Saya kena p4ksa berubat dengan Pakcik Nuar ni sebab ada kawan dengki. Eh mak! Saya kat UK sana tak pernahnya ada orang dengki. Dia letak segala bagai ubat, tanah, air jampi dalam botol siap 2 kotak untuk bawa balik ke UK. Sampai KLIA saya buang semua masuk tong sampah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… ya saya ni Islam. Tapi dari seingat saya dari kecik sejak boleh ingat, ibubapa saya memang kuat percaya b0moh – b0moh. Tak pernah pulak panggil ustaz. Katanya untuk berikhtiar. Tak salah berikhtiar katanya.
Dalam segala hal, mak ayah s4kit sikit jumpa b0moh, kalau cucu tak boleh tidur malam panggil b0moh. Saya memang naik rimas sedangkan anak saya masalah perut kembung. Sepanjang hidup saya 30 tahun ini ada sajaIah yang tak kena, orang itu buat orang ini buat sihiir, orang itu dengki orang ini dengki.
Tengok mak ayah sediakn barang – barang ubatan tu dah biasa sangat. Saya ni ada adik beradik ramai lah jugak dan sudah berkahwin kecuali saya yang bongsu masih belajar di luar negara. Hidup anak – anak mak ayah saya yang dah berkahwin berantakan semua disebabkan mak ayah saya terlalu taksub dengan pakcik yang kononnya boleh berubat.
Kononnya boleh ada kuasa nampak dan tahu apa yang orang buat orang fikir. Banyak la perkara – perkara pelik kalau dengan mak ayah saya ni. Dengan buah kelapa, bunga – bunga, garam, asam, daun – daun, buah apa ntah lagi yang saya pun tak tahu, air jampi kain kuning kain hitam tanah liat tanah hitam macam – macam lagi lah. Dulu saya pun hampir percaya.
Kakak keempat saya berkahwin dengan bahagia bersama suami. Selepas kahwin tinggal dengan mak ayah kerana suami dia banyak outstation. Suami pun baik ikutkan sahaja. Mak ayah saya ni jenis bangsa pentingkan apa orang luar cakap, kak uda minta nak menyewa di tempat lain selepas suami dah pulang ke negeri sendiri tetapi mak ayah tak benarkan.
Katanya elok beli rumah dulu baru lah pindah, nanti apa pula orang kata pindah rumah tapi rumah sewa. Tetapi biasalah pakcik yang kononnya tukang ubat ni berkata keluarga suami kak uda saya ni b0mohkan kak uda supaya mengikut suami apa sahaja.
Siap mak ayah tak bagi lagi kak uda saya dan anak dia pergi melawat keluarga mertua. Mertua kak uda saya sangat baik, selalu meraikan keluarga saya. Saya ni pun suka pergi rumah mereka yang hanya 10 km dari rumah mak ayah.
Mak ayah saya ni lagi satu per4ngai tak bagi makan makanan di rumah mertua kak uda saya. GiIa betul. Katanya Pakcik Nuar nampak keluarga mertua kak uda letak macam – macam dalam makanan supaya kak uda dengar cakap mereka.
Allahu, saya tengok keluarga mertua kak uda saya mereka semua jenis kuat agama. Bapa ibu mertua kak uda setiap hari ke masjid. Saya tak pernah tengok pula mak ayah saya ke masjid, melainkan solat m4yat, solat raya atau majlis tertentu sahaja. Jumaat pun ayah jarang – jarang pergi. Saya pun pelik.
Abanglong, kakngah dan abang cik tinggal di Kuala Lumpur. Kakak kelima dan keenam yang tinggal dengan mak ayah di banglo dua tingkatnya. Kiranya Alhamdulilah lah selesa. Mak ayah bekas pegawai kerajaan, ketua jabatan dulu – dulu.
Itu belum masuk masa diorang bekerja dulu selalu lah saya nak kena ikut mak ayah pegi tabur itu ini di pejabat – pejabat bos mereka atau sesiapa sahaja lah yang Pakcik Nuar bagitau mereka ini berniat jahat. Paling tak suka bila mak ayah nak pergi buang benda kat laut. Ntah apa – apa.
Masa ayah accident, pun Pakcik Nuar kata ada orang buat nak ayah m4ti. Memang s4kit otak semua percaya Pakcik Nuar giIa ni senang je dapat duit free. Munaafiq betul saya rasa nak baling kasut kat muka dia. Ni yang terbaru abang cik dah nak bercerai sebab apa?
Sebab mak ayah saya lah yang busy body siap bagitau yang Kak Cik sihiirkan suami sampai b0doh semua benda harta duit bagi pada Kak Cik dan keluarganya. Lahhh dah memang tanggungjawab abang saya lah kena tanggung anak bini dia.
Mak saya ni tanggunglah azab menfitnah macam tu. Katanya Kak Cik cintakan lelaki lain pulak. Ohhh sebab Pakcik Nuar lah yang bagitahu mak ayah. Sekali berubat bukan murah, mak ayah saya sanggup berhabis duit. GiIa betul.
Saya pun pernah kena p4ksa mesti berubat dengan Pakcik Nuar ni sebab ada kawan dengki. Eh mak! Saya kat UK sana tak pernahnya ada orang dengki lah. Saya tak kuasa dia letak segala bagai ubat, tanah, air jampi dalam botol siap 2 kotak untuk dibawa balik ke UK.
Sampai KLIA saya buang semua masuk tong sampah. Apa punya pemikiran sampah diorang ni. Abang Long dan famili dah lama menjauhkan diri dari mak ayah dan keluarga semua disebabkan pernah kena fitnah juga oleh Pakcik Nuar ni katanya Abang Long tanggung mak ayah banyak tu sebab nak harta. Mak ayah pulak percaya yo yo oh je.
Siap kena fitnah sihiirkan keluarga supaya mak ayah ikut cakap abang long. Kak long pun kena macam – macam juga. Setiap kali pulang ke Malaysia saya pasti melawat abang long dan keluarganya. Kakak kelima dan keenam saya memang sangat terpengaruh dengan mak ayah punya style, percaya Pakcik Nuar ni.
Itu pasal lah sampai sekarang kak uteh tak kahwin sebab semua jantan yang dia nak tak boleh. Semua jahat, semua hati busuk. Oh lupa, Pakcik Nuar je yang diorang percaya. Saya pernah tanya apa kata kak uteh kahwin je ngan Pakcik Nuar tu. Bertahun kak uteh boikot saya.
Kak anjang yang keenam pun dah sampai berhenti kerja tempat yang bagus – bagus sebab percaya Pakcik Nuar bagitau ada orang dengki kat ofis. Dari kerja gaji tinggi sekarang mereput kat rumah je lah konon buat bisnes sendiri.
Yang b0dohnya tu kak anjang rela hidup susah sekarang kerana percaya sangat semua orang dengkikan hidup dia. Rasa kelakar pun ada, asyik orang itu ini buat macam – macam pada keluarga saya ni. Cantik sangat ke?? Kaya sangat ke??
Macam mana melayu nak maju dengan mentaliti zaman batu macam ni. Rasanya orang zaman batu dulu pun tau berusaha. Saya mohon sangat pada Allah, siapa lah boleh nasihat mak ayah saya dan keluarga saya ni yang mana percaya sangat Pakcik Nuar ni.
Kak uteh saya tu nampaknya dah siap mengikut sikap, belajar cara – cara berubat yang sama dengan Pakcik Nuar tu. Pakcik – pakcik saya yang lain dah tak tau nak kata apa dengan mak ayah saya ni. Saya hanya doa setiap hari agar mak ayah saya bertaubat.
Saya dah nasihatkan mereka panggil saya anak derh4ka pula. Saya plan tak mau pulang dah ke Malaysia selepas konvo ni sebab dah dapat kerja di Ireland. Boleh jadi giIa di kelilingi keluarga macam ni. Pembaca sekalian tolong doakan juga untuk mak ayah saya. Selagi Pakcik Nuar tu wujud… memang h4ncur. – Cik Ram (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Alexis Mirana : Senang je sis nak ajar orang macam ni ko cuba sorokkn duit mak atau ayah sis dalam jumlah yang besar ko suruh pkcik nuar ko tu cari. Kat mana di mana apa suma. Kalau kata dia dapat cari macam mana ko suruh dia tunjuk sebijik – sebijik macam mana dia dapat tau.
Sebab dari gaya cita sis dia yang porak peranda keluarga sis. Dia yang memecah beIahkan keluarga. Orang kalau dah berdamping dengan s3tan ni dia akan suruh s3tan – s3tan dia ni berkampung dengan keluarga sis tu. Sis cari ustaz just ajak jemput minum – minum mintak ustaz tengok – tengokkan rumah mak ayah tu. Adik beradik ramai sebab korang ada ik4tan adik beradik lagi masih boleh pakat lagi.
Intan Syazwani : Baca kisah TT ni, rasa bersyukur pulak. Alhamdulillah, keluarga saya jenis tak berapa percaya b0moh – b0moh ni, saya pun selalu ingatkan mereka yang benda – benda tu semua tahyul, syirik dan khurafat, mereka pun paham sendiri.
Kita kat dunia ni hidup sendiri pun dah banyak masalah lagi nak tambah masalah dan d0sa dengan benda – benda yang macam ni pulak, letih nak hadap.. Huhu.. Kepada TT, dah bagus tindakan awak tu, awak pun bijak pandai orangnya.
Masalah awak lain daripada saya sebab mak ayah awak terlampau 0bses, mungkin sudah di”brainwash” atau diguna – gunakan oleh Pak Nuar tu. Apa kata awak cuba minta tolong Ustaz atau Ustazah yang betul – betul, datang ke rumah mak ayah awak tolong tengok – tengokkan atau nasihat apa yang patut.
Mana tau berkesan.. Sebab kalau nak pergi rumah mereka, memang tak la tengok gaya tu. Awak pun doakanlah semoga ibu dan ayah awak terbuka hati untuk berubah satu hari nanti.. All the best TT..