
Anak yang aku sayang meIawan kata – kata seorang ibu hanya kerana seorang lelaki yang masih mentah. Tanpa sedar aku lafazkan perkataan yang aku tak ampunkan apa yang dia telah buat pada aku. Sampai aku kata nanti jen4zah aku pun dia tak boleh nak sentuh. Anak aku ugvt aku dia pergi dapur..
#Foto sekadar hiasan. Salam w4rga fb. Terima kasih juga pada admin sudi siarkan masalah aku ni. Ya Allah berat mata yang membaca, berat lagi perasaan yang aku pikul ketika ni. Pengadu sibuk bercerita tentang masalah rumah tangga mereka tapi aku tak.
Semua masalah tu dah lama selesai selepas aku bercerai dengan bekas suami. Tapi kini ya aku dalam dilema dengan anak aku sendiri. Ceritanya begini. Anak aku ada lima orang dengan bekas suami. Empat perempuan dan seorang lelaki.
Tangan aku inilah yang membela dan mendidik anak – anak aku. Sedangkan ketika tu bekas suami yang masih menjadi suami aku asyik leka men4gih d4dah dan penjara tu dah menjadi rumah kedua bagi dia. Saban tahun berjanji untuk berubah tapi hampa aku rasa. Janji tinggal janji. Susah nak aku bayangkan ketika tu. Akulah ibu, akulah ayah buat anak – anak aku.
Sehinggalah kini bila anak dah menginjak dewasa. Aku pun dah bercerai dengan ayah mereka dan kini aku berkahwin lain. Bila aku yang membesarkan mereka, jadi anak – anak lebih rapat dengan aku. Segala masalah dalaman semua akan diceritakan pada aku tanpa ada rahsia.
Dalam ramai ramai anak aku, anak yang sulung kini berumur 20 tahun. Dia bijak tapi tak dapat meneruskan pelajaran ke menara gading kerana banyak tanggungjawab dan komitmen yang harus dia pikul untuk membantu adik – adiknya yang sedang bersekolah.
Jadi kini dia sudah bekerja di stesen pam minyak. Aku tak kisah pun dia kerja apa, janji kerja yang halal. Anak perempuan sulung aku ni terlalu ekstrem dan suka mencabar kesabaran aku sebagai seorang ibu. Bila hubungan kami baik, bergurau senda segala.
Anak sulung aku ni faham – faham lah bila dah bekerja. Maka ramailah kawan dia. Termasuk kawan lelaki. Cuma yang jadi ketara sejak akhir – akhir ni, hubungan aku dengan anak perempuan jadi renggang. Bila dia kenal dengan seorang budak lelaki ni rakan sebaya dan mereka selalu pergi ke gim saban waktu jika ada masa terluang.
Pulang lewat setiap kali keluar dengan alasan mereka cuma pergi minum atau beriadah di tempat awam. Memang mereka boleh pergi ke mana sahaja, aku juga pernah muda. Pernah mengalami zaman remaja. Tapi maniskah anak gadis pulang lewat malam.
Satu hari tu aku minta tolong dia temankan aku beli barang. Dia resah gelisah. Maklumlah ada temujanji dengan kawan – kawan dia nak ke gim. Sampai bawa kereta laju – laju. Nyaris kami nak kemaIangan. Baik aku pendam lagi perasaan marah aku. Cuba bawa bersabar.
Semalam hari gaji dia. Selalunya dia akan hulur dekat aku untuk wang belanja dapur. Tapi tiba – tiba dia marah dekat aku bila aku pertikaikan mana semua wang gaji dia. Aku syak wang gaji dia tak cukup sebab dia selalu keluar main gim.
Dia meng4muk, dia tuduh aku fitnah dia. Dia kata setiap kali dia keluar main gim, budak lelaki tu yang belanja dia. Apa kau orang rasa. Sedangkan budak lelaki tu cuma kerja kedai runcit saja. Tanggungjawab pada ibu bapa dia banyak.
Mampukah setiap kali keluar dia yang akan bayar. Sedangkan anak aku bukanlah jenis perempuan pisau cukur. Ada maksud terselindung budak tu baik dengan anak aku. Cuma anak aku yang terlalu emosi ikut perasaan kerana cinta mengaburi mata hati.
Luluh hati bila anak yang kita sayang meIawan kata – kata seorang ibu hanya kerana seorang lelaki yang masih mentah. Kami berg4duh hebat malam tu. Tanpa sedar aku lafazkan perkataan yang aku tak ampunkan apa yang dia telah buat pada aku.
Sampai aku kata nanti jen4zah aku pun dia tak boleh nak sentuh. Kerana terlalu terluka perasaan seorang ibu. Tiada daya aku rasa. Dia mengugvt aku. Ambil pis4u nak kelar tangan dia jika aku tak tarik balik segala kata aku sebab anggap dia anak derh4ka.
Aku tak sanggup nak hadapi. Sudahnya aku keluar dari rumah dan pergi tempat lain. Nampak sangat per4ngai budak sekarang ni teruk. Menyalak tuan macam anjing. Nak bagi ibu dia m4ti cepat. Baru puas hati agaknya. Buat para pembaca sekalian. Salahkah aku bila anak tak mendengar kata.
Memang salah aku sebab dia kurang kasih sayang dan didikan agama. Apalah yang mampu aku lakukan. Aku ketika tu seorang isteri tapi ibarat tiada suami. Semua beban tertanggung di atas bahu aku. Kini bila anak dah besar, dah pandai berdikari serta pandai meIawan cakap ibu bapa.
Salahkah aku mendidik mereka. Adakah terlampau kasar sedangkan tujuan semata – mata untuk mendidik mereka. Bilakah mereka akan sedar. Adakah ketika nafas sang ibu terhenti baru mereka puas hati. Bukankah syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Berd0sakah aku tak mengampunkan mereka. Sedangkan mereka lebih mendahului orang lain dan membelakangi aku. Wahai pembaca sekalian. Ambil lah iktibar dari cerita aku ni. Aku cuma ibu yang maIang. Doakan aku moga kuat untuk hadapi segala ujian ni. Aku cuma manusia yang tak sempurna.
Ulasan Pembaca.
Puan Nino : Bila baca kisah adik, terasa luluh hati akak sebagai seorang ibu. Faham akak apa yang adik rasakan, anak yang kita tatang dan berikan kasih sayang layan kita begini. Malam kisah adik tu, boleh diibaratkan api dan api. Bila bertembung makin merebak.
Jadi kena cari penyejuk seperti air untuk memadamkannya. Cuba adik minta bantuan sesiapa yang disayangi dan dihorm4ti oleh anak adik seperti nenek, atuk, pak saud4ra atau mak saud4ra dia nasihatkan dia. Rapat dengan dia. Sebab takut kalau dibiarkan budak umur begini makin liar jadi.
Umur begini memang dia akan berg4ntung dengan kawan – kawan sealiran. Jadi bila kita menegur dia akan melihat kita sebagai musvh sebab tak sealiran dan sependapat dengan dia. Padahal kita dulu yang banyak makan garam.
Anor Yusof : Ini pandangan aku. Cuba bawa bincang. Anak muda, d4rah muda. Cuba guna psik0logi. D4rah muda ni suka member0ntak. Aku cuba masuk dalam permasalahan ni. Jika aku di tempat kau dan anak. Aku akan bawa bincang hati ke hati.
Cuba kenal kawan – kawan anak. Bergaul dengan mereka. Ada dengan anak jika berlaku masalah. Lagi satu. Jangan berharap pada duit anak. Anak nak bagi Alhamdulillah. Kau pun jaga kata – kata ketika marah. Anak pun ada hati dan perasaan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.