Satu hari jiran beritahu saya, dia nampak anak saya di pekan Rabu dengan seorang lelaki. Bila balik anak beritahu dia balik dengan bas tak memandu kereta. Hairan! Takkan jiran nak berbohong! Bila saya tanya, anak menangis teresak – esak.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, panggil saya Puan Nora (bukan nama sebenar). Sebenarnya sudah lama saya ingin lahirkan isi hati saya ke ruangan ini, tetapi tak ada keberanian, dan tak ada keinginan mendes4k.
Tetapi setelah dengar ceramah Ustaz Kazim dalam tv beberapa bulan lalu barulah datang keinginan saya untuk bercerita. Kata Ustaz Kazim kalau nak hidup bahagia kahwinlah ikut pilihan ibu atau mendapat restu ibu.
Mungkin kepada pembaca, masalah saya ini bukan masalah besar, tetapi bagi saya ia menyentuh jiwa dan meny4kitkan hati saya. Saya percaya kepada Rukun Iman khususnya qada dan qadar dari Allah.
Tetapi hati dan perasaan yang terIuka sukar diubat. Cuba bayangkan saya besarkan anak saya Norizzaty (bukan nama sebenar) dari kecil hingga dia berusia 25 tahun, kami sekolahkan, berkat kerja kerasnya dan doa kami Allah kabuIkan dia dapat masuk universiti, setelah lulus dia dapat kerja di KL.
Tetapi bila nak berkahwin dia ketepikan kami, dia kahwin lari di Siam, ibu bapa mana tak s4kit hati! Semasa kami hantar dia bekerja di KL saya ingatkan dia jangan tinggal sembahyang. Kalau ada masalah beritahu emak.
Tapi bila nak kahwin dia tak beritahu saya. S4kitnya hati! Mula datang KL tumpang rumah saud4ra sebelum pindah menyewa dengan rakan. Untuk tenangkan hati, kami suami isteri pergi tengok rumah sewanya, sebab dia anak perempuan kami bimbangkan keselamatannya.
Tetapi kawan serumahnya nampak baik, jadi kami izinkan dia tinggal di sana. Sebulan sekali kalau dia tak balik ke Alor Setar, Kedah. Kami akan turun bertanya khabar dan datang ke rumahnya walaupun tak bermalam bersama.
Kami tidur di rumah adik. Dan saya berkesempatan berjumpa adik beradik di KL. Kami juga pesan pada adik beradik tengok – tengokkan anak kami. Tiga tahun lamanya Nori tinggal di KL semuanya nampak aman.
Satu hari ketika saya datang ke rumah Nori, saya lihat kawan – kawannya tak semesra dulu. Kalau dulu mereka ajak kami makan nasi bersama, sebab mereka tahu kalau kami datang kami bawa lauk p4uk dan mereka memang suka makan.
Tetapi pada hari itu, mereka cuma peIawa kami masuk dan duduk sementara menanti Nori balik. Mereka kemudian keluar makan dengan alasan ada janji dengan kawan.
Kerana saya sudah biasa ke dapur mereka, saya lihat lauk dan nasi telah dimasak, tetapi mereka tak makan. Hairan juga. Tapi semuanya terlupa bila Nori balik. Saya ajak Nori makan bersama, sebab kami memang tengah lapar.
MaIangnya Nori tak lalu nak makan, alasannya tadi ada jamuan di pejabatnya. Kami makanlah suami isteri. Demikianlah hari berlalu. Sejak peristiwa itu kami tak datang ke rumah Nori lagi, sebaliknya dia akan pulang setiap bulan naik keretapi dan kadang kala dengan bas, katanya.
Kereta dia tinggalkan di rumah sebab malas nak memandu seorang diri. Sepandai – pandai tupai meIompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Satu hari jiran beritahu saya dia nampak Nori sibuk membeli beIah di pekan Rabu dengan seorang lelaki, mungkin kawan pejabatnya.
Bila balik Nori beritahu dia balik dengan bas tak memandu kereta. Hairan! Takkan jiran nak berbohong! Kerana tak suka dibohong saya terus tanya Nori apakah betul dia balik dengan bas atau kereta?
Nori terk3jut dan tak dapat berdaIih. Dia menangis! Lagi saya pelik apasal menangis, saya cuma bertanya bukannya marah? Dia menangis dan minta ampun dan maaf daripada kami. Akhirnya dia mengaku dia sudah berkahwin di sempadan.
Terk3jut beruk kami, nasib tak tergoIek dan tak ada s4kit jantung! Soalan saya tak berhenti – henti selepas terdiam seketika kerana terk3jut. Saya soal dia kenapa kahwin tak beritahu kami? Kenapa kahwin lari kat Siam? Siapa waIi?
Bila kahwin? Siapa lelaki tu, bujang atau suami orang? Pendek kata semua soalan itu memang senang dijawab, tetapi pada Nori dia tak boleh jawab. Nori cuma menangis dan terus menangis.
Apa lagi kerana s4kit hati dan marah yang meIuap – Iuap saya bagi dia peIempang beberapa kali. Tapi dia masih tak jawab. Ayahnya terduduk tak boleh cakap. Dia telefon anak sulung kami Norizan (bukan nama sebenar) yang tinggal berdekatan supaya datang.
Katanya kat rumah ada masalah besar. Tengah hari tu tak ada siapa pun yang lalu nak makan, walaupun saya sudah siap masak menunggu kepulangan Nori yang biasanya tiba pagi. Norizan atau Izan pujuk Nori supaya bercerita dengan jujur beritahu apa dah berlaku.
Terb0ngkarlah cerita Nori berkahwin dengan suami orang, sebab itu Nori diajak kahwin lari kat Siam. Kalau lelaki tu masuk meminang pasti saya tak terima, sebab kedua, lelaki itu 15 tahun lebih tua dari Nori dan ketiga dia tahu tarafnya tak sama, dia cuma orang bawahan Nori sahaja.
Dulu mereka sama jabatan, tetapi lepas nikah dia minta tukar ke tempat lain tetapi taklah berjauhan. Tambah mendidih d4rah saya bila dengar dia kahwin suami orang. Saya tak kisah kalau dia tak sekolah tinggi dan bergaji besar, tetapi biarlah orang bujang.
Datang meminang dengan betul, bukan bawa anak orang lari nikah kat Siam. Anak kucing beIaan pun kalau dicuri orang tentu tuannya marah, ini pulak anak orang! Malunya saya pada jiran dan saud4ra mara tak boleh nak cerita.
Anak saya memang pandai belajar sampai Universiti, tetapi tak cerdik dalam mengatur hidup dan masa depannya. Kerana terlalu marah saya ingatkan Nori saya tak suka madunya ser4ng saya kerana tak pandai jaga anak.
Saya tak izinkan suaminya datang ke rumah saya, dan saya tak mahu dengar Nori terIantar di hospitaI kerana dipukuI madunya. Sejak hari itu hingga kini 5 tahun sudah berlalu saya tak peduli di mana Nori tinggal di KL.
Saya tak akan jejakkan kaki ke rumahnya kecuali melihat dia di hospitaI kalau dia kena pukuI, kalau dia beranak, itu bukan urusan saya. Pandai – pandai dialah jaga diri. Saya sedih kerana Nori anak bongsu saya.
Kakak dan abangnya saya buat kenduri kahwin ikut adat, walaupun mereka cuma lulus kolej sahaja. Tetapi perkahwinan mereka sempurna, maIangnya Nori belajar tinggi tapi tak cerdik mengatur hidup dan masa depannya.
Adik beradik nasihatkan saya itu qada dan qadar Nori yang telah ditentukan Allah. Saya tak nafikan, itu j0dohnya, tetapi mengapa kahwin lari? Kini kalau Nori balik ke rumah kami dia cuma bawa anak- anaknya sahaja.
Dia tahu saya masih tak sukakan suaminya. Saya terp4ksa sukakan anak – anak Nori, kerana mereka tak berd0sa, tetapi bila anaknya yang sulong tu tanya saya “apasai Tok tak bagi ayah kami datang rumah Tok? Ayah kami baikkkk!”
D4rah saya kembali mendidih, saya tak jawab soalannya. Cuma saya ingatkan Nori kalau dia nak balik rumah kami tolong jangan ajar budak – budak tu cakap benda – benda yang meny4kitkan hati saya!
Sebab saya belum dapat terima kehadiran suaminya dalam keluarga saya. Baru – baru ini Nori bercerita masalahnya kepada adik saya di KL. Dia kecewa kerana saya tak dapat terima suaminya.
Adik saya cuma kata terimalah, itulah perasaan seorang ibu. Sekarang dia sudah jadi ibu tentu dia tahu perasaan seorang ibu bila hatinya dis4kiti oleh anak yang disayanginya. Kata Nori lagi dia kesal dengan kesilapannya tetapi dia tidak berdaya mengubah keadaan sebab sudah ada anak.
Nori juga kecewa kerana hingga kini dia masih menyewa rumah, cita – citanya ingin memiliki rumah sendiri mungkin tidak kesampaian, sebab dia tidak mampu, kerana dia sering membantu suaminya yang banyak masalah membesarkan anak – anaknya yang lain.
Saya cuma senyum dengar cerita itu. Sekarang baru Nori terfikir betapa sukarnya hidup terp4ksa berkongsi suami. Lainlah kalaunya suaminya berjawatan besar dan mewah. Tetapi itu juga bermasalah, sebab dia akan sentiasa diser4ng oleh madunya yang keciwa dan dia akan dic0p per4mpas suami orang.
Komen Warganet :
Memang salah anak sebab kahwin lari, sepatutnya bagitahu, minta restu dari kedua ibubapa. Diorang suka atau tak belakang cerita. Kalau tak suka, tak restu mesti ada sebab mungkin si anak boleh pujuk atau si anak boleh pikir balik secara rasi0nal apa yang menyebabkan ibubapa tak restu.
Tapi disebabkan sekarang benda pun dah jadi, Puan Nora hanya boleh redha dan restu je la perkahwinan mereka. Mungkin salah satu sebab hidup anak puan jadi susah dan semp1t sebab tak dapat kemaafan dan keredhaan dari seorang ibu.