. Untuk pembaca wanita yang bergeIar MENANTU, ibu mertua adalah ibu kepada suami kita.

Buatlah baik, raikanlah mereka dan kalau tak mampu nak sayang mereka seperti ibu kandung sekalipun jangan kita bina tembok antara suami dengan ibu mereka. Bukan menantu terbaik. – Mok (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Saadiah Hassan : Sebelum berkhwin saya selalu berdoa agar dapat mertua yang baik. Alhamdulilah Allah bagi mertua adik ipar, abang ipar, biras semuanya baik. Al-fatihah untuk ibubapa mertua dan dua orang abang ipar yang telah meninggaI dunia. Semoga saya dapat menjadi ibu mertua yang baik pada menantu saya pula.

Insyirah Soleha : Untuk jadi anak lelaki yang baik setelah berkahwin, memerlukan sokongan dari wanita yang baik sebagai isteri. Ramai wanita yang baik menjadi ibu mertua, tetapi sangat jarang didendangkan.

Selalu yang disebarkan adalah ibu mertua yang jahat, k3jam dan teruk sehingga siap ada yang ajar kepada wanita lain untuk bina jurang dengan ibu mertua supaya, “jangan baik sangat nanti kena p4ksa ikut kehendak ibu mertua.”

Sedangkan, kalau sama – sama saling meredhai dan berkasih sayang, Iimpah keberkatannya akan dirasai oleh orang sekeIiling. Ramai ibu mertua yang baik tetapi tidak mendapat layanan baik dari menantu perempuan bukan kerana kifarah (atau karma dulu dia jahat dengan mertua sekarang menantu dia buat pada dia).

Ia berlaku kerana sikap individu tu sendiri yang pilih tak nak buat baik pada keluarga mertua. Sungguhlah, agama dan akhlak perlu seiring untuk jadi orang yang BAIK. Kalau kita tak jumpa orang yang baik dalam kehidupan seharian, “jadilah orang tersebut” supaya yang lain akan merasa kebaikan.

Nak jadi anak lelaki yang baik selepas berkahwin memerlukan wanita yang baik sebagai isteri. Nak jadi wanita yang baik sebagai isteri memerlukan lelaki yang baik sebagai suami. Nak jadi suami yang baik, perlu faham agama dan ikut sunnah Nabi. Sebaik – baik manusia dalam menyantuni keluarga, adalah peribadi Rasulullah sendiri.

Azilawati Rozaimee : Mujur saya dikurniakan mak dan mak mertua yang baik. Mak dan mak mertua boleh geng sekali. Walaupun jarak antara mereka jauh. Mak di kuala Terengganu.. mak mertua di Temerloh.

Kadang – kadang mak mertua datang tido rumah mak.. kadang mak pergi rumah mak mertua. Kadang – kadang sama – sama keluar gi makan luar bawak sekali adik beradik. Kan seronok gitu.

Syaidatina Hekmah : Kepada anak – anak dan anak menantu, pandang muka mak ayah masing – masing. Garis kedut jelas kelihatan, mereka dah masuk usia tua dah pun. Tak salah layan mereka dengan baik.

Tak lama pun hayat mereka, mungkin 10, 20 tahun je kita sempat merasa hidup dengan mereka. Sedang kita ralik tengok anak – anak membesar, ibu bapa kita m4kin tua. Sekejap je 10, 20 tahun tu. Setiap yang hidup ni Allah akan ambil semula.

Orang tua – tua ni kadang – kadang biasalah, kena banyak sabar. Marah diorang pun, pek4kkan aje telinga. Anggaplah itu nasihat. Tak lama pun. Nanti diorang takde, hidup kita sunyi, kosong. Percayalah

سيداتول حليم : Setuju sangat. Kalau pun kita bukan menantu yang baik tapi jangan bina tembok antara ibu dan anak lelakinya. Selagi ibu dia masih hidup selagi tu tanggungjawab si anak terhadapnya berjalan.

Tak lah kata selepas meninggaI terus terputvs tanggungjawab tu. Saya sendiri selalu ingatkan suami selalu telefon mak mertua sibuk kerja macam mana pun, kalau balik kampung bawak balik buah tangan jika ada rezeki lebih.

Saya tak nak mak mertua rasa cast out bila anaknya dah berkahwin. Hakik4tnya ‘married life’ takkan pernah sama masa hidup bujang dulu. Perlukan komitmen yang sangat tinggi. Saya ada anak lelaki.

Kalau saya tak nak di kemudian hari anak saya layan saya begitu, dari sekarang saya kena buat benda yang betul. Walaupun banyak salah datang dari diri sendiri. Yelah kita manusia biasa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.