Sejak ayah meninggaI dunia, ramai plak kawan – kawan ibu yang nak carikan suami untuk ibu. Kami bimbang sangat perbelanjaan dan sara hidup kami adik beradik akan tergugat jika ibu kahwin lagi, ditakdirkan pula ibu terp4ksa menanggung suami barunya.
#Foto sekadar hiasan. Kisah yang dipaparkan kali ini mungkin menarik pembaca kaum wanita untuk berfikir apakah tindakan bakal mereka ambil sama ada berkahwin lagi atau tidak, jika ditakdirkan suami anda meninggaI dunia terlebih dahulu daripada anda?
Sebelum itu saya perkenalkan diri sebagai Syahirah (bukan nama sebenaar). Saya bawakan isu ini kerana masalah inilah yang menghantui fikiran kami empat beradik, apabila ibu kami beritahu dia hendak kahwin lagi.
Tanpa berbincang apa lagi bertanyakan pandangan kami, ibu terus terima lamaran lelaki tersebut. Apa yang memeningkan kepala ibu berusia lebih 45 tahun.
Walaupun ibu mendakwa dia masih muda, masih ada perasaan dan hati ingin berkahwin lagi, tetapi kerana sikapnya yang sering tidak berfikir panjang menjadikan kami adik beradik runsing. Tambahan pula kami kenal per4ngai ibu kami.
Saya merupakan anak yang sulung, masih belajar dan akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Saya berharap dapat bekerja secepat mungkin, jadi bolehlah saya merancang masa depan bersama ibu dan adik – adik seramai 3 orang ini.
Tetapi belum sempat menggenggam ijazah ibu saya sudah dua kali merajuk apabila hasratnya berkahwin lagi ditentang oleh kami. Kata ibu, kami tidak bertimbang rasa dan tidak memahami masalahnya membesarkan kami adik – beradik.
Pada pandangan kami itu bukan isunya, ibu tak payah bekerja, sebab pencen bulanan yang diperolehi dari gaji ayah memang mencukupi, lagi pun hanya dua adik saya tinggal dengan ibu sedangkan dua lagi duduk asrama, tak susahkan ibu.
Saya percaya dengan pencen ayah ibu boleh hidup senang, kalaupun tidak mewah, arw4h ayah tinggalkan rumah untuk kami berIindung dan kereta untuk kemudahan ibu bergerak. Apa nak lagi? Saya rasa ibu tak perlu suami baru, memadai uruskan anak – anaknya.
Namun kami bukanlah k3jam sangat, dan bukan niat kami halang hasrat ibu untuk bersuami lagi, tetapi sepatutnya sebagai ibu beliau berbincang dengan kami adik – beradik dan bertanyakan pandangan kami apakah dia boleh berkahwin lagi ataupun tidak, bukannya terima saja lamaran dari sembarangan lelaki.
Bila kami bantah ibu meng4muk dan merajuk hingga berminggu – minggu tak mahu menegur kami. Kata kawan – kawan saya kami tidak patut bantah hasrat ibu hendak kahwin lagi. Tetapi kami berhak bertanyakan siapa lelaki pilihan ibu, kerana perkahwinan bakal melibatkan kami bersama dalam keluarga baru itu.
Jadi kami tidak boleh terima sembarangan lelaki. Ini kali kedua kami bantah hasrat ibu, sebab ibu tidak ceritakan siapa lelaki tersebut. Sepatutnya ibu beritahu kami dulu, tanya pendapat kami, apakah kami selesa menerima kehadiran lelaki lain dalam rumah kami.
Antara sebab utama kami bantah kerana semua masih belajar termasuk saya, dan adik yang kecil baru dalam darjah empat. Kedua, jika lelaki itu duda berapa anaknya, ketiga, apakah dia akan tinggal bersama kami atau keempat, apakah ibu dan kami semua akan berpindah ke rumah lelaki tersebut selepas ibu berkahwin nanti?
Pada pandangan kami ibu tidak terdesak atau susah untuk besarkan kami sebab ibu dapat pencen ayah. Pendek kata ibu boleh besarkan kami tanpa suami baru. Lagi pun ayah tidak tinggalkan hutang sama ada rumah atau kereta.
Jadi apa perlu ibu bersuami lagi. Apa yang kami bimbangkan sangat perbelanjaan dan sara hidup kami adik beradik akan tergugat jika ibu kahwin lagi ditakdirkan ibu terp4ksa menanggung suami barunya.
Kami tak tuduh, tetapi banyak berlaku zaman sekarang kepada ibu – ibu tunggal. Kalau pembaca tuduh kami tamak, memang kami tamak demi menjaga kepentingan kami anak – anak arw4h dan pusaka yang arw4h tinggalkan.
Sebagai anak sulung saya terp4ksa fikirkan masa depan adik – adik yang masih belajar. Sebab itu kami perlu tahu siapa lelaki tersebut sebelum benarkan ibu berkahwin.
Kalau ibu kata dia kecewa dengan sikap kami, maka kami juga lebih kecewa dengan per4ngai ibu, yang girang sangat nak kahwin tanpa memikirkan kami. Bukan itu saja, malah saya terkilan apabila ibu buat keputvsan terima lamaran lelaki yang kami tak kenal, bila kami bantah, ibu meng4muk. Ini sikap seorang ibu?
Sebenarnya bukan saya seorang bantah, malah adik lelaki yang sedang tunggu keputvsan SPM juga bantah, begitu juga adik perempuan yang masih belajar apa lagi adik bongsu.
Kata ibu, kami dihasut oleh saud4ra mara supaya bantah hasratnya. Tak payah hasut, kami dah cukup dewasa dan boleh berfikir dengan m4tang. Dan ibu tidak sepatutnya tuduh saud4ra mara menghasut.
Kerana kami kenal sikap dan per4ngai ibu, sebab itu bila ibu nak kahwin lagi kami kecewa. Memang benar kami masih sayangkan ayah sebab ayah baru dua tahun meninggaI dunia. Pada kami rasanya baru seminggu ayah tinggalkan kami.
Kami kecewa, apabila ibu seolah – olah tidak mahu faham perasaan kami, bila kami tegur tingkah laku ibu yang tidak wajar secara berhemah, ibu cepat merajuk dan tuduh saya terlebih pandai dan apa yang ibu buat semua tak betul dan berd0sa.
Hakik4tnya ibu saya ni sangat aktif dengan aktiviti luar yang kurang berfaedah dan pada pandangan saya ibu tidak jujur dengan kami dan suka menyembunyikan sesuatu perkara di belakang kami.
Akhirnya ibu kant0i kerana kesalahannya dan tembeIangnya pecah. Kami juga sedih sejak ayah meninggaI, banyak konfIik berlaku dalam keluarga kami, tetapi payah nak cakap. Sedihnya dalam masa yang sama ramai pulak kawan – kawan ibu yang nak carikan suami untuk ibu.
Mereka seolah – olah gembira sangat nak tengok ibu bersuami lagi, apakah niat mereka jujur atau sengaja nak bawa ibu terjun masuk lobok? Bila berlaku sesuatu hal melibatkan ibu, adik segera beritahu, dan saya terp4ksa balik untuk selesaikan masalah.
Saya sedar bukan senang jadi ibu tunggal, banyak cab4ran terp4ksa dihadapi, jadi di sinilah peranan seorang ibu sebenarnya. Ibu sepatutnya jadi tonggak atau tiang seri untuk kami sandarkan harapan, bukan sebaliknya.
Baru – baru ini, walaupun sibuk belajar, tetapi saya dapat selesaikan urusan harta pusaka dan sebagainya, saya berjanji kepada adik – adik saya akan cuba selesaikan masalah yang meraka rasa sukar untuk atasi.
Masalah ibu yang mahukan kereta baru sebab kereta ayah buruk sangat pun sudah saya bereskan, tetapi saya tidak boleh berjanji semua masalah boleh diselesaikan dalam sekelip mata, semuanya perlu sabar.
Dan ibu patut faham masalah saya bukannya menambah masalah memeningkan lagi kepala saya. Saya nak belajar! Bagaimana pun hasrat ibu untuk membaiki dan membesarkan rumah tidak dapat dibereskan dalam masa terdekat, saya terp4ksa fikirkan pelajaran adik – adik terlebih dahulu, itu lebih penting daripada besarkan rumah.
Namun apa yang saya tak faham mood ibu sentiasa berputar macam angin. Bila angin dia datang kami semua pening. Ibu mengadu pada nenek katanya dia tak berdaya nak tanggung masalah kami. Kami pelik? Apa masalah kami?
Sebenarnya masalah ibu jadi beban kami. Isu ibu nak kahwin duda anak 7 amat merunsingkan. Kata ibu, duda tu seorang yang baik. Betul ke? Kata ibu kami berempat membebankan fikirannya, apakah ibu terdaya berdepan dengan kerenah 7 orang anak tiri?
Saya nak tanya apakah ibu tak sayangkan ayah lagi? Tak cukup ke duit pencen ayah? Atau ibu tak puas hati dan tak sayangkan kami lagi? Tolong bantu saya, apa yang patut saya buat.