Dari kecik hadap bapak baran, teruk ibu kena sampai kami merayu. Adik laki aku bersumpah akan balas d3ndam dengan ayah. Bila adik dah besar..

Masa kecil, adik lelaki aku bersumpah nak balas d3ndam dekat ayah aku dan kami rancang bila ayah dah tua. Tapi bila kami dah besar, aku terk3jut bila per4ngai adik sama macam bapak. Ibu jadi m4ngsa adik pula. Ibu dilayan macam kain buruk..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, maaf diharapkan identiti aku dirahsiakan. Aku cuma mahukan pendapat daripada pembaca page ni dalam masalah kehidupan aku. Bukan tentang rumah tangga atau suami sebab aku masih belum berkahwin. Tak ada rasa.

Aku cuma seorang anak yang dah menjangkau usia 20 an. Mempunyai 5 adik beradik dan masih mempunyai ibu bapa. Aku merupakan anak ketiga. Ayah aku merupakan orang yang sangat panas baran. Baran dia sampai dia memukuI ibu dan anak – anak dia.

Kami dibesarkan dengan penuh ketakutan sampai satu tahap bunyi tapak kaki dia pun dah cukup buat kami semua jadi gelisah. Apa sahaja yang tak kena dalam rumah ni, dia akan meng4muk. Misalnya rumah ada kain tak berlipat, dia meng4muk.

Makan malam tak siap tepat pukuI 8 malam, dia meng4muk. Begitu juga makan pagi dan tengah hari. Meng4muk dia kat sini bukan setakat memaki hamun, namun turut disertakan dengan pukuI menggunakan anggota badan guna penvmbuk, t4mpar, sep4k dan dengan menggunakan barang – barang yang ada dalam rumah.

Kesian ibu aku masa tu, kami berempat adik beradik hanya mampu meraung meminta simpati daripada ayah supaya berhenti beIasah. Dalam kepala masa tu cuma fikir nak lindungi ibu walaupun kami sendiri budak kecil yang tak mampu buat apa – apa.

Sudah banyak keced3raan yang hinggap pada badan ibu aku seperti gegendang telinga pecah, kulit kepala terkoyak, subang telinga ditarik dari telinga dan luka – luka pada anggota badan. Masa kecil tu memang aku jadi tr4uma dan berd3ndam dengan ayah sendiri sampai kan aku benci dengan semua lelaki kerana aku fikir semua lelaki memang per4ngai macam tu.

Aku membesar dengan rasa takut dan benci dalam masa yang sama. Bila dengar suara lelaki tinggi sikit pun aku boleh jadi cemas. Bila dah mencapai usia dewasa, ayah aku sudah tak memukuI sesiapa. Namun masih ada juga sesekali dia marah – marah atas sebab tertentu.

Suasana dalam rumah masih tegang walaupun tak seteruk dulu. Tapi tu bukan noktah segala sengsara dalam rumah ni. Aku ada abang yang kurang sempurna down syndrome dan seorang adik lelaki yang sempurna. Dalam rumah ni kami semua cuba hidup normal walaupun sebenarnya tak pernah betul – betul rasa tenang.

Ketika kecil, adik lelaki aku bersumpah akan membalas d3ndam dengan ayah aku dan kami sama sepakat untuk buat sesuatu di hari ayah kami tua. Waktu tu kami fikir semua itu luahan marah budak – budak yang hidup dalam tekanan.

Tapi bila dah besar, aku sendiri tak sampai hati nak teruskan semua itu. Aku cuma diam dan cuba jauhkan diri dari semua benda negatif. Cuma kesannya aku jadi janggal bila ayah memulakan perbualan sampai sekarang. Apa yang aku nak ceritakan ialah adik lelaki aku ni.

Kami ibu dan adik beradik ingatkan dia bakal menjadi orang yang boleh diharap dan boleh melindungi kami daripada ancaman ayah atau orang luar. Tapi sebaliknya, dia jadi sama macam ayah aku di waktu muda. Sikap dia yang panas baran memukuI kami semua termasuk sanggup memukuI ibu.

Dia langsung tak boleh ditegur. Kalau tegur walaupun secara lemah lembut, dia akan terus menjerkah dan memukuI. Kadang – kadang hanya sebab benda kecil pun boleh jadi punca dia naik angin sampai suasana rumah jadi tegang semula.

Dia tak mahu sambung belajar dengan alasan nak jaga abang kami. Tapi pada masa sama dia sentiasa merungut dan mendengus bila kena mandikan abang kami. Semua benda dia buat seolah – olah terp4ksa walaupun dia yang pilih untuk duduk di rumah.

Kerja pun acuh tak acuh. Kononnya dia tak mahu kerja yang ada bos. Dia pernah kerja yang ada bos macam McD, kedai – kedai makan dan banyak lagi. Semua pekerjaan tu dia kena pecat dalam tempoh sebulan je. Dia beritahu alasan pada ibu aku, bos yang salah atau rakan sekerja yang membuIi. Tapi aku yakin baran dia yang jadi masalah sebenar.

Jadi hampir setiap kali dia duduk rumah dengan kerja makan, tidur, tengok televisyen. Dia control televisyen sampai semua orang tak boleh tengok kecuali dia. Dalam masa yang sama dia jaga abang kami yang kurang upaya tu tapi dengan hati yang selalu tak puas hati.

Dia juga suka cari salah orang lain setiap hari. Dia akan persoalkan kenapa orang lain tak buat kerja tertentu, walhal dia sendiri pun tak konsisten. Padahal dia sama – sama lelaki dalam rumah ni. Untuk pengetahuan semua, kami masih membantu mandikan abang kami sekali sekala sebab kami pun kerja.

Ayah kami makin tua makin malas buat kerja kat rumah. Mandikan abang kami pun sekali sekala je. Bila adik lelaki aku meng4muk, dia lepaskan pada perempuan je dalam rumah ni. Ayah aku dah tak larat nak peduli. Dia cuma jerkah – jerkah je untuk redakan keadaan tapi tak buat apa – apa tindakan pun.

Walaupun dia nampak adik lelaki pukuI orang, dia hanya mampu tengking dengan mulut, bukan halang dengan badan. Ayah aku dah cuba halau dia dengan mulut sahaja, tapi dia buat tak dengar dan terus duduk kat rumah. Ibu aku pula sentiasa back up dia sebab fikir dia satu – satunya anak lelaki yang dia ada tanpa sedar keadaan makin teruk.

Jadi setiap kali ada konflik, aku yang selalu kena suruh mengalah. Aku pendam semua sampai jadi penat sendiri. Ibu aku walaupun dia dilayan macam kain buruk pun, masih tetap layan adik aku dengan baik seolah – olah masih berharap dia berubah satu hari nanti.

Aku str3ss hidup dalam rumah sendiri macam ni. Hari – hari aku rasa macam hilang sabar dan penat dengan keadaan yang tak pernah tenang. Aku tak tahu sampai bila aku kena hidup dalam situasi macam ni. Kadang – kadang aku cuma diam sebab kalau aku bersuara pun keadaan takkan berubah. Aku cuma nak tanya pendapat pembaca semua, salah ke aku kalau aku rasa macam ni dan apa yang patut aku buat dalam keadaan macam ni. – Depr3ssed Mia

Ulasan Pembaca :

Ahmad Fareez : Menjadi persoalan di hati aku bagaimana huru hara suasana awak dibesarkan. Inilah yang paling ditakuti bila anak turut mencontohi per4ngai buruk sama ada daripada ibu atau bapa. Selalu sangat kita dengar perempuan bagi alasan bertahan demi anak – anak tanpa sedar akhirnya dia hanya merosakkan anak – anaknya. Keluarlah dari kepompong hidup negatif begini wahai wanita. Andai anda tak sayangkan nyawa sendiri sayangkanlah masa depan anak – anak.

Putri Rahman : Kalau dah ada sentuhan fizikal tu pergi report polis je lah. Adik ke ayah ke kalau dah mula cakap dengan kaki tangan tu memang melampau. Tak patut buat benda macam tu kepada sesiapa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :