Dari kecik tengok mak selalu tengking ayah. Satu hari, aku tak tahan tengok ayah kena marah, aku jerit marah mak. Jangan buat ayah macam orang gaji!

Sebelum mak lari dari rumah, mak sempat h1na ayah sebab tak mampu belikan barang kemas, pakaian mahal. Sejak mak takde, aku rasa tenang tapi ayah banyak termenung. Lepas solat, aku nampak ayah menangis sambil berdoa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku pinjam akaun Facebook kawan aku sebab aku betul – betul buntu dan tak tahu nak luahkan dekat siapa lagi. Aku harap admin sudi siarkan luahan aku dan tolong rahsiakan identiti aku.

Selama ni aku cuma pendam dan simpan sorang – sorang, tapi makin lama aku rasa hati aku dah terlalu penat. Aku cuma nak tahu, kalau korang berada di tempat aku, apa yang korang akan buat? Aku perempuan, umur 18 tahun dan sekarang masih belajar di tingkatan enam.

Aku ada seorang adik lelaki yang baru berumur 12 tahun. Apa yang aku nak luahkan bukanlah pasal kawan, bukan pasal belajar, tapi pasal keluarga aku sendiri. Lebih tepat lagi, pasal mak aku. Sejujurnya, aku memang selalu tak sekepala dengan mak aku.

Hampir setiap minggu mesti ada saja benda yang buat kami berg4duh. Bukan sebab aku sengaja nak meIawan atau kurang ajar, tapi sebab aku dah terlalu lama pendam rasa s4kit hati tengok cara dia layan ayah aku. Mak aku memang jenis yang cepat naik angin.

Pantang ada benda tak kena sikit, mesti dia tengking ayah aku. Kadang – kadang aku tengah belajar dalam bilik pun boleh dengar suara dia menjerit dari dapur atau ruang tamu. Aku selalu tertanya – tanya, macam mana ayah aku boleh tahan dengan semua tu.

Yang buat aku lagi sedih, mak aku memang sangat pemalas. Maaf kalau ayat aku kasar, tapi itulah hakikatnya. Jarang sangat dia masak untuk kami. Kalau nak rasa masakan mak sendiri pun, memang kena tunggu mood dia betul – betul baik.

Kadang – kadang sebulan sekali atau dua kali saja dia memasak. Tu pun selalunya lepas ayah aku belikan hadiah mahal atau bawa dia berjalan. Selebihnya, ayah aku yang uruskan semua. Balik kerja saja, letak beg terus masuk dapur tengok apa yang ada.

Kalau tak sempat masak, dia keluar beli makanan. Lepas makan, dia juga yang basuh pinggan. Rumah bersepah, dia yang sapu. Sampah penuh, dia yang buang. Barang dapur habis, dia juga yang keluar beli. Aku selalu rasa sebak tengok keadaan ayah aku.

Dia bekerja di kilang dari pagi sampai petang. Balik rumah pun bukannya dapat berehat macam orang lain. Dia sambung pula uruskan rumah tangga. Kadang – kadang aku nampak dia duduk sekejap sambil picit kepala. Pernah dia cakap dekat aku, kepala dia selalu s4kit, badan pun selalu lenguh.

Masa dia cakap macam tu, aku cuma mampu diam sebab aku tahu dia memang terlalu penat. Lepas solat Isyak pula, dia ajar adik aku buat kerja sekolah. Walaupun mata dah merah sebab mengantuk, dia tetap duduk teman adik sampai siap.

Selalu sangat aku nampak ayah tertidur atas sofa sambil televisyen masih terpasang. Bila tengok muka dia yang terlalu letih, air mata aku memang tak boleh tahan. Aku rasa bersalah sebab tak mampu buat apa – apa selain tolong mana yang termampu.

Setiap pagi sebelum aku pergi sekolah, aku mesti peIuk dan civm ayah aku. Aku ucap terima kasih sebab sanggup jaga aku dengan adik dari kecil sampai sekarang. Kadang – kadang ayah cuma senyum sambil usap kepala aku. Senyuman dia nampak tenang, tapi aku tahu jauh dalam hati dia penuh dengan beban.

Mak aku pula, kalau tak bekerja, memang telefon saja dalam tangan. Sama ada Facebook, YouTube ataupun keluar dengan kawan – kawan. Katanya ada persatuan yang dia kena sertai. Aku tak kisah kalau nak berkawan atau ada aktiviti sendiri, tapi janganlah sampai rumah sendiri terabai.

Ada hari yang aku balik sekolah, pinggan dari sarapan masih ada dalam singki. Baju bertimbun tak berlipat. Rumah berselerak. Aku terus buat semua sebab aku tak sanggup tengok ayah balik kerja dalam keadaan rumah macam tu. Adik aku pun kadang – kadang tanya kenapa mak tak masak macam mak orang lain. Aku cuma mampu suruh dia diam.

Kalau ayah aku tegur mak, jangan harap dia nak mengaku salah. Dia terus meIawan. Habis semua benda dia ungkit. Dia cakap dulu masa ayah susah dan tak ada duit, dialah yang tolong keluarga. Tapi dia macam lupa selama bertahun – tahun ni siapa yang bayar ansuran rumah, kereta, bil elektrik, bil air, internet dan segala keperluan kami. Semua ayah aku yang tanggung.

Kemuncak perg4duhan berlaku masa raya hari kesepuluh. Hari tu memang aku dah tak mampu tahan lagi. Dari pagi aku dengar mak membebel dan marah ayah sebab perkara kecil. Ayah cuma diam. Sampai satu tahap, aku terus hilang sabar.

Aku tengking mak depan ayah. Aku cakap, jangan buat ayah macam orang gaji. Aku cakap mak sepatutnya bersyukur dapat suami macam ayah. Aku cakap lagi, mak dah lah pemalas, lepas tu abaikan ayah pula. Belum sempat aku habiskan cakap, terus mak Iempang muka aku.

Ayah yang selama ni tak pernah naik tangan dekat sesiapa terus hilang kawalan. Secara tak sengaja dia t4mpar balik muka mak sebab nak lindungi aku. Lepas tu mak terus sep4k ayah sambil menjerit panggil ayah dayus. Aku yang tengok keadaan tu terus tolak mak sebab aku betul – betul tak tahan tengok ayah diperlakukan macam tu.

Aku tahu mungkin ramai akan cakap aku derh4ka. Tapi masa tu aku dah hilang pertimbangan. Bertahun – tahun aku tengok ayah dipij4k, dih1na dan diperlakukan macam pembantu rumah sendiri. Aku cuma nak pertahankan ayah aku.

Malam tu juga mak keluar rumah. Sampai sekarang dia duduk dekat rumah nenek aku dan langsung tak balik. Lepas dia keluar, rumah memang sunyi. Tapi kesunyian tu bukan sebab kami gembira. Sebaliknya, ayah jadi makin banyak termenung.

Kadang – kadang dia duduk seorang diri di ruang tamu sambil pandang kosong. Pernah aku bangun awal pagi nak minum, aku nampak ayah duduk atas sejadah sambil menangis dalam doa. Masa tu hati aku memang h4ncur. Yang paling s4kit hati, sebelum keluar rumah mak sempat cakap ayah cuma kerja kilang dengan gaji cukup cukup makan.

Dia h1na ayah sebab tak mampu belikan barang kemas, pakaian mahal dan macam – macam lagi. Dia cakap selama berkahwin, semua barang mahal dia beli guna duit sendiri. Aku tak faham. Kalau betul nak tuntut macam – macam daripada suami, kenapa tanggungjawab sendiri sebagai isteri langsung tak dijaga?

Ayah aku tak pernah tinggi suara. Paling kuat pun dia suruh mak banyakkan istighfar dan bersabar. Tapi setiap kali ayah berlembut, mak makin menjadi – jadi. Sekarang aku betul – betul buntu. Aku tahu mak ada dekat rumah nenek aku.

Ramai saud4ra suruh aku pujuk mak balik. Tapi aku takut kalau dia balik, semua benda akan berulang semula. Aku dah tak sanggup tengok ayah menangis lagi. Aku cuma nak tengok ayah aku bahagia. Aku nak dia balik kerja dan dapat berehat macam orang lain.

Aku nak dia rasa dihargai selepas bertahun – tahun berk0rban untuk keluarga kami. Apa yang patut aku buat? Patutkah aku pergi pujuk mak balik? Atau aku biarkan dulu sampai masing – masing tenang? Ayah aku adalah segala – galanya dalam hidup aku. Aku terlalu sayang dia. Aku cuma tak nak kehilangan senyuman ayah aku lagi.

Ulasan Pembaca :

Firdaus Shakirin : Tenangkan ayah, minta ayah bersabar dan bertabah. Lepas tu cakap dekat ayah, kalau ayah masih sayangkan mak, ubahlah mak, perbaiki peribadi mak tu. Ayah awak kena bentuk dan didik mak awak untuk jadi seorang isteri yang lebih baik lagi, kalau ayah awak masih ada kekuatan dan kesabaran untuk buat macam tu.

Faranajha Kamal : Dik, akak rasa adik dah berumur 18 tahun, dah besar. Mana yang boleh tolong, tolonglah. Masak ke, basuh baju, sidai baju, menyapu dan basuh pinggan dan sebagainya. Sambil – sambil belajar untuk STPM, tengok tengokkanlah adik buat kerja sekolah supaya ayah dapat berehat.

Mana yang boleh ringankan beban ayah adik, adik tolonglah ringankan. Tentang mak adik pula, ingatlah dia tetap mak adik, orang yang melahirkan adik. Sebesar – besar peng0rbanan ayah adik, besar juga peng0rbanan seorang ibu. Kalau tak ada dia, tak adalah juga adik lahir ke dunia ni.

Selagi dia tak d3ra adik, adik kena bersabar dengan sikap dia. Lebih baik adik ambil inisiatif bercakap elok – elok dengan mak adik. Tengah dia duduk atau main telefon tu, pergi dekat dia, peIuk dia dan cakap baik – baik. Tanya kenapa mak jadi macam ni dengan ayah. Tak kesiankah dekat ayah?

Gunalah lebih banyak kata – kata yang lembut supaya hati dia tersentuh. Kalau berkasar, adik cuma akan jadi anak yang kurang ajar dan dapat d0sa. Cara g4duh dan tengking macam tu memang salah. Akak tahu adik s4kit hati tengok layanan mak dekat ayah, tapi kita sebagai anak tetap kena hormat ibu bapa.

Dengan berg4duh macam tu, tengoklah sekarang ayah awak pula yang paling sedih sebab keluarga jadi berantakan. Insya-Allah mak awak boleh berubah. Banyakkan berdoa. Doa tu senj4ta. Kalau dengan cara keras dan berg4duh tak boleh selesai, cubalah dengan cara yang lebih lembut.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :